Wednesday, March 2, 2011

February Movies!

Korang perasan tak? Waktu berlalu dengan begitu pantas. Kalau ayat klisenya, pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Mac. Pejam celik pejam celik lagi dah masuk tahun 2012. Mengikut filem barat, tahun 2012 nanti dah kiamat. Tak perlulah nak percaya dengan filem 2012, tapi percaya dengan hari kiamat tu salah satu daripada rukun Iman. Habis tu pagi tadi kenapa kau tak solat subuh? Tiba-tiba pula aku memberi tazkirah. Ayuh kita ikuti ulasan filem yang ditonton pada bulan Febuari.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

No Strings Attached

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Emma (Academy Award Winner Natalie Portman) dan Adam (no significant award winner Ashton Kutcher) yang berkawan sejak kecil dan kerap bertembung sepanjang mereka membesar. Satu hari, Adam dikejutkan dengan berita yang bekas teman wanitanya kini menjadi tempat melepaskan nafsu bapanya. Berang dengan kejadian itu, Adam menghubungi semua gadis di dalam telefon bimbitnya untuk diajak bersetubuh. Adam bangun dalam keadaan berbogel di rumah Emma. You girls and some guys mesti suka tengok Ashton Kutcher tanpa seurat benang. Hendak dijadikan cerita, Emma dan Adam menjadi rakan seks dan hanya perlu mendail nombor masing-masing ketika horny. Emma tidak percaya dengan cinta sejati, tetapi Adam pula menagih cinta Emma. Dapatkah mereka bersama ada akhirnya?

Alah filem ni kalau korang tiada teman wanita, muat turun pun tak apa. Tiada scene yang memorable pun kecuali scene Ashton Kutcher bogel. Dialog dia memang cheezy boleh disalin untuk memperdayakan wanita sebelum meniduri mereka. Tapi standard komedi romantik la klise dia.

Ratings: $$ 1/2


Sanctum

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang tiada kerja lain nak buat melainkan pergi mencari thrill dengan mengembara ke dasar gua yang tidak pernah diterokai lagi. Dengan takdir pengarah gua yang mereka teroka telah ditenggelami air mengakibatkan mereka terperangkap di dalam gua tiga dimensi itu. Dapatkah mereka melepaskan diri ataupun adakah mereka akan menemui ajal mereka?

Filem ini ada dalam 3d, tapi aku tengok biasa punya sahaja. Terdapat beberapa scene yang intense dan gross yang membuatkan anda tutup sebelah mata, dan ada juga scene yang menggalakkan kita untuk membunuh kawan kita kerana kasihan jika mereka sudah tiada harapan untuk hidup. Korang sanggupkah lakukan mercy killing? Aku tak sanggup doh.

Ratings: $$$

I Am Number 4


Ulasan ringkas: John Smith merupakan seorang makhluk asing remaja yang dihantar ke bumi setelah planet mereka dimusnahkan oleh makhluk asing lain yang hodoh. Kira macam dia ni Clark Kent la. John ada sembilan orang saudara-mara lain, tetapi makhluk asing Mogadorians mula memburu mereka satu demi satu sebab kalau dah besar nanti mereka akan membesar sebagai sang juara. Sebagai makhluk asing, John memiliki beberapa ilmu sihir seperti kekuatan gorilla dan kepantasan kucing hutan, serta boleh menjadikan tangannya sebagai lampu suluh. Untuk menimbulkan konflik di dalam cerita, pengarah membuatnya jatuh cinta dengan Quinn Fabray. Nasib baik tak tiba-tiba menyanyi mengikut rentak irama je minah Glee tu.

Aku saspek diorang buat cerita ni dengan vibe ala-ala Twilight dengan mensasarkan para remaja sebagai target audiens mereka. Alah cerita ni pun adaptasi daripada novel kan? Ada potensi untuk sekuel bagi mengaut keuntungan. Tetapi bagi aku cerita ini surprisingly menghiburkan.

Ratings: $$$

Drive Angry


Ulasan ringkas: John Milton telah melepaskan diri daripada neraka untuk memburu Jonah King, waris kepada Ayah Pin yang membawa ajaran sesat yang menyebabkan anak Milton dibunuh. Cucunya pula bakal dijadikan korban dalam upacara penyembahan syaiton mereka. Milton berjumpa dengan seorang perempuan extreme hangat yang kemudiannya membantu perjuangan Milton untuk memburu Jonah. Sambil itu, seorang pegawai kanan syaiton, The Accountant turut memburu Milton bagi menyumbatnya kembali ke neraka.

Ok ok dengar sinopsis di atas pun boleh menjejaskan Iman. Tetapi begitulah struktur cerita ini, bangang dan membuat anda memandu pulang dalam keadaan angry. Tapi jika anda boleh mengurangkan expectation anda dan tak mahu banyak berfikir dan bertanya, filem ini sebenarnya menghiburkan. Aksi ganas, carutan, kelucuan serta aksi persetubuhan sambil membunuh, semua ada.

Ulasan: $$

Eh korang perasan tak dalam sesi ulasan filem ini aku tak dedahkan spoiler? Aku dah berubah. Jumpa lagi dalam segmen yang sama bulan hadapan ataupun bulan-bulan hadapan jika aku terlupa. Oh highlight filem bulan Mac, aku mahu tonton Hikayat Merong Mahawangsa dan Sucker Punch!



15 comments:

psenk said...

angry birds lagi best dari drive angry. pfft

s.u.h.a said...
This comment has been removed by the author.
s.u.h.a said...

no strings attached ok la. nasib baik ada ashton kutcher yg hot. haha.

s a r said...

eh? nsync jdi cover.. :p

Mohamad Faizal said...

psenk: memang. tapi mamat prison break tu lucu

suha: memang hot melihat tubuhnya sekadar dilitupi selimut (orang depan saya cakap masa tengok cerita tu)

sar: tu lah google no string attached keluar imej tu pula maka letak saja

♀ Perempuan Manis said...

pergghhh..dr 4 filem di atas tu, 3 filem sudah sy download..tp blom ade keinginan nk tengok ^.* ..tp, hikayat merong mahawangsa tu mmg nk g cinema btol2..kehkehe..sokong filem tempatan lah kata kan!

ape2sajer said...

ko ptt layan True Grit bro...

Anonymous said...

never say never ble kuaa aa?? keh3



-megan musang

Mohamad Faizal said...

perempuan: mesti tengok di pawagam! demi abang norman yusry dan edry

ape2sajer: mm cerita tu dapat banyak nomination kat oscars kan

megan: eh kau kan beleiber kau patut tahu heheh

crazy_labelle said...

hikayat merong mahawangsa tu mmg in english ek?

wath said...

weh nape lak The Accountant tu penolong kanan Jonah King. Dia tu konon2 malaikat penjaga neraka la. Sebab tu nama dia Accountant [penghitung]. Keje dia kne la tangkap org lari dari penjara.

tapi mmg siot je cite ni weh. Klau kau terer kau leh lari dari neraka, so takyah la wat amalan. Ko g je wat latihan selalu utk larikan diri dari neraka.


ahahaha. mengapakah aku pny komen panjang sangat ni?

cis~

Mohamad Faizal said...

labelle: campur2 bm pun ada tapi lagi banyak bahasa inggeris kot...

wath: eh tang mana pulak ceq habaq the accountant tu penolong kanan Jonah King? ceq tulih penolong kanan syaiton nooo. tapi kalau percaya cerita tu boleh terbatal iman

finaz said...

hei heiii no strings attached bestttt la.. baru tgk semalam.. ashton kutcher mmg hot, tak kisahla semasa berbaju ataupun tidak.. hihihi.. i asyik gelak je tgk movie tu, mmg a stress reliever since minggu ni mmg agak cilanat.. plg kelakar masa dia bangun naked and hangover masa pagi tu, masa period mixtape and masa bg carrot bunch tu.. i laughed so hard !! he managed to carry that character la.. same when he was what happened in vegas.

oh cintaaaa !! hehe

BearBoss said...

rango ko x mnt ke? :P

Mohamad Faizal said...

finaz: yalah yalah ashton kutcher hangat dan seksi

bearboss: rango belum keluar bukan. layan je semua

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...