Wednesday, March 30, 2011

'Silly' Things Women Do To Impress Men

Dalam arena 'ngurat-mengurat' ini, selalunya orang lelaki yang akan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu di luar norma kehidupan bagi menarik perhatian gadis yang diminati. Namun begitu, ini tidak bermakna yang gadis-gadis hanya sekadar perlu mendepakan tangan menanti layanan istimewa daripada lelaki, kerana orang lelaki turut mendambakan perhatian daripada gadis-gadis. Tiada istilah perigi mencari timba di sini. Maka seperti orang lelaki, gadis-gadis akan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat lelaki berkata 'WOW' di dalam hati tanpa perlu keluar dari telur macam Lady Gaga. Akan tetapi, dalam usaha gadis-gadis untuk menarik perhatian kaum jejaka, mereka kadang-kadang tidak sedar yang taktik memikat mereka itu sebenarnya meletakkan mereka dalam situasi yang menjengkelkan. Ayuh kita lihat perkara-perkara yang gadis-gadis lakukan untuk menarik perhatian jejaka.

1) Berpura-pura meminati bola sepak

Kaum lelaki memiliki ego yang sangat tinggi. Gadis-gadis boleh mencabar keegoan lelaki dengan menunjukkan minat dan keterujaan yang mendalam dengan bercakap tentang kereta, gajet / teknologi serta bola sepak. Di sini kita sedia maklum yang orang lelaki yang tipikal mengamalkan konsep main bola, makan bola, main bola di kocek, serta tidur bola. Segala-galanyalah ada unsur bola. Menyedari hakikat ini, gadis-gadis sangka mereka ada ruang untuk mencelah, dan mengekspoitasi minat orang lelaki bagi menarik perhatian mereka dengan berpura-pura menunjukkan minat terhadap bola sepak.

Kami tiada masalah jika gadis-gadis hendak bercakap tentang bola sepak. Malah kami akan berasa teruja dan mungkin akan berkata di dalam hati "kool juga kau ni gadis walaupun ada double chin". Tetapi jika anda mengeluarkan ayat-ayat tipikal seperti "Eiii Liverpool tak best Man U la bestttt" atau "I suka David Beckham sebab dia hensem" kepada kami, maka kami akan mengetap bibir dan mengeraskan skrotum tanda hangin. Match malam tadi pun kalian tidak peduli maka akan tergurisla hati kami jika kalian mengeluarkan kenyataan sedemikian. Macam ni la, cuba korang gadis-gadis sedang bercakap tentang beg tangan LV korang yang original dan mahal tu, lepas tu ada jejaka menyampuk kata "Eh LV tak best Samsonite la best" apa yang gadis-gadis akan rasa? Kenyataan itu kosong dan tidak ada semangat fashionistas langsung bukan?

Anda tidak perlu memaksa diri untuk ikut kami menonton bola sepak di mapley. Anda juga tidak perlu membazirkan wang membeli jersey Arsenal yang original. Anda juga tidak perlu rasa malu jika tidak tahu apa erti offside. Cukup sekadar anda memberi keizinan kepada kami untuk balik lambat sekali-sekala menonton bola sepak di luar.

2) Menyembunyikan CD Justin Bieber dan memaksa diri mendengar muzik 'keras'

There's absolutely nothing wrong for a girl to listen to Justin Bieber. Ada mentaliti gadis-gadis yang menganggap jika mereka mula mendengar muzik berat penuh emosi dan carutan setelah mereka nampak kita memakai Tshirt sesuatu kugiran itu, mereka akan menjadi kool sekaligus dapat menarik perhatian kita. Padahal mereka memang tidak menggemari genre muzik sebegitu. Mendengar muzik itu mungkin kool tetapi memindahkan mood dan gaya perilaku muzik itu di dalam hidup tidak menjadikan anda kool sebenarnya. Hilang kewanitaan anda melihat anda terkinja-kinja sambil mencarut-carut mengikut irama lagu sedangkan kami sendiri pun tidak berperilaku sedemikian.

Mari kita lihat poin ini daripada sudut yang berbeza. Bagaimana pula jika gadis-gadis cuba impress kita dengan mendengar lagu Maher Zain sebab kita ni jenis yang tengok rancangan realiti Islamik seperti Makmum Muda ataupun Akademi Qiraati? Nampak sangat lakonannya tiba-tiba nyanyi Ishaallah Inshaallah tapi pakai skirt pendek nampak bulu peha lupa nak Veet.

3) TOO MUCH make up / perfume / tan / skin

Anda pernah tak dengar lagu Spice Girls Too Much? "Tooooo much of something, is baaaaad enough..." Menggunakan bait itu sebagai rujukan, gadis-gadis kadang-kadang tidak sedar mereka mengenakan terlalu banyak make up di muka macam nak pergi audition filem bagi melakonkan watak Mona Fandey. Mungkin mereka berasa insecure apabila ternampak SEBIJI jerawat tumbuh di pipi sekaligus menganggap wajah mereka hodoh seperti terkena asid hidroklorik. Itu yang dia tempek blusher sampai jadi macam Doink The Clown ataupun pakai eyeliner sehingga wajah mereka jadi seperti Adam Lambert.

Minyak wangi pun sama. Instead of mandi bunga, agaknya korang mandi dalam bath tub yang dipenuhi dengan minyak wangi sebelum keluar pergi dating. Bau menusuk hidung walaupun baru sekadar bercakap di telefon. Tidak perlu letak banyak-banyak. Tak letak langsung memang out of the question la kan. Sekali lagi mengambil lagu Spice Girls "Too much of nothing, is just as tough.." Tak mahulah keluar dating dengan anda tetapi berbau siamang.

Gadis melayu tipikal memang tak pergi tanning. Tapi gadis-gadis Melayu bandar yang aku selalu tengok di kompleks membeli-belah Midvalley, huii warna kulit dia dah jadi macam Snooki (pic below) dalam rancangan Jersey Shore dah. Warna kulit je begitu 'coklat' tapi dialek pantai Timur mereka masih lagi pekat kedengaran. Cantik ke begitu? Nak bersentuhan kulit walaupun masih bukan mahram pun rasa tak selesa.


Too much skin? Ok kami appreciate anda memakai kostum Wonder Woman untuk memikat kami sekaligus membuatkan berlakunya pergerakan yang natural terhadap organ reproduksi kami di dalam seluar. Namun begitu, perkara yang sama akan berlaku terhadap organ reproduksi lelaki lain yang melihat anda. Ya ya kami faham anda pakai seksi untuk kami, tapi kalau sekadar untuk kami sahaja kami tak kisah. Jangan pulak kita tengah dating nanti mata orang lelaki jadi juling air macam Rita Rudaini ketika bertembung dengan anda.

4) Menggunakan wang ringgit untuk memikat hati jejaka

Jika anda sangka anda dapat menggunakan wang ringgit untuk membeli cinta kami, maka sangkaan anda meleset. Ya kami sedar dewasa kini gaji orang perempuan secara puratanya lebih tinggi daripada orang lelaki mampu menyara hidup kami. Tetapi jika anda asyik mengeluarkan wang membeli kami gajet-gajet terbaru, kasut SB Dunk model terbaru, mahupun membelanja kami makan di tempat-tempat yang mewah, status anda mungkin berubah menjadi sugar mummy. Cinta itu sepatutnya dipupuk bukan dibeli. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, ego orang lelaki ni tinggi. Mereka ingin rasa yang mereka dominan di dalam sesuatu perhubungan, so biar sahaja orang lelaki yang mengeluarkan wang, biar sahaja mereka menjadi provider. Ok sekarang juga anda boleh minta beg tangan Jurulatih kat kami. Cough.

Dalam hal ini, kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan gadis jika mereka nampak 'trying too hard' dalam usaha untuk menarik perhatian kita. Girls tend to overthink things, maka sudah pastilah mereka akan berfikir jauh, perhaps terlalu jauh, tentang natijah yang bakal menimpa jika kita tidak berminat dengan diri mereka yang sebenar. In the end, apa yang mereka lakukan adalah untuk kita, maka sebagai seorang lelaki yang gentleman, anda harus embrace usaha mereka. Mana tahu dengan bimbingan dan sokongan anda mereka akan dapat mengenal pasti siapa itu Asamoah Gyan? Mungkin dalam entri yang akan datang kita akan bincangkan tentang Silly Things Men Do To Impress Women pula. Hehe.



24 comments:

s a r said...

hmm.. menarik.. pandangan dari kaum adam.

terima kasihlah kerana menegur perkara-perkara yang sememangnya selalu dilakukan oleh kaum wanita. Astaghfirullah...

sapa yang makan julap, dia la CB :p

kadang2 benda ni bukan tak sedar, tapi sengaja buat2 tak sedar. no 3 tu la yang paling jelas kelihatan.
~uish, buat malu kaum je. haish!

cik ingin tahu said...

- tak lawa / seksi pun snookie tu.. for me putih lagi lawa. jersey shore tu citer apa ek? byk kali

- satu soalan: adakah berpura2 jual mahal juga satu turned off bagi lelaki? sbb i selalu buat ni.. hehehe

the mosaicist said...

Rasanya dalam banyak-banyak tu nombor 1 la yang paling annoying.

Mohamad Faizal said...

sar: haha tak mengapa nanti kita lihat segmen lelaki pula

cik ingin tahu: pura2 jual mahal? tidak juga kerana orang lelaki gemar memburu lagi sukar hendak dingurat lagi tinggi kepuasannya bila dah dapat nanti

mosaicist: kan? lagi2 depa dok kutuk team kegemaran kita

wath said...

ye ke tak suke pompuan mekap.......ex aku dulu stiap kali kuar dia suh mekap. pp lak kne merah gile. aku nk padam tak bagi. padahl nk g uptown je pun. siap kne pkai heel lg. ha....sape nk jawab?

tu one of the reason aku breakup ngn dia

Atiqah Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
erniemusliana said...

aku tatau pape pasal bola. hahaha. ta malu pon ngaku :P

eh yg no 3 tu. mmg gile na penampo. haha!

afrohead said...

bahahaha! aku tak dapat bayangkan macamana reaksi awek-awek sekalian kalau kita cakap Samsonite lagi best dari LV.

nak lagi kejam, boleh cakap beg Swan lagi cool dari LV.

crazy_labelle said...

i'm confused of being myself or being someone yg i'm not just to impress a guy... bukan suppose he love me just the way i am ke.... same goes to the guy that i love... I want the deepest, darkest, sickest parts of you that you are afraid to share with anyone because I love you that much.

cik keliru said...

crazy labelle, i feel u okeh !! i went out for dates with several guys and hasilnya amatlah mengelirukan.. if i control2 jadi gadis ayu, ada yg tak suka.. but when i tried to be myself (which is takdelah nak kontrol2 ayu sgt ke hape.. but still rileks2).. hasilnya negative juga. love is a tricky thing.. and men are a creature yang susah nak difahami !!

Anoneemus™ said...

I can help u with the Silly Things Men Do To Impress Women.

Anonymous said...

aku mmg tak minat bola cuma aku suka pemain bola yg hensem cam abg torres...

-jaja-

Kap said...

afrohead,
perbandingan kau yang terakhir tu buat organ reproduksi aku bergerak mengikut irama pop yeh yeh, beb.
hahah.

clarky said...

gelak kuat-kuat. terengsa telinga tau!

nobody said...

Bace post ni...
Terimbas pulak zaman bercinta dulu...
Nasib baik tak buat perkara2 tersebut di atas
Just be the way I am (mcm cik crazy labelle/cik keliru) + ikhlas pun kene tinggal (huhu...takpe, chaiyuk !)
pasni kena kawen trus, tak yah penin bercinta :)

by the way, nak tanye:

if a wife learn erotic dancing for her hubby, would it impress him?
kira macam gadis tu belajar menari untuk bakal suami dia kelak...kira worth it or not?

sbb dolu2, my ex tak suke...pelik pulak sbb artikel dlm majalah kate suami suke...ish3

p/s: ke my ex tu gay? OMG T_T

Mohamad Faizal said...

wath: suka mekap tapi tak suka tebal-tebal. melainkan lelaki itu fetishnya mekap tebal

atiqah: eh kenapa dilit

ernie: tak tahu tak mengapa orang lelaki tak judge

afrohead: beg swan huiii kalau diorang pakai pegi pavilion memang aku respek ah

labelle dan cik keliru: jika sudah bercinta dengan jika baru dating dua perkara berbeza. jika sudah bercinta SEPATUTNYA orang lelaki tidak akan kisah sangat sebab mereka cintakan anda walau apa jua. kalau masa baru nak mengurat tu yang patut dielakkan perkara2 di atas

anoneemus: haha ok kool kita buat bersama jangan lupa habaq mai versi anda

jaja: torres dah tak hensem

kap: hahah gerak bersama2

clarky: err terengsa tu apa

nobody: YES PLEASE

Eliza said...

Time uni dulu..pernah run out of t-shirt-so pinjam t-shirt member ni. T-shirt tu tulis "sepultura". Lepas ru akulah awek yang paling glamer pada hari tu. Layan jer...luar rock..dalam backstreet boys.

cikbunga said...

thank God aku ni

1. x minat sgt dgn bola
2. layan lagu kpop jer
3. simple dlm makeup/perfume
4. xde duit pun nk belanja lelaki ^_^

Anonymous said...

err kalau betul betul minat bola macam mane?

Anonymous said...

nice entry BTW...

http://blogkauapa.blogspot.com/2011/03/balik-kampung.html

Angkasa said...

sapa asamoah gyan?

Mohamad Faizal said...

eliza: haha takpe akak memang kool

cikbunga: haha thank god

anon: tiada masalahlah jika begitu

angkasa: pemain bolasepak sunderland

s.u.h.a said...

lepas kenal bf aku baru aku tau pemain bola ada 11 org. aku ingat sebelum ni dalam 6 7 orang jah. patut la ramai semacam je dalam padang bola tu.

Misz Wati said...

Slm ijai. Best3. Mohon share. Tkasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...