Wednesday, February 2, 2011

Is Andy Carroll Worth £35m?


Bagi mereka yang hanya meminati siri Glee dan langsung tidak kenal dengan Andy Carroll, dia adalah bekas penyerang Newcastle United yang menyertai kelab terulung Livepool dengan wang perpindahan sebanyak 35 juta pound sterling. Sehari dua selepas tertutupnya tingkap perpindahan (transfer window?), aku banyak menghabiskan masa di laman web dan forum-forum bolasepak, memerhatikan pihak yang bertengkar untuk menegakkan pendapat mereka yang Liverpool membayar harga yang terlalu mahal untuk Andy Carroll. Sebagai seorang peminat Liverpool, kita boleh pilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga membiarkan pasukan kita dikeji, dan kita boleh persetankan sahaja apa yang mereka kata. Tetapi apa kata Abang Gerrard nanti jika dia tahu kita tidak menanamkan konsep You'll Never Walk Alone bila melihat pasukan kita diperanjingkan? Oleh itu mari kita justify tag harga 35 juta pound sterling adik Andy.

1) Andy Carroll orang Inggeris

Pemain berdarah Inggeris kerap dilabel sebagai 'overrated' dan 'overpaid'. Hujah ini dikuatkan dengan pengenalan undang-undang 'home-grown' UEFA di mana setiap pasukan wajib memasukkan at least 8 orang pemain home-grown di dalam skuad. UEFA mendefinisikan home-grown sebagai 'regardless of their nationality or age, have been trained by their club or by another club in the national association for at least three years between the age of 15 and 21. The UEFA rule does not contain any nationality conditions...' (source)

Maka untuk memenuhi kuota, ramai pengurus yang membuat keputusan untuk membeli pemain Inggeris, sekaligus membuat harga mereka inflated. Itu tak kira kadar inflasi yang dicetuskan oleh perbelanjaan tanpa batasan Manchester City lagi. Mungkin itu sebabnya Uncle Woy membeli Konchesky walaupun dia sekadar above average. Tapi Konchesky dan Joe Cole tidak boleh dijadikan contoh kerana mereka tidak dibeli dengan harga yang mahal. Joe Cole free transfer lagi. Secara purata, perpindahan pemain ke kelab rival di dalam liga domestik akan menaikkan harga mereka secara automatik. Jika anda kata Andy Carroll is not worth £35m, maka kita boleh kata perkara yang sama dengan pemain Inggeris yang lain seperti Rio Ferdinand yang dibeli dengan harga £30m mahupun 18 year old Wayne Rooney dengan harga £23m? (lebih kurang). Ok ok tak adillah asyik bagi contoh Manchester United sahaja kita ambil Joleon 'Klingon' Lescott dan James Milner, £24m? Glen Johnson pun £18 juta juga walaupun dia merupakan right back yang kurang pandai defend. Maka di sini kita boleh membuat kesimpulan yang harga mereka tinggi kerana mereka pemain Inggeris.

2) Faktor January transfer window

Kelab harus membayar harga yang lebih tinggi sedikit daripada biasa di transfer window Januari kerana kengganan kelab lain untuk melepaskan pemain mereka di pertengahan musim. Agak sukar mahu mencari pengganti dalam tempoh yang singkat. Andy Carroll mungkin dilabel sebagai 'panic buy' kerana ramai orang berpendapat ada pemain yang lebih established dan lebih tinggi reputasinya. Persoalannya, adakah kelab kepada pemain reputasi tinggi itu akan melepaskan pemain terbaik mereka? We can throw in names; Aguero lah Pato lah tetapi kalau tuan punya kelab tak mahu jual tidak guna juga. Unless player itu sendiri yang submit transfer request seperti Torres, itu lain cerita. Carroll pun sama juga submit transfer request walaupun ada laporan yang mengatakan dia 'disuruh pergi' daripada Newcastle.

Torres mahu pergi, di mana mahu cari ganti dalam masa 2 hari? Maka kita hanya boleh membeli pemain di kelab yang sudi mendengar tawaran, seperti Newcastle yang ditunjangi oleh Fat Mike Cashley, hehe. Maka apa yang kami boleh buat? Jual penyerang utama dan menurunkan David Ngog untuk perlawanan seterusnya? Kami harus bertindak pantas mencari pengganti, dan Andy Carroll memenuhi kriteria sebagai penyerang yang mempunyai rekod jaringan yang baik musim ini di Liga Perdana (serta available).

3) Andy Carroll baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun

Kalau anda pernah main FM, anda pasti tahu jika anda mahu membeli pemain yang baru menandatangani kontrak jangka masa panjang, anda harus membayar at least 3 kali ganda daripada harga sebenar. Ini memang relevan dengan dunia realiti di mana harga seseorang pemain itu akan berkurang selari dengan tempoh kontraknya. Contoh yang masih fresh, perpindahan Steven Pienaar dari Everton ke Spurs hanya bernilai 3 juta pound kerana kontraknya akan tamat pada musim panas ini. Bagi mengelakkan daripada Pienaar pergi secara percuma melalui Bosman ruling, Everton membuat keputusan untuk 'cash in' sahaja Pienaar walaupun dia merupakan tunjang kepada jentera tengah Everton. Nilai Pienaar pasti lebih tinggi jika dia berada di bawah kontrak jangka masa panjang.

4) Andy Carroll is the next Alan Shearer

Melihat gaya permanian (sengaja typo bagi menambah unsur komedi) Andy Carroll di Newcastle, kita seakan-akan melihat kelibat seorang lagenda Geordie, Alan Shearer, seorang English traditional centre forward. Persamaan yang paling ketara adalah 'arial prowess' nya. Kepala Alan Shearer merupakan kaki ketiganya. Jaringan melalui kepalanya di Newcastle sahaja boleh mengatasi jumlah jaringan keseluruhan Emile Heskey di Liverpool #emileheskeyjokes

Andy Carroll adalah Peter Crouch versi yang lebih handal, lebih besar dan lebih gagah. Saiz organ reproduksinya sahaja yang tidak dapat menandingi Crouch. Gaya fizikalnya itu menjadikannya seorang calon yang sesuai untuk menjadi target man. Sebagai seorang target man, dia boleh hold up bola, mengumpan pertahanan untuk keluar dari posisi, dan kemudian membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol. Sebelum mengalami kecederaan, Andy telah menjaringkan 11 gol dan 6 assist pada musim ini, dan 18 bonus points bagi mereka yang bermain Liga Fantasi Sokernet (Anfield Heroes sekarang di tangga ke-9). Memang tiada kesangsian lagi yang Andy Carroll memiliki potensi untuk menjadi penyerang no 1 negara tanah tumpah darah kedua kita iaitu England bersama Wayne 'GILFHUNTER' Rooney.

Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan yang Andy Carroll berharga £35m berdasarkan sebab-sebab di atas, kita besarkan sedikit skop perbincangan, adakah Cristiano Ronaldo bernilai £80m?

Semoga skim perbankan Islamik Standard Chartered akan memberkati usaha kita di musim ini, Inshaallah, Inshallah (gaya Maher Zain).



15 comments:

Clarky Afif said...

faaaiiinn aku dalam dilema (ku terpinga tertanya didalam dilemamuuuu) nak pegi konsert maher zain kah konsert deftones kah?

atau aku buat je konsert sendiri? sumpah komen takde kena ngena entri haha!

Tiger_WONG said...

-_-"

makanbola said...

Jai..adakah ko wat isu ni sbb nk cover pemberambusan torreh?I can feel u bro,hehe..tp mmg sial ar,series sial!bkn sbb die brambus,tp sbb timing tu menyusahkan tok liv cari pengganti yg xmahal dan lg power!tp pd aku,at least kita skang tau yg owner baru ni ada duit!

Mohamad Faizal said...

clarky: dua dua aku tak pergi. justin bieber aku pergi Inshaallah, Inshaallah

makanbola: aku tak sedih dia pergi, tetapi aku terguris hati dengan cara dia pergi. berjanji sehidup semati bersama lepas tu meremukkan hati kita

Anonymous said...

alamak! aku kena sokong chelsea la macam ni. abg torres dah gi sana. tapi abg torres nampak lagi hensem pakai baju merah than baju biru.

-jaja-

Anonymous said...

adik carroll adalah panic buy ijai. £35m sangat mahal. abang shearer kate 'this is a huge gamble by liverpool'. man U boleh beli chicharito dengan harga £6m, takkan takde orang lain yang diorang boleh cari. baik diorang simpan je duit tu sementara dan tunggu end of the season, bukannye liverpool boleh masuk champions league pun season ni. sekadar tak kena relegated dah cukup. kesian gak aa kalau abang ngog ngan kuyt jadi forward.

cite sampingan, keluarga andy carroll kat newcastle terkenal dengan kemafiaan. orang office aku cite kat newcastle takde sape brani go against family 'carroll', sampai tahap eye witness semua tarik balik kenyataan diorang before a judge.

adam

Trafalgar D' Law said...
This comment has been removed by the author.
Trafalgar D' Law said...

bagi pendapat aku.. andy carroll power! cuma harga dia agak mahal.. takut2 jadi macam robbie keane..time kat tottenham main power, tapi masuk liverpool hampeh.. harap2 la andy carroll tak jadi macam robbie keane..

mangkuk statik said...

"Kepala Alan Shearer merupakan kaki ketiganya" kata kau.
Kaki ketiga aku berkepala,tapi takleh header sebab kalau heading dia akan sengal ya amat dan dikuti oleh jeritan manja serta linangan air mata syahdu.

Mohamad Faizal said...

jaja: adik carroll pun hensem apa

adam: haha hernandez dibeli semasa off season, sudah di scout lama, dan bukan dibeli daripada kelab satu divisyen. mana boleh cari value buy 2 hari sebelum tutup transfer window. tak boleh tunggu end of the season baru nak cari striker kerana liverpool tiada penjaring prolifik. kena maintain momentum jangan nanti kembali merudum semasa tengah on form ini. lagipun king kenny mahu main 4-4-2 takkan ngog nak partner dengan suarez. beza 4th place dengan liverpool hanya 8 mata, dan dengan adanya carroll tidak mustahil boleh dapat spot champions league.

trafalgar: harap-harap begitulah

mangkuk: depen juga apa benda yang kau heading dengan kepala tu. kalau heading organ berlawanan keluar jeritan manja juga

Anonymous said...

aku rase kalau liverpool dapat finish top 4 memang pembelian carroll sangat berbaloi. tapi kalau tak rugi gile. diorang kata die masih injured 5 minggu camtu O_O. biar benar.

adam

Amirul (aremierulez) said...

long time reader. first time commenter. eh? betul ke ayat aku ni?

ok. sebagai fan Liverpool, aku kecewa tahap dewa melangit bila Torres blah lagi2 dia blah dekat window nak tutup walaupun 20 hari sebelum tu dia kata dia ajak fan semua supaya loyal pada liverpool.

ok. carroll pulak.

apa yang kau tulis ni memang betul. lagipun, carroll ni panic buying. sebab tu harga melambung. kau bayangkan, niat nak beli carroll ni timbul tak sampai 12 jam sebelum window transfer tutup.

apa2 pun, harap gandingan carroll & suarez akan menjadi

crazy_labelle said...

ahh... tetibe rindu kat aryan...

wath said...

entry kau kali ni sumpah aku tak paham. tapi pesal ntah aku komen gak kat sini. hahhahahahaa

Mohamad Faizal said...

adam: hoiit kau lihat tu adam penangan suarez haa haa. tu belum bergandingan dengan adik carroll lagi tu

amirul: pasti menjadi dan menakutkan lawan. torres berjanji tuk bersama selamanya itu yang semakin pedih luka bila dia kata dia ingin pergi ke kelab yang lebih 'besar'

crazy_labelle: tang mana pulak tiba-tiba boleh teringat aryan ni

wath: takpe aku faham, aku memang irresistable

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...