Friday, April 1, 2011

Cara-Cara Untuk Bergurau di Hari April Fool #2

Hai apa khabar semua? Hari ini adalah hari Jumaat ataupun Friday. Kita lupakan dulu jenaka ataupun reference terhadap Rebecca Black, kerana tarikh hari ini merupakan 1 April, di mana tarikh 1 April dijadikan sebagai medium untuk berjenaka dan bergurau senda bersama rakan-rakan tercinta. Di sesetengah petempatan di kawasan pedalaman, 1 April dijadikan sebagai hari cuti umum di mana puak-puak tertentu akan menghabiskan masa membuat prank sesama sendiri instead of pergi bercucuk tanam. Maka hari ini saya ingin berkongsi tips-tips gurauan manja yang boleh merapatkan hubungan anda dengan rakan-rakan anda. Ayuh teruskan membaca.

Ok tipu, ada satu tips sahaja. Jika kalian ada blog, dan kalian tahu ada orang baca blog kalian, privatekan sahaja blog korang pada 1 April. Yes kalian telah terkena gurauan manja saya. Of course anda tidak akan dapat membaca entri ini sehingga esok hari (which is sekarang). Hahaha bagaimana perasaan anda bila datang ke blog ini dan melihat imej ala-ala di bawah tadi?


Pembaca veteran mungkin teringat yang mereka pernah terkena dengan jenaka yang sama tahun lepas. Ada kemungkin juga mereka terlalu fanatik sehingga terlupa lalu mencarut-carut tak pergi semayang Jumaat akibat tak dapat baca blog dan tak dapat melihat gambar jejaka kacak berbaju melayu di sini. Hee hee. Jika anda ada datang ke blog ini tadi dan 'terpedaya' dengan jenaka saya, sila kongsikan perasaan benci anda di ruangan komen. Sebelum itu aku kita lihat testismonial kemarahan yang dilemparkan akibat tak dapat membaca blog. Ada yang maki hamun di Twitter, ada yang memberi mesej pagi-pagi buta ada juga yang mengumpat di Fesbuk.








Amacam lucu tak? Ada lagi sebenarnya tapi kita simpanlah untuk tahun depan ok? Selamat Hari April Fools semua. Eh ustaz Faizal al-Kacaki cakap tak elok sambut April Fools ni. Friday Friday gotta get down on Friday!



24 comments:

afrohead said...

keh keh keh. ini april fool yang winning!

s a r said...

oh! sangat kelakar encek! ingat dah nak pencen menulis dah :p

Mohamad Faizal said...

afrohead: ok tahniahlah kepada anda kerana tidak terpedaya

sar: haha kalau umur panjang tahun depan korang dah lupa kita buat lagi

nobody said...

aduhailah, nasib baek dah bley bace balik ")

tadi tengah hari sadis jugak
nape tetibe tak bley bace nih?
isk isk
ntah nak wat guano
ingat lepas penat2 wat keje berat
bley la lepak sat bace blog encik

geram punye geram
refresh 2-3 kali tak dpt
last2 give up
baring sat 2-3 minute

pastu teringat
tengok kalendar

LAILAHAILLALLAH...

SABO JELAH

terkena aku ^^ :P hehe
rase nak cubit2 ... grrrrr

uculer said...

aku dulu last kene April Fool masa sekolah. slps berbelas-belas thn, aku kene lagi sekali.

darn.

efyna.pinkladies said...

demmit. haha!

Anonymous said...

jeckspeed


prank tak sadis,.. lagi tragis kalau kau umumkan kau dah nikah mendejut...

noulha said...

hahahaha aku tau. taun depan mesti kau buat lagi!

The Sharkox said...

padan muka mereka yang masih mentah dengan lawak lame ass ijaicool ini..

ok, aku dah terkena tahun lepas, so memang aku dah agak ko akan buat benda ini pada tahun ini, tahun depan dan tahun2 seterusnya..

The Sharkox said...

hahahahaha (lupa nak letak hhaha)

shima said...

kekeke..kelakar la pulak.kalau blog yg ramai readers blh la wat lawak gini...

crazy_labelle said...

lol... walopon ak new reader tp ak taw ko akan private blog pada 1 apr... ape kata tahun depan disable fb sekali..

~~luvlinda~~ said...

hahaha..sengal r ko ijai...menggelupor aku semalam xdapat bukak blog ko....

clarky said...

nasib baik aku cool tak mencarut di twitter sbb aku dah tau kau punya prank kaww punya. chis!

dud said...

walaupun aku cuma silent reader ko and xpenah bagi komen, and aku xtau plak ko nk recycle lawak april fool ko tahun lepas ke tahun ini..siot gilek...

sepanjang ari aku cuba semalam sampai tepat kol 12 mlm. aku give up.mengantuk gile lalu tidur.

hari ni aku tengok, ko sudah postkan carutan manja dan umpatan sayang dari pembaca2 ko.

well done!! aku xkan lupa tarikh 1April bersamaan dengan Friday!

ciss!!

p/s: hambek ko,xpenah bg komen, sekali komen,panjang gile.

Anonymous said...

i'm ur new silent reader but xtekejut smalam coz b4 dis da pena bace ur entry bot dis ! ahha ! ! just xcaye ko wat dis joke again.. hohho ~

Asmoham said...

sialan juga aku pegi klik link blogkau kat sidebar update wlupun aku tau kau membuat jenaka satu april...

Mohamad Faizal said...

hai apa khabar semua. bagi mereka yang terkena, ayuhla kita ketawa bersama-sama tanda gembira ha ha ha.

terima kasih kerana membaca sila set reminder di dalam telefon bimbit just in case jenaka lame ini akan diulangi pada tahun hadapan. assalamualaikum

popie said...

sadis nye ijai. aku ingat najib dah block blog kau. heh

Anonymous said...

hahaha kelako sampai rasa nak bom c4 je blog ko ni...wahh glemer jugak komen aku ek...lalalalala

cikbunga said...

senget ar ko ijai...mati2 aku igt ko xnak bagi aku stalk blog ko dah sebab aku kiut sgt haha. damn it. aku terkena April Fool!

Mohamad Faizal said...

popie: haha mengapa najib mahu blok blog aku? aku tak pernah menaburkan fitnah terhadap kerajaan

anon: jaga2 komen camtu boleh membuatkan anda ditangkap di bawah akta hasutan

cikbunga: tahun depan sila berhati-hati

SagitZGirl said...

eh , april fool kn xbleh smbut . npe nk tlis cara2 pulak . .?

syafique said...

google punya april fool gempaks gaks. google motion. dh excited nk beraksi dpn webcam dah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...