Wednesday, March 16, 2011

Seronoknya Menjadi Megatron!

Hai. Nama saya Persona Megatron. Orang panggil saya Mega. Saya merupakan kucing kesayangan mama. Memang seronok menjadi saya. Saya mempunyai kebolehan untuk memecahkan pasu bunga ataupun pinggan antik mama tanpa mendapat hukuman yang sewajarnya. Mama nak marah saya pun tak sampai hati melihat kecomelan saya. Saya juga mempunyai kebolehan untuk tidur nyenyak di mana-mana lokasi di dalam rumah dengan posisi yang mengghairahkan. Maka hari ini saya akan menghiburkan anda dengan gambar-gambar saya yang comel kerana ini merupakan taktik tuan saya untuk tidak menulis blog dengan normal. Ayuh kita lihat gambar-gambar bajet comel saya.


Haiii jika anda tiada idea nak bawa buah tangan apa ketika melawat rakan baru lepas beranak di hospital, letakkan sahaja saya di dalam bakul untuk dijadikan cenderahati.


Ummm yeahhh you wanna join me in this 'bath tub' bebeh? Ummm yeahhhh.


Ke kiri...


....dan ke kanan. Macam main Kinect Dance Central pulak.


Kita sudahi dengan gaya tidur kuak lentang.

Seronoknya menjadi Megatron.



17 comments:

si aku said...

Comel gila kucing kau bro. Memang seronok jadi Megatron.

chenta said...

comelnya kucing!geram tengok!

Mohamad Faizal said...

si aku: serius seronok tidur 16 jam sehari

chenta: geram sehingga mengusap2 skrin komuter

deeb said...

pinjam mega seminggu boleh? bolehlaaaaaa.....btw, mana kawan mega? bukan last time ade ke?

Mimie.Candy Cane said...

huhuhu..yang dakam sinki tu comel laa...seksei.

The Sharkox said...

Bila lagi nak buat gaya tidur ijaicool? nak tengok jugak ijaicool tidut dalam sinki

makdara TERdiva said...

geram..pinjam buley?? kucing MDT yg hensem gilerr tu baru jer mati..sob..sob..

crazy_labelle said...

pergh... comel gile... tp bukan mcm tuan die... sekian...

s a r said...

uihh.. sangat menggoda.. :p

piikachu said...

chenta: geram sehingga mengusap2 skrin komuter

Hui,obsess sampaikan pergi ke stesen komuter untuk mengusap.

Mohamad Faizal said...

deeb: kawan mega tak suka bergambarla haha

mimie: kawal nafsu anda mimie

sharkox: tak boleh ada mana tahu ada pembaca di bawah 18 tahun tengok

makdara: pinjam tak boleh sewa akan difikirkan

labelle: of courselah macam tuan dia

sar: kucing atau tuannya?

piikachu: yelah yelah salah sikit pasti dipermainkan jua

afrohead said...

nama tak menggambarkan tuan punya nama langsung. nama ganas muka comel, kehkehkeh

Mohamad Faizal said...

huii tapi keperibadian dia ganas entah berapa banyak pinggan dah dia pecahkan

Anonymous said...

AAAMAAAGADDDDDD YOUR KUCING IS SO AWESOME!

Reminds me of this:

http://www.youtube.com/watch?v=sWpIuaulLxQ&feature=channel_video_title

-nadjoe

Mohamad Faizal said...

hahaha itu macam mega versi obese

cikbunga said...

ades comey siot si mega ni
ase nk cubit2 jer...oke tipu
pe pun memang seronok sangat jadi MEGATRON...sekian TQ :)

Anonymous said...

hoh.. aku rase nk pukul je kucing ni.huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...