Wednesday, April 13, 2011

Ciri-Ciri Pekerja Teknologi Maklumat

Hai apa khabar semua. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Ok nampak macam gempak bukan pendahuluan aku padahal kopipes daripada laman Wikipedia. Aku merupakan graduan IT dan sudah bekerja di dalam bidang IT selama 5 tahun. Sepanjang tempoh 5 tahun ini, aku telah melihat pelbagai karekteristik yang tipikal mahupun pandangan stereotype yang dilabel kepada pekerja di dalam industri IT, sama ada yang memang 'spot on', yang diezajerit, ataupun yang tidak benar langsung. Maka hari ini kita akan membincangkan tentang ciri-ciri pekerja industri teknologi maklumat, khususnya dalam department Helpdesk ataupun Technical Support. Ayuh teruskan membaca.

1) Tidak kenal erti kesesakan lalulintas

Orang yang kerja Helpdesk ataupun Technical Support ni biasanya akan bekerja di dalam syif-syif aneh kerana mereka perlu memberi sokongan IT kepada internal ataupun external customer dari luar zon waktu normal. Ada yang kena masuk kerja sebelum ayam berkokok, ada yang kena jadi zombie masuk kerja pukul 10 malam balik pukul 6 pagi. Syif aku minggu ni pun masuk pukul 5 petang balik pukul 1 pagi.

Maka dengan waktu kerja tidak normal ini, kebarangkalian untuk berhadapan dengan kesesakan lalulintas adalah amat tipis. Pergi kerja kat Bandar Utama kalau ikut Federal masuk LDP di waktu kemuncak boleh sampai 2 jam duduk dalam kereta. Tetapi bergerak di Subuh hari, tenang sahaja memecut 35 minit sudah sampai. Nak-nak pula kalau kau kerja dekat Cyberjaya macam aku sekarang ni. Huiii dahla jalan tak jem, tiada tol pula tu. 20 minit dah tiba. Lepastu kita tidak akan rasa tertekan untuk meletakkan status-status yang sama setiap hari di dalam Fesbuk seperti "BARBIEEE JEM GILEEEE" ataupun "BARBIEEE JEM GILEEEE LAGIII".

2) Tak pernah gosok baju

Kod etika pemakaian pekerja IT secara umum adalah 'Smart Casual'. Maka kalau anda nampak orang pakai T-shirt dengan seluar jeans macam nak pergi Mines Wonderland tu maknanya mereka bekerja dalam department IT anda. Yelah mana ada orang nak gosok seluar jeans kan. Merujuk kepada jejaka IT metroseksual dan bukan yang pure nerd khususnya, mereka selalunya cuba untuk menjadi 'up to date' dengan perkembangan fesyen terkini mahupun gosip-gosip artis tempatan mahupun artis barat. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Rambut nak tegak ke atas saja. Jaket kulit jangan lupa kan sejuk dalam pejabat tu.

Kalau orang perempuan pula tak mainlah pergi kerja pakai baju kurung. Tshirt mesti ketat dan kalau pakai skirt tu macam orang lelaki pakai boxer ketat. Rasa nak slap je kan? Di muka bukan di dada ok.

3) Geek (tetapi tidak semestinya Gleek)

Dah nama pun pekerja IT kan usah terjengkel lah kalau orang label anda geek ataupun nerd. Lagipun mana ada orang buta IT dipanggil nerd, mereka digelar 'User'. Eheh. Geek disini boleh merujuk kepada beberapa kategori. Contohnya kategori gamers; datang kerja pakai Tshirt Black Ops lepastu hari-hari hantar invite ajak main Deathmatch guna LAN di pejabat. Tak pun sekadar casual gamers bercucuk tanam secara maya. Kategori gadget freak; apa je gajet baru keluar semua dia tahu dan semua dia nak beli. Kalau smart phone tuh memang semua OS dia nak pakai. Itu tak masuk dia punya music player, tablet, GPS, breast pump dan macam-macam lagilah. Oh Napoleon Dynamite tak kerja di bahagian IT tapi dia merupakan ikon geek yang paling kool bukan?


4) Kehidupan sosial yang tidak sihat

Kehidupan sosial yang tidak sihat ini bukanlah bermaksud mereka mengamalkan pergaulan bebas sesama jantina, tetapi kurang interaksi sosial di luar laman web sosial. Ya benar, mereka ada ramai kawan di Fesbuk dan Twitter, tetapi di dunia realiti mereka kesunyian tanpa teman. Yelah orang balik kerja kita baru nak pergi kerja. Orang weekend pergi dating di Alamanda kita weekend kena jaga server. Bila nak jumpa untuk sesi minum teh sambil berboys talk ataupun bergirls talk pun tak tahu. Orang bergambar di kenduri kahwin, kita hanya boleh 'Like' sahaja gambar mereka di Fesbuk. Orang pergi main bola malam-malam, kita hanya boleh set team untuk Fantasy Football kita. Eheh nasib baik aku weekend tak kerja hihi.

5) Memiliki keperibadian yang terpuji

Satu karakteristik yang paling utama yang mesti dimiliki oleh setiap pekerja teknologi maklumat adalah KESABARAN yang tinggi. Kesabaran ini amatlah diperlukan dalam menghadapi kerenah 'user' tak kiralah melalui medium telefon, emel, IM, remote desktop, mahupun face to face ketika on site support. Kadang-kadang anda rasa yang user ini adalah user yang paling bangang sekali di dalam dunia tetapi masih nak berlagak pandai, namun begitu anda tidak menunjukkan tahan kejengkelan anda itu, sebaliknya menenangkan diri dengan menunjukkan tahap professionalism yang tinggi menerangkan kekeliruan user ini dengan tanpa menggunakan jargon yang sukar. Ingat, mereka bukan marah dengan anda, mereka cuma marah dengan situasi di mana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Well kalau nak buka cerita pasal perangai user ni boleh buat satu entri baru ni.

6) Berkemungkinan diserang pelbagai penyakit

Jika anda bekerja selama 8 jam sehari, 7 jam daripadanya akan dihabiskan di hadapan skrin komputer. Apabila bekerja dalam tempoh yang lama di hadapan komputer, pekerja HR anda pasti telah membuat satu seminar tentang Ergonomics. Lagipun duduk depan komputer ni mesti asyik nak mengunyah je. Biskut, coklat serta air tongkat ali untuk taknak kasi mengantuk semuanya boleh menambah risiko diserang diabetes. Kalau pejabat banyak nyamuk kena denggi pulak. Lepastu kalau asyik duduk toron pekerja lain boleh kena HIV juga. Lepas tu kalau kerja malam manalah ada kedai yang buka selain mapley. Itu yang kita asyik order McD tu. Mmm makan BigMac perut kita pun jadi berlipat macam burger juga. Lepas tu mana ada masa nak senaman maka akan terdedahlah kepada kadar kolestrol yang tinggi serta penyakit kardiovaskular akan mula menyerang. Anda boleh klik dan besarkan rajah di bawah bagi membantu anda melakukan senaman ringan di tempat kerja.


Apa lagi ciri-ciri yang anda boleh lihat? Kalau anda memang bekerja di dalam industri IT, mungkin anda boleh relate dengan apa yang ditulis serta berkongsi pengalaman anda sendiri. Kalau nak mengumpat user tak celik IT pun boleh juga.



25 comments:

afrohead said...

aku nyaris terkonfius tadi pasal rasa macam nak slap tu.

Mimie.Candy Cane said...

aku paling setuju dengan no 4..memang kena atas batang idung..


errrmm...semua point yg ko ckp pun kena atas batang idung aku..aku redhaaa kerjaya aku sebagai JAGA server

The Sharkox said...

akan cakap pasal debug debug debug debug debug....

Kap said...

slap! slap! slap!
bukan di pipi!
slap! slap! slap!
hahah.

mE™ said...

biler bercakap dengan orang lain juga akan guna term2 iT seperti validate..execute.. -_-"

..:: WiRdA ::.. said...

aku bukan pekerja IT, tp point no 6 itu adalah tepat bg aku..ngadap laptop sepanjang hari..dan BIASANYA aku akan makan dan makan dan makan tak henti2..ha ha ha..ngantuk + nk muntah tgk screen..hihi

s.u.h.a said...

yg no 3 tu aku suka.

Mohamad Faizal said...

afrohead: tak boleh slap sebarangan sexual harassment di tempat kerja

mimie: bersabarlah. bak kata datuk siti, cinta IT sayang IT guna simplySiti

sharkox: debug2 ni programmer je reti aku punya C programming dapat b- je

kap: tinggi imajinasi haha

me: haha that's true

wirda: kena buat senaman mata juga seperti melihat gambar anuar zain ke

suha: hehe gambar profail pakai cermin mata geek. high 5

clarky said...

aku tak keje IT pun ngadap pc LEBIH DARI 10 jam sehari. kalau pape kena kat aku boleh tak saman kompeni?

enuLwanie said...

ada tak yang dispute?
kalau cust service astro, hari-hari ada saja yang nak dispute.

nasib baik mereka tak renew kontrak saya.

p/s : pernah dpt interview utk helpdesk IT tp xconfident nak keje ni.

uculer said...

aku keje mmg mengadap PC sepanjang hari jadi setiap 1 jam, aku akan bangun dan berjalan-jalan. selalunya jalan-jalan pegi toilet. bukan buat apa pun, saja nak berjalan dan rehatkan mata. penat kot.

kamon dude. its intellectual badass instead of geek. kan itu bunyinya jauh lebih cool?

Anonymous said...

Dulu mase aku keje as helpdesk, masa tu lah aku menghidap Buasir Plus dpt polip skali..adduhh sakit giler.
Ni semua sbb duduk 8 jam tanpa berdiri & tanpa senaman.

so, sape2 keje yg kene duduk lame ni, rajin2 lah berdiri dan bersenam setiap 1 jam. nanti x pasal2 sakit mcm aku dulu.

-Alia-

cikbunga said...

oergh terbaek ar intro...budak IT memang terer bab kopi mengopi ni hehe




p/s:aku pun budak IT dulu tp dah resign hehe

crazy_labelle said...

lg satu, kehebatan menaip menggunakan sebelah tgn je...

bakal menjadi pekerja IT tidak lame lg...

si cebbie cholet said...

hahaha....aku baru jerk buat entry " ingat gaji banyak nih best ke"...hahahhaa...tuh pengalaman aku sebagai desktop support lah...


lagik malang..tak pernah dapat shift siang...part ko nih betol lah...tang part ketat ketat baju pompuan...kat department aku tader plak..semua stok " sarong jerk..janji tutup semua" malas kata kan..hahaha

Anonymous said...

oho! bnar apa kau kata, pekerja IT sempoi tapi semput. adoii. bab baju tu mmg btol! aku salah sorg yang patut d tampar. tp aku pakai shawl nk cover. cuma bila kerja d Cyber ni, cuaca dia. masyaAllah. blom masuk neraka dah kena orientation. *nauzubillah.

lagipun keje shift, syok weh. tukar angin. kdg2 malam,kdg2 pagi. ehek. layan je. aku kalau dah tak larat sangat nak ngadap laptop, g naik gym. tak pun main foosball! yeah! takpun wii. ni yg sedap kalau keje company orang-orang john ni.

-Abil

Anonymous said...

meh aku tambah pasal kesabaran. bila berdepan dgn orang-orang itu. masa on call,dia komplen2, mute kan telefon, maki-maki kejap, sambung balik cakap ngn USER td dgn suara yg lembut.

-Abil

Anonymous said...

sy bkl graduan IT...hohoho..tkut nak hdapi alam keje nt...tp pepom njoy r berada lam dunia IT..sume kite nak tau terutama sal teknologi terbaru..i love to be science computer student n 1day will be part of the IT department..

-yin-

O Ena O said...

aku x keje bidang IT tp koje aku ngadap pc 8jam sehari..kdg2 lebihhh..huhu..mmg stok mknan or coklat or aper je yg leh di mkn mmg ade kt meje aku..akibatnyer aku makin obes berbanding mase aku keje pizza hut..keje pizzaahut ironinyer aku makin susut n susut..mgkin keje 8jam ngadap komputer membuatkan aku menternak lemak sajok...huhuhu

DingDong said...

ooo yes.. penah berkerja sbg cust.srvc dia TM, VADS n SINGNET(co.tenet utk singapore) maka semasa aku bekerja utk org2 Malaysia ni.. mmg aku masih boleh tahan kesabaran aku ni.. since malaysian ni masih ada tolenrasi dia lagi.. tp bekerja dgn salah 1 co. tenet yg beso kat spore.. nauzubillah.. perangai derang ni.. seskit nk rebet.. psl gempa bumi aceh n line tenet teruk.. nk mtk rebet.. kalu nk cerita smp sudah xabis.. senang citer aku siap termimpi2 ngeri lagi customer tepon maki hamun smbl meroyan menjerit2 cam org mati suami / anak.. tobattt xmo da kije cust. srv ni..

envime said...

buatlah entry perangai user lak pasni ;)

Mohamad Faizal said...

clarky: kena cek balik kontrak yang disain dulu tengok boleh saman ke tak

enulwanie: alah tiada kerja yang senang dan tidak stress. pemain bolasepak professional pun stress dengan kehendak peminat fanatik. kerja IT mula2 je susah tapi kita akan cepat belajar setelah didedahkan dengan pelbagai masalah untuk diselesaikan setiap hari

uculer: haha aku tak kisah je orang panggil aku geek apatah lagi intellectual badass

alia: hahahahahahaha buasir

cik bunga: CTRL C + CTRL V. tapi kredit usah dilupa

labelle: jangan lupa lirik cinta IT sayang IT datuk SITI

cebbie: semakin tinggi gaji kita, semakin stresslah pekerjaan kita

abil: maki je dalam bahasa melayu mereka tak faham dan tak reti guna google translate. dan tak reti guna google.

yin: semoga berjaya. sumpah belajar IT ni senang kalau kita tak ponteng kelas

ena: tu ah berat badan aku dah naik jadi 75 masa puasa haritu 68 cis

dingdong: haha sampai termimpi2 tu aku pun pernah. dok fikir kenapa diorang tak boleh nak activate Windows sampai terbawa2 ke kamar tidur

envime: satu hari nanti mungkin

Anonymous said...

yin: semoga berjaya. sumpah belajar IT ni senang kalau kita tak ponteng kelas

hahaha. gila betol. jgn miss labs k? maha penting.

-abil

haziQah said...

ahha aku terasa..pdahal bru praktikal je kot..
aku pkai je bju kurung sbb boleh duduk dgn slesa

Shafawi Hamzah said...

Kerja dalam bidang IT mmg cool. Tapi kalau dapat company like a hell tu yg buat spoil tu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...