Wednesday, February 23, 2011

Top Ten Favorite Wrestlers of All Time

Ahh professional wrestling. Percaya atau tidak, aku pernah menjadi peminat gusti professional pada satu masa dahulu. Minat aku terhadap wrestling bermula sejak kecil lagi, dipengaruhi oleh arwah atuk tiri aku. Atuk aku di Selayang tiap-tiap minggu akan menyewa pita video gusti WWF (now WWE) dan WCW dan sebagai kanak-kanak yang naif lagi mudah terpengaruh, aku berasa teruja apabila melihat seorang raksasa besar yang membawa keranda ke gelanggang orang pukul dia pun tak rasa apa. Sejak hari itu, aku setiap minggu menyuruh mama abah aku balik Selayang sebab nak tengok wrestling. Dari zaman Macho Man Randy Savage sehinggalah ke the Golden Age of Wrestling yang memaparkan dua ikon WWF ketika itu, Stone Cold Steve Austin dan The Rock, semua aku layan dan siap praktikkan lagi gaya penyudah mereka terhadap sepupu aku yang tidak mengerti apa-apa.

Tapi dah meningkat dewasa ni minat aku terhadap wresling menjadi pudar, lebih-lebih lagi selepas mengetahui yang wresling itu lakonan semata-mata, hehe. Lagipun bila tengok Smackdown kat mapley entah sapa-sapa tah yang bergusti. Lagipun ramai ikon gusti yang tidak lagi membuat kemunculan kerana sudah bersara, meninggal dunia, cedera mahupun pergi berlakon filem. Namun begitu, Apabila ramai rakan meletakkan video Dwayne 'The Rock' Johnson kembali ke Monday Night Raw, aku tiba-tiba rasa nak buat entri ini. Melihat The Rock trash talking John Cena ternyata mengembalikan memori lama. Oleh itu, hari ini aku ingin berkongsi 10 professional wrestler kegemaran aku. Ayuh teruskan membaca.

10) Goldust

Ulasan: Goldust adalah penggusti yang lucu. Lucu kerana gimik dan personalitinya. Dia ni boleh dilabel sebagai arbok di dalam WWE. Kira macam Sally lah. Tapi dia punya signature move bernama Shattered Dreams memang ganas. Letak musuh di turnbuckle, lari laju laju kemudian menyepak testis. Tuhan sahaja yang tahu kesenakannya.



9) Trish Stratus

Ulasan: Trish Stratus adalah Diva WWE yang paling hangat dan seksi, tiada tandingannya. Baru-baru ini dia kembali membuat kemunculan di WWE dan pasti ramai peminat-peminat horny seperti Fandi yang kembali menonton gusti di kaca TV. Oh our god hebat gila teknik rhyme aku.



8) Triple H


Ulasan: Aku dulu-dulu benci gila kat Triple H. Masa tu dia masih guna nama Hunter Hearst Helmsley. Menggunakan persona orang kaya dan berstatus tinggi, dia tiap-tiap minggu nak berlagak dan merendahkan status-status penggusti lain. Selepas dia menubuhkan D-Generation X bersama Shawn Michaels kepopularitiannya semakin meningkat dengan catchphrase Suck it! Tapi aku rasa dia dapat jadi main event wrestler sebab dia kahwin dengan anak Vince McMahon (dalam jalan cerita dan realiti). Namun begitu gaya penyudahnya The Pedigree memang devastating. Dalam Monday Night Raw kelmarin dia kembali mencabar The Undertaker di Wrestlemania nanti.

6) The Rock

Ulasan: Ahh The Rock. The Most Electrifying Man in Sports Entertainment. Skil mikrofon dia memang unbeatable. Banyak gila catchphrase yang popular di kalangan kanak-kanak yang belum baligh. Sudah pastilah dia masuk dalam senarai setiap orang bukan? Masa mula-mula dulu The Rock ini merupakan heel (watak jahat) sebelum menjadi face (watak baik). Menyertai gagasan Nation of Domination (N.O.D) bersama Farooq dan kemudiannya mengetuai The Corporation di bawah belaan Vince McMahon. The Rock bertukar menjadi The People's Champion menjadikan Ziana Zain sebagai sumber ilham angkat keningnya. Walaupun telah lama meninggalkan WWE untuk mengejar impiannya menjadi bintang filem, kepopularitiannya langsung tidak pudar, dan ini dibuktikan dengan sambutan menggila yang diberikan peminat setelah kembali di RAW minggu lalu. Do you guys smell what I'm cookin?

5) Stone Cold Steve Austin

Ulasan: Pecah kaca pecah gelas, tapi kalau pecah kaca itu tandanya Stone Cold nak masuk gelanggang. Stone Cold Steve Austin merupakan penggusti yang paling bad ass sekali. Pada mulanya dia memang watak jahat. Tapi attitude dia yang 'minum beer, tak peduli apa yang berlaku' menjadikan dia sebagai seorang 'face' yang disukai ramai. Dia bukanlah seorang ahli gusti yang teknikal, tetapi di menutup kekurangan itu dengan sifat agresif. Gaya penyudahnya 'Stone Cold Stunner' memang ditakuti ramai. Semua orang pernah kena Stunner termasuklah isteri Vince McMahon. Stone Cold merupakan penggusti yang membuat wresling itu 'popular' di zaman moden ini, bersama The Rock. Masa Stone Cold tengah 'up' aku siap beli tshirt dia lagi haha.



4) Ric Flair

Ulasan: WOOOOO! Ric Flair merupakan penggusti paling keji dalam sejarah penggustian. Semua undang-undang dia langgar. Di saat dia sedang dibelasah, dia kan melutut minta simpati sebelum memberi 'low blow' kepada musuhnya. Kalau pengadil tak nampak, dia akan mencucuk mata lawan. Dia juga pandai memainkan watak yang dibenci menyebabkan peminat gembira apabila dia dibelasah. Memang legend dia ni, umur dah 60 tahun masih bergusti lagi. Championship entah berapa kali menang tah.



3) Shawn Michaels

Ulasan: Aww awww Shawnnn (lagu intro dia). The Heart Break Kid (HBK) ini aku mula-mula kenal masa dia tag team dengan Marty Jannetty sebagai The Rockers, dengan rambut Mulletnya yang awesome (pada zaman itu). Aset terbesar Shawn adalah keupayaannya di gelanggang. Dia bukan sekadar all talk tetapi dia memiliki kepantasan dan aerial ability. Sebagai pengasas D-X, dia bertanggungjawab menaikkan kepopularitian Triple H dan WWF secara global. I'm just a sexy boy sexy boyyyy

2) Bret 'The Hitman' Hart

Ulasan: Secara teknikal, Bret Hart merupakan penggusti yang paling hebat sesuai dengan catchphrasenya, "I'm the best there is, the best there was, and the best there ever will be". Dia seorang yang setia, professional, tiada gimik-gimik aneh dan persona yang entah apa-apa, kerana dia ingin menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak di luar sana. Bret Hart ni sesuai masuk Silat Gayong kerana dia ada pelbagai teknik kunci kaki, dan gaya penyudahnya adalah Sharpshooter.


Walaupun wrestling itu sudah diatur jalan ceritanya, Bret Hart terlibat dengan satu insiden sebenar dalam perlawanan gusti yang paling hebat bersama Shawn Michaels di dalam sejarah WWF. Insiden ini digelar 'Montreal Screwjob'. Masa tu, rivalry dia dengan Shawn memang sudah sampai tahap personal. Bret Hart di ambang perpindahan ke WCW. Vince McMahon menyuruh Bret mengalah di Survivor Series tapi Bret tak mahu mengalah di Kanada, tanah tumpah darahnya. Ketika Shawn mengunci Bret dengan Sharpshooter, Vince menyuruh loceng dibunyikan walaupun Bret tidak menyerah kalah, menjadikan Shawn juara. Aku tengok episod ini di pita video bersama atuk aku, dan melihat Bret meludah Vince di muka ternyata memberikan kepuasan.

1) The Undertaker

Ulasan: The Undertaker juga dikenali sebagai The Phenom, The Dead Man dan pada satu ketika, The American Badass (persona Mat Rempit Amerika) merupakan ahli gusti yang menyebabkan aku meminati gusti. Yelah, masa tu aku darjah 3. Lepas tu tengok pulak Undertaker kena campak masuk keranda lepas tu keranda berasap dan kemudian Undertaker hilang. Tak ke kagum? Lepas tu dia kena tanam hidup-hidup dengan Mankind, kemudian keluar pancaran kilat keluar tangan daripada tanah. Tak ke kagum?


Eh aku macam lupa tulis no 7. Hehe. Antara penggusti-penggusti lain yang hampir-hampir nak masuk dalam senarai penggusti kegemaran aku adalah Sting, Edge dan Big Boss Man. So who is your favorite wrestler? Haha.



23 comments:

ieka darlink said...

dulu masa abang aku gila mengumpul cd wwf aku hanyalah kanak-kanak tak mengerti apa-apa. tapi aku memang suka tengok trish stratus ni. dengan lita matt hardy. heheh

Anoneemus™ said...

Mengapakah Jericho tidak termasuk dalam senarai? ouh...

anyway, ringtone aku sejak bbrp bulan lalu adalah lagu tema Stone Cold.

afrohead said...

aku macam kau beb.
dulu baju raya aku masa form 1 ialah baju STONECOLD!

and that's the bottom line coz stonecold said so!

theanswer said...

mse aku form 2 dlu ade member aku budak asrama kantoi tape wrestling dgn ustaz mahir..kne la rmpas..hehehe

♀ Perempuan Manis said...

undertaker no1!!tgk die pun dh gler seram ...kahkahkah zaman bdk2 kan, ape lg klau bkn pengaruh abah masa tu..tp wrestling dlu2 mcm best je dr skang..

crazy_labelle said...

after 10 years i still don't know what the rock is cooking..

santiago said...

kenape chyna tkde dlm list?

kenape? why? why?


arghhh....!!!!

Mohamad Faizal said...

ieka: jeff hardy lagi kacak kan haa haa

anoneemus: jericho....top 20 mungkin. tenet tenet tenet (lagu stone cold)

afrohead: baju raya? haa haa samseng gila buat baju raya. gimme a hell yeah!

the answer: ah ustaz mahir semua benda nak dirampas termasuklah kaset nirvana aku

perempuan: memang. sekarang ni saya tak kenal sesiapa

labelle: girls should learn how to cook

santiago: awww tak rela you otot lengan dia lagi besar daripada peha haku. tapi jika kau mahu kau bole google aksi 'gusti' dia dengan x-pac

piikachu said...

Eh aku ingat all time favorite kau adalah rikishi jai. HAHAHA

Kap said...

mana doink the clown??????

Anonymous said...

Rey Mysterio
aku minat dye dulu sbb rase dye cam baik je

The Sharkox said...

Ni zaman sekolah dulu aku layan.. kalau aku, mesti la aku cakap The Rock. Siap tiru angkat kening dia lagi tu..haha..

aku suka tengok battle antara The Rock vs Austin dalam match mana entah..

Kalau ijaicool masuk WWE, nak pakai penyudah apa?

she said...

rikishi kenapa tak letak? hebat dia tu hempap bontot dia dkt org. dulu jadi keji sbb kalau nmpak org gemuk nak samakan dgn rikishi. -__-'

pastu adik beradik hardy boys yg hensem sikit tu. dgn ray misterio yg lincah.

she said...

rikishi kenapa tak letak? hebat dia tu hempap bontot dia dkt org. dulu jadi keji sbb kalau nmpak org gemuk nak samakan dgn rikishi. -__-'

pastu adik beradik hardy boys yg hensem sikit tu. dgn ray misterio yg lincah.

she said...

oh lagi satu.mamat hip hop. john cena! 'you cant see me' sambil buat tangan goyang2 depan muka.

Mohamad Faizal said...

piikachu: bontot yokozuna lagi besar daripada rikishi

kap: doink hanya tahu buat aksi komedi gusti tak reti

anon: dia memang watak baik

sharkox: gaya penyudah aku adalah The Worm (Scotty 2 Hotty)

she: alah rikishi pandai berjoget seksi sahaja

sheikh rell said...

10. jake 'the snake' robert
9. bam bam bigelow
8. brutus 'the barber' beefcake
7. iron sheikh
6. ravishing rick rude
5. roddy piper
4. andre the giant
3. the ultimate warrior
2. jimmy 'superfly' snuka
1. hulk hogan

Anonymous said...

jeckspeed

aku suka gusti lembut,...

Anonymous said...

ron jeremy

Anonymous said...

cis jai.. kau mmbuatkan aku sangap blk gusti haha.. dlu adik bradik undertaker dan kane mmg kool dgn imej yg mnyeramkan.. tapi semenjak kane bukak topeng dan mndedahkan muke dan kepala botaknya trus hilang market.. btw bape dah umur undertaker tu haa??

oh and aku suke penggusti2 yg finishing move mereka mnggunakan bnde2 busuk sperti mick foley dan rikishi haha.. booker-T smpai muntah2 kne punggung rikishi

-megan musang

Anonymous said...

jai,ko xtgk ke last monday night raw?
john cena dh bls blk pe the rock kutuk dia...
btw,ak mmg die hard fan the rock dlu,siap de baju dia...wlaupon ak ni p0mpuan:D
tp ak rase pe cena ckp tu bt0l gak...the rock cameback after 7yrs,then cakap love us..but cena always here to show it!

ypw

crazy_labelle said...

http://www.americanidol.com/news/view/pid/4489/ref=20110224_fb_voting

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mulai skang, ak ialah rakyat amerika... T_T

Mohamad Faizal said...

sheikh: old skool kau ni. i'd include hacksaw jim duggan, dean malenko and curt hennig in that list. kalau tag team, bushwhackers and road warriors

jeckspeed: ok aku takkan judge kau

anon: who? (naif)

megan: punggung rikishi menggerutu eww

ypw: aku donload nak tengok undertaker tapi main2 mata pulak dengan triple h

labelle: casey abramsssssssssss

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...