Friday, February 11, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Mimpi


Mimpi boleh didefinisikan sebagai gabungan imej, bunyi, dan animasi yang membentuk sesuatu cerita semasa kita sedang tidur. (source: Wiki-pakdia). Mimpi ini selalunya terbentuk daripada pengalaman mahupun memori, di mana realiti tersebut dimainkan semula di dalam mimpi, dengan ataupun tanpa modifikasi. Contohnya, kalau petang tu kita tengok cerita Niyang Rapik dan lepas tu terus tidur tak basuh kaki, kita mungkin akan dikejar oleh momok Niyang Rapik tu di dalam mimpi. Orang putih panggil mimpi jenis ini, Nightmare. Selain Nightmare, tahukah anda ada beberapa lagi jenis-jenis mimpi yang kita alami? Ayuh kita kenali jenis-jenis mimpi yang popular.

1) Mimpi basah

Mimpi basah merupakan kategori mimpi yang paling popular. Mimpi ini lazimnya dialami oleh orang lelaki, orang perempuan ada mimpi basah ke? Kalau ada pun, mungkin waktu itu mereka didatangi haid maka basah dengan darah. Eh seksis ke ayat tu? Anyway, mimpi basah ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

a) Mimpi basah likat

Mimpi jenis ini merupakan mimpi yang sangat digemari oleh orang lelaki kerana boleh mendapat kenikmatan syahwat tanpa mendapat dosa dan tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, mimpi ini tidak boleh hendak kita anticipate kerana pihak saintis masih belum berjaya lagi membongkar faktor-faktor yang menyebabkan mimpi basah likat berlaku. Mimpi basah likat boleh datang pada bila-bila masa, tak kiralah ketika kita sedang tidur di dalam bas ketika pulang ke kampung mahupun tertidur di dalam komuter sehingga terbabas ke stesen Nilai. Kesan daripada mimpi basah ini, anda wajib melakukan satu aktiviti susulan iaitu mandi hadas besar. Niatnya adalah nawaitusaumaghodin.......hah hah saje je aku nak tengok kau orang peka ke tak. Namun begitu, walaupun mimpi basah likat ini menyeronokkan, dia juga boleh menyebabkan kita mengalami tekanan. Contohnya, kau bangun pagi je tengok boxer kau keras macam kena gam kanji, tapi kau tak ingat kenikmatan yang berlaku dan pelakon mana yang disetubuhi. Mandi wajib pun jadi tak ikhlas sebab kita asyik marah-marah sebab rasa rugi tidak mendapat kenikmatan percuma.

b) Mimpi basah cair

Dalam mimpi basah cair, kita selalunya akan bermimpi melakukan aktiviti-aktiviti yang membasahkan badan, seperti bermandi-manda di Sunway Lagoon mahupun bermimpi terperangkap di dalam banjir. Basah di dalam mimpi akan dipindahkan ke alam realiti, di mana najis mutawasitoh anda akan keluar tanpa disuruh melalui organ reproduksi yang sama macam dalam mimpi basah likat tadi. Cuma outputnya cair dan tidak melekit-lekit. Hoi dah besar pun kencing malam ke pakailah Whisper for adults.

2) Mimpi kering

Jika ada mimpi basah, pasti ada mimpi kering. Di dalam mimpi kering, kita selalunya akan bermimpi melakukan tiviti-aktiviti yang meletihkan seperti berjalan di padang pasir mahupun berjogging di Taman Tasik Cempaka, menyebabkan tekak kita kering. Peluh kita tak keluar dan paras kolestrol kita masih tak turun walaupun kita berjogging di dalam mimpi, namun begitu perasaan tekak kering itu pasti akan membuatkan kita terjaga nak minum air. Kalau anda sudah siapkan botol air di dalam bilik, tahniah. Kalau tiada, anda terpaksa turun ke bawah untuk pergi ke dapur seorang diri pada pukul 3 pagi di mana momok Paranormal Activity 1 and 2 akan membuat kemunculannya. Eww seram uols! Maka sentiasalah sediakan satu botol air di dalam bilik.

3) Mimpi tersirat

Orang kata mimpi itu mainan tidur. Apa yang berlaku di mimpi hanyalah sekadar gabungan imej-imej rawak yang tidak membawa makna. Benarkah begitu? Orang Melayu, terutamanya orang Melayu kuat berpegang dengan adat resam turun-temurun percaya sesetengah mimpi itu membawa maksud yang khusus. Saya telah meminta pendapat seorang pakar mimpi Dr Syuhut Irfani yang memiliki sijil Pentafsir Mimpi daripada sebuah sekolah pondok tempatan untuk mentafsirkan mimpi-mimpi berikut:

a) Mimpi dipatuk ular: Anda mungkin akan didatang oleh Ah Long yang memiliki tatu ular di lengan kerana anda masih belum menjelaskan pinjaman membuka bisnes apam balik anda.

b) Mimpi didatangi orang tua: Mimpi ini selalunya dialami oleh orang perempuan, di mana seorang Datuk, tak kiralah datuk berpangkat ataupun datuk bercucu akan masuk meminang anda.

c) Mimpi memakai lipstik: Anda harus bersedia dengan wang yang secukupnya kerana minggu ini ada promosi hebat di Bobbi Brown.

4) Mimpi hamstring

Mimpi jenis ini adalah mimpi yang paling menyakitkan. Di dalam mimpi hamstring, anda akan bermimpi melakukan aktiviti sukan seperti mengetuai pasukan bolasepak Selangor mengharungi Liga Super tanpa Safee Sali ataupun berlari pecut 100m mewakili rumah biru di hari sukan sekolah anda. Sedang asyik bersukan, tendon anda tiba-tiba terkoyak menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga anda terjaga daripada tidur sambil menjerit. Sumpah sakit gila rasa macam dihiris dengan screwdriver. Untuk mengelakkan kekejangan ataupun kecederaan hamstring ketika tidur, elakkan daripada tidur dengan kaki berlipat.

5) Mimpi Yang Sempurna

Mimpi yang sempurna merupakan salah satu single daripada album Kisah 2002 Malam dendangan kugiran muzik terkenal Indonesia, Peterpan. Kehadirannya di dalam senarai ini adalah untuk menambah elemen komedi di dalam entri. Sekadar peringatan, usah agungkan sangat budaya seberang, sokonglah industri muzik tempatan. Kalau nak tengok .3gp diorang takpe. Eh.

6) Mimpi dalam mimpi

Konsep mimpi ini telah didedahkan secara komersial dalam filem Inception. Kalau nak lebih relevan, kita boleh bagi contoh kumpulan Damasutra yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Tapi pernah tak anda dapat perasaan di mana anda pernah mengalami situasi yang anda sedang lalui itu? Deja vu kah? Menurut kajian siapa entah, kita mengalami perasaan tersebut kerana kita pernah bermimpi tentangnya di dalam mimpi kita. Mimpi dalam mimpi. Entahlah aku pun pening.

Ahh aku bermimpi yang PC aku sudah kembali pulih tak perlulah aku bangun awal-awal pagi mencuri laptop mama untuk menulis entri ini. Tak apa. Adakah malam tadi anda ada mengalami salah satu mimpi di atas? Ayuh kongsikan bersama.



16 comments:

afrohead said...

satu je aku tak suka pasal mimpi basah ni. bila aku bangun2 tengok boxer aku dah bertompok dan aku tak ingat langsung aku mimpi apa. lepas tu tak pasal2 kena mandi wajib. dem!

Mimie.Candy Cane said...

serius aku teringin sangat nk mimpikan frreddy krueger..

Anoneemus™ said...

Semester lepas waktu praktikal aku biasa tido waktu smayang jumaat. Skali tu mimpi 4-5 layer. sangat pening kepala.

uculer said...

aku kalau boleh, nak mimpi made-to-order. featuring jared padalecki. tak pun matthew grey gubler. kalau tak boleh, eric dane.

crazy_labelle said...

Mimpi memakai lipstik: Anda harus bersedia dengan wang yang secukupnya kerana minggu ini ada promosi hebat di Bobbi Brown.

haha... apsal ko lebih girly drp ramai perempuan yg kukenali... ke ko google dulu sblm tulis ni... hmm...

Anonymous said...

aku selalu lupa mimpi aku.

-jaja-

mangkuk statik said...

7. "Termimpi-mimpi"
Apabila ada terusha tetek labuh Mak Limah, janda lima puluhan yg menjual goreng pisang depan sekolah anda dan sekali ALAMAK,secara "ter" ataupun tidak sengaja, dia datang dalam mimpi anda dan ingin menjamah "pisang muda" anda!

8. "Impian kosong"
LIVERPOOL.

Abuya Hayat said...

Salam... ada satu lagi mimpi tak tersenarai.... mimpi yang tak sudah (Ibnor Riza kot)...

Mohamad Faizal said...

afrohead: ya aku mengerti perasaan itu. tapi jangan sebab kau tak ingat kau pergi buat aksi sendiri secara solo pula

mimie: kau jangan lagi dipanggil lagilah dia datang nanti

anoneemus: huii 5 layer susah nak kembali tuh

uculer: kalau begitu, aku nak order jennifer garner

labelle: biasalah aku jejaka separa metroseksual

jaja: tak apa kalau ingat nanti tak mahu berpegang pada realiti pula. chewahh

mangkuk: kau minat team apa cuba bagitau sikit boleh aku kembali membalas

abuya: hah ibnor reza? den wahab aku kenal la

The Sharkox said...

Ijai, mengikut apa yang aku belajar, gabungan imej, bunyi, dan animasi (serta text) membawa maksud persembahan multimedia.. adakah ini membawa erti persembahan multimedia dalam tidur?

Clarky Afif said...

aku mimpi menjaga dua ekor kucing comel.

ah aku dah tertengok dua siri 3gp itu.

the dr said...

9) mimpi terjun gaung pastu bangun dengan terkejut beruk.aku penah mimpi camni time kelas bm kat skola dulu.pergh baik skola aku xde pompuan.kalo tak mau berpuluh taun jadik bahan tu.

piikachu said...

sedih aku dengar kau smpai mimpi2 pc kau dah baik. menangis aku tanda terharu (tiba tiba)

The Kadershian Sisters said...

mimpi patuk ular = nak kena masuk meminang.

mimpi kena pgigit dengan kucing = ??

Mohamad Faizal said...

sharkox: well sharkox aku memang jurusan multimedia pun dari situlah datangnya ayat itu haa haa

clarky: siri 3gp mana pulak ni ish ish ish 3gp jarang ada yang baik

the dr: kenapa terjun gaung patah hati di dalam mimpi kah

piikachu: sudah dihantar ke kedai. mungkin madebot yang rosak

kadershian: mimpi kena gigit dengan kucing tandanya kita mungkin akan mengalami sembelit ringan

Anonymous said...

Mimpi kelas/ prep
Biasanya tido atau tertido dalam kelas pada masa anda sepatutnya belajar. Pastu gerenti anda mengalami mimpi2 yg akan membuatkan anda terperanjat beruk dan terbangun akibat hentakan kuat kepala anda di meja atau lutut terhentak pada bahagian bawah meja. Biasanya mimpi terjatuh lubang atau longkang...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...