Monday, February 14, 2011

Mengapa Orang Lelaki Tidak Romantik Selepas Berkahwin

Ini adalah satu persoalan yang sering bermain di minda gadis-gadis dan dijadikan topik hangat dalam sesi girls talk mereka. Tak kisahlah kalau mereka masih belum kahwin pun, tetapi apabila gadis-gadis berkumpul, mereka selalu membincangkan tentang masa hadapan. Mereka mendakwa yang jejaka mereka sudah tidak lagi menjadi sweet dan romantik selepas berkahwin. Dulu masa mula-mula bercinta, percintaan mereka boleh diibaratkan seperti lagu 'Apa Saja' dendangan KRU. Kita boleh jadikan bait lagu itu sebagai contoh "apa saja untukmu, ke dasar lautan biru, bertaruh nyawa andai kau damba mutiara di hari lahirmu...". Tapi itu semua dulu, sekarang ni anda rasakan kehangatan cinta telah pudar, tiada lagi kemesraan, tiada lagi kemanisan. Benarkah dakwaan itu?

Well aku belum berkahwin, tapi aku baru sahaja menamatkan kursus kahwin semalam, maka apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling, pengaruh media massa, dan sudah pasti generalization dan stereotyping. Ayuh teruskan membaca mengapa orang lelaki 'berhenti' menjadi romantik selepas berkahwin.

1) Kami telah pun 'memiliki' anda

Secara umum, orang lelaki boleh dilabel sebagai pemburu. Pemburu yang memburu 'mangsanya' dengan apa jua cara. Apabila seseorang lelaki itu telah membuat keputusan untuk menyukai anda, maka mereka akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian anda. Dari sekecil-kecil usaha seperti menghantar bunga mahupun mesej pesanan ringkas jiwang yang dicopy daripada romanticquotes.com, sehinggalah usaha yang ekstrim seperti membuat satu klip video di youtube menyanyi lagu cinta yang lahir daripada hati tanpa mempedulikan cercaan masyarakat sekeliling. Mereka membuat perkara-perkara tersebut bukan semata-mata untuk menarik perhatian anda, tetapi mahu mengejar rasa 'thrill' ketika mengurat anda. Kalau senang sangat tiada cabaranlah, itu sebab makin korang jual mahal, makin galak lagi kami mengurat anda.

Kemudian, anda menjadi pasangan bercinta dan seterusnya berkahwin. Di saat ini, anda telahpun menjadi 'milik' kami. Cuba fikirkan, segala aksi-aksi romantik yang kami lakukan semasa bercinta adalah untuk memenangi hati anda. Kalau sudah sampai tahap ke jinjang pelamin dan rela menyetubuhi kami, kami tahu yang anda cintakan kami sepenuh hati dan di atas sebab itu, kami rasa kami tidak perlu lagi melakukan perkara-perkara tersebut untuk impress anda. Hubungan cinta telah masuk ke zon selesa, jadi mungkin ini masanya untuk rileks sebentar. Tetapi adalah tidak adil untuk berkata yang kami 'take things for granted' kerana keutamaan telah berubah. Thrill untuk mengurat anda telah berubah menjadi thrill untuk memberi makan dan tempat tinggal yang selesa kepada keluarga. Besides, now is the time for you girls to take care of us right?

2) Kehidupan sebenar bukanlah seperti filem

Wanita gemar menonton filem komedi romantik ataupun chick flick yang memaparkan suka duka kisah cinta yang bahagia selama-lamanya. Satu kesilapan yang orang wanita lakukan adalah mereka gemar membayangkan yang diri mereka bahagia berada di dalam rangkulan hangat Ashton Kutcher mahupun Farid Kamil, sekaligus membentuk satu imej separa sedar di mana mereka sangka mereka akan mengalami situasi yang sama selepas berkahwin. Apa yang anda tonton di dalam filem adalah kehendak pengarah yang pandai memanipulasi kehendak batin seorang wanita. Anda tidak boleh expect Ashton Kutcher anda untuk sentiasa mengungkapkan kata cinta yang boleh membuat anda terbang sentiasa. Anda tidak boleh harapkan Farid Kamil anda membawa anda ke restoran mahal setiap masa.


Membandingkan realiti sebenar dengan filem akan membuat anda kecewa. Jadi sila ubah persepsi anda, dan turunkan expectation anda dan apabila anda sudah boleh menerima yang kami ini bukan Matthew Mcconaughey dalam filem komedi romantik, anda pasti akan sedar yang kami ini boleh tahan juga.

3) Kami tak mahu jadi predictable dan klise


Ok biar saya tanya satu soalan, apakah yang anda definisikan sebagai romantik mahupun sweet? Adakah dengan memberi bunga segar yang baru dipetik dari ladang disertakan dengan kad berisi ayat minta pelempang? Adakah dengan membuka pintu kereta untuk anda dan mendukung anda sambil bersyair madah berhelah? Ok dulu-dulu masa mula-mula bercinta mungkin semangat gunting abjad-abjad di majalah URTV untuk membentuk sebuah warkah cinta, kalau kalau asyik dok bagi kad hari-hari, masih boleh didefinisikan sebagai sweet kah? Seronokkah anda menerima sesuatu yang sama ataupun melakukan sesuatu yang rutin bersama kami? Sesuatu yang romantik sepatutnya berlaku secara spontan dan mengejut, tapi kalau anda dah boleh ramalkan apa yang kami mahu lakukan, sudah hilanglah 'spark' nya. You deserve so much better than that.

Mungkin anda akan kata "tapi, tapi jejaka i langsung tak buat dah benda-benda yang sweet....". Benarkah begitu? Selepas berkahwin, definisi sweet itu sebenarnya telah berubah, anda sahaja yang tak sedar. Ataupun tidak peduli? Tak sweet ke kalau kami tolong anda kemas rumah, membuat sarapan pagi untuk anda, mahupun menjaga anak dan membiarkan anda pergi membeli-belah di Zara?

4) Maybe it's your fault?

Kalian ini asyik menuduh kami sahaja yang tidak sweet, tidak romantik tetapi adakah anda telah membuat kaji selidik mengapa kami tidak lagi membuat mix tape kompilasi lagu-lagu cinta untuk anda? Pernahkan terdetik di hati anda yang sikap dingin ini berpunca daripada anda? Bukan orang lelaki sahaja yang berubah selepas kahwin, orang perempuan pun sama juga.

Dulu-dulu masa bercinta, tubuh anda memang memiliki liuk lentuk menggiurkan seperti Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Afdlin Shauki? Lebih-lebih lagi selepas beranak berat badan bagaikan dipam-pam. Perut merekah, berlipat-lipat boleh menabung simpan wang syiling berlebihan di situ.

Dulu-dulu masa bercinta, wajah anda licin bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rajnikandh? Berbulu sana sini, di misai dan di kaki.

Dulu-dulu masa bercinta, anda lemah lembut bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rosnah Mat Aris? Membebel tidak henti tak ingat tarikh ulangtahun pertemuan kali pertama di KFC pun kena maki.

Jadi adakah segalanya salah kami? Saya tidak setuju sebenarnya dengan kenyataan yang mengatakan orang lelaki berhenti menjadi romantik selepas berkahwin, ataupun setelah lama bercinta. Untuk terus menyemarakkan bunga-bunga cinta, kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan haruslah memainkan peranannya. Gadis-gadis harus menunjukkan yang mereka menghargai apa yang dilakukan oleh lelaki, tanpa meletakkan expectation yang terlalu tinggi. Oh saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Kekasih' yang ke-1,295 (since 29/7/2007) kepada da'killa :)



34 comments:

shukrin farahdiba @ ceklala said...

hahaha..kalo dah memang bukan spesies romantik...dari awal bercinta smpi dah beranak pinak tetapla xromantik! hahhaha..

ザ-sylver- S said...

kate perry??

adoi..

The Kadershian Sisters said...

janganlah sampai tak romantik langsung kot bila dah 'menakluki' kami..kalau sekali sekala bawak pergi jalan-jalan di tempat peranginan atau surprise kan kami dengan beg tangan jurulatih apa salahnya kan....=]

j.u.l.i.e said...

lelaki mmg makhluk yg aneh.. sometimes susah difahami..hehe

finaz said...

part wajah bertukar menjadi rajnikandh tu mmg scary + kelakar ok.. hahaha

Mohamad Faizal said...

shukrin: mungkin romantik di kamar tidur? hik hik hik

sylver: boleh ditukar kepada macy gray jika mahu

kadershian: alah kalau nak romantik jenama tak penting bukan

julie: manaaaaaa gadis2 lagi sukar nak difahami terutamana ketika pms

finaz: hah memang scary itu sebabnya kami memberi layanan dingin

s a r said...

adoi!

apakah??? ish ish ish..
terima kasihlah atas terlebih keperihatinan terhadap ketidakpuashatian kaum wanita selepas kawen.. haha

~maaf, bersuara bagi pihak yg tlah mmpunyai suami sedemikian rupa. hehe

pikir la sendiri!
sendiri buat sendiri tanggung
but, yg lelaki jgn syok sgt diri tu rase btul je.. huu ;p

nobody said...

hehe...
kelakar btul la u ni ijai
tak bley tahan bace blog u ni

papepun,
rasenye sbg perempuan
bila telah dimiliki
lagi semangat kot nak jaga semua2x
anak, rumah, suami ...
jugak body
dapat pahala tu :)

lgpun, dah mmg kat suami je bley show off; apalaga ^^

(yg tngh bengong ptg ni) huhu

abdul azim b mohamad isa said...

anda telah mengubah citarasa sejak tamat kursus kahwin. nama katy perry menjadi mainan bibir.

saya syak ada peserta kursus ada iras2 katy perry.

btw, slamat tamat kursus. hujah anda cukup kuat utk menyelamatkan para suami drpd terus dipersalahkan.

terima kasih. (bajet gile macam aku da kawen)

♀ Perempuan Manis said...

ah, laki mmg gitu..ske sgt bg mcm2 alasan..jd umpamanya perempuan ni bagai habis madu, sepah dibuang la ye...tak patut tak patut..
ikutlah cara Rasulullah melayan para isterinya, jgn hanya cari alasan dan salahnya perempuan saja yer .. ;-)

Iqa said...

"Dulu-dulu masa bercinta, tubuh anda memang memiliki liuk lentuk menggiurkan seperti Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Afdlin Shauki?"

"Dulu-dulu masa bercinta, wajah anda licin bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rajnikandh?"

*Cinta pd fizikal ye?

DuniakuAbstrak said...

aku penuh dengan jiwa keromantikan tapi awek aku brutaL, tak suka romantik-romantik

hahaha

Mohamad Faizal said...

sar: ni kes suami tak romantik ke apa ni. ala cuba anda pula yang romantik nanti dia terasa lah

nobody: baguihla dok lagu tuh isteri solehah anda ini

azim: haha takdelah tadi tengok grammy ada katy perry nampak comel pula

perempuan: mana ada. madu masih ada. kami tak pernah buang pun. cuma kering sebentar sahaja kerana korang tak jaga. hehe

iqa: ya, rupa dulu baru hati. eh contoh ketiga anda tak masukkan itu kan contoh bukan fizikal :D

duniaku: huii senanglah jika begitu tak perlu gunting2 majalah untuk dijadikan kad cinta

♀ Perempuan Manis said...

iqa : itu lah lelaki kan..pandang fizikal jer..padahal perempuan jadi gitu pun sbb mengandungkan anak2 dorang gak kan..dapat stretch mark tu pun sbb kerana anak kan? itupun dorang tak tahu bersyukur..ish ish..

Wahida Nasution Thakhrim said...

entah2 katty perry pun dah tak meletup bodynya bila dah ada anak nanti.. who knows??

akuNAJWA said...

oh entry ini agak serious :)

afrohead said...

walaubagaimanapun, aku yakin setelah aku berkahwin nanti aku akan kekal romantik. keh keh keh

nobody said...

Buat jejaka-jejaka, hargailah gadis-gadis anda...

paling ideal, buat suami-suami, bersyukurlah adanya seorang isteri

Tolonglah (tetiba pulak)

Ikuti kisah saye :
http://myjourneymylife-nobody.blogspot.com/2011/02/hari-bengong-sedunia-ada-dr-cinta-tak-p.html

Ingat, jangan melukai gadis !

mawarmerah said...

oho gtu yer..kalo camtu adakah kami para wanita yang harus bersikap romantik pada suami selepas kawen?

Anonymous said...

gratz bro~ aku suka entri ni.. pada aku entri ko ni bukan nk buat alasan semata2..fikir positif.. entri ni btujuan nak buka mata kedua2 belah pihak.. stuju point no.2.. nak2 dengan kegilaan gadis2 menonton drama korea.. mula la timbul gosip liar seperti jejaka malaya kurang romantik berbanding jejaka korea haha..real life wallahualam la pasal tak pernah kenal dgn lelaki korea pun

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20070707054740AAcLL3R



-megan musang

cik aletheea : said...

hehehhe..lawak seh..
betul jugak, tapi aku pompuan.. x kire..x kire.. lelaki mmg x romantik bile dah kawen... (mcm ler aku dah kawen ;p)

Mohamad Faizal said...

perempuan: ok ok stretch mark boleh hilangkan dengan mewarnakannya dengan warna kulit

wahida: yakah? tapi saya tak pernah lihat artis barat badannya di pam pam selepas beranak. even norjuma boleh kembali ke bentuk asal. jika mereka boleh, kalian pun boleh!

najwa: entri saya semua serius (nada serius)

afrohead: gadis-gadis sila hubungi afrohead jejaka seperti inilah yang harus anda cari

nobody: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

mawarmerah: ya, sikit-sikit pun tak mengapa. or kurangkan bebelan mungkin? hee hee

megan: "Are Korean men really romantic at heart..." haha bagus kau cari jawapan kepada persoalan tersebut

aletheea: yalah yalah kami akan cuba berubah.......(tanpa intonasi)

crazy_labelle said...

ak xske romantik2 sgt... sbb mesti senang2 je die nak goda perempuan lain...

Anonymous said...

yg last point tu kan...kurenggg setuju! kalau tak beranak takde la bdn jadi cmtuu... suami jgn pndai nk komplain lAA...Bawak la g spa ke..slimming centre ke..beranak anak die jugakk..yg laki tau kondem jee..

Rosa said...

Ijai, as much as I like reading your blog, your post here about women's body and stretch mark after getting married and having babies is very chauvinistic! If perut your mom penuh dgn strecth mark does it mean you love you mother less? Hargaila pengorbanan isteri dan para ibu bersusah payah mengandungkan dan melahirkan zuriat Islam, jangan pandang rupa dan permukaan kulit saja...

Mohamad Faizal said...

hi rosa. wau chauvinistic is a very big word, hehe.

baiklah, bagi menjawab persoalan anda, tajuk entri di sini adalah 'Mengapa Orang Lelaki Tidak Romantik Selepas Berkahwin'. Maka apa yang ditulis di atas perlu dirujuk semula kepada tajuk tersebut, tanpa mengambil sesuatu poin itu untuk diulas secara umum. it's just like what you said, do we love you less if your perut is full with stretch mark? of course not. ini tiada kaitan pun dengan stretch mark mahupun pengorbanan seorang wanita yang melahirkan anak. mama saya tiada stretch mark tetapi dia ada satu parut besar yang menunjukkan dari mana saya keluar. adakah itu menyebabkan saya tidak sayang mama saya? sudah pasti tidak.

berbalik kepada persoalan asal, 'Mengapa Orang Lelaki Tidak Romantik Selepas Berkahwin', aspek fizikal seperti penjagaan berat badan mahupun pemakaian bedak sejuk memainkan peranan dalam hal ini. again, itu tiada kaitan dengan sedalam mana cinta ataupun kadar appreciation kami terhadap anda, cuma kurang layanan romantik sahaja, hehe. seperti yang telah dinyatakan, keutamaan telah berubah. also, i'm generalizing and stereotyping, with the extra amount of exaggeration (or chauvinistic, as you claimed), but that does not mean what i said is degrading, the ugly truth maybe? hehe.

aaaaaanyway, i really do appreciate / respect all women regardless of their weight, so if terguris hati, sorry?

*Miss Geli^ said...

kopi masuk blog ai bleh?

haziQah said...

aaha 4 me..aku tak mngharapkan laki yg sweet spng msa apatah lg romantik..
sbb aku rimas kot
tp pnglaman aku yg lpas..bkwan dgn laki yg x romantik
tp kdg2 bila dia try utk jd sweet ataupun dia x sdar pon tu sweet, aku rsa dia sgt comel :)

anum said...

suami aku pon dah jadi macam ni..aku x gemuk, aku rajin maintain badan, aku siap dingurat di ofis, tapi aku tetap setia dengan suami & selalu buat surprise untuk dia..pada aku, apa yg aku selalu buat sebelum kawen perlu la diteruskan..tp suami aku jd terbalik..lepas kahwin, lg ingin lepak dengan kawan, lg makin buat bodo je..sifat sudah 'memiliki' dan bangga sgt ada kuasa 'suami' tu sebenarnye boleh menyebabkan perceraian..x pikir ke?

Anonymous said...

pendapat aku, nak kawen tu kena terima seadanya...romantik tak semestinya physically tp cara yang simple dan boleh menambat hati pun dah dikira sweet

as for pompuan gemok lepas bersalin, mmg laki akan kurang berkenan tp what the hell la kan...suck it up!tak semua pompuan nak gemok lepas bersalin...cuma mungkin tak jumpa cara untuk kuruskan badan...and encik suami pun kena la kasi support utk wife, jgn pandang mcm dah takde nafsu je kat wife sebab dia gemok lepas bersalin...

maybe boleh guna pendekatan halus mcm ajak senaman bersama2 ke...kan dua2 sihat :)

~Sha Nomei~ said...

huhuhuu...npe cm mmihak pd org laki je nie????anyway gud info...


jum follow sha kt cni:-
http://asyarielifez.blogspot.com/

Anonymous said...

perh..senang2 je kutuk perut bagai syiling bagai ye.. bdn di pam pam ye.. hallo.. sape punce sume tu?? x perlu bunge bagai.. cukp ngn ble blik keje tu senyum n buat rasa diri pompuan tu dihargai.. time bercinta bukan main lagi.. pas dah beranak pinak xde lagi dah nk saling suport menyapot ye.. lelaki.. sgt2 selfishhh !

nudra shafini said...

kesianla spe jd bini ko dik oi..malang sungguh..papepun hak ko utk mluahkan pndapat..akak ko jgn jeles..class gitu laki aku cam gini aku cri lain..xyah fkr romantik bgai..melopong ko..pdn muka..ingt laki je boleh buat..sedarlah wahai wanita..kali ni kita pula menakluki..

Anonymous said...

Nampk sngt pnulis ni mgambarkn cinta itu bdasarkn fizikal...bkn dri hati.. Klo pnulis ni lelaki serius ckp nk kawin dgn hg pn x ingin weh.. Lnsung xhrgai susah pyh seorang wnita nk jd ibu nk mlahirkn ank2 dia. Sedihnya dgr hg mgutuk kta cmtu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...