Tuesday, February 1, 2011

Tanda-Tanda Hari Raya Cina Akan Tiba

Walaupun saya akan bekerja di Hari Raya Cina nanti, itu tidak bermakna yang saya ini racist. Untuk membuktikan yang saya ini bukan racist, saya akan membuat satu entri Tahun Baru Cina selari dengan konsep 1Malaysia yang diterap oleh Perdana Menteri di dalam diri. Tak kisahla walaupun entri ini direcycle setiap tahun. Hee hee. Lagipun aku sedang berduka. Anda mungkin tahu mengapa. Tapi esoklah kita cerita pasal benda yang mengguris hati itu dengan terperinci. Ayuh kita kaji bagaimana Hari Raya Cina mempengaruhi hidup kita.

1) Anda akan dibanjiri buah limau dan boleh membuka sebuah gerai limau secara kecil-kecilan. Yelah jiran anda sedekahkan limau, mak anda buat air limau, boss anda memberi bonus sekotak limau. Siang malam pagi petang semuanya limau sampai anda pun jadi lemau sebelum membuat gaya Fei Mau. Gila hebat teknik rhyme aku.


2) Kehadiran Prosperity Burger di McD merupakan tanda yang obvious. Apa yang anda tidak tahu adalah penjaja burger Ramly secara kecil-kecilan turut mencetak rompak konsep tersebut. Contohnya gerai Burger Abang Ropi di hadapan 7-11 rumah aku akan menambah menunya sempena raya Cina dengan menjual burger berasaskan Cina seperti Burger Limau Mandarin dan burger oblong di pasar malam.

3) Lagu raya Cina mula berkumandang di radio. Antara lagu raya Cina yang popular ialah Musafir di Raya Cina dendangan S. Jee Beng, Satu Hari di Hari Raya Cina dendangan Em Na Siew serta Menjelang Hari Raya Cina dendangan DJ Dave Wong.

4) Pakcik yang tiap-tiap tahun pakai baju Cheongsam yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama setiap tahun mengumumkan ketibaan raya Cina. Dammit apasal point no 3 dan no 4 ni aku macam Tanda-Tanda Hari Raya Melayu Akan Tiba cuma aku tukar je elemen Melayu kepada elemen Cina?

5) Televisyen dan panggung wayang akan dipenuhi dengan filem All Well Ends Well. Tak kiralah daripada versi klasik Stephen Chow sehinggalah ke versi terbaru lakonan Louis Koo.

6) Ofis dan jalanraya mula lengang kerana orang Cina semuanya sudah pulang ke kampung. Tetapi sebagai orang yang bekerja di kompeni yang tidak percayakan konsep ang pow, aku tidak dapat merasakan nikmat bercuti di Hari Raya Cina. Or Raya India. Or Raya Gawai. Or Raya Yahudi.

7) Warna merah dikatakan dapat memberi 'ong' di hari raya Cina. So kalau ada yang ekstrim sangat tu semua benda nak dimerahkannya. Baju nak warna merah, rambut nak warna merah, seluar ada tompok merah....no no itu sebab terlupa pakai Whisper.

8) Raya Cina akan tiba apabila aku membuat entri racist tahunan sebegini sambil mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan CIna aku seperti Sook Fun, Andrew Chan Wai Jien, Sharon, Neo Way Chiang, Tan Yee Hao, John Hoo Chee Kiong, Adam Phong Wei Hoong, Cong U Hong, Adam Johari, Chua Shi Yun, Yip Chia Wei Justin, Ling Leong Wei, Lim Fei Yee, Teo Pu Lang, Tee Lee Ying, Ding Ngok Fung, Ho Kah Ling, Calvin Loi Hui Meng and his girlfriend Acute Critique, Bernard Huen, Chin Kah wei, Loke Mun Leong, Su Yong Gan, Tan Hooi Lay, Joanne Lee, Mimil Chen, Jean Khoo. Wish you all the happiness this Chinese New Year with your family and friends. Lei hou leng! Ngo hou leng chai?



16 comments:

deeb said...

cam copycat dari hari raya punye je...kau malas nk pk new idea eh ijai? anyway aku kije arini, demmit

Catherine- said...

qong xi fa choi~

hoh hoh hoh!

eh, tu krismas!

hahaha~
hahaha~
hahaha~

manyak busat
manyak ong!

ketawa la hahaha~ tanda gumbira!

Mohamad Faizal said...

deeb: haha exactly! tahun depan pun inshaallah maher zain entri yang sama. jangan bersedih saya bekerja juga hari ini. dan esok. dan lusa.

catherine: catherine mahu tanya sedikit adakah anda ini chinese? (berdasarkan nama). jika ya, gong xi fa cai!

afrohead said...

terkejut beruk apek-apek dengan nyonya-nyonya cina aku bajet kalau bukak-bukak kotak oren tengok-tengok ada annoying orange kat dalam.

kah kah kah

eiYja_cHum3yl said...

nk tmbh..nk tmbh..hehehe...mercun bunyi sahut2an..nk pch umah den mlm td...

s a r said...

eh, cantik pulak la bulu mata oren ni.. haha..

point 7.. haha..
ambik mood tu.. bru meriah meriah meriah.. ngee

yaa. mula lah gegar gempita mlm esok.. teramatlah bagus utk tidur di kala itu.. heee ;p

Clarky Afif said...

Ngo leng lui...kahkah!

Niz said...

bengom la no 7 tu!
haha

Anonymous said...

Kong Xi Fa Cai Jai! Malam Rabu mesti penuh gile kedai kedai di Chinatown.

Adam

Trafalgar D Law said...

mse tahun baru cina ni,
jgn amek buah limau dalam tokong pulak..

hahaha.

nanti kena sampuk, susah nak ubat..
wakakakaka

gong xi fa cai!

-trafalgar d law-

crazy_labelle said...

ko xdapat angpow ke?

Anonymous said...

kau berduka?aku tahu mengapa..hehe..abg torres nak pakai baju warna biru bukan?hehe...


-the casablancas-

O Ena O said...

ko berduka ijai? huhuhu aku tumpang simpati pd ko..takpe2 luis suarez myb leh jd pengubat duka ko yer..tabah kan hati melihat torres pakei baju biru nanti yerk...

MATAHARI said...

woha! kongsi kongsi

Mohamad Faizal said...

afrohead: haha memang annoying nak arwah bukan

eiyja dan sar: dam dam dum, bunyi mercun (menyanyi)

clarky: mo man taiiii

niz: jangan lupa pakai terutamanya di sekolah nanti malu digelakkan oleh lelaki2 tidak matang

adam: mesti kau senang dapat diskaun. hee hee hee

trafalgar: kalau kena sampuk, bawa jumpa harun din

crazy_labelle: tak dapat sebab semua kawan chinese cuti

casablancas dan ena: usah dikenang kisah yang lalu.....nanti kita tulis pasal isu ini pula

matahari: biar kongsi angpow, jangan kongsi jarum suntikan

cik arnab said...

hihi..suka part bila ijai tukar lagu hari raya dgn raya cina..haha.. gelak terkekeh2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...