Monday, March 14, 2011

Tanda-Tanda Anda Semakin Gemuk

Hai apa khabar semua? Dewasa kini, gaya hidup moden kita menghalang kita daripada bersenam mengeluarkan peluh. Sibuk, mana ada masa nak pergi jogging, nak bersetubuh dengan kerap melebihi daripada 1 posisi, ataupun nak pergi gym semua. Makan pun tak jaga main sumbat sahaja benda-benda mengarut di dalam mulut tanpa mengira dahulu bilangan kalori. Faktor-faktor tersebut menjadikan kita seorang yang gemuk. Tapi kita sentiasa hidup dalam keadaan denial, taknak mengaku yang berat badan kita ini semakin bertambah, termasuklah aku. Oleh itu, hari ini kita akan melihat tanda-tanda fizikal mahupun mental yang menunjukkan anda ini semakin gemuk, tak kiralah lelaki ataupun perempuan.

1) Berdiri tegak. Pandang ke bawah. Jika perut anda menghalang anda daripada melihat organ reproduksi anda, saya telah membuktikan yang anda ini gemuk. Orang kata aku boroi, tapi contoh ini tidak dapat membuktikan yang aku ini boroi kerana aku still nampak organ reproduksi aku, but then again aku memiliki organ reproduksi bersaiz Olimpik, tu yang nampak tu.

2) Jika anda pergi menimbang berat anda di mesin penimbang di kompleks membeli-belah, mesin tu memberi arahan untuk memasukkan lebih banyak syiling.

3) Nama anda dan bengkung Premium Beautiful kini digunakan dalam satu ayat. By the way contoh ini tiada kaitan dengan mana-mana penyanyi tempatan yang bersaiz besar.


4) Anda membeli iPad kerana tidak boleh menggerakkan jari anda di iPhone.

5) Setiap kali anda makan, anda berkata kepada diri sendiri "Mmmm I should stop eating"

6) Tshirt yang anda pakai kini menjadi seperti baju dalam ataupun sports bra yang orang selalu pakai dalam VCD aerobik tu.

7) Anda berasa marah kalau orang panggil anda gemuk.

8) Dalam geng rempit anda, anda tidak lagi dikenali sebagai Azroy, tetapi digelar Kuzi (Gila-Gila Remaja). Kuuuuuuu jejak jalan yang berrrrrrlikuuu.


9) Teman lelaki anda memutuskan hubungan percintaan dengan anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang kukuh.

10) Anda rasa Jack Black itu comel, dan Rikishi Patu itu hensem. Tak boleh letak contoh selebriti tempatan, sensitif hoccayy.

11) Di peti ais rumah anda kini sudah ada rantai dan mangga.

12) Ketika menonton menonton televisyen, perut anda dijadikan tempat untuk meletakkan remote control ataupun minuman bertenaga.

13) Lubang di tali pinggang ataupun jam tangan kini hanya tinggal satu.

14) Apabila anda berjalan di kompleks membeli-belah, pekerja di kedai alatan senaman memanggil-manggil anda dari jauh untuk mencuba alat senaman di kedai mereka.

15) Anda menepati semua ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas.

Just to clarify here, I have nothing against fat people and in fact, I can be considered fat. Taknak mengaku je. Seluar jeans aku saiz pinggang 33", tapi itu pun sebab aku pakai kat bawah perut. Seluar hari raya aku pula 36" kerana penjahit itu mengukur ukurlilit perut tepat pada lokasinya. Saya berharap dengan contoh-contoh di atas, kita akan menyedari hakikat yang kita ini gempal dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat mengurangkan kebarangkalian diserang penyakit kardiovaskular akibat daripada kadar kolestrol dan lemak berlebihan di dalam diri. Inshaallah ada jalannya.



17 comments:

..:: WiRdA ::.. said...

tambah lg satu..kalo pusat slimming buka booth dan panggil anda utk kuruskan badan.... -_-"

s.u.h.a said...

haha. aku dah gemuk la.

afrohead said...

yeahhh! akhirnya gabungan tweet seperti yang dicadangkan.
haha

Mohamad Faizal said...

wirda: errrr ada pengalaman kah? hihi satu kategori dengan no 14

suha: tak. baju tu yang saiz dia kecil

afrohead: haha oklah tu sikit sikit lama-lama jadi satu posting

O Ena O said...

huhuhu entri ni menimbulkan kesedaran dlm diri ku spy harus giat utk slimmm..kalo x, sia2 jer parents aku beli kan aku diet drink...haishhh

cik aletheea : said...

ekekeke...
hampeh je ;p

The Sharkox said...

Oleh kerana seluar slack aku dah tak muat dah, aku selalu mengatakan bahawa seluar aku makin kecut..bukan perut aku yang membesar

uculer said...

2) Jika anda pergi menimbang berat anda di mesin penimbang di kompleks membeli-belah, mesin tu memberi arahan untuk memasukkan lebih banyak syiling.

atau mungkin mesin penimbang badan itu sound:
' naik sorang-sorang ye, jgn ramai-ramai' bila anda pijak platform itu?

piikachu said...

Jai, mengapa kau mengHIGHLIGHTKAN edisi artis tempatan tu. Kau jgn, nanti ada yang mengadu domba lagi, lantas twitter kau diserang lagi nanti HAHAHAHA

Mohamad Faizal said...

ena: usaha tangga kejayaan

aletheea: semoga anda kurus sentiasa

sharkox: memang benar lah tuh, seluar yang kecut, bukan perut mengembang

uculer: haha nice one

piikachu: tak apa, aku harus menjadi diri sendiri bergurau tak tentu hala. lagipun aku tak sebut nama heheh

Applepinkcomeyy said...

bf aku bru je mintak break, aku rase sbb aku da gemuk la, kihkih

clarky said...

being fat, waktu org berebut2 nakkan aku ialah waktu plaza alam sentral buat minggu kesihatan dan kecantikan di mana pekerja pusat2 slimming akan kerumun aku menawarkan servis mereka dan dengan gaya superstar diva aku pakai spek hitam sambil tolak-tolak mereka sambil kata "no money, no money"

Liquid said...

nasib baik incek liquid pny saiz olympic so still nmpk lg lalalalala

crazy_labelle said...

ak benci mereka yg dilahirkan dgn metabolisme yg tinggi... mcm saya makan banyak, tp xbole gain weight... wtf... i hate u beach...

Anoneemus™ said...

Sila baca respon pada entri ini di sini.

Dan saya dah buat entri Turn Offs for Ladies =)

Mohamad Faizal said...

applepink: yakah? dia tak deserve anda

clarky: haha memang diva

liquid: hah. baguslah begitu

labelle: saya dulu metabolisme tinggi juga boleh makan apa saja. tapi kini tidak lagi. tidak lagi.

anoneemus: olriteeeee lets cekidautt

Jimenez said...

Oleh kerana seluar slack aku dah tak muat dah, aku selalu mengatakan bahawa seluar aku makin kecut..bukan perut aku yang membesar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...