Friday, February 18, 2011

The Best Of Bangi: Food

Adakah anda merupakan warga Bandar Baru Bangi? Pernahkah anda berkunjung ke Bandar Baru Bangi? Jika anda menjawab 'YA!' bagi kedua-dua soalan tersebut, maka anda pasti tahu yang Bandar Baru Bangi merupakan bandar yang pesat membangun. Bukit-bukau telah digondolkan menjadi kawasan perumahan elit. Hutan-hutan telah digantikan dengan Al-Ikhsan. Dalam statistik yang dikeluarkan oleh majalah Anjung Seri baru-baru ini, Bandar Baru Bangi kini menduduki tangga ke-2 dalam senarai bandar yang paling kool di Selangor, sikit lagi nak potong Bandar Utama (eleh itu pun sebab diorang ada Unifi je). Maka sebagai warga Bangi yang sejati, saya ingin berkongsi lokasi-lokasi terbaik untuk menikmati juadah-juadah lazim di Bangi ini. Ayuh teruskan membaca.

The Best Nasi Lemak

Nasi Lemak Aunty Maria
Lokasi: Seksyen 4, sebelah Surau Al-Kauthar
Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari daripada 6.45 pagi sehingga 11.45 pagi sebab time tu nasi dah habis. Tutup pada bulan Ramadan dan Hari Raya. Cuti umum lain dia bukak.

Ulasan: Gerai nasi lemak Aunty Maria wujud sudah lama. Aku selalu makan sampai dia kenal mama aku, mak long aku risikan aku pun dia dah kenal. So kalau jumlah harga makanan RM5.10 mesti dapat diskaun seposen. Nasi lemak dia memang menepati piawaian nasi lemak antarabangsa, tapi yang istimewanya adalah sambal dia. Tidak terlalu pedas yet tidak terlalu manis. Tapi kalau pergi weekend kena pergi betul-betul lepas azan subuh sebab orang ramai nak arwah macam orang pergi Bukit Broga di hujung minggu. Tapi kedai dia bagus ada Wifi, dan lagu latar belakang Maher Zain.



The Best Ramly Burger

Gerai Burger Abang Ropi
Lokasi: Seksyen 4, depan 7-11
Waktu beroperasi: 7pm sehingga larut pagi

Ulasan: Gerai burger ini memang legendary. Dia wujud sejak zaman aku sekolah menengah lagi. Nama abang tu sebenarnya bukan Ropi pun, tapi sebab muka dia macam Ropi daripada kumpulan lawak tak kelakar Cecupak, maka kami pun panggillah dia Abang Ropi. Serius burger dia lebih lazat daripada Prosperity Burger. Mungkin kerana dia letak dadah. Kira macam aku ni penagih dadah la sebab at least 3 kali seminggu beli burger kat dia. Tapi harga macam tiap-tiap minggu naik seposen je bang? Ewah ewah amboi. Tapi tak mengapa, saya tetap akan menjadi pelanggan setia.

The Best Maggi Goreng

Ameerali
Lokasi: Kawasan kejiranan mapley Seksyen 15
Waktu beroperasi: 24 jam termasuk Deepavali dan Hari Raya Aidiladha

Ulasan: Ameerali merupakan kedai mamak yang paling popular di Bangi. Walaupun kedai dia nampak macam cikai mak lampir, namun pengunjungnya tak putus-putus. Kedai kat belakang Ameerali tu entah berapa kali dah tukar pemilik sebab orang asyik melawat Ameerali. Kau letaklah waiter tunjuk lurah dada sekalipun orang tetap akan kunjung Ameerali jugak. Aku syaki pemilik dia ada membela Jenglot mahupun meletakkan guna-guna di dalam makanan mereka menyebabkan orang sentiasa datang especially bila ada perlawanan bolasepak. Apapun, juadah yang paling sedap di Ameerali merupakan Maggi Gorengnya. Walaupun kadang-kadang anda boleh nampak bulu kerinting di dalam megi anda, namun itulah yang menyebabkan megi itu lazat dan berkhasiat. Maggi Goreng double satu Abe! Eh Ane!

The Best Iced Chocolate

Restoran Hassan
Lokasi: Seksyen 3 tambahan, bukan yang kat depan PKNS tu.
Waktu beroperasi: 24 jam jugak kan?

Ulasan: Kita tak perlu pergi ke kedai yang fancy-fancy seperti Ice Room ataupun San Francisco Pizza untuk memesan Iced Chocolate. Saya boleh syorkan ais coklat yang lebih murah dan lazat di Restoran Hassan. Minuman ini diperkenalkan oleh kawan aku dari seberang iaitu Fandy. Masa dia datang rumah aku dia ada bawa minuman tu. Aku tengok muka dia memang rasa nak muntah, tapi tengok dia minum ais coklat tu menyelerakan pula. Semenjak hari itu, kalau lepas main futsal kami akan melepak di Hassan dan minuman wajib aku adalah Iced Chocolate. Lazat dia lain macam sikit macam ane tu letak serdak-serdak dari lokasi yang mencurigakan dari tubuh badannya.

The Best Roti Canai

Restoran Yus
Lokasi: Seksyen 4 tambahan
Waktu beroperasi: 24 jam juga kecuali pada perayaan orang Indonesia.

Ulasan: Ok you might not agree on me with this. Kenapa tidak pilih roti canai mamak? Well roti canai mamak, tak kiralah di mana-mana kedai mamak di Bangi ini, rasa dia generic sahaja. Roti canai di Restoran Yus dicanai oleh orang Indonesia. Bukan rasis, tetapi strukturnya lebih lebih lembut, kurang berminyak dan ada rasa nusantara sikit.

The Best Cendol

Kedai Cendol Bergerak (lupa nama dia).
Lokasi: Van depan sekolah seksyen 7.
Waktu beroperasi: Tenghari sehingga cendol habis.

Ulasan: Dulu-dulu cendol yang paling best di Bangi terletak di depan Petronas Seksyen 1, tapi entah kenapa sudah tidak bernafsu lagi. Sekarang ni kalau baru lepas balik dari bertemu janji aku suka makan cendol kat depan sekolah tu. Cendol dia best sebab ais dia ais yang nyata dan bukan ais yang dikisar, so kau boleh nak hisap-hisap. Kena pula dengan rojak mee dia perghh memang berlaku pergerakanlah dalam seluar kau.

Kita senaraikan 6 juadah ringan terlebih dahulu buat masa ini kerana aku sudah lapar mahu keluar mencari makanan. Adakah anda bersetuju dengan senarai di atas ataupun anda ada tempat alternatif untuk dikongsi bersama? Ataupun kalau anda duduk di Ampang ke Bandar Sri Permaisuri ke buatlah list macam ni jugak boleh aku lawat nanti. Anyway jangan tak solat Jumaat ya para pembaca jejaka di luar sana.



38 comments:

crazy_labelle said...

1st

crazy_labelle said...

OMG!!!!! ak sgt truja dpat post 1st... its like my dream had come true.... lg bangga dr dapat salam n kad bisnes ceo cybersecurity semalam...

crazy_labelle said...

ok... da baca artikel... and apsal xletak gamba makanan?

cikbunga said...

huish..agak pengotor.. tapi as always, hang memang lawak la:)

Mohamad Faizal said...

labelle: eh seronok pula anda. tak letak gambar makanan kerana mahu anda pergi rasa

cikbunga: pengotor? huii memang kena ambil gambar ni bagi anda percaya. hehe

The Kadershian Sisters said...

teh tarik madani di surau madani..btw, farah waheeda tu sepupu kami...
=]

theanswer said...

kedai maria tuh mee goreng basah die sedap woo...aku salu mkn kt situ dlu. nasik lemak die ok gak. tapi kalau suke nasik lemak bungkus kecik2 tuh..try la nasik lemak bobo kt food court ramal junction. sedap..rm1 sebungkus. pastu sate willy kt ramal junction pon mmg terbaik!

theanswer said...

oh lupe..cendol,rojak n mee goreng depan kilang hitachi pon ok. yg betul2 sebelah junction..die ade 2 lori..jgn tersilap ;p

ryann said...

haha...bulu kerinting sinonim dgn kedai mamak

yusuf said...

ciken cop terbaek terdapat di kedai BBB..

kdai tu jln naik bukit nk ke darussyifa'

Anonymous said...

eden banggo jadi orang bangi hehe.. tapi kedai makcik maria memang kellasss

-diha

Kap said...

tagginglah dekat Google Maps.
takut sesat you.
hahah.

Kap said...

depan Hitachi tu orang yang sama pernah berniaga depan Petronas Seksyen 1 tu.
tiada alasan untuk tidak bernafsu lagi, ok.

lula said...

bangi mmg best dengan makanan!!!

Clarky Afif said...

aku lupa la nama kedai tempat laki aku belikan nasi briyani ittew.

nobody said...

Saye punye favourite dekat :

De limau nipis ^^
(baris hujung dari san fracisco pizza)

memang tiap kali datang bangi, melepak situ

De limau nipis nih, memang resepi yang telah di patenkan...air die yang name De limau nipis tuh sedap bangat :)

Mohamad Faizal said...

kadershian: nak minum teh tarik madani kena tolong lipat sejadah. dan mengapa pula tiba2 mention farah waheeda ni haha. kirim salam sajalah

thenaswer: apa itu sate willy sate willy ikan ke. cendol hitachi tak pernah try lagi tapi selalu nampak lepas pulang dari alamanda

ryann: ahah berpengalaman?

yusuf: yakah? cikencop sekarang orang pergi d one steak seberang tasik cempaka tu

diha: ya memang bangga especially warga seksyen 4

kap: orang sama kah? bukan nak rasis tapi kulit macam cerah sikit je

lula: memang benar kenyataan itu

clarky: briyani gam...something something. haha ada banyakla

nobody: jarang membaham di situ. kuey teow basah kat restoran anugerah sebelah limau nipis tu memang lazat

jay said...

air de limau nipis tu ada jeli2 macam sperma.
say ho to ameerali ali, uniform dah pakai jersey malaysia tu

finaz said...

alaaaaaaaaaa bangi jauh laa... tak penah gi.. konfem sesat sbb kete i xde gps.. hmmpph

Amira Naddia said...

bulu kerinting dlm meggi??

kejap
nk muntah darah

camne ko maseh mampu mkn bulu itu??

Trafalgar D' Law said...

aku jarang pegi bandar baru bangi.. tp kalau betol-betol sedap.. myb aku akan pegi sana try makanan sane..

aku duduk kat gombak ni dah rase naik muak makanan kat sini.. sini murah tapi rase kureng la..

ape2pn thx untuk info..

p/s: make sure sedap tau..
hohohohoho

-TRAFALGAR D LAW-

theanswer said...

ko kne try sate willy tuh..die ade kt food court tepi hway tuh. utk penggemar sate kawasan bangi kjg, die agak femes. kuah die tak umpphh mcm samuri..tpi sate die mmg lembut tip top.
kalau nasik briani, anje kt seksyen 15 ok gak.

Anonymous said...

Aku rasis gak jai...aku mmg x gi makan roti canai mamak...geli makan bekas air tangan mat bangla...hahaha...kalo roti canai paling best kt bangi aku rasa roti canai lengkuas kt seksyen 7...

-Rudy-

mangkuk statik said...

-Apsal kau tak pegi makan maggi goreng kat amerali, pastu pegi minum teh tarik ke air hapa2 kat kedai yg ada "waiter tunjuk lurah dada"?
-Kalau nak menambahkan time free show, tapau je magggi goreng tu, pastu melantak kat kedai "berlurah' tersebut.
-Baru kenyang perut dan kenyang mata....Setan pon kenyang. gak la. Kita sudahi dgn tasbih kifarah dan sural Al-Asr.

Along said...

Akak dah masuk 3 tahun jadi warga BBB tapi pernah pi tmpt makan cendol tu je. Yang lain, tak tau wujud pun. Jarang ah kluar makan, jimat duit. Mungkin juga sebab akak pun tersangat la hebatnya memasak. Eh silap..itu maid. Takpe..janji jimat.

acik oren said...

tadi acik g bandar baru bangi.
konon nak try murtabah singapore seksen 15 yang masuk dalam JJCM
sekali kauuuu ramia gile org ok
terus kensel

sedap ke murtabak itu?

mazinah said...

Ni tempat2 yang aku selalu pergi:
- kopitiam bangi
- d' limau nipis
- sharifah
- anugerah
- mcd
- old timer
- gear box
- asam pedas
- cempaka rimba - PKNS
- nasi ulam
& banyak lagi la.. sampai tak ingat nama dah.

Anonymous said...

oowhh roti canai teras jernang pon sedap.. kalau weekend mmg ramai smpi kena tunggu org habis makan ru dpt seat..
sarah

Mohamad Faizal said...

thanks uols di atas rekomendasi

Anonymous said...

hassan cafe sampai jam 3 pagi jela..kmdn buka smula jam 6.30..kau jgn silap ckp nanto org pergi sana jam 3 pagi then tutup pasti kau d sumpah hehe..

-fandi-

cle0patra said...

ijai aku ade satu suggestion. pasni ape kate ko buat entry top 10 kedai makan paling best kat Bandar Baru Bangi. sb aku dah tatau nk g makan kat mane kt bangi tu walaupun sgtla bersepah kedai makannye..huhu. ke dah ade entry macam tu?.. hehe

Anonymous said...

the best sup tulang - sup gearbox tepi jalan tu..omji mmg power

lala said...

kamu tahu aku dah banyak kali ke seksyen 4 cari beger itu tapi asyik takde je! ke salah tempat yang aku cari ituuu???

Anonymous said...

taw tape. dah byk kali pegi s4 area dpn 7e. tadak pon bege tu?

Anonymous said...

hihihi...suka baca....

entry : suezdairy yang baca ni

Anonymous said...

Western terbaik @grills blkg papa rich,sebaris zenith,wadihana,mohn chan abdullah..seriusly mmg tiptop!

Anonymous said...

Burger dkt Fasa 4 tu dah pindah yer. Dkt dpn 7e opposite sate urat keting.

Anonymous said...

Ada lagi tempat burger sedap..kat taman kajang mewah..dekat je ngan seksyen 7 bangi tu..nama kedai abang tu Adli grilled burger..senang je nk Cari sbb dia kat main road jln wan siew,sebelah dia kuetiew famous tu..abang mat kuetiew ..anak2 suka betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...