Monday, February 7, 2011

Kongratulasi Ramaesh Subramaniam!


Bagi mereka yang menuduh aku rasis sebab selalu mengutuk warna kulit kawan aku Ahmad Shuhud di dalam blog ini, ternyatalah tuduhan anda tidak berasas. Sudah terbukti aku bukan seorang yang rasis kerana semalam, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan orang India. Selama ini pergi jemputan kahwin orang Melayu je, maka aku berasa seronok untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekerja aku di Maikrosof dahulu. Yelah nak juga tengok bagaimana proses perkahwinan orang India bagi menyahut seruan 1Malaysia daripada Perdana Menteri. Di samping itu, aku juga dapat mencuci mata melihat gadis-gadis India seksi memakai sari.

Majlis perkahwinan berlangsung di Dewan Serbaguna DBKL. Aku macam biasalah nak pakai baju Melayu pergi kenduri kahwin, tapi boyfie aku Muaz cakap aku tidak patut mencuri perhatian pengantin so aku pakai kemeja sahaja. Dewan tu kat belakang rumah Muaz je sebenarnya tapi aku berjaya menggunakan pujuk rayu untuk memaksa dia datang mengambil aku di Bangi. Sepanjang perjalanan, kami berbincang tentang blogger 1 Juta, blogger berlagak diva, dan blogger kena saman. Gila bapuk tajuk perbincangan. Ayuh teruskan membaca ulasan perkahwinan orang India.

Seperti biasa, dalam ruangan ulasan perkahwinan, kita harus mengeji pengantin tanpa belas kasihan. Tapi masalahnya aku ni tak selalu join sesi taaaaanikudekelam bersama beliau maka aku tiada modal nak keji apa tanpa melibatkan sentimen perkauman. Tapi orang selalu panggil dia Baby mungkin sebab dia minat Justin Bieber ataupun dia memiliki organ reproduksi bersaiz baby, I don't know. Kalau tengok wajah dia, misai dia ada iras-iras Rosyam Nor dalam filem Lenjan........serius tiada modal mahu keji. Kita masuk ke bab perkahwinan teruslah ok?


Aku dan Muaz tiba terus duduk bersama bekas rakan-rakan sepejabat. Wassup uols? Gembirakah di tempat kerja masing-masing hari-hari tengok mengeluh sahaja di laman web sosial? Hee hee. Mostly sudah bertambah berat badan, termasuk Muaz sendiri kerana tidak berdisiplin dalam menbancuh shake protein Herbalife. Ok aku tidak membuat research tentang terminologi yang digunakan dalam majlis perkahwinan orang India, maka aku akan membuat perbandingan dengan perkahwinan orang Melayu bagi menggambarkan situasi yang berlaku. Kalau orang Melayu kahwin, kita datang terus membaham nasi minyak tanpa mempedulikan pengantin kan? Tapi masa aku datang meja semua masih kosong. Kawan aku kata bila sudah habis upacara barulah boleh membaham.


Dengan perasaan jakun, aku pun pergilah ke pelamin untuk melihat proses perkahwinan mereka. Kelihatan sami sedang mengaplikasikan ritual untuk menikahkan pasangan pengantin, sambil diiringi oleh ketukan __________ (alat muzik tatau apa nama dia) di latar belakang. Muzik dia memang catchy tetapi orang Melayu tidak digalakkan untuk sing along bagi mengelakkan Iman terbatal. In a way, tradisi perkahwinan orang Melayu moden ada similarity dengan perkahwinan orang India seperti bersanding dan upacara renjis-renjis dipilis.


Setelah Ramaesh secara rasminya menjadi suami Komala, tak tahulah berapa kali lafaz ataupun cakap I do, semua tetamu melonjak kegembiraan, literally. Tak tahulah itu sebahagian daripada upacara ataupun mereka sedang lapar seperti serigala Wolverhampton Wanderers membaham Devils. Eh terbuat reference Liga Perdana Inggeris pulak. Makanan dia pun lebih kurang seperti makanan di kenduri orang Melayu juga. Nasi Briyani Banks, dalca kambing, ayam masak merah, dan juga sweet and sour terung. Aku makan je tanpa was-was sebab katerer dia tak nampak dodgy pun. Cuma rasa keseluruhan dia agak manis sedikit.

Oh wedding India juga ada DJ yang memainkan lagu-lagu nasheed India. Tapi DJ dia tu mungkin selalu mencucuk bintang banyak memainkan lagu-lagu tekece tekece tekece (lagu techno) macamana aku nak berjoget bersama keluarga pengantin di hadapan pentas. Lagi satu semasa nak bergambar dengan pengantin, aku lihat semua orang hulur angpau ke tangan Ramaesh. Tapi aku orang Melayu tak applicable la kot (padahal memang kedekut). Oh kat luar dewan juga ada kolam tapi tak boleh mandi nanti kena hambat dengan pengantin. Haa haa. Eh. Apa? Tak lucu??



Akhir kata, aku ucapkan selamat pengantin baru buat Ramaesh dan Komala. Ni rombe allega irruke. Ramaesh kalau baru balik daripada sesi taanikudelam diharap tidak pukul bini. Semoga kalian berbahagia untuk at least 50 tahun lagi.



11 comments:

abdul azim b mohamad isa said...

tak sepatutnya unsur2 EPL terselit dalam post perkahwinan india.

benda2 gini jangan buat main. terhiris sembilu hati ini..

piikachu said...

Nasib baik kau tak buat perangai terjun kat 'kolam' tu jai, kalau tak, nahas kau. haha

Mohamad Faizal said...

azim: tulah. mungkin patut buat satu entri khas untuk mengeji dan memuji? haha

pikachu: gila kau berdarah aku nanti

Anonymous said...

JECKSPEED

aku kecewa kau tak pakai baju melayu di majlis perkahwinan itu,.. kenapa jai kenapaaaa!!!!!

Mohamad Faizal said...

alah kau tengoklah pengantin tu dia bukannya hensem sangat kalau aku pakai baju melayu nanti hilanglah kegemilangan dia hehe

finaz said...

ok nk komen skit tp xde kene mengena dgn perkahwinan ramesh..

blogger 1 Juta = ni yg masuk paper hrtu kan?

blogger berlagak diva = adakah sama dgn blogger di atas? hanis zalikha pun kekadang berlagak diva gak.. hehe

dan blogger kena saman = ni blogger yg berat lebih dr 80kg tu ye (oppss.. sori tah2 dh kurang 80kg setelah memakai premium beautiful..).. hehehe

crazy_labelle said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Faizal said...

finaz: err no komen nanti kena saman. hee hee

crazy_labelle: eh apasal delete komen rasis tu hee hee

Noraishikin Mohd Salleh said...

en fauzi dgn en dilip pun ada :) wah meriah gituh kenduri. gambar mknn xde ke?

Mohamad Faizal said...

gambar makanan semua dalam perut. kunal je takde sebab dia tak reti cakap melayu dan tamil (haa haa)

crazy_labelle said...

haha... knp delete? i'm not a bad girl... terpengaruh dgn ko je....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...