Tuesday, March 1, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Twitter


Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis ketagihan. Ini termasuklah ketagihan kepada laman web sosial Twitter. Aku pun baru sahaja menyertai Twitter, dan aku mengaku yang Twitter ini addictive. Ketagihan kepada Twitter ini masih belum lagi ditemui penawarnya, kalau kau bawak pergi Darussyifa pun mereka tak boleh nak tolong sekadar bagi minum Air Badak je. Maka di sini saya ingin menyenaraikan ciri-ciri utama seorang penagih Twitter berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian sekeliling. Ayuh teruskan membaca.

1) Tanpa disedari, anda menulis dan bercakap tidak melebihi 140 characters, tak kiralah di dalam surat cinta, ketika bercakap dengan ibu, mahupun ketika menulis blog.

2) Anda tidak lagi membaca Harian Metro ataupun menonton Buletin Utama untuk mengetahui berita terkini. Sekadar melihat topik yang sedang 'Trending' di Twitter sudah boleh menjadikan anda peka dengan isu semasa. Aku tahu hari ini hari jadi Justin Bieber pun sebab #happy17thbdaybiebs menjadi topik hangat.

3) Setakat ini, anda telah membuat 18,233 tweets :)

4) Anda mentafsirkan segala bentuk perbuatan dan perasaan dalam sebaris ayat, tanpa mengira waktu dan ketika. Contohnya pergi berak nak beritahu, terjatuh longkang luka siku nak beritahu, benci dengan rakan sekerja memang of courselah kena beritahu kan. Pendek kata, tiada rahsia antara kita. Yelah kalau nak cakap macam tu kat Facebook nanti orang soksek soksek kutuk kita balik sebab emosional, tapi somehow di dalam Twitter, anda tidak akan di judge. Unless anda tak sengaja terbuat jenaka terhadap artis tempatan, memang kenalah. *cough*.

5) Anda bangun pagi sekarang dah tak check missed call ataupun SMS di telefon, sebaliknya check ada orang mention kita tak dalam Twitter.

6) Memiliki telefon pintar yang berkebolehan untuk Tweet adalah penting sekali. Anda beli HTC HD7 yang awesome nak arwah itu semata-mata ingin menggunakan aplikasi Twitter secara bergerak. Dalam kereta boleh tweet, dalam komuter boleh tweet, tengah bungee jumping boleh tweet, di mana-manalah. Lagipun mudah nanti nak check in kalau makan di Restoran Ani Sup Utara sambil tweet gambar sup ayam yang dimakan untuk dikongsi bersama followers.

7) Twitter for web? Oh puhlease malu nanti orang kata kita ni Noob Twitter. PC anda dipenuhi dengan applikasi pihak ketiga yang direka khas untuk memaksimumkan pengalaman penggunaan Twitter seperti Tweetdeck, Digsby, dan Twitterholic. Hari tu masa UberTwitter kena ban kerana membenarkan kita Tweet melebihi 140 characters yang ternyata melanggar Akta Pentwitteran huiii memang menggigil satu badan korang siap kena demam kuning. Nasib naik UberTwitter kembali menjadi UberSocial.

8) Oleh kerana ada character limitation, anda memang pakar dalam aktiviti meringkaskan apa yang telahpun ringkas. Contohnya aku jadi ak (Adam marah Fandi cakap camni haa haa), apostrophe langsung dilupakan, tatabahasa apatah lagi. Kalau nak letak link pun nampak orang lain Tweet link guna Tinyurl.com memang kita mencarutlah kata mereka noob. Twitter tegar guna Bit.ly kerana lebih menjimatkan ruang.

9) Anda kini mengamalkan komunikasi Twitter 100%. Kalau datang rumah kawan nak ajak main futsal, instead of ketuk pintu dan memberi salam, kita tweet 'hoi bitch aku kat luar rumah'. Kalau pasangan bercinta tu, depa tak buat phone sex dah. Main Twittersex terus. Ringkas dan pantas. Komunikasi di Twitter boleh terbawa-bawa ke medium lain kalau tulis SMS ke emel ke kita secara tidak sengaja terletak tanda @ di pangkal nama seseorang.

10) Anda tiba ke entri ini daripada twitter.com/ijaicool

Adakah anda ketagihan Twitter berdasarkan simptom-simpton di atas? Mungkin anda boleh relate dengan apa yang ditulis sekiranya anda memiliki akaun Twitter. Kalau anda tiada akaun Twitter, ayuh segera register dan anda pasti akan mula meracau-racau seorang diri sambil melakukan perkara di atas tanpa disedari.



23 comments:

afrohead said...

bukan main bermadah lagi nak promote twitter kau. hahaha!

tapi no.2 tu memang betullah. aku follow je tweet paper dgn berita. senang.

Muaz said...

Hahaha ijai

no. 4 - aku nak *cough* gak.. hehehe :p

DuniakuAbstrak said...

hahaha sebab tu aku tak register akaun twitter

white purple flower said...

ingatkan kat twitter boleh ckp apa2 je..rupanya masih ada kekurangan twitter,tak boleh ckp buruk pasal artis.baru tauhu artis suka search nama sendiri rupanya.

uculer said...

kene tambah satu lagi point: sumber lawak jenaka kini didapati dari twitter, bukan lagi daripada komik.

Amirul (aremierulez) said...

haha..
aku juga pernah tulis tentang ketagihan twitter:

http://aremierulez.blogspot.com/2010/04/wots-top-ten-list-10-tanda-anda.html

Anonymous said...

hahaha mane ade ak marah fandi duhs. ak tulis dalam general aspect saje.

adam

Kap said...

dengan ini berjanji akan ber-tweet kalau ada yang bagi HTC HD7 free dekat aku.

nis said...

no 10 tu btol..haha

famia said...

Bro, gua rasa lu sebenarnya yang dah ketagih Twitter. Reverse psikologi ni.

Mohamad Faizal said...

afrohead: bagus sebenarnya dapat tweet segar daripada akhbar harakah

muaz: pagi2 bangun call cakap pasal artis. haa haa

duniakuabstrak: ahah! itulah penawarnya

aishah: eh eh eh eh eh eh eh hehe

uculer: beri saya satu jenaka terkini untuk dikongsi di pejabat

amirul: haha nice

adam: xpe. aq fhm

kap: kumpul duit ah aku pun nak beli menatang tuh

nis: high 5

famia: memang pun. haha

Anonymous said...

koh3.. aku paham no.4 tu pasal aku ter'stalk' twitter kalian koh3... aku pun xde twitter pasal aku x femes mcm ijai hehe kawan2 pun mcm x bminat je nk join


-megan musang

crazy_labelle said...

haha... i follow @adibah noor... sakli tetibe tweet die sebut @ijaicool...

gud thing, anda telah dikenali oleh 4,103 Followers beliau...

Anonymous said...

hahaha cibai ijai jadikan aku sebagai contoh..aku sudah berubah sekarang dari ak menjadi aku..xpe adam aku faham kau bukan marah hehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

megan dan labelle: haha ala itu kisah semalam kita lupakan sahaja buang yang keruh ambil yang jernih

fandi: bukan apa fandi kau tak sedar sebenarnya kau terbawa2 'ak' itu dalam percakapan sebenar. kau cakap aku tapi bunyi AK. haha

Anonymous said...

Ijai, aku masih x de Twitter lagi.. hehehe.

-alia-

Mohamad Faizal said...

apalagi daftarlah segera sertai kami pasti hidup akan lebih tak keruan

Anonymous said...

Hehe cepatlah bongkar isu hangat kau dimarahi seorg artis tanah air hihihihi. Anyway aku citer kt kwn aku hal tu pastu dia kata mungkin je tu bukan akaun si polan yg sebenar sbb dia kata si polan bukan begitu orgnya.tahla.sungguh misterius (zati malas sign in)

piikachu said...

HAHAH jai. tiba2 disapa artis pula kau.

Mesti ada orang yang mengadu domba ni. hahaha.

Mohamad Faizal said...

zati: yakah? aku rasa orang yang benar. lagipun sudah bermaaf maafan usahlah diungkit lagi hee hee

piikachu: ataupun artis search diri sendiri. eh eh sensitif ni

..:: WiRdA ::.. said...

hep hep..jgn sebut artis lg..hahahahah

Mohamad Faizal said...

ala baguihla nanti saya boleh masuk melodi sebab diserang artis-artis tempatan haha

Anonymous said...

dah sign up,,tp x reti gne la =.="
hahaha~


~battlecry~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...