Wednesday, February 16, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Status Di Facebook


Sejak aku memiliki akaun Twitter, aku sudah jarang meletakkan status di wall aku. Eleh kalau takde Twitter pun bukannya aku selalu letak status di wall. Sepanjang beberapa tahun berkecimpung di laman web sosial Fesbuk ini, terdapat pelbagai jenis status yang telah aku lihat. Ada status yang witty, ada juga yang klise malah menjengkelkan kerana hari-hari terpampang jenis status yang sama di news feed. Maka hari ini kita akan mengkaji jenis-jenis status yang umum di Fesbuk.

1) Status PMS

Ini adalah status yang paling lazim, paling kerap, paling popular di Fesbuk. Jika anda ada kawan perempuan, anda pasti akan melihat jenis status ini selang 2 hari. Status ini selalunya bersifat cryptic, di mana hanya penaip status sahaja yang tahu kisah latar belakang status itu serta identiti orang yang dicarut. Status-status seperti ini memang bersifat memancing simpati mahupun reaksi daripada kawan-kawan, di mana mereka akan bertanya "What happened?" namun begitu soalan-soalan tersebut tidak sempat dijawab kerana dia akan membuat status PMS yang seterusnya. Btw di bawah ini contoh sahaja Zati yang sebenar tidak emosional begitu.


2) Status komposer

Jika ada sesebuah lagu yang sedang hangat mendapat airplay di radio, anda pasti akan melihat bait-bait lagu tersebut sebagai status di Fesbuk. Tanpa mengira situasi, anda akan melihat lirik 'Like a geeesik like a geeeesik' mahupun lirik lagu Bruno Mars daripada jejaka-jejaka yang bajet romantis. Kalau yang nak tambah mesej ketuhanan tu sudah pastilah akan meletakkan bait-bait daripada lagu Maher Zain versi Melayu yang sedang memanjat carta.

'Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan...'


3) Status Dr Fazley Yaakob

Kalau orang putih depa panggil Status Dr. Phil. Status jenis ini memang bagus sebenarnya. Status-status sebegini pandai bermain dengan kata-kata, dan bertujuan untuk memberi motivasi dan rangsangan kepada pengguna lain. Tetapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kata-kata yang fancy tanpa sebarang usaha di pihak kita. Jangan lupa meletakkan siapa sebenarnya individu yang melafazkan quote tersebut. Kami tak percaya yang anda mampu mengeluarkan kata-kata nasihat berdasarkan keperibadian anda yang gemar ceploit-ceploit itu. Lainlah kalau anda ni Dr. Fazley. Eh Fazley je mana ada pangkat Dr.

'Jangan abaikan rakan yg kerap sms dan call kita utk bertanya khabar semata2 utk mengejar rakan yg sering lari apabila kita call atau sms - Fazley Yaakob'

'Jangan sering bertanya, "kenapalah aku tak hensem/cantik macam dia?". Seringlah cari kekuatan dan kelebihan diri supaya minda kekal positif - Fazley Yaakob lagi'

4) Status prasekolah

Saya faham, gaya penulisan di Internet sememangnya ringkas dan padat. Kita mungkin tidak menggunakan apostrophe, ataupun menggunakan abbreviasi sebab kita anggap orang kita ni bijak boleh berfikir sendiri apa yang kita cuba sampaikan. Namun begitu, bak kata kugiran Bittersweet dalam iklan di Xfm, nak tulis ringkas boleh, tapi biarlah sampai maksudnya. Tatabahasa salah sedikit tidak mengapa, tapi janganlah sampai dilabel tidak reti mengeja dan mengada-ngada. Penambahan huruf 'W' di setiap penghujung perkataan juga tidak membantu.

Ah boing la aq ckp korunk x phm pn mls lyn bek g ceploit2 jew.

5) Status obses dengan diri sendiri

Status ini bersifat narcissistic di mana dia akan menulis sesuatu status secara rawak, kemudian dia akan Like status sendiri sebelum membuat komen-komen susulan kepada diri sendiri. Sepi tanpa ada komen daripada orang lain. Sedih.


6) Status AC Mizal dan kawan-kawannya

Dalam memilih kawan di Fesbuk, anda seharusnya bersifat selektif dan tidak membabi buta menambah semua orang sebagai rakan anda. Ini kerana tidak semua orang ikhlas berkawan dengan anda. Contohnya, ramai orang add aku di Fesbuk sebab semata-mata melihat gambar profail aku yang boleh masuk majalah Mangga. Sama juga dengan anda, kalau ada orang main add je anda walaupun anda tak kenal mereka, mereka mungkin ahli penjual bengkung Premium Beautiful mahupun sindiket Login Fesbuk Dapat Sratos. Once anda sudah add mereka, wall anda akan dipenuhi dengan promosi-promosi terbaru yang misleading disertakan dengan ayat-ayat nasihat yang menusuk hati.


7) Status special character

Kalau nak buat password yang 'strong', kita kena letak special characters. Tetapi ada juga orang yang menggunakan special characters ini di dalam status masing-masing bagi menggambarkan emosi yang sedang dialami. Sekadar special characters, tiada ayat lain. Contohnya:

a) .... = ini maksudnya dia tak tahu nak cakap apa, tetapi rasa obligated untuk menulis status.

b) !!!! = ini maksudnya dia sedang mengalami kejutan. mungkin testis dia senak secara tiba-tiba.

c) ???? = ini maksudnya dia sedang tertanya-tanya ataupun terlupa bagaimana niat mandi junub.

d) #%^&$*(& = ini maksudnya dia lupa logout Fesbuk lepas tu anak dia yang masih kecil tekan-tekan keyboard.

Begitulah antara status-status yang kita boleh lihat di Fesbuk. Ada juga status-status lain seperti menjadi Datuk Bandar Foursquare, status LOL tiba-tiba, mahupun status kejayaan ladang / restoran masing-masing tapi aku sudah mahu pergi kerja tak sempat mahu tulis. Apa yang aku sedar adalah, jika korang membuat status-status di atas di Twitter instead of Fesbuk, orang lain yang membacanya tak rasa annoyed pun. Jadi kalau korang ni memang jenis yang beremosi, ayuhlah segera mendaftar di Twitter. Apa lagi jenis status yang menarik di Fesbuk?



32 comments:

DuniakuAbstrak said...

haha nice..

ada Lagi,



status wasiat sebeLum bunuh diri

j.u.l.i.e said...

status surirumah: "hari ni x tau nk masak apa, masak sardin je la"

status in love: "thks syg...u means everthing to me.." ahaks!

status tgh senggugut: "Bull****you are out from my friend list start from today..bla..bla.."

Nazirul said...

kah3...

ada satu lagi status

status livescore

Nazirul said...

kah3...

ada satu lagi status

status livescore

afrohead said...

kah kah kah tergelak aku baca entri ni bro. oh btw kasi lagi aktif la kat twitter!

crazy_labelle said...

1. status forsquare
ijai just checked in @ Kenny Rogers Roasters (Melaka)

2. bersikap spt diary
saya nak lunch,
selamat malam semua... papai nak tido...

3. status berantai
Post this on the walls of the 12 prettiest (⌒▽⌒) WOMEN you know.. If you get back 5 you're beautiful ..

4. status hadis
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”

Anonymous said...

sekarang da advance lagi,

pn = un

makin lame makin tak paham aku bace, nk kategorikan advance ke ape ntah.

hu~

..:: WiRdA ::.. said...

aku paling tak suke org letak W tu kat ujung...arghhh tekanan kot nk baca..(apsal tah aku pulun gak nk baca??) euuwwww

♀ Perempuan Manis said...

haha..entri yg buat sy gelak sorang2..
betol la..kdg2 tension dgn status2 org yg ade gejala PMS ni, tp lagi tension ade member yg otak mcm prasekolah nye..nasib takde friend mcm tu..hehe ;-)

Mohamad Faizal said...

duniaku: huii kalau nampak macam tu terus serbu ke rumah dia tak boleh dibuat main tu

julie: haha status surirumah "hari ini mahu buat kek redvelvet"

nazirul: yaa kita boleh tunggu status orang update instead of pergi ke livescore secara terus

afrohead: haha bukan tanak aktif tapi aku nak tulis asyik panjang sangat tak cukup ruang

labelle: tu ah aku selalu dapat contoh no 3 kau (kategori kacak)

anon: pn jadi un??? aneh

wirda: sabaw sabaw saaw indaw kaw menjelmaw juaw

perempuan: hihi sebagai seorang wanita adakah anda pernah membuat status pms?

Anoneemus™ said...

Status org kuat makan.

Pagi- Hr ni breakfast nasi lemak lauk telur mata, sambal sotong dan sardin.Burp kenyang.

Tghari- Nasi tomato dgn ayam masak merah, salad telur dan kurma daging.

Petang- Aiskrim dgn choco top! Kalau ada waffle kan best..

Malam - Lamb chop, mashed potato, chicken salad, mushroom soup dan kerepek udang! I love my life <3

Kap said...

Faizal tu betul lah obses sangat dengan diri sendiri.
hahah.

Aslina said...

aku punya status skang mintak barang2 cityville...

tolong aku weiii.... hahahaa...

eszol raar said...

mcm entry gua jgak

http://fromglassesandlenses.blogspot.com/2011/01/annoying-facebook-status.html

Wahida Nasution Thakhrim said...

status prasekolah yang paling tak suka.. bukan aje tak suka, tak faham pun..

Mohamad Faizal said...

anoneemus: wahh kena cek paras kolestrol tu

kap: haha yang itu memang tepat sekali

aslina: ok aku login sekarang

eszol: haha nice

wahida: tak apa orang kini telah mula sedar dan tidak lagi melakukan status sebegitu (kot)

♀ Perempuan Manis said...

ijaicool ; mestilah xpenah, dh namanye pun perempoanmanis kenalah jg tatatertib perempuan melayu terakhir kan..kahkahkah. t, xde plak org nk dtg meminang tgk gaya status pms yg mcm nk merhoyan tu..

s a r said...

hehe.. maaf nak tumpang gelak bersama dengan status2 tersebut.

~saya bukan gilakan muka buku. ;p

finaz said...

hahaha... lawak k entry ni.. i tergelak sorang2.. btw i mmg menyampah statuses yg under category no 4 tu.. so far my frens takde lgla yg dok tulih camtu (not that im aware of)..

i think 60% of my statuses are about food la.. tp bukanla mcm komen si Anoneemus di atas.. hihihi..

uculer said...

Ni aku tak tau la status jenis apa kawan-kawan aku buat,

'yang, ni BMW whatever sh** derang jual kat mudah.my'. 'ha ni lagi satu CLK tueun harga'

'saya nak ke jakarta nak borong emas'.

Derang ni tak sabar nak kene rompak kot.

Tapi naislah entry ini.

♀ Perempuan Manis said...

status yg menunjuk2 dorang ade BB or iphone ;)

: Grand Margherita Hotel
MinahRempit just checked in @Grand Margherita Hotel (Kuching, Malaysia)

Monday at 20:23 via Foursquare

^.*

Clarky Afif said...

status sarkastik : aku belum cukup terencat untuk main teddy bear.

yang best ada org terasa.

cis ni dak MATAHARI punya pasal, dia yang menjebakkan aku ke sarkasis(dot)blogspot(dot)com. haha!

the dr said...

status 'benda tak penting tapi nak bitau orang'

" i lapar la, nak makan pew yew?"
" tetiba rasa nak berak la"
"baru lepas mandi wajib tadi"

oh rasa cam nak lempang2 sayang je dengan golongan camni

O Ena O said...

aku rase...status aku kt fesbuk adalah yg paling bosan sekali dikalangan org fesbuk...bg aku kite mesti bezekan dunia realiti dan dunia fesbuk..tp byk di kalangan kite menganggap fesbuk spt diri yg kedua..bg aku ena di fesbuk sgt berbeze dgn ena di luar fesbuk..hahaha

Mohamad Faizal said...

perempuan: ada, kalau meroyan mesti lelaki meroyan suka

finaz: jaga2 dengan status anda kelak dipaparkan pula di masa hadapan (haha)

uculer: err itu status material mungkin?

clarky: hey hey hey i main teddy bear hoccayyy (buat2 terasa)

the dr: itu status TMI - too much information

ena: dunia realiti macamana nak letak status hehe

j.u.l.i.e said...

Don't u think Facebook should change the status question from “What’s on ur mind?” to “What’s ur problem today?”

Eliza said...

Auntie saya dah berumur 50 an still amik kuiz "Which guy you belong to" and it shows on her status.. aku kompius

redspana said...

status kat fb tuh byk yg exzejerit je..mende xde la cm dorang tulis tuh pon..pelik betol aku..skang fb ak xde dah status coz da malas nk lyn fb..jenguk tengok notification+msg kwn2 je..

cikbunga said...

haha..gelak jer baca entri ni
nyway ada entri org nak kawen

-jap g nak cari bekas hantaran -

-kat mana ada cater paling sedap tapi paling murah-

-hiv test sah buat..yeay-

-kalau bajet lebih nak jer cari rizalman buat wedding gown..ahaks -

Mohamad Faizal said...

julie: haha that's a good one

eliza: err no komen. ok komen sikitlah mungkin kurang layanan suami? maaf jika terguris hati auntie

redspana: ya mana ada dah orang tulis status seperti di atas tu (sebab kita dah unfriend mereka)

cikbunga: hey hey saya mahu buat status begitu tak lama lagi hoccayyy

SagitZGirl said...

hehe . . sy slalu wat status no 2, 4 n 7 . .

Anonymous said...

paling aku anti adalah status "OMG, dah gemok...must hit the gym!" or "ah,makan banyak...dah gemok!" or "pergi gym, buat work out gile babi" [tapi pastu post gambar makanan serupa tak makan 9 bulan] durhhh!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...