Monday, March 7, 2011

Anda Memang Sudah Expect Kehadiran Entri Ini Bukan?

Aku seorang yang agak adil dan saksama. Tatkala pasukan kegemaran aku Liverpool tewas di kaki Manchester United, aku tetap akan membuat entri untuk menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi membiarkan kalian mengeji aku. Tetapi malam tadi merupakan malam kemenangan buat Liverpool maka inilah masanya untuk kalian peminat setia Manchester United menunjukkan kadar sportsmanship yang tinggi dengan menerima segala bentuk cacian dengan redha seperti yang telah kita persetujui dalam entri di bawah. Kemenangan Liverpool malam tadi memang lebih manis daripada biasa kerana aku pergi menonton di Tutti Fruity Bangi. Mahal nak arwah aiskrim tanpa lemak dia tapi it was definitely worth it. Bagus juga tengok bola di sana boleh cuci mata melihat gadis-gadis baru balik dari clubbing. Dengar kata itu kedai Ainul Aisyah? Tapi lain kalilah kita buat ulasan pasal Tutti Fruity hari ini kita nak cakap pasal Liverpool vs Man U. Ayuh teruskan membaca.

Menonton perlawanan malam tadi memang memberikan perasaan rama-rama di dalam perut, umpama mendapat ciuman terlarang daripada bukan mahram. Prospek melihat kelibat adik Carroll membuat kemunculan sulung ternyata menyeronokkan. Separuh masa pertama, adalah rasa cemas sedikit apabila Dimitar 'Lazyass' Berbatov menonjol bola dari luar kotak penalti kena tiang. Namun selepas itu Liverpool mengawal rentak permainan. Tag harga £22 juta pound sterling Luiz Suarez ternyata berbaloi setelah menunjukkan cara-cara hendak membuat skill 5 ringgit dengan betul. Tenang sahaja memperanjingkan Rafael, memperdayakan Carrick, melepasi Wes Brown dan kemudiannya mengaibkan Van der Sar pula meloloskan bola di celah kangkangnya sebelum disudahi dengan salam oleh abang Kuyt.

Suarez sekali lagi terlibat dengan gol kedua dengan menghantar cross yang cantik kepada NANI yang dengan tenang menanduk ke belakang kepada abang Kuyt yang menyambung tandukannya itu ke dalam gol. Malu dengan assistnya itu, Nani yang juga merupakan waiter sambilan di mapley Ameerali telah berpura-pura cedera apabila dikokak oleh Abang Carra dan kemudiannya MENANGIS teresak-esak setelah ditampar manja oleh Abang Gerrard. Kemenangan ternyata dalam genggaman Liverpool apabila sepakan percuma Suarez muntah dan Abang Kuyt melengkapkan hattricknya dengan penuh bergaya. Consolation goal depa kita tak perlu ulas.

So apa ayat counter attack yang kalian hendak berikan? Tak sabarnya aku nak dengar. Takpe tak perlu susah-susah, biar aku tolong buatkan ayat:

1) Alah kitorang still on top
2) Alah apapun kitorang still akan menang liga
3) Gigi Suarez jongang macam arnab
4) Pembunuh kanak-kanak Bosnia Vidic dan Rio 'TwitterAddict' Ferdinand tak main

Kamon ucapla tahniah. Barulah ada semangat kesukanan yang tinggi. Just let us enjoy this moment okay? Penyokong Arsenal dan Chelsea pun pasti gembira malam ini bukan? Hik hik hik. Oh ok jom kita masuk pertandingan caption lucu yang dianjurkan oleh Liverpoolfc.tv:


Carragher: Takde dowh. Eh aku tackle biasa je Nani ni lakonan kaku macam Rashid Sidek dowh.

Evra: Eh Steven cuba kau tengok muka Nani ni memang macam orang Nepal kan kah kah kah.

Gerrard: Woi bangunlah woi. Aku dahla letak kau jadi kapten dalam team Fantasy Football aku.

Meireles: Dammit from this picture it looks like I'm having a boner.

Assalamualaikum.



19 comments:

Anonymous said...

sometimes shit happen

Anonymous said...

#YNWA

Anonymous said...

YOU'LL NEVER WIN ANYTHING

shogunn_general said...

anon je?mana nama sebenar?hehe

we played well and fully deserved the 3 points. man yoo daripada awal pn main macam team dari Championship.scholes tak reti nak berlari ke? tapi aku respect giggs sebab die tak pernah lose possession of the ball, hebat2.

spurs pun seri je. bole kejar ni 4th place.europa league memang takde hal ar.

anyway, congrats Liverpool and happy birthday King Kenny!

O Ena O said...

super duper tahniahhh di ucapkan kpd penyokong plg tegar yg penah aku nengok di alam maya..en faizal rosly..sure ko hari ini bekerja dgn penuhhhh semangattt....tahniahh sekali lagi!...kesian gak kt man u..huhuhu...kene terokkk tuu....berkali2 jatuh dah..

afrohead said...

kah kah kah tak sangka evra pun tumpang sekaki kutuk nani dalam dialog tersebut.

Mohamad Faizal said...

naqqib: selamat hari jadi atuk kenny!

ena: aku siap puasa sunat lagi tu (tipu)

afrohead: diorang memang tak ngam haha

Anonymous said...

liverpool mmg marvelous lah smlm.
terus2 pakcik alex & the team xnk kne interbiu after match.hahaha terima kasih kpd liverpool sbb menang (so jurang arsenal ngan MU hnya 3 mata plus arsenal ada kelebihan 1 game)

-saya fan arsenal-

crazy_labelle said...

kami bagi pihak arsenal turut berasa gembira di atas kejayaan liver...

Anonymous said...

meireles bdiri postur dah pelik dan tonggek.. boner pula.. haha perasan je kau kan jai.. auwwww~~



-megan musang

BearBoss said...

nice one bro~

The Sharkox said...

Ijai, ko perasan tak apa yang aku perasan? BUrung pakcik no 4 tu, yang penuh dengan tatu tu naik tengok nani terbaring kat atas padang... perghh..boleh masuk dalam kategori interacial ni...


mesti dia kata dalam hati..wow, nani's twitter bird quite yummy...

Kap said...

kesian Rashid Sidek.
hahah.

Anonymous said...

yg penting atuk ryan wira sejati. congrats to liverpool.

-jaja-

Mohamad Faizal said...

fan arsenal dan labelle: jangan sia siakan peluang ini. heheh

megan: eh aku nampak yang ketara je haha

bearboss: thanks

sharkox: ahah boleh masuk pertandingan caption

kap: kejian terhadap lakonan, dan bukan terhadap skill bermain badminton, haha

jaja: terima kasih. begitulah baru sporting hehe

Harris H said...

Nothing beats the Monday BLUEs like REDs kicking MAN_Ure butt:)Ahh, happy working days ahead.

Anonymous said...

kalah sekali bukan kalah selama-lamanya.

theanswer said...

off topic: arsenal bungkus dgn barca tanpa sbrg shots off goal ;(

Anonymous said...

Di era kegemilangan Liverpool pada tahun 80-an, Dalglish adalah seorang kapten pasukan yang hebat. Tidak cukup dengan itu, beliau menjadi pengurus pasukan merangkap pemain. Pada era kepimpinan Dalglish itulah Liverpool memenangi hampir semua kejuaraan dalam bolasepak. Bukan sikit punya hebat tu..

Malangnya musim 2010/2011 ini Liverpool berhadapan dengan prestasi terburuk dalam sejarah kelab itu. Di pertengahan musim, kedudukan mereka terperosok di kedudukan ke-18. Penyokong-penyokong mereka memberontak dan mahukan pengurus mereka dipecat. Dan cuba anda teka siapa yang Liverpool pilih untuk mengambil-alih tugas pengurus?

Ya, Kenny Dalglish..!!

Dalam masa yang singkat, Liverpool berjaya mendaki carta keenam Liga. Apa rahsia Dalglish?

Seorang pemainnya memberi komen, “Beliau memberitahu kami bahawa semua pemain kelab ini adalah hebat dan berkualiti. Kami hanya perlukan keyakinan dan fokus. Dia sentiasa positif.”

Hebat bukan?

-kutu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...