Wednesday, March 9, 2011

Cara-Cara Membentuk Kumpulan Nasyid Popular

Assalamualaikumwarahmatulahiwabarakatuh. Dewasa kini, genre nasyid (ataupun nasheed bagi geng usrah) telah kembali menguasai carta dan airplay di radio dengan kehadiran Maher Zain. Namun begitu, sebelum kelunakan suara Maher Zain mencairkan hati gadis-gadis Melayu ni, genre nasyid pernah menjadi genre muzik yang paling popular di Malaysia pada satu masa dahulu. Dipelopori oleh Raihan, kumpulan nasyid muncul satu persatu bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Kumpulan nasyid hanya memainkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan secara positif. Kumpulan black metal Cradle of Filth juga menyanyikan lagu berunsurkan ketuhanan tetapi mereka tidak boleh dikategorikan sebagai kumpulan nasyid kerana mereka tidak percaya dengan Rukun Iman. Maka hari ini kita akan mengkaji formula untuk membentuk sebuah kumpulan nasyid yang popular untuk panduan anda di luar sana yang ingin memikat gadis-gadis bertudung.

1) Tidak perlu wajah yang tampan mahupun suara yang lunak

Untuk membentuk sebuah kumpulan nasyid popular, tidak semua ahli kumpulan nasyid mesti memiliki suara yang sedap. Kalau ada at least seorang yang boleh menyanyi pun dah cukup untuk membentuk satu kumpulan nasyid. Contoh yang paling ketara adalah kumpulan Rabbani. Arwah Ustaz Asri sahaja yang boleh menyanyi, ahli kumpulan lain hanya berfungsi untuk membunyikan harmoni yang ringkas, di samping membantu menjawab soalan ketika ditemubual oleh majalah nasyid popular Anjung Nasheed.

Kumpulan nasyid juga tidak seperti boyband yang mempertaruhkan wajah mereka untuk menarik minat pendengar. Sebaliknya, mereka menutup kekurangan di wajah mereka dengan cahaya keimanan yang terpancar daripada menyanyikan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat dan menggalakkan percintaan selepas kahwin. Tapi ada jugalah ahli kumpulan nasyid yang hensem seperti Yassin Brothers dan Faizal Rosly Mirwana. Eh Tahir. Maka di sini kita boleh membuat kesimpulan, walaupun anda tiada paras rupa mahupun suara untuk menyertai Mentor, anda masih boleh membentuk kumpulan nasyid kerana mesej yang ingin disampaikan itu lebih penting.

2) Menggunakan alat muzik tiupan dan bertali memainkan nasyid pop kontemporari

Sebenarnya kumpulan nasyid ni dari dulu sudah wujud. Cuma bezanya, mereka ni memang kumpulan nasyid orthodoks, memainkan alat muzik percussion selari dengan pemahaman mereka untuk memberi hiburan yang tidak melalaikan. Tapi zaman moden ni kenalah beralih arah mengikut arus kemodenan. Genre nasyid sekarang dipanggil 'Nasyid Pop Kontemporari'. Raihan masa mula-mula keluar dulu memang main 100% percussion. Bila Raihan dah jual 500,000 unit album melebihi Awie, ramai pihak yang cuba menangguk di air yang jernih (sebab nasyid bukan keruh) membentuk kumpulan nasyid moden.

Dari situlah datangnya revolusi muzik nasyid itu sendiri. Daripada gendang dan kompang kini ditukar pula dengan running bassline sebelum disudahi dengan solo gitar selamat 2 minit. Haha ok ezajerit di situ. Mesej yang disampaikan masih lagi positif, cuma berubah daripada berunsur ketuhanan kepada percintaan selepas berkahwin ataupun mengajak manusia belajar bersungguh-sungguh di universiti. Antara kumpulan nasyid kontemporari yang paling popular adalah kumpulan In Team. Dengan bunyian sitar sebagai intro lagu, single kumpulan In Team Kasih Kekasih menjadi lagu tema percintaan suci remaja yang masih bersekolah menengah. "Seeeeebelum diijabkabulkan syaaariat tetap membataskannn". Melodi dan struktur lagu itu ternyata lari daripada lagu nasyid klasik, dan lebih menjurus ke arah lagu balada yang dinyanyikan oleh boyband. Sebab itulah ramai remaja khususnya yang meminati nasyid pop kontemporari.



3) Nama kumpulan mesti berbunyi orang putih

Selari dengan zaman globalisasi dan modernisasi ini, nama sesuatu kumpulan nasyid itu memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pendengar. Nama yang digunakan mestilah catchy dan urban. Anda masih boleh menggunakan nama kumpulan yang memberi maksud positif, tetapi anda boleh memanipulasi ejaannya untuk menjadikannya lebih American. Contohnya, Safwan lebih menarik jika dieja Saff One. In Team pula lebih lembut bunyinya berbanding Intim. Faiz pula macam kolot saja baik kita letak dia sebagai Far East.

Lagipun kalau dah nama orang putih ni, senang nak buat transition untuk berubah ke genre muzik lain. Contohnya masa belajar kat universiti dah terpengaruh pula dengan budaya barat tak mahu main nasyid lagi nak main punk rock pulak, Saff One boleh tukar jadi One Buck Short. Far East kalu dah taknak pergi masjid nak pergi clubbing, boleh tukar jadi Far East Movement.

4) Mesti menggayakan kostum yang serupa

Jika anda mahu membentuk kumpulan nasyid, anda mesti memiliki imej yang konsisten. Tak boleh sorang nak pakai serban, sorang nak nak pakai songkok, sorang lagi nak pakai tudung Yuna. Tak boleh. Kena sama je semua orang. Kalau sorang pakai kopiah Raihan, orang lain pun kena pakai kopiah Raihan juga. Kalau sorang pakai baju Melayu moden, orang lain kena ikut tak boleh nak pakai jersey Man U.


Namun begitu kostum kepala merupakan satu piawaian standard dalam membentuk sesebuah kumpulan nasyid itu. Pernahkah anda melihat kumpulan nasyid yang tidak memakai kostum kepala? Even Maher Zain yang solo tu pun selalu pakai topi main golf dia tu.

5) Mengetahui asas pergerakan tangan untuk membentuk koreografi nasyid


Kumpulan nasyid ni memang kita ketahui tidak banyak bergerak ataupun memiliki gaya joget dahsyat seperti KRU masa muda-muda. Tapi tak bolehlah duduk diam menyanyi sahaja kita kena pandai menggunakan pentas dan menggerakkan tubuh badan mengikut lirik yang dinyanyikan. Anggota badan yang paling penting untuk membentuk koreografi yang baik di dalam persembahan nasyid yang baik adalah tangan anda.

Jika anda selalu menggunakan tangan untuk beraksi seorang diri ketika horny, adalah lebih baik anda beralih arah kepada aksi positif di dalam nasyid. Antara gerakan-gerakan tangan yang popular di dalam nasyid adalah Gaya Menadah Tangan Memohon Keampunan, Gaya Menunjuk Ke Arah Sesuatu Tidak Pasti dan Gaya Menyilang Tangan Di Dada Untuk Menunjukkan Perasaan Cinta.

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album sulung nasheed kita akan mencapai peringkat titanium. Alright so siapa nak join kugiran nasheed Y.P.R aku? Yang Penting Rohani bukan Yang Penting Rupa ok. Inshaallah ada jalannya.



30 comments:

Shima Ibrahim said...

Ala. Tak nak lah nama group Yang Penting Rohani. Nanti kang perasan pulak mak cik bernama Rohani.

jana said...

ijai,
apa khabar,kak jana masih suka nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan bernama Al-Mizan,dulu ada kumpulan nasyid dijemput untuk membuat persembahan di sambutan Maulidur Rasul office kak jana kalau tak silap nama kumpulan tu HUDA popularlah juga dulu,dari mula nyanyi sampai habis Ustaz Hassan Mahmud Al hafiz tak angkat kepala memandang mereka nyanyi.So kesimpulannya bagi je lah orang lelaki yang nyanyi nasyid.

Tapi masa mula-mula tengok costume kumpulan Rabbanni menyanyi macam Sinbad tu he he

Aslina said...

sebab raihan punye pasal laa dulu kat skolah aku asal persembahan akhir tahun majlis penyampaian hadiah/hari guru/hari kanak2 je (taon 1996-1997) semua pakat2 nak buat persembahan nasyid. tiap2 kelas pun hantar penyertaan nasyid.

kelas aku je bebal buat sketsa. tapi ending ada nasyid jugak... huhu...

afrohead said...

hingga sekarang aku tidak pernah menganggap in-team sebagai kumpulan nasyid. mereka adalah boyband pada aku.

Clarky Afif said...

ala skang mirwana dah tak nasyid.
dah nak jejak langkah nirvana dah diorg tu.

p/s: nanti aku ajak sally masuk kelas bahasa arbok yeh.

crazy_labelle said...

aku nak join jd penari latar...

Mohamad Faizal said...

shima: ala abis takkan nak letak Yang Penting Ramlah Ram lagi tak adil nanti

kak jana: sinbad mana ni sinbad pelucu ataupun sinbad si pengembara haha

aslina: hahah skolah aku pun jemput raihan time2 nak dekat pmr konon2 nak bagi berkat

afrohead: yaaa kerana itulah mereka digelar sebagai pelopor nasyid pop kontemporari

clarky: nak masuk mirwana kena pergi skolah agama maahad hamidiah kan

labelle: mana boleh ada penari dalam kumpulan nasyid. melalaikan. heh

Rahim Hashim said...

ok aku nak join. aku boleh buat bass, harmony dan falsetto.

The Sharkox said...

Kehadapan Saudara Ijaicool,

Pada point ke empat, anda menyatakan "Kalau sorang pakai baju Melayu moden, orang lain kena ikut tak boleh nak pakai jersey Man U. ".

Di sini saya ada satu kemusykilan. Mengapakah saudara memberi contoh Manyu? Bukankah saudara peminat tegar The Kops. Adakah kerana Manyu kena lauk minggu ini?

Sekian
Yang Hensem
TheSharkox

Anoneemus™ said...

Tiba-tiba nak gosip pulak.
Betul ke ada bekas anggota kumpulan nasyid dah jadi pondan dan pergi audition Malaysia Idol?

Mohamad Faizal said...

rahim: ok tiada masalah sebab grup kali ini tidak mementingkan rupa dan suara

sharkox: haha banyak sangat berfikir kau ni. tapi sebab yang anda berikan memang ada benarnya

anoneemus: benar. tapi bukan malaysia idol, one in a million.
http://beautifulnara.com/gambar-dan-video-oiam-khairul-izwan-baharin-saujana-idzu/

santiago said...

oh aku dlu anggota nasyeed juge
dari mat rempit rock kapak azroy ke nasyeed

macam tk pcy ...haha

diterima mgkin sebb rupaku kacak
yang penting rupa kn?

cikintan said...

bukan ada jalannya,


tapi,


adhoo jalannya.

dhoo dhoo

Anonymous said...

Salam encik,

i'm a silent reader in ur blog
alhamdulillah, blog encik mmg peneman di saat2 sukar
membuat hati kool dan hilang gundah

maaf lari topik...bulihkah saya bertanya pandangan encik?

saya student tahun akhir
yg akan amik exam should be this april
tp tiba2 saya rasa tak mampu tak yakin
hidup rasa tiada arah tuju
kosong

saya tak suka bidang yang saya amik
dah pernah rebel utk tukar course
tapi memandangkan ibu ayah punya harapan
di teruskan jugak

hidup saya terabai sebulan ni
hak2 adik adik tak tertunai
hak2 mak ayah
hak2 Tuhan
apatah lagi

saya tak tahu encik
tak tahu nak cerita dkt sape
tak tahu nak buat ape

ntah nape, malam ni rasa tak larat sangat
nak jugak cite kat someone
so saye cite kat sini

sbb saye rase insan2 kat sini penuh kasih sayang (ehehe)

jujurnya, saya hilang arah hidup
kosong sangat dunia
rasa tak bermakna hidup
rasa nak mati pun ada (astaghfirullah)

bagaimana harus di teruskan hidup ini?

paling sedih di saat mak lafazkan:
mak pun dah tak larat jaga kaklong, habis belajar, mak kahwinkan T__T

adakah saya dilahirkan utk susahkan mak ayah saya?

i'm struggling everyday to finish my study...and i'm so tired to push myself...

-cik nobody-

z a t i said...

peh, ijai PRS skrg (pembimbing rakan sebaya) *baca komen terakhir*

ala cik nobody nobody batchu (tiba2 bertukar watak grup wanita korea gedik) habiskan je blajar dh habis sok baru fikir hal2 lain,,,, nak bunuh diri ke, nak bunuh nyamuk ke, nak bunuh keyakinan diri ke.eh nampak sgt aku tak berbakat jd ahli PRS OK BYE.

Anonymous said...

Salam encik,
maaf telah menyibuk di sini...

kepada cik zati,
baik
time kasih
muga dipermudah urusan cik

maaf semalam teremo pula lalu menulis di sini...

InsyaAllah ok sudah,
telah mendapat pencerahan dari Ilahi ^^

-cik nobody-

Anonymous said...

hmm.. cik nobody.. i think ur prob ni, u need someone to talk to.. means face to face la.. try gi jumpa kaunselor kat tmpt u blaja ke.. or to ur close frens ke? for me, sometimes it helps utk luahkan masalah kita.. they dont need to offer a solution pun, just dgr je.. at least bahu akan rasa 'ringan' skit lepas kita luahkan.. dr u pendam sorang2.. lg tension woo..

one thing, since u dh final yr (correct me if im wrong).. u just habiskan apa yg perlu habiskan. syg ok u dh worked it all up tiba2 nk finishing line u call it quit. it is in the mind actually, kalau u boleh survive in the past 3 or 4 yrs, why not now. my advise is, get the scroll, then u can decide what to do with the rest of ur life.. believe me, in this life, things happened for a reason !!

Anonymous said...

menemui cik zati,

adik pun mengalami masalah di mana adik selalu sukar untuk berjumpa dengan kawan adik.padahal dia duduk dekat seri kembangan je. adik harap dia dapat jumpa lepak dengan adik di lain hari.

remaja resah,
batu pahat


p/s: jgn lupa tau storyboard tu. ada VW Kombi

Anonymous said...

Salam encik faizal,

maaf menyibuk lagi kat sini
tak dapat tahan untuk share dgn
cik/encik anon 11/3 8:53am...

mmg saya memerlukan a shoulder to cry on, but i have nobody

my parents, of course tak bley
cerita kat diorang, lagi parah pulak jadinye
ade lelaki yg baik agamanya datang rumah merisik saye pun ayah dah nangis dah (ehehe...anak manje betui)

my best friends, busy with their internship...mesej2 sekali onkol

my adik2, semua lelaki...ntah nak cerita macam mana

boyfriend takde (eh tetibe)

mmg rase lonely sangat

saat2 ni mmg rase sangat kebergantungan hidup tu pada Tuhan je...sweet jugaklah

rasa Dia dekat je ngan kite, sembang2 ngan Die, ngadu kat Die, senyum sengsorang ngan Die, menangis krn Die...pendek kata Dialah Yang Maha Penyayang

sbb biase bergantung kat manusia

mmg perit melalui saat2 ni
its just not as simple as people think, its just a tip of the iceberg

erm...menulis kat sini pun rase lega sangat

sebarang nasihat pun dah rase OMG
alhamdulillah :D even for just few words :)

tu lah, nak wish jutaan time kasih dekat encik tuan punye blog ni...saye sudah cbuk2 kat sini

maaf encik, muga cepat2 kawen dgn cik datillah (hehehe) ameen :)

-cik nobody-

..:: WiRdA ::.. said...

hahahha yang penting rohani tu amik tak calon pempuan?haha

Anonymous said...

wuuu.. serius rndu nasyid2 evergreen dolu2.. aku nk bterima kasih pada nasyid2 yg mmbantu aku utk mnghafal nama 25 rasul, sifat2 Allah, maksud al-Fatihah, dan bulan2 islam haha.. oh pasal pergerakan tgn tu.. ko ttggal pergerakan 'jagalah hati' yg dipopularkan oleh Snada suatu ketika dahulu..

kepada miss nobody bsabarlah ye.. sntiasa beringat ada yg lagi susah ujianNya.. yg tdekat tuu dkt jpun tuu..insyaAllah.. adaa jalannya~


-megan musang

Mohamad Faizal said...

santiago: ok kalau nak masuk Yang Penting Rohani kuota kacak sudah dipenuhi

cikintan: serapah apa pulak tu

nobody: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

zati: kau frust ni sebab tak dapat pakai baju pink dulu hihi

wirda: sori cik, nanti pendengar kami lalai anda alpa melihat gadis taknak dengar mesej yang disampaikan

megan: bagus2. pembelajaran melalui lagi kalau metallica nyanyi lagu nasihat dalam metal pun orang boleh ikut

s.u.h.a said...

agak agree dgn afrohead :)

makanbola said...

celaka..br aku tau nape ko letak 'ada jalannya' tu..kehkeh
btw..bila nk ulas merong?pd aku overrated,but still ok la drpd tgk ngangkung dan khurafat(camane la 2 movie ni blh dpt 8juta,ada 8juta ke mat rempit kat msia?)

Mohamad Faizal said...

suha: maka inteam lebih hebat daripada BSB? oh yeahhh

makanbola: merong ulas hujung bulan nanti kumpul filem2 lain sekali heheh

Amalina dan Benda Kecil said...

hahaha..aku tak tahu ar kalau ade orang rase ape ko tulis ni serius..tapi bagi aku lawak.
ape?sebenarnye serius?
oh.ok.sori.

IbnuTamizi said...

terima kasih abg ijai... akhirnya saya dapat formula untuk jadik penasyid yang famos... aauuuwww... akhirnya... hanya dengan 4 langkah sahaja... HAHAHAHA...

oit menarik entry ko nih... minat2... siot betul... terjumpa pulak blog ko nih... patut lah ko ngan dolah asyik berdua jer masa kat idwal dulu... buat lagu cinta rupanya ek... siap rekod lagik... hahaha... aku dah tgk kat youtube... oit, dolah masih rowing lagik ek kat tasik uniten?

-hafiz mirwana-

IbnuTamizi said...

opppsss... sori abg ijai... setelah saya baca balik... 5 langkah rupanya... hehehe

Mohamad Faizal said...

amalina: jenaka sudah pasti

hafiz: haha wassup abang mirwana. aku harap kau tak terguris hati aku cakap faizal tahir dan faizal rosly lagi hensem daripada kau. dolah tak tahulah apa khabar sekadar makin gemuk rasanya. haha

idham said...

wei, ko betul ke nak buat nasyid ni??? aku nak join.hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...