Thursday, February 10, 2011

Kesan Ketiadaan Komputer Peribadi di Rumah

Malam tadi aku eksaited gila pulang ke rumah. Yelah dah ada akaun Twitter la katakan. Baru sahaja berangan-angan nak berbual-bual ringkas dengan Justin Bieber. Or at least Yip Chia Wei Justin kawan Uniten aku. Aku ni memang jenis yang tak reti nak tutup PC. Balik campak beg bukak baju just pakai boxer, lepas tu terus boleh guna PC. Tapi sesuatu yang aneh telah berlaku semalam. Di skrin jelas kelihatan wallpaper Laserbeak aku, namun tetikus aku mendiamkan diri sahaja. Normal la tu. Aku pun restart la PC. Kemudian skrin menjadi gelap. Aku restart lagi. Gelap lagi. Aku mula tak keruan. Setelah lebih 5 kali restart, aku terpaksa menerima hakikat yang PC aku mungkin bermasalah.


Berbekalkan sijil CompTIA A+ aku, aku pun bukalah casing PC mana tahu ada tupai tersangkut dekat motherboard ke. Tapi apa sangatlah yang aku boleh buat kan. Cabut RAM, ketuk-ketuk grafik card, membersihkan habuk namun begitu skrin masih tidak menunjukkan apa-apa. Sumpah tertekan lalu aku terus masuk tidur. Pukul 4.30 pagi terjaga, aku terus on PC. Masih hampa. Sambil mencarut ringan di dalam hati, aku menyelinap masuk ke bilik mama mencuri laptop beliau untuk menulis entri ini. Ayuh kita kaji kesan ketiadaan komputer peribadi.

1) Tidak boleh bersosial

Di zaman globalisasi ini, kita harus akui interaksi secara fizikal di alam nyata sudah semakin suram dengan wujudnya laman web sosial yang membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain tanpa perlu keluar dari rumah. Maka kalau PC rosak, mati kutu lah tak boleh nak login ke Fesbuk. Macamana mahu bergosip mengumpat majikan? Bagaimana mahu 'Like' gambar-gambar mendedahkan aurat kawan perempuan kita? Bagaimana mahu stalk bekas teman lelaki nak tengok dia bahagia ke tak tanpa kita? Sure, kita boleh guna telefon bimbit pintar tapi mana puas skrin kecil nak tengok gambar gadis-gadis tudung terbelit ataupun gambar jejaka-jejaka jambu minta pelempang di DZMS Modeling Agency? Aku tak boleh nak buka laman web sosial di pejabat kerana bos aku duduk betul-betul di belakang aku.

Orang boleh kata, 'kalau macam tu, inilah masanya untuk kau bersosial secara realiti'. Kenyataan itu boleh disangkal dengan mudah kerana rakan maya kita lebih ramai daripada rakan sebenar. Kalau tak percaya cuba buka friends list anda sekarang dan kira berapa ramai yang anda tahu nama bapa dia ataupun saiz boxer yang dipakai. Lagipun kawan-kawan kita pun sama juga suka menghabiskan masa di laman web sosial kalau PC diorang tak rosak mereka tidak akan keluar rumah punya.

2) Tidak boleh menonton rancangan televisyen

Walaupun di rumah aku ada Astro, aku tak tengok sangat sebenarnya melainkan menonton bola pada hujung minggu. Lagipun Astro aku dikuasai oleh mama aku yang saban hari menonton siri televisyen Korea, berita terkini Korea, dokumentari Korea, dan apa-apa sajalah yang ada elemen Korea. Lagipun siri televisyen di Astro tidak up to date, dan aku tiada kesabaran untuk menunggu apa yang akan berlaku dalam episod Lost yang seterusnya (dulu-dulu).

Maka hampir setiap hari, aku akan memuat turun siri televisyen Amerika yang aku gemari untuk dijadikan koleksi. Currently, I'm watching The Office, 30 Rock, Fringe, Nikita and American Idol. Bosan-bosan pun at least boleh tengok episod-episod lama. Kalau PC rosak, ARGHHH dahlah TV di bilik aku tiada Astro. Arial pun tiada nak tengok TV biasa pun tak boleh.

3) Tak boleh nak menulis blog

Untuk menulis sesebuah entri, aku memerlukan kesunyian dan fokus yang tinggi. Aku tidak boleh menaip apabila ada orang tengok kerana aku akan berasa malu. Ya aku memang pemalu kadang-kadang. Entri ini merupakan pengecualian kerana aku menggunakan laptop mama aku ketika mama masih nyenyak tidur. Nak menulis blog dari pejabat memang tak dapatlah, kecuali kalau aku sudah draf siap-siap dari rumah cucuk tambraiv saje. Tapi kebelakangan ni memang aku tak ada idea nak menulis blog pun so boleh la gunakan alasan PC rosak kalau lama tak kemaskini blog, haha.

Tapi menulis blog bukanlah the only thing yang aku buat menggunakan PC. Aku juga memerlukan PC untuk transfer player dalam Fantasy Football mahupun membayar wang PTPTN secara online mahupun melayari laman web kegemaran seperti perezhilton.com.

4) Kebarangkalian untuk menjadi horny adalah tinggi

Ironinya, benda-benda yang boleh membuat kita horny selalunya disimpan di dalam PC. Tetapi hakikat yang sebenar adalah apabila kita tiada sesuatu benda untuk distract kita, tumpuan kita akan difokuskan lebih kepada diri sendiri. Nak-nak pulak time-time tu tengah hujan, ataupun terbangun di waktu malam. Sunyi sepi, nafsu mula menguasai diri. Kalau orang sentiasa horny tapi dah kahwin macam kawan aku Fandi dia boleh je menggabungkan organ reproduksi dengan isteri, tapi kalau orang yang masih single macam kawan aku Shuhud? Pandang kiri, pandang kanan, pandang bawah, seluk tangan disusuli dengan dengusan ghairah sebelum disudahi dengan tangisan taubat.

Petang ni lepas kerja mahu cari kedai komputer di Bangi. Eh ada ke kedai repair komputer di Bangi? Kedai Abang Malik dekat PKNS tu buka lagi ke? Kang tak pasal-pasal kena raba. Secara jujurnya, aku lebih rela kalau rela jika kereta aku yang rosak berbanding komputer kerana komputer memberi pengaruh yang besar di dalah hidup aku. Apapun, aku yakin kalian mengerti dengan perasaan aku yang tidak berkomputer peribadi ini. Sigh...



21 comments:

afrohead said...

no.4 tu bangun2 tidur kena pulak ada morning wood. memang jadi lah. haha

Anonymous said...

jeckspeed

beli je la yg baru,.. berapa sgt la harganya.. kalau kau tak beli pun duit habis gak kan!..

Anonymous said...

Laku ke cert A+ tu bra?? semua meniru jer masa amik cert, hehe...
~yusry bkn kru~

Clarky Afif said...

aku dah khatam fringe season 2.

spoiler: agent dunham sesuatu-sesuatu. hehe.

aku harap ada season 3

Mohamad Faizal said...

afrohead: itulah. kalau dah tercacak tu apa boleh buat kan redha je lah

jeckspeed: tidak semudah itu jeck. tidak semudah itu. kalau mahu beli pasti mahu beli yang mantap

yusry: ala at least buat resume nampak penuh. haha kredit kepada tan yee hao kerana mencari jawapan untuk kita.

clarky: anda harap ada season 3? oh our god sudah separuh jalan dah. sila muat turun segera please. spoiler: peter bishop kan, dia kan, sesuatu-sesuatu.

crazy_labelle said...

ak bdak network... and last time ade subjek bengkel, which kne configure network... pc die bg mmg tahap tukun, rosak sane sini... but luckily ade banyak pc... rse mcm rosak skit tukar hd org.. rse mcm slow tmbah 3 ram curik org... haha... best gile maharajalela... ok bye...

Shafawi Hamzah said...

Bro time interview Cert Comptia A+ tu laku ke time interview?wa try cam tak laku je..cmne tu?

Anonymous said...

dah tiba masanye untuk kau upgrade PC kau jai. kipas motherboard bergerak tak? slalunye kalau rosak memang graphic card, motherboard, ataupun ram. maybe juga power supply. akhirnye aku beli mac je terus. hehe. belilah macbook pro dan install windows.

ps: hati-hati send pc kau ke kedai. nanti semua .3gp kau sampai ke internet. arghhh buta mata aku melihat kau bersama kucing.

adam

..:: WiRdA ::.. said...

dulu rumet aku penah hantaq pc kat belakang warta bangi tu..kedai apa tah.. tp slambe abg kedai tu selongkar isi2 pc tu..ciskekk!

Clarky Afif said...

omgnygt!!

nampak sgt aku menganggur di dalam igloo. okeh perlu tunggu tokey pirate a.k.a pekerja ILSAS sebenar utk pulang dr Korea dulu heheheh

engkauaku said...

sadis dowh xde PC...huhuhu..nnt mintak laa hadiah besday ke, hantaran tunang ke, hantaran kawen ke..sebijik PC dengan skrin 24 inci LED...fuhh..mantoppp

MR Jakcass said...

aku rasa masalah RAM tu..ko gesel sket kaki RAM ko dgn pemanda..insyaallah ok..hehe

MrJackass said...

aku rasa masalah RAM tu..ko gesel sket kaki RAM ko dgn pemadam getah..insyaallah ok..hehe

Anonymous said...

PEMANDA..
LOL.

Anonymous said...

Ada kedai baiki PC depan PKNS, seberang jalan besar sebelah kedai dobi. Servis dia OK, saya pernah hantar PC rosak ke situ.

the dr said...

salam bro.aku pembaca baru di blog ni.nice blog bro.blog santai paling best la takat ni.teruskan menulis entry2 cool lagi.

Trafalgar D' Law said...

skrg ini PC bukan lagi jadi kemudahan.. tetapi KEPERLUAN.. hahaha.. kalau takde PC kat rumah tu.. memang rase macam ade bende tak lengkap je dalam hidup..

-trafalgar d law-

Mohamad Faizal said...

crazy_labelle: takpe buat begitu demi pelajaran takpe. eh

shafawi: tengok jugala kita pergi interview mana kalau interview keje kat KFC memang dia tak pandang. tapi kalau interview 1st job berkaitan dengan IT mungkin laku

adam: da'killa pakai macbook. dual boot juga. tapi takkanlah aku hendak membelot Windows haa haa

wirda: yakahh? huii banyak koleksi .3gp orang lain yang perlu di hapuskan terlebih dahulu ni. eh

clarky: peter bishop kan dia dia dia sebenarnya bukan dari dunia kita. haha tapi itu sudah dijelaskan pun

engkauaku: hadiah besday/tunang/kawan lambat dowhhh. aku mahukan sekarangggggg

mrjackass: bukan setakan pemadam siap pakai liquid paper lagi masih gelap sahaja skrin

anon:(gelak dalam hati)

anon: terima kasih di atas informasi

the dr: terima kasih. memang benar kenyataan itu

trafalgar: ya betul 10 markah untuk anda mati kutu dibuatnya kalau takde pc

Kap said...

aduh, minta company kau bagi satu sudah :)

DingDong said...

sama la kita.. aku plak pinjam akak aku pya.. tp dia kedekut sket.. kalu aku pakai lama2.. dia da mula menjeling memberi signal suh blah.. so aku akan membeli komputer peribadi dgn duit bonus yg aku dpt.. yeaaa.... ;)

Mohamad Faizal said...

kap: kalaulah itu boleh menjadi realiti...

dingdong: aku pun kena bersabar dulu tunggu mama aku habis tengok vcd korea dia baru boleh rampas laptop

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...