Saturday, February 5, 2011

Year Of The Rabbit Dinner Buffet @ Impiana

Yaa sepanjang Tahun Baru Cina ini, blog ini akan dipenuhi dengan elemen-elemen Cina seperti tang lung, ang pow, tarian naga dan juga ramalan horoskop Cina. Pada hari Sabtu yang lalu, jabatan saya telah mengadakan satu majlis makan malam tidak formal bersempena dengan Tahun Baru Cina. Ok pada mulanya, makan malam yang dicadangkan langsung tiada kena mengena dengan Tahun Baru Cina pun sebenarnya. Bos kepada bos aku akan berhenti menjadi bos kepada bos aku, maka satu majlis makan malam perpisahan dirancang untuk menghabiskan wang beliau buat kali terakhir. Aku newbie aku apa tahu orang nak bagi makan free aku join sahaja walaupun aku tidak kenal siapa bos kepada bos aku tu.

Setelah penat bertengkar, akhirnya kami semua bersepakat untuk pergi mengepow bos kepada bos di Hotel Impiana, KLCC. Southern Buffet menjanjikan makanan panggang berkolestrol yang bisa meningkatkan berat badan. Namun begitu, di saat-saat akhir, aku mendapat mesej pesanan ringkas daripada bos aku: "Hai Leng Chai. Sorry Southern Buffet cancel they replaced it with chinese buffet". What the what? Ah belasah sahaja kalau termakan pork tak sengaja tak apa. Tapi sudah pastilah makanan yang dihidangkan halal. Maka secara tidak langsung dinner kami menjadi Year Of The Rabbit Dinner Buffet. Ayuh kita lihat gambar makanan orang Cina.

Kalau majlis makan malam ni ada tema, sudah pasti aku akan datang dengan seluar ropol-ropol yang orang tarian naga selalu pakai tu demi semangat Chinese New Year. Tapi tiada tema so aku datang dengan wajah Stephen Chow kurniaan tuhan sahaja. Majlis makan malam di Tonka Bean Cafe bermula pada pukul 6.30, dan tanpa membaca Bismillah (lupa) aku terus mengambil makanan-makanan Cina dengan rakus. Now, aku tak ingat nama sebenar juadah-juadah berikut, so kalau salah tolong jolokkan ya.


1) Anchovies with Chili and Lime
2) Vietnam Prawn Roll
3) Macam Samosa Tapi Bukan
4) Crab Meat
5) Oyster Crispy Roll Kot
6) Salmon Something Something
7) Not A Pork

Aku tak tahu sebenarnya apa itu definisi Chinese Food, tapi makanan-makanan di atas adalah tahap appetizer dan nampak macam yong tau foo sahaja? Mungkin tak sesuai dengan selera anak tekak aku kot. Buffet ini tiada authentic Chinese cuisine seperti Steamed silver pomfret with king soy sauce mahupun Shark’s fin and crabmeat soup with BB Abalone and fatt choy. Itu kena ambil promosi lain. Tapi apa yang aku suka adalah dessert dia.


Walaupun rakus membaham semua benda secara serentak, aku masih aku ingat rasa dia bagaimana. Yang atas sudu tu (Omarchi) rasa dia macam kuih badak orang melayu. Yang bentuk macam labu tu memang labu pun (Pumpkin Dumpling). Ahah yang bentuk arnab tu comel sangat rasa dia macam pau kacang (Crystal Rabbit).

Ok gambar-gambar makanan seterusnya memang langsung tiada elemen Cina. Jika anda melihat gambar hidangan di bawah, scene apakah yang akan bermain di fikiran anda? Mr Bean.



Serius nak muntah makan benda alah ni. Kehanyirannya masih terlekat di anak tekak. Tapi gadis-gadis sepejabat berani makan aku pun terpaksalah buktikan yang organ reproduksi aku ni besar seperti yang selalu dicanang-canangkan. Tips dia adalah letak lemon banyak-banyak dan kau telan terus dan jangan sekali-kali kau menggigit binatang tu. Tapi malam tu memang aku berak lancar la kan.

Apa yang best di sini adalah aiskrim Baskin Robbins yang boleh ditopap sesuka hati dengan siap boleh letak perencah dia lagi. Ok perencah bukan terminologi yang sesuai tetapi aku tak ingat ayat yang sebenar ketika menulis perenggan ini.


Jika anda tidak boleh makan makanan Cina tetapi masih mengada-ngada mahu makan di buffet Cina, ada pelbagai hidangan alternatif yang boleh anda cuba, walaupun tidak banyak. Ada Margarita / Vegetarian Pizza, Spaghetti, Roast Beef / Chicken, Cajun Potato, kalau nak nasi goreng babi kena slow talk dengan chef dia.



Ok cukup tentang makanan, ayuh berkenalan dengan rakan sepejabat baru aku. Oleh sebab dah letak gambar kita letak nama Fesbuk beserta nombor telefon jika ada para pembaca yang berminat untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut. Dalam gambar di bawah, yang baju merah tu nama dia Joanne Lee. Walaupun dia garang macam mak tiri selalu membuli aku sebagai newbie, dia sebenarnya baik hati kerana menerapkan ilmu-ilmu berguna ketika memarahi aku. Yang sebelah tu nama dia Nabila Che Ibrahim. Dia meminati Gerard Way dan Justin Bieber. Di hadapannya pula adalah Linda Lawrence tapi tak nampak muka sorry! Dia orang Sabah bah. Pesanan Linda kepada anda semua adalah jangan lupa membawa telefon bimbit ke mana-mana senang nak hubungi pihak berkuasa jika terkurung di dalam tandas (inside joke).


Untuk menunjukkan yang aku ini bukan seksis dan rasis, aku tunjuk jugalah gambar Calvin Lui Hui Meng dan Jayakumaran Thangaiah. Calvin Loi baru-baru ini telah diundi sebagai Top 20 Leng Chai in Shell. Jayakumaran pula aku tiada komen baik nak beri kerana dia merupakan penyokong Manshitter United. In case kalau korang memang jenis yang rasis tak reti nak bezakan berdasarkan nama, Calvin Loi sebelah kiri, Jaya sebelah kanan ok?



Harga Promosi Year Of The Rabbit Dinner Buffet ini adalah RM88. Promosi akan berakhir pada 17/2/2011. Kesimpulannya, jika aku terpaksa membayar untuk buffet ini, aku tidak akan pergi ke sini kerana pilihan makanannya yang terhad. Tetapi jika anda memang sukakan Chinese food, anda bolehlah mencubanya sebelum pergi menonton filem Tahun Baru Cina All Well Ends Well lakonan Louis Koo.



10 comments:

finaz said...

sedapnya boleh tambah unlimited baskin robbins.. kalau i, i makan tu jer kot.. hehe

mangkuk statik said...

Oppppps...Chop...Chop!
Kau buat2 lupa ke nak bagik nama, fon no, alamat, facebook link, kitaran haid dan sais bra, awek yg dok cedok eskrim tuh!
Ooooo gini kau yer. Makan sorang! Sesunggunya "makan" berjemaah itu lebih afdhal sekiranya kamu mengetahui!

Mohamad Faizal said...

finaz: rm88 untuk unlimited baskin robbins? mahal you

mangkuk: exsqueeze me itu gadis aku sila jaga tingkah lalu

crazy_labelle said...

ak pon xberapa nak kacip dgn makanan chinese & japanese... tasteless kot bg ak... ok, mebi sbb ak dibesarkan dgn makan masakan mamak kot... T_T

Trafalgar D' Law said...

aku tgk macam lazat gile.. kalau sedap gile.. RM88 tu bgi aku berbaloi kot.. haha..

-trafalgar d law-

Mohamad Faizal said...

crazy_labelle: dibesarkan dengan makanan mamak? btw ice chocolate di mapley hasan seksyen 3 tambahan best gile (sekadar maklumat tambahan)

trafalgar: yakah? bagi aku biasa sahaja macam makan yong tau foo

kundi said...

aku pun kerja dengan colleague yang ramai cina aku harap tiada majlis makan-makan seperti kau kerana aku sedikit rasis.haha.diaorang asyik pelawa aku kuih ntah apa dalam pejabat tapi aku sering beri alasan.

Mohamad Faizal said...

alasan apa kau beri? tak terguris ke hati? kau makan je dengan keyakinan jangan ada ragu-ragu

..:: WiRdA ::.. said...

oyster tu lg satu ko kena letak tabasco..baru sedap...hahaha

Mohamad Faizal said...

letaklah sos lingham sekalipun tidak akan dapat menghilangkan kehanyirannya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...