Tuesday, March 22, 2011

Makan Malam di Restoran Berputar Seri Angkasa

Hari Ahad yang lalu merupakan hari jadi Da'Killa. Oleh kerana tahun ini tiada parti liar mengejut yang dianjurkan seperti tahun lepas, kami membuat keputusan untuk pergi makan malam di tempat yang di luar habitat kami. Demi menunjukkan cinta suci bak lagu Apa Saja dendangan KRU, "...apa saja untukmu ke dasar lautan biru bertaruh nyawa andai kau damba mutiara di hari lahirmu...", cuma bezanya aku takdelah pergi terjun laut cari mutiara, sebaliknya aku mengatasi fobia takutkan ketinggian dengan membaham 282m di udara mencari mutiara di Restoran Berputar Seri Angkasa. Entahla aku pun pening dengan ayat aku sendiri.

Seumur hidup aku, aku tak pernah pergi Menara KL. Kalau tiada sebab memang aku takkan pergi pun sebab aku ni gayat orangnya. Tapi mendengar sok sek sok sek orang kata kita boleh melihat panorama indah kotaraya Metropolitan di waktu malam sambil menikmati juadah dalam suasana romantik menyebabkan aku memberanikan diri membuat tempahan untuk dua orang di Restoran Berputar Seri Angkasa. Set buffet makan malam dia berharga RM135, nampak macam mahal tapi aku rasa harga dia sebegitu sebab nak tanggung kos bateri nak pusingkan restoran tu. But I'm not complaining about the price; sekali sekala makan di tempat istimewa di hari istimewa bersama orang yang istimewa apa salahnya kan? Ayuh teruskan membaca.

Sebelum pergi ke KL Tower, ada sedikit jamuan hari jadi di rumah Mak Lang Da'Killa. Ahh ini adalah tidak dijangka, aku dahla tak potong rambut lagi dan pakai tshirt offensive aku dengan kasut Justin Bieber mungkin wang hantaran akan dinaikkan nanti kerana telah memberi impression yang buruk.



Anyway jika Mak Lang Da'Killa membaca entri ini, terima kasih kerana menghidangkan keropok lekor dan karipap yang paling lazat yang pernah saya rasa. Ini bukan menipu, cuma mengampu. Selepas itu kami pergi tonton filem The Adjustment Bureau. Korang patut tonton filem itu instead of tengok Big Momma. Ulasan filem di hujung bulan ok.

Dinner pukul 8. Lepas maghrib kami tiba. Tak perlu bayar tiket untuk naik ke restoran sebab dah kira sekali dengan apa yang kita bayar untuk dinner kot. Kat bawah tu ada banyak kedai cenderahati yang mahal dan pameran pondok telefon. Sebelum naik lif ada sesi bergambar percuma kalau mahu gambar baru bayar. Boleh pulak photographer tu cakap "Eh dekatla sikit dengan wife you tu.." Eh wajah aku ni tampak seperti dah kahwin kah? Selepas mengambil pil mabuk udara kami pun naiklah lif.

Dari pintu restoran aku boleh nampak seorang makcik berdiri statik tapi bergerak ke kanan macam momok dengan kelajuan 5km/j. Huii memang jakun ah melihat restoran ini berputar. Ok mengikut penjelasan dayang restoran, kalau makan buffet, ada 3 stesen iaitu appetizer, main course dan dessert. Appetizer dia aku ambil spaghetti dengan 3 sos, daging dan ayam salai, sup sayur, dengan roti apa ntah.


Tema restoran Seri Angkasa ini adalah makanan tempatan, so tidak hairanlah main course makanan yang familiar. Kami memenuhkan pinggan kami dengan pelbagai jenis daging kecuali daging babi sebab makanan yang dihidangkan adalah halal. Mengikut putaran jam, daging sotong kurita, daging itik masak kurma, ikan stim, sate ayam, dan kambing bakar. Sotong dia rasa tawar, or maybe tekak aku yang tak boleh terima tapi daging itik dia memang lazat sehingga menjilat dinding.


Da'Killa membaham rojak buah dan roti naan. Kuah rojak dia manis, dan tak pedas. Roti naan dia pula alah Ameerali punya aku rasa lagi kick. Tapi kuah dia ada kepelbagaianla. Chutney Mangga dia panggil.



Aku rasa juadah yang paling sedap apabila membaham di sini adalah pencuci mulutnya. Serius kalau kau tengok pilihan dia pun dah boleh kena diabetes dah. Rambang mata aku nak memilih so aku pilih yang warna warni dan berbentuk unik sahaja. Aiskrim dia aiskrim yang generic bukanlah aiskrim Baskin Robbins macam buffet kat Impiana Hotel dahulu, tapi still sedap.


The best part about this restaurant is, it is moving in circles! Kalau korang jenis yang metroseksual macam aku ni mungkin boleh rasa pening. Malam tu sempatlah pusing nampak KLCC dua kali serta kesesakan lalulintas di MRR2.


Tapi satu disadvantage anda mengambil hidangan buffet adalah tiada minuman menarik yang disediakan. Setahu aku, hanya kopi dan teh yang termasuk dalam harga buffet. Air coke dia kalau order segelas dah RM13 oh em ji. Nak air kosong kena ambil sendiri kat tandas. Haha ok jenaka. Sebut pasal tandas, 2-3 kali jugalah aku masuk tandas sebab nak muntah di mulut dan di punggung. Tak pastila sebab restoran tu berpusing ataupun aku memang tengah tak sihat pada masa itu. Tapi betul ke kalau kita berak kat atas tu bahan buangan kita akan dilepaskan di udara? Hmm entahlah.

Overall makanan dia aku rasa biasa-biasa je. Kena pastikan anda datang dengan perut yang kosong kerana wallet anda akan kosong selepas membayar nanti. If you ask me berbaloi atau tidak RM 135 seorang, kalau pergi dengan orang tertentu di hari tertentu, I'd say yes for the ambiance dan the experience (berputar 282m di atas udara beb!). Pelayan dia pun ramah dan friendly, servis mereka juga pantas. Masa makan anda akan dihiburkan dengan abang main piano menyanyi lagu-lagu cinta klasik. Kau nak buat lagu permintaan Like A Geesik ataupun lagu Happy Birthday pun boleh. Tapi kalau kau kool tak perlu buat dedication, kau menyanyi terus untuk gadis tersayang. Hee hee. Ok teknik bergambar ezajerit di situ.


Balik rumah, aku terus muntah dan cirit-birit dah dua hari dah ni. Doktor bagi MC. Da'Killa tak kena so maybe perut aku yang bermasalah. Aihh...

Sila layari laman web rasmi jika anda mahu lebih maklumat tentang restoran Seri Angkasa: http://www.serimelayu.com/restaurants/angkasa_kl/index.html



18 comments:

crazy_labelle said...

berputar mcm mane?

Mimie.Candy Cane said...

waaaahhhh...untungnye da killaaa.....sweet banget..

*cover cemburu*

..:: WiRdA ::.. said...

camne ek berjln di dlm benda yg berputar? aku rasa aku sure muntah mcm badang nanti..haha

ko nyanyi kat situ ke? wahhh gitu!

Mohamad Faizal said...

labelle: macam pusingan jam.

mimie: bersabarlah mimie akan tiba satu masanya nanti jejaka seperti itu muncul dalam hidup anda

wirda: ala berputar perlahan je tapi aku still pening dan gayat haa haa

afrohead said...

perghh romantika bulan madu jugak encik ijai ni. seronok sungguh da killa.

Anonymous said...

Wah~~ romantiknya Ijai :p
Happy belated Bday Datila :)

nampak gambar2 mknan tu mcm sedap2~
kempunan aku yg tgh berpantang ni.

-Alia-

finaz said...

i pun xpenah gi menara kl okkk.. padehal dulu sek kat belakang tu jer (convent bukit nanas)..

aquaria pun i xpenah pegi.. tp kalau pegi HK nak pulak terkinja2 pergi waterworld.. haha mentang2 dok kl, take things for granted

uculer said...

ah time kasih incik ijai. kini saya tidak lagi ragu-ragu utk tidak pergi ke restoran ini (kecuali dibelanja).

dan kepada birthday girl, happy belated birthday!

z a t i said...

aik? dah turun harga ke? seingt aku time aku pergi and lagi sekali aku hadiahkan parents aku anniversary diorg aku rasa mcm nak dekat rm200 :/
tp betul a.aku tak rasa makanan dia special sgt pun. sebab tiap kali nak pergi tandas asyik salah je tu yg buat dia mahal.

nobody said...

wah :) best best
romantik encik faizal ni
happy belated birthday datillah :D

restoran tu pusing perlahan je ye
tak tergambar sbb tak pernah pi
tapi rasanya semua kita dah biasa dah duduk di atas benda yang berpusing
cuma kita tak sedar ja

betapa sweetkan Allah
bumi ni berputar pada paksinya laju kot 1000batu sejam
tapi kita tak rasa pun
subhanallah ^^

p/s : kita tak rasa sebab bumi adalah berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia ^^

cikbunga said...

baca entri ni pun aku dah rasa nak muntah.. haha

Mohamad Faizal said...

afrohead: buuuuuuulan madudi awan biruuu tiada yang menggangguuuu

alia: takpe alia suruh suami seludup big mac sebiji dua

finaz: saya tak pernah pergi tugu negara dan masjid negara

uculer: ala sekali sekali kau bawalah teman lelaki dia pasti suka

zati: 200 sekepala? huii mahai noo. mungkin time tu dia bukan berputar, tapi turun naik

nobody: terima kasih

cikbunga: tak dengar lagi nyanyian aku mesti muntah darahlah

white purple flower said...

rm135 nett atau ++?

Mohamad Faizal said...

135 sekepala tidak termasuk cukai perkhidmatan dan kerajaan

Shima Ibrahim said...

Eh a'ah. 3 tahun lepas aku pegi berlima, total semua 800++! @_@ Cis! Mase awal2 dulu lagi dahsat dia charge. Mungkin sebab leceh nak angkut garam gula kunyit kicap naik lift yang tinggi itu.

onie che ani said...

Aku dh p b4 kawen..skrg ank kecik 3org abg ajak p sabtu ni...bdk2 bpe hengget eh...mmg mknn biasa2 je...klu nk candle lite dinner tu mmg sesuai la sesekali kan...tp bila baca blog ni aku dh confuse nk p ke x sabtu ni mkn kt situ..sbb ms aku p dlu mmg rm135 or 136 je...skrg xde gst ke???

Actually ada pameran lego tu yg nk p...

hainom OKje said...

Baru nak test nak celebrate hubby kat sana dgn anak anak, tengok harga, terys cancell hihi....

hainom OKje said...

Baru nak test nak celebrate hubby kat sana dgn anak anak, tengok harga, terys cancell hihi....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...