Saturday, March 5, 2011

Happy Birthday Zulkifli Ibrahim!


Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu adalah hari jadi salah seorang BFF aku Zulkifli Ibrahim. Tapi bukan hari Sabtu hari ini, tetapi hari Sabtu minggu lepas 26/2. Hoi kalau minggu lepas kenapa baru hari ini nak kemaskini? Alah komputer peribadi aku masih lagi di kedai entah bila tah mahu siap. Hari ini mama kerja baru aku boleh guna laptop dia. Anyway, kami telah mendapat jemputan rahsia daripada Ikram untuk menganjurkan parti liar harijadi mengejut untuk Zul di Restoran Haven, Lookout Point, Ampang. Ayuh teruskan membaca.


Tema hari jadi Zul adalah biru, so aku datang bawa otak sahaja. Get it? Get it? Lookout Point memang terkenal di kalangan masyarakat kerana menyediakan pemandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur jika tidak berjerebu 280 meter di atas paras laut. Aku sampai around pukul 7 dengan keluarga Anas dan Apai. Huii macam pergi Genting Highland uols sejuk dia. Tapi kau kena datang awal baru boleh parking atas bukit sebab parking terhad, kalau tak kau kena naik tangga. Memang parkinson kau kalau naik tangga. Tapi setiap kali sampai checkpoint naik tangga tu dia akan bagi kata-kata encouragement seperti, 'Persistence is the key', 'Get up there you fat lump', 'Tu lah orang suruh eksesais malas' dan bila dah sampai 'Congratulations! Enjoy the view!.


Tapi bila dah sampai kat atas memang cantiklah view dia di waktu malam, dengan pancaran lampu neon jelas kelihatan di sebalik hiruk pikuk kotaraya. Fuhh ayat. Tapi kamera aku kamera nokia 3310 2 megapixel je kan mana boleh celen dengan orang yang datang bawak kamera ada muncung tu. Apapun kena berhati-hati ambil gambar kalau jatuh gaung Insyallah meninggal dunia dan susah pasukan penyelamat nak cari mayat nanti. Lihatlah Aryan dan Akif yang sudah membesar dan comel bagaikan sang juara itu. Ahh Zack dengan Aryan pun nak bertanding siapa lagi comel.



Hujan turun dengan lebat. Kami masih lagi menanti birthday boy. Jadi mari kita berbicara tentang perkara-perkara buruk tentang Zul. Zul kali ini telah berubah statusnya, daripada desperately single kini sudah ada teman wanita, dan bukan teman lelaki. Ini semua berkat daripada usahanya menyertai Speed Dating, blind date serta random Fesbuk approach. Zul berasa bahagia sekali memiliki teman wanita dan dia tidak malu untuk mengekspreskan perasaan cintanya di Fesbuk membuatkan orang lain berasa ingin meninjunya di muka macam nak tinju Clint Jun Gamboa. Yalah cinta pertama kan lagipun dia bangga dapat mengalahkan Shuhud dalam sesi pendedahan teman wanita.

Tetapi, mengenali diri Zul yang gilakan perhatian, aku rasa dia yang anjurkan parti mengejut untuk dia sendiri. Sebab masa dia sampai gaya terkejutnya memang kaku sekali mengalahkan lakonan kaku Rashid Sidek dalam Cinta 100 ela.


Mari bercerita tentang makanan. Standard harga makanan di sini macam kau pergi makan kat Secret Recipe lah. Aku sekadar memesan Chicken Wing sebab nak jaga badan. Tapi aku tak tahu pula bil split sama rata kalau tak pasti aku sudah memesan lobster berharga RM79. Makanan dia ok sahaja takdelah outstanding sangat, dahlah bini Anas Zack dapat kelapa masam. Boleh pulak dia minum sampai habis baru sedar kemasaman dia lepas tu mintak tukar air tembikai. Haa haa. Maaf tiada gambar makanan.

Apapun Zul kau janganlah eksaited sangat dah ada awek. Mengambil bait lagu kumpulan nasyid In-Team, "Seeeeebelum diijabkabulkan syaaaaariat tetap membataskan...". Ayuh kawan-kawan, masih belum berlambat untuk kita ucapkan, Selamat Hari Jadi Zul! Gambar-gambar lain akan dimuat naik di Fesbuk nanti.


p.s. HARI ini 5/3/2011 HARI JADI ANAS YAYY. tapi nampak gaya macam minggu depan je buat dedicated entry untuk kau Anas? Haa haa happy birthday I love you man. I said love, not lap ok.



9 comments:

redspana said...

yes!!first!!!epi belated besday to zul..epi becoming besday to anas..=)

Mimie.Candy Cane said...

aku ingat ko dah sayang twitter dan lupa mcm mane nk log in blogspot.. [komen tak relevan dengan entry]


ok laa...nnti taun depan ko suruh birthday boy ni praktis aksi terkejut dengan lebih real..buat pengsan ke..sawan buih ke..

Mohamad Faizal said...

redspana: terima kasih, daripada pihak zul dan anas

mimie: oh mimie percayalah jika aku ada PC aku akan update hari2 (tipu sikit). aku suka menulis panjang2 susah nak mengeji orang jika ada limit 140 characters hee hee

crazy_labelle said...

mmmmuuuuaaahhhxxxxkat aryan..

and dem, die da ade gf ke? *heartbroken...

Kap said...

Rashid kayu.
tapi Ella suka.
hahah.

Mohamad Faizal said...

labelle: tulah. anda lambat sangat. haha

kap: hahaha. gosip klasik tuh

Anonymous said...

slamat hari jadi zul! dah ada awek duhs. hebat dah skarang. gadis die tak join skali?

clint jun gamboa dah terkluar, haha. nasib baik masih ade sorang lagi asian - thia megia. fuh.

Adam

Anonymous said...

Ijai, thank you kepada bbdk bangi datang celebrate bday aku. Aku subgguh terharu. Mlm ni aku belanja futsal, eh mamak.

Adam, ada ayu. Tp tah knape tah ijai tak post gamba dia. Klu x boleh aku suruh dia baca ni.

Zul

Mohamad Faizal said...

adam: ada, nanti aku aplod kat fesbuk. bagusla clint keluar aku bahagia gila melihat wajah sengsara dia

zul: tipu tadi tak belanja pun. aku tak post sebab menjaga privasi kau tapi kalau kau benarkan.... heh heh heh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...