Sunday, February 27, 2011

PCKU DISAMBAQ KILATTT LAGIII (menjerit ni)

2 minggu yang lalu, motherboard saya telah meninggal dunia. Setelah diganti, saya sangka saya dapat meneruskan kehidupan dengan normal. Namun begitu apakan daya, pancaran kilat tidak memilih mangsa. Selalunya kilat ni menyerang komputer peribadi yang sedang memuat turun pornografi, tapi rasanya saya sedang download siri ceramah Ustaz Ismail Kamus ketika itu.


Maka apabila mendapat panggilan daripada mama menyatakan pc aku langsung tidak mahu hidup, aku hanya mampu menangis teresak-esak di dalam hati di sudut-sudut yang gelap kerana aku baru sahaja menghabiskan sejumlah wang menukar motherboard tempoh hari. Nasib baik masih ada warranty tetapi perlu menunggu lebih kurang seminggu baru boleh dapat tukar. Maka blog ini terpaksa berehat selama seminggu dua walaupun aku kepingin untuk berkongsi cerita-cerita panas seperti Pendedahan Teman Wanita Shuhud, Orientasi Seksual Sebenar Zulkifli serta mendedahkan spoiler filem-filem Barat terbaru.

Ini pun aku kemaskini menggunakan komputer riba mama aku. Bukannya boleh selalu guna sebab dia nak tengok DVD Korea dia. Lagipun aku kurang bernafsu hendak mengemaskini blog menggunakan komputer mama, mahupun komputer di pejabat kerana perasaannya berbeza. Jika hendak dibuat analogi, dia seperti kau nak pergi konsert Maher Zain, tapi kau hanya dapat pergi konsert Justin Bieber. Sama juga konsert dua-dua masih boleh terkinja-kinja, tapi doa masuk konsertnya berbeza. Sigh.....

Hoit nak baca ape lagi pegila surau ke rumah anak yatim ke dapat gak pahala. Namun begitu, walaupun aku tidak dapat mengemaskini blog buat masa ini, aku masih aktif bersukan di Aktif Futsal dan juga laman web sosial Twitter. Apa?? Korang tiada Twitter? Segeralah register dan setelah memiliki akaun Twitter, tiada siapa akan judge anda jika anda meletakkan status-status PMS sepanjang masa. Ok selamat malam uols jumpa lagi.



16 comments:

Anonymous said...

yes, jd no 1.hahahah...

lek r ijai..tue nk suh ko muhasabah diri sket tue..asek2 twitter, blogging, d/load..mybe dgn rosaknye motherboard ko tue, ko dpt topup ibadah2 ko yg len ke..cth: smyg awl wktu..

see????? bgs x ceramah daku ini???

santiago said...

guwa syak lu salu sgt tgk milf...
kehkehkeh~

theanswer said...

x gune surge protector? kalau dh selalu sgt kne..xpun gune voltage regulator.

theanswer said...

haha bercakap mengenai petir..tahun lepas 3 kali umah aku tukar modem wifi sbb kne sambar petir.

♀ Perempuan Manis said...

anon : yup..betol tu..heehe..tp pape pun, rasa2 rindu plak nk bc entri die yg menggelikn satu badan ni.. ;-)

DuniakuAbstrak said...

kau pakai power suppLy cap ayam ke? aku syorkan kau pakai power suppLy yang High spec punya, yang ada sistem anti KiLat..mahaL sikit La

so far aku pakai ok je, stakat kiLat menyambar sampai bergegar dinding rumah pun tak membunuh motherboard aku Lagi

afrohead said...

selalunya kilat memang akan sambar pc yang download ceramah ismail kamus.

hahaha

Tiger_WONG said...

bro..beli lor AVR(automated voltage regulator)..murah je..insyaAllah..insyaAllah..insyaAllah..u'll find the wayyyyyy(nada Maher Zain sket)..hehe..

crazy_labelle said...

ak rasa bukan masalah tnb ke power supply ke ape ke... ak rse masalah ni berpunca dr ko... ko ialah mutant and ade kuasa letrik... maybe ko perlu carik doa/hadis utk kawal kuasa ko...

Harris H said...

dude,beli AVR dengan built in surge protector...insyaallah....tak de ler m'board kena sambar lagi part 3....benda lain kat rumah mungkin kut kut...

Mohamad Faizal said...

anon: memang bagus. tapi biasalah manusia ni kalau diberi nasihat masuk telinga kiri laju je keluar telinga kanan

santiago: dah tak selalu sangat dah

theanswer: aku ada surge protector tapi entah mengapa tuju pc aku sahaja modem aku ok pula

perempuan: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

duniakuabstrak: power supply aku memang garang, tapi garang lagi kuasa tuhan

afrohead: benarkah patutlah pc aku selalu sangat dituju

tiger: inshallah inshallah ada jalannyaaaa (versi melayu)

labelle: mm menarik teori anda ni

harris: baiklah. ataupun kalau tahu sedang kilat aku cabut plug semua. tapi aku degil....

Kap said...

aku syak kau selaku pakar komputer cuba menduga skill pc para pembaca, kan?
cepat mengaku :)

theanswer said...

haha tpi mmg cmtuh ah..last modem aku kne pon dh sambung surge protektor belkin..tpi [rotector tuh sehat..modem je kong. sekrg kalau kilat sket jer trus off n cabut modem.

Anonymous said...

jeckspeed

bukan kilat la jai, petirr.. kilat tak menyambar dia bagi flash je, petir yg menyambar terutama tempat2 yg ada setan,.. rumah kau ada setan ke jai?.. kalau ada kau la orgnya tu kan!..

Anonymous said...

semoga tabah.

-jaja-

Mohamad Faizal said...

kap: haha buat apa mahu menduga pula memang rosak betul lah

theanswer: hari ke-5 tanpa pc...

jeckspeed: betullah kilat menyambar. tak percaya kau tengok wiki

jaja: thanks

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...