Friday, April 29, 2011

Ciri-Ciri Seorang Stalker di Facebook


Ahh Facebook. Semua orang ada akaun Facebook. Tak kiralah adik anda yang masih bersekolah rendah mahupun ibu anda yang mengamalkan gaya hidup yang moden. Oleh kerana semua orang ada akaun Facebook, maka mudahlah kita untuk berkomunikasi, bertukar-tukar pendapat ataupun bercucuk tanam tanpa perlu keluar dari rumah. Namun begitu, Facebook juga dapat mengeluarkan sifat ingin tahu yang tertanam di dalam diri anda, dan sifat ingin tahu itu akan berubah menjadi satu obsession. Bila anda sudah obses, maka anda serta merta akan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dengan menjadi sorang stalker di Facebook. Apakah ciri-ciri seorang stalker Facebook? Ayuh teruskan membaca.

1) Anda merupakan pengomen yang pertama dalam SETIAP status yang dipaparkan. Tak kiralah status yang dipos itu merupakan status PMS maki hamun dalam caps lock, status komposer letak lirik lagu Maher Zain, mahupun status AC Mizal yang memberi kata-kata hikmat. Ada sahaja benda yang anda nak komen walaupun langsung tidak relevan dengan hidup anda.

2) Anda menghabiskan masa yang lama memerhatikan gambar gadis-gadis mahupun jejaka di Fesbuk walaupun mereka sekadar kawan kepada kawan anda yang apabila berjumpa akan sekadar cakap hi saja dengan anda. Tetapi anda tanpa segan silu menekan butang 'Like' walaupun itu gambar isteri orang yang sedang bergaya dengan Madela Breast Pump yang baru dibeli. Tak awkward ke begitu? Dalam kes-kes yang ekstrim, anda juga telah 'right click' dan 'save image as' gambar gadis-gadis membuat muncung Megan Fox yang bergaya dengan shawl yang baru diborong daripada Arzu.

3) Anda sentiasa memerhatikan status 'relationship' seseorang. Contohnya bekas teman wanita anda. Setelah berpisah, jika anda masih belum diunfriend oleh ex anda, anda akan sentiasa memerhatian status perhubungan bekas teman wanita anda di Fesbuk. Naluri seorang lelaki yang diremukkan hatinya adalah, mereka tidak mahu ex mereka bahagia tak kira dengan siapa. Maka melihat kegagalan sesuatu perhubungan adalah merupakan satu perkara yang menyeronokkan buat anda.

4) Anda dapat mengenalpasti pattern penggunaan Fesbuk seseorang itu dengan jayanya. Contohnya, anda tahu gadis yang anda perhatikan itu hanya akan aktif berfesbuk pada pukul 9-5 petang kerana dia bekerja di Putrajaya dengan Kerajaan. Maka bila mangsa anda online, anda telahpun bersedia untuk memulakan aktiviti stalking anda.

5) Anda berpura-pura tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan gadis/jejaka yang diperhatikan itu walaupun anda telah membaca setiap status yang dipaparkan. Bukan setakat itu, perbualan 'wall to wall' pun anda baca. Lepas tu bila jumpa secara realiti anda pura-pura tanya "Hey you buat apa malam tadi?" walaupun anda telah melihat gambar mereka menghadiri parti liar harijadi yang mereka tak jemput anda tu.

6) Setelah mengkaji status yang dipaparkan, anda mula merancang untuk bertemu dengan mangsa secara 'tak sengaja'. Contohnya, katalah anda sedang stalk Faizal Rosly di Fesbuk, lepas tu status Faizal Rosly cakap nak pergi solat Maghrib di surau Al-Kauthar. Anda yang tinggal kat Seremban pun bersiap-siap pakai baju Melayu lengkap untuk solat Maghrib di Bangi. Sama juga orang lelaki kalau stalk perempuan. Pergi jogging di tempat yang sama, pergi membeli-belah di Sogo walaupun di Sogo ramai jurujual arbok....lepas tu bila jumpa buat-buat terkejut. Pesanan untuk wanita, jika anda terserempak dengan orang yang sama lebih daripada 3 kali di tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda sedang distalk.

7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Mereka juga ingin tahu siapa yang stalk mereka. Itu yang diorang pantang kalau diberi peluang untuk melihat 'Who viewed your profile'. Who viewed your profile ni wujud dalam Friendster sahaja. Usah semakkan notification kami dengan invitation sedemikian rupa. Aku nak pergi majlis kenduri kawan-kawan dan aku tak mahu datang majlis 'Who Viewed Your Profile' kalian, melainkan korang ada hidangkan nasi minyak.

8) Anda ada 78 orang mutual friends dengan orang yang anda sedang perhatikan. Mestilah. Kita ingin tahu interaksi orang yang diperhatikan dengan orang lain juga bukan?

9) Ini adalah sifat stalker yang sejati. Kalau anda tak dapat view page bekas teman lelaki / wanita anda, anda akan cipta satu akaun palsu dengan identiti palsu untuk menambah ex anda sebagai rakan agar anda masih dapat lihat bagaimanakah kehidupan ex anda. Anda memang tak mahu dia gembira bukan?

10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Fesbuk, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Facebook? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. Jika anda jawab ya, dah agak dah!



32 comments:

envime said...

saya stalker ijaicool yg sejati...xde kena mengena pon still nak komen kat blog ni :P

cik aletheea : said...

hahahahha
giler kentang...
berapa ramai pesbuk ko sudah stalker utk ujudkan entry nie en ijooi? hahahaha

The Sharkox said...

kat twitter boleh jadi stalker tak?

Azwan Azmi said...

haha..mesti dr pengalaman sendiri ni

Rahim Hashim said...

aku tak pernah buat keje keje macam ni!

Mimie.Candy Cane said...

aku tak klik pun entry ni,tibe2 je kuar kotak komen ni..entry ni citer psal ape ijai?

crazy_labelle said...

haha... i do stalk people through fb sometimes... nak2 kalo jejaka hot yg baru melintas petang td... tp of cos la dgn dummy acc... nak mampos gune id sebenar... nmpak sgt desperatenye... haha...

efyna.pinkladies said...

bangga menjadi stalker sejati. :P

hayra said...

aku ada akaun tipu . kahkahkah XD . mmg aku kaki stalk pon . hobi , nk buat cmana enn . hahahaha

Aslina said...

aku dapat tau pasal artikel ni dari reading list aku...

maka aku bukan stalker kan??

aku suka ayat paling last no.6 tu. memang betul bukan jodoh tu... tandenye kene stalk. hahah... sebab rajin check-in sana-sini. hahahah...

aku bukak fb setakat tengok wall... kalo ada sapa2 post status best2, aku like... gamba best2 aku like... pastu komen kalo rajin... selebihnya aku buat spam kat wall orang posting nak benda macam2 dari cityville.

Nazirul said...

aku ni selalu stalker kau.

nak tegur,aku ni pemalu.

kah kah kah

Mohamad Faizal said...

envime: err terima kasih kerana menyetalk??

cik aletheea: biasalah hanya stalker yang mengenali stalker yang lain haha

sharkox: bolehhhhhhh. lepas tu kena report as spam terus kalau kantol

azwan: err pengalaman distalk?

rahim: stalker memang sentiasa menafikan dirinya stalker

mimie: mmm boleh cuba lagi mimie haha

labelle: apa nama akaun keji anda nak stalk juga

efyna: berhati2 nanti kena restraining order

hayra: ish ish ish tulah kalau nampak orang muka tak kenal kita biarkan sahaja request pending

aslina: ok ok anda bukan stalker......

nazirul: tak apa laki kalau tegur manja lelaki lain boleh salah faham nanti haha

Anonymous said...

Satu lagi Ijai.

Setiap kali kita klik Top News di News Feed, berita fasal seseorang itu kerap muncul di bahagian atas.

-Ilah

Anonymous said...

hahahhah, entry paling best. hahahha, no 3 n 9 pnh kena kat ak. waaa, xguna ex ak. :(, dah la guna akaun palsu sebar fitnah pasal ak. nsb bek dah block. so, x ksh dah. heheheeh

Asmoham said...

biasa la fb mmg alat stalk di alaf baru.. xyah kluar jauh2..

anyway en ijai,

camne nak buat link within(anda juga mungkin meminati) dlm entry je..

hari tu aku ada ejas pegi letak readmore pastu aku buang link within.. tp xjadi la..

afrohead said...

kesimpulannya.. facebook tak best. twitter jugak best. haha

uculer said...

ouch! terasalah point no 3. tapi aku buat dgn kawan aku. lps tu kami menjoyah.

cikbunga said...

aku stalker formspring sejati hehe...

Anoneemus™ said...

Saya tak payah stalk, mmg masih fren walaupun di luar alam maya dgn ex saya.

Cuma,sy sedih awek baru dia tak sehot saya. Saya harap gadis itu pandai memasak.

♀ Perempuan Manis said...

sy mmg akan jd stalker secara part time..ngeeee..^_^ tp utk org2 tertentu jer lah..hahaha

Kap said...

wah..
pengalaman sendiri nampak :)

Anonymous said...

entry yg heyypennings as usual ;)

surely sy bukan stalker sejati...ameennn hahha

wath said...

hahaha. dulu aku wat la. sekarang da tak wat da. aku da bahagia. kehkehkeh

Mohamad Faizal said...

ilah: oh begitukah konsep top news

anon: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

asmoham: eh kat site linkwithin kan ada ajar? aku kopipes kod dia di tempat yang disuruh sahaja

afrohead: still, jika mahu stalk gambar dada pergi ke fesbuk juga haha

uculer: haha ini kes berebut dengan kawan ke apa ni

cikbunga: ahah tanya pakai anon kan

anoneemus: bagus anda ni keyakinan tinggi itu yang kami inginkan

perempuan manis: stalker part time masih lagi stalker haha

kap: sikit-sikit je tak semua pengalaman sendiri hihi

anon: stalker sejati memang akan cakap camtu

wath: sekarang anda pula distalk

Anonymous said...

jawapan aku..TAK..maksudnyer...hahhah

- tapi untuk perkara ke 4) mungkin ade yang tak betul...kebanyakan agensi kerajaan dah block facebook kat opis...sebab tak nak kasi penjawat2 awam melayari facebook time opis...ini adalah sejajar dengan tema Hari pekerja :"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"...chewwah..

-serial stalker 4eva-

akuNAJWA said...

yey, sesungguhnya saye memang bukan stalker :P

ferra ferro said...

alamakk . bkan stalk la . saje2 je nak tengok .. errr
>,<

Amin said...

stalker utk dpt ilham hahahha

Syakilaa said...

yg nom 10 tu mmg bt akku trasa beb,heheh

Anonymous said...

After looκіng at a handful οf thе аrticles on youг blog, I truly appreciate your way of writіng
a blog. І аԁԁed it to my bοοkmarκ wеbsite list аnd
will be chеcking bacκ soon. Please checκ out my ωеb ѕite as ωell and let me knoω youг οрinіon.


my ѕite ... fast payday loans

Anonymous said...

I lіke it whеn ρeople come tοgether and ѕhaгe iԁeas.

Greаt site, κeep it up!

Feel frеe to visit my ωeblog; best payday loans
my web site - best payday loans

Anonymous said...

Mmg sy stalker.tp die lg stalker jht.wlaupun dia da unfriend sy..wt private.sy xleh tgk die.die boleh tgk profile n post sy.xadilkan..sy boleh tau die stalker sbb sy search name huruf tekan a je.. name turun naek antara friendlist sy yg laen.. eeiii..bengangnyee!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...