Friday, March 25, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Manusia Di Kenduri

Kenduri...bilakah kali terakhir anda pergi ke kenduri? Kenduri di sini bukanlah kenduri kahwin, tetapi kenduri yang melibatkan baca-baca seperti kenduri tahlil ataupun kenduri doa selamat minta diselamatkan daripada bentan selepas sunat. Last time aku pergi kenduri beberapa minggu lalu kat rumah Mak Long. Tapi aku kini sudah besar dan memiliki lesen memandu sendiri, so aku selalu kata kat mama agar pergi dahulu dan tak perlu tunggu aku. Padahal itu adalah taktik aku untuk pergi lambat-lambat agar tak perlu baca-baca, sampai-sampai terus boleh makan. Ahh jangan kau nak judge aku korang pun sama. Apapun, setiap kali kita pergi kenduri, kita mungkin dapat melihat karekter-karekter tipikal yang selalu kita jumpa ketika kenduri. Ayuh teruskan membaca.

1) Pakcik naik syeh ketika berzikir

Aku yakin kalian pernah melihat watak sebegini. Ketika sedang baca-baca, terutamanya ketika part berzikir, mesti ada seorang pakcik yang lebih emosi daripada yang lain. Simptom pertama yang kita boleh lihat adalah daripada gerak badannya. Dia kelihatan seperti seorang bomoh hujan sedang menurun , ataupun mengalami kekejangan otot menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga mengganggu konsentrasi ahli kenduri lain seperti aku yang tak boleh tengok benda luar daripada kebiasaan semua nak komen.

Simptom yang kedua adalah pronunciationnya. Ada part dia akan sebut perlahan dan part dia tiba-tiba akan sergah kau, terutamanya bahagian yang hujung-hujung tu. Kalau kau jenis yang mudah terkujat anda mungkin akan menjerit sama berulang-ulang kali.

2) That one makcik / pakcik / cousin you always had a crush on


Saudara-mara ni bukannya kita selalu jumpa kan. Selalunya time hari raya lah baru boleh jumpa. Itu pun setahun sekali. So kalau nasib baik bolehla jumpa waktu kenduri sebegini. So setiap kali ada kenduri, mesti ada sorang makcik / pakcik / dua tiga pupu yang korang look forward nak jumpa. Mungkin sebab makcik kau tu MILF. Mungkin sebab pakcik kau tu masih muda tak kahwin lagi dan hensem. Mungkin sebab sepupu kau tu comel. Mungkin sebab absense makes the heart grows fonder. Chewahh. Tapi takdelah pergi menggatal pun dengan mereka sekadar cuci mata sahaja.

3) Pakcik anti kerajaan

Lepas sesi baca-baca, pastilah ada sesi makan-makan bukan? Masa ini sepatutnya digunakan untuk catch up bercerita tentang kejayaan anak-anak masuk universiti mana ataupun mereka bercinta dengan anak Datuk mana. Tapi mesti ada seorang pakcik yang dominan akan membuka cerita politik. Mereka adalah pro pembangkang, dan akan mendedahkan segala rahsia dan konspirasi kerajaan tanpa rasa bimbang ditahan oleh ISA. Mereka juga assume yang orang lain juga anti kerajaan, dan the weird thing is, tiada seorang pun yang berani mencelah untuk menbantah hujah-hujah mereka ketika menaburkan fitnah kepada Perdana Menteri kita yang tercinta. Huii semangat gila cerita siap buat gaya tangan disusuli dengan kata-kata kesat walaupun ada anak-anak kecil duduk berhampiran. Ini tengah hangat cerita pasal sextape ni diorang pun sibuk deny cakap itu bukan pemimpin pembangkang walaupun mereka tak pernah tengok sextape itu apatah lagi sextape Usher.

4) Pakcik yang ingat kau masih muda

Ok ok siapa yang tak pernah dengar ayat ala-ala begini memang berbohong: "Eh kau ni anak Rosly kan? Wahhh dah bujang ye kau. Bila nak kahwin ni?" We got that same ayat from the same person for the past 7 years. Of course la pakcik kami sudah besar. Pakcik je yang kurang daya ingatan, no offense.

5) Remaja buat muncung sebab terpaksa ikut pergi kenduri

Remaja sekarang ni semuanya nak berlagak rebel. Malulah beb kalau orang nampak kita hang out dengan keluarga kita yang kolot. Tapi pasti ada satu masa kita tak boleh nak escape kena juga pergi kenduri yang dianjurkan sanak saudara. Macam yang mama aku selalu kata "Jai, kita kena campur dengan saudara. Nanti Ijai tak kenal saudara. Kalau Ijai nak kahwin nanti haa macamana nak minta tolong dengan saudara-mara?"

Dulu-dulu aku remaja juga pernah mengalami situasi di atas. Senang je nak tengok muka orang yang ikhlas ikut keluarga pergi kenduri ni. Muka ketat muncung panjang lepas tu duduk di sudut-sudut terlindung agar dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Lepas tu duduk main handphone. Sekarang ni bestla budak tak habis sekolah semua pakai smartphone boleh main Fesbuk boleh tengok klip video Rebecca Black kat Youtube. Aku dulu pakai Nokia 3310 je entah berapa puluh round dah aku main snake. Nak call awek dulu kita pakai prepaid takde kredit.

6) Non relative yang berlagak penting

Selalunya mereka terdiri daripada jiran tetangga ataupun ahli surau. Dialah yang menyambut tetamu bajet kenal semua orang, dialah yang menentukan tempat duduk anda, dialah yang suruh kanak-kanak senyap, dialah tukang tuang nasi dan suruh orang beratur tapi bila time mengemas, dia lesap. Sebagai saudara kandung, aku pastilah memiliki ego yang tinggi. Mestilah aku hangin kalau ada strangers suruh aku buat itu ini dan tak kenal aku ni anak Rosly.

Adakah anda pernah berjumpa dengan watak-watak tipikal di atas? Jika anda ada pengalaman kenduri yang menarik, ayuh kongsikan bersama. Anda sudah besar, kalau ada kenduri janganlah buat-buat sakit perut untuk escape kenduri nanti di kala kesusahn kena tangkap polis ke, haa sedara-mara kita juga nak tolong ikat jamin. Oh buku di bawah ini disyorkan jika anda mahu menganjurkan sebuah kenduri yang berjaya:





25 comments:

afrohead said...

aku minggu lepas bukan setakat pergi kenduri, tapi rumah aku buat kenduri terus. adik aku bertunang. dan perkara yang paling aku benci ialah bila pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua tanya "hang bila lagi?

dan untuk point kau no. 3 tu memang selalu sangatlah. the thing is semua orang tak akan mencelah walaupun pakcik sebab taknak bertekak sebenarnya. keh keh keh

MATAHARI said...

▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

crazy_labelle said...

lol... kalo ko perempuan n nak escape bacaan2 sume tu, bole la pura basuh pinggan ke ape ke kat dapur tu... padahal kat umah selagi xberkulat jgn harap nak basuh...

s.u.h.a said...

aku selalu buat macam yang crazy_labelle cakap. pura2 basuh pinggan kat dapur. last2 siap dengan periuk2 besar aku kena basuh. haha.

Mohamad Faizal said...

afrohead: haha so aku pulak tanya, "hang bila lagi?"

matahari: haha besaq noo

labelle: kalau aku lelaki duduk kat dapur memang kena cemuh dengan makcik2

suha: sekali mula membasuh sampai habislah kena membasuh

ok pergi solat jumaat kawan2

ieka darlink said...

dem. yang no 3 tu selalunya abah aku.
bila dia mula macam tu time kenduri mula lah aku menyesal kenapelah aku ikut abah aku ni pergi kenduri kawen..

Shima said...

3 tahun lepas aku gi kenduri rakan aku di utara pantai timur. Aku dan 3 rakan yang lain pegi sana naik bas, so sampai sana dalam pukul 7-8AM. Sampai2 tu mak pengantin sambut kitorang dengan penuh rasa gembira. TETAPI, ada satu makcik ni, masa kitorang nak breakfast, dia dok perli2 aku dan rakan2. Orang belah sana kalau breakfast selalunya makan berat2, macam nak lunch gitu. Diorang dah ready hidang nasik & lauk pauk. Disebabkan dah biasa makan roti canai mapley aje untuk breakfast, kitorang tak la makan banyak sangat. Sekali makcik tu sound sorang budak ni yang mungkin sepupu pengantin. Dia kata kat budak tu, "Orang KL mana makan nasik, burger makan la." Aku dan rakan2 terkedu di meja makan sambil mata terkebil2.

Lari topik sikit kot, tapi still temanya kenduri ;p

Muaz said...

Hahaha.. nice entry ijai..

satu lagi, bila ko ada anak2 yang kecil nanti..boleh juga di buat alasan cam tu..

kalau dtg lambat majlis2 cam ni, "biasala.. nak prepare anak2 semua..tu yg lambat skit.. "

kalau nak balik awal.. "anak2 dah restless dah..letih.. kena balik dulu kut.."

hehehe :p

s a r said...

hehe. assalamualaikum

menarik2..
sume orang kate no3 tu paling tertarik dan wajib ada dalam majlis apa pun :p

nak share.. dulu, pernah ada pergi satu majlis kematian. kat tanah perkuburan lagi, ada mulut2 yang tak berapa ada insurans mengutuk perjuangan kerajaan.. ish ish.. depan lubang kubur tu.. Astaghfirullah..


no 5 tu pernah gak buat :p

white purple flower said...

so adakah ijai pro kerajaan?

Atiqah Ahmad said...

kalau aku duduk dapur, gossip dengan makcik-makcik sambil makan buah, kuih, senduk lauk, basuh pinggan.

time kenduri la nak tau gossip-gossip hangat terkini.

hee~

clarky said...

aku selalu jumpa nonrelative berlagak penting. ape yg da masak walaupun tak sedap terpaksa kena puji.

aku slalu jadi manusia yg bertugas bahagian makanan pengantin. bertuah sungguh sb boleh cilok lauk best2.

Mohamad Faizal said...

ieka: haha dah besaq takyah ikut dah

shima: nak bagi makcik tu lagi sakit hati patut cakap inggeris je. no makcik i dont understand!

muaz: jangan cuba taktik tu dengan aku muaz. alah anak2 kau semua suka kat aku heheh

sar: tak kiralah parti apa yang dipilih semuanya akan mati. tiba2 tazkirah

aishah: no komen. undi adalah rahsia walaupun tak pernah mengundi

atiqah: tekananlah duduk dapur lagi kena banyak soal bila nak kahwin semua

clarky: nanti kita buat entri khas manusia di majlis perkahwinan pula

Anonymous said...

biasa la jai kita pergi lepas bahagian doa lepas tu makan lahap. keji. macam pergi moreh lepas solat tarawikh.

jai nanti kalau kau nak letak banner kenduri kahwin kau aku sedia membantu!

adam

finaz said...

nk tambah satu lg kategori boleh? makcik2 yg kak nam sibuk tanya bila nak kawin.. pfftt.. (from my experience selalunya makcik2 ni yg suka bizi body.. pakcik2 cool jer..)

Aslina said...

haha... aku sokong je ko finaz... tapi slalu aku balas je balik...

"knape tanye ni makcik?? nak sponsor ke? wahhh... murah hati betul makcik ni kan... dah lama saya tercari2 sponsor... saya mintak sponsor bukan banyak pun... paling sikit pun RM15k je... kalo dapat, esok jugak saye khabo ke orang kampung saye nak kawen..."

selalunya kalo nampak aku lepas tu takkan ade sape pun dah gatal nak tanye aku bile lagi...

selalu je soklan sebegini muncul hatta di kenduri tahlil sekalipun...

santiago aguero said...

haha...

aku dh lama tk gi kenduri.
sebb malas nk dgr ayat2 org tua tanye bile nk kawen..!

yg paling benang, pakcik2 psl saiz organ reproduksi..

ciskek


aku nk je jwp, sudah tentu bersaiz olimpik


kehkehkeh~

Anonymous said...

haha..ak slalu jmpe yg no3..
dahla ak org klantan..
memg obses gile ah kalau pakcik 2 dah stat cakap..keh3

clarky said...

salah satu jenis manusia di majlis kahwin ialah bekas teman lelaki/wanita yg dijemput hadir. org cm ni bawa pasangan yg lebih segala dr ex yg kawin ni utk menunjuk tp kebanyakannya cuma kawan pinjam saja. ngehehe.

bukan, bukan pengalaman aku.

fafarafa said...

errr...tetiba nk terkomen. selama ni baca dendiam jekk.

nk komen psl no 1. selama aku hidup smpi last year....aku x penah jumpa pakcik2 no 1 tuh. tapi last year adalah tahun pertama aku jumpa pakcik2 no 1 tuh. kat kenduri tahlil arwah ayh kwn aku.
seriyes mcm org nk menurun. siap aku bisik kat kwn aku tny knp derang berzikir camtu. & sorry....dlm hati aku terdetik rasa mcm...."betul ke ini cara berzikir yg bole membawa kita ke syurga?? mcm sesat jekkk"

well, itu apa yg aku rasa laa...mungkin org yg x berapa nak alim cm aku nih xleh faham kot cara berzikir derang. hehehhehehe

btw...nice entry (^___^)

azka said...

shima kat kelantan mng mcm tu, pagi sapa malam diorg jamu nasi. makcik tu tak biasa dgn org belah luar..

aku kt sini x tahan kenduri tahlil kofem jamu nasi berlauk2 sebelah mlm. Klu x jamu nasi, orang mengata pula..ikut adat.

-yg tuan blog tulis mmg sebijik2

salam

-farrah- said...

Ada 1 jenis lagi, kaum2 makcik yg suka 'tapau'. Abis je kenduri, xsmpat dapat signal dari tuan rumah, dia da 'tolong' tapau siap2. Kire 'berkat' la kalo org jawa panggil..

Anonymous said...

ijai , klau ko x campor trus bab politik, konpem aku blh enjoy baca entri ko.

..:: WiRdA ::.. said...

haha no1 tu aku penah jumpa time kecik2 dulu..hahahha

Anonymous said...

aku selalu sangat jumpa spesis2 mcm ni...best apa tgk gelagat orang kan?

tapi pakcik yg sembang deras pasal politik sapai org lain tak bleh nak mencelah tu memang je buat aku angin..macam dia tau semua je pasal politik...obses je lebih

aku pernah encounter makcik dan pakcik ni, yang suka mencari pasal kat kenduri orang...ada saja la nak compare ngan anak dia tu..pastu dok sound2 orang suruh jadi org berguna la apa la padahal tatau hujung pangkal pun...mende laa

ok, nuff with my crazy rants...LOL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...