Friday, April 8, 2011

March Movies!

Hai apa khabar semua? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Mari Menonton Filem Bersama Abang Jai. Seperti biasa, kita akan membuat ulasan tidak professional filem-filem terbaru di pawagam. Taklah baru sangat sebenarnya. Filem yang akan diulas sudah ditayangkan lebih kurang sebulan maka saya tidak akan rasa bersalah sangat kalau dedahkan spoiler kerana kalian sepatutnya sudah menonton filem-filem tersebut. Oleh kerana pada bulan lepas PC saya rosak, maka aktiviti menonton filem menjadi lebih banyak daripada biasa, dengan 7 filem yang ditonton di pawagam. Hobi, bukan tiada kehidupan ok. Ayuh kita ikuti ulasan filem yang ditonton pada bulan Mac.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Hikayat Merong Mahawangsa

Ulasan: Jika anda pergi ke mana-mana laman blog berbahasa Melayu, anda pasti dapat membaca ulasan Hikayat Merong Mahawangsa, dan kebanyakannya adalah ulasan yang positif. Oleh kerana ramai yang sudah membuat ulasan, maka tak perlulah kita ulas filem ini kerana anda tahu sebagai peminat KRU, pasti ulasan berat sebelah akan diberikan tanpa menghiraukan lakonan super kaku di saat tentera Garuda terkena serangan UV.

Biased ratings: $$$$$. I'd watch it over and over again to catch a glimpse of the princess boobies.

World Invasion: Battle Los Angeles

Ulasan: Bumi kita yang aman damai tiba-tiba dikejutkan dengan kejatuhan meteor dari angkasa. Di dalam meteor itu rupa-rupanya ada makhluk durjana yang ingin membuat onar kepada bumi milik kita ini. Staf Sarjan Nantz yang baru ingat nak pergi melancong dengan duit pencennya dipanggil untuk kembali bertugas mengetuai skuad yang ada Ne-Yo The Gentleman. Mereka ditugaskan untuk menyelamatkan orang awam yang masih terperangkap di sebuah balai polis sebelum tentera udara datang mengebom pendatang asing laknatullah itu. Setelah orang awam diselamatkan, mereka menunggu serangan udara yang dijanjikan tapi tak datang-datang. Rupa-rupanya markas tentera pun dah kena tapau. Celaka kau alien.


Filem ini diberi ratings yang rendah oleh pengkritik filem professional, tetapi bagi orang awam macam aku ni aku rasa filem ini menghiburkan. Takdelah bangang macam Skyline tuh. Ada elemen cintakan tanah air, dan membuatkan kau rasa nak masuk PLKN. Part sedih dia pun sedih juga aku nak menangis tapi kenala tunjuk macho depan gadis kan.

Ratings: $$$

Rango

Ulasan: Rango adalah seorang kameleon yang dipelihara di dalam akuarium yang gemar berlakon di mana skil lakonannya adalah jauh lebih hebat daripada Rashid Sidek, cuma dia kesunyian seorang diri tanpa teman di sisi. Setelah terdampar di padang pasir, Rango bertemu dengan Beans, seekor iguana yang mengesyaki ada konspirasi kerajaan untuk menyembunyikan air daripada rakyat. Rango dibawa ke bandar dan disitu dia cuba menyesuaikan diri dengan membuat adlib berlakon secara spontan dengan membesar-besarkan cerita kegagahannya sehingga dia dilantik menjadi Syerif. Sebagai seorang Syerif dia terpaksa menyiasat adakah sextape itu tulen eh di manakah hilangnya air bandar itu, di samping mendapat tentangan daripada Mayor yang korup, dan ahli gusti Jake 'The Snake' Roberts.

Haha korang dah tengok tak cerita ini? Ada satu part tu yang masa Rango ajak "Let's take a ride!" memang buat aku ketawa tak henti-henti. Namun begitu aku tidak rasa Rango ni filem kanak-kanak semata-mata kerana tidak banyak jenaka slapstik sebaliknya jenaka remaja meningkat dewasa.

Ratings: $$$ 1/2

Big Momma's House: Like Father, Like Son


Ulasan: Pegawai FBI Malcolm terpaksa kembali menyamar menjadi Big Momma apabila anak tirinya Trent Reznor telah menjadi saksi kepada sebuah kes pembunuhan. Mereka pergi menyamar di sebuah sekolah Seni untuk mendapatkan bukti bagi menghumban watak jahat dalam filem itu ke penjara. Trent yang bercita-cita menjadi rapper macam Zizan turut menyamar menjadi awek plus sized bergaul dengan gadis-gadis lain. Takyah ulas panjang-panjanglah cerita ini.

Aku tak tahu mengapa aku pergi menonton cerita ini di pawagam. Takde apa yang beza pun dengan cerita Big Momma sebelumnya. Banyak menggunakan jenaka-jenaka orang berbadan besar yang lebih kurang serupa dan tidak kelakar. Kelakar lagi Amir yang tak kelakar dalam Maharaja Lawak.

Ratings: $$

The Adjustment Bureau

Ulasan: David Norris telah tewas dalam pilihanraya kecil kampungnya. Kecewa, dia pun pergilah berak namun begitu beliau terserempak dengan gadis misteri yang buat apa entah dalam tandas orang lelaki. Tipu gila bual bual sikit dah boleh make out. Pertemuan dengan gadis itu memberi impak yang besar dalam hidupnya, sehinggakan dia berjaya membuat ucapan yang menjadikannya calon utama untuk memenangi pilihanraya akan datang. Tanpa disedari, pertemuannya dengan gadis itu sebenarnya sudah dirancang oleh satu organisasi. David tidak sepatutnya berjumpa dengan gadis itu lagi tetapi di atas takdir pengarah dan kecuaian pekerja organisasi Adjustment Bureau itu, David telah terserempak lagi dengan gadis itu menjadikan pelan hidup yang telah ditetapkan terhadap dirinya huru-hara. Pihak Adjustment Bureau berusaha sedaya upaya untuk memisahkan mereka namun David tidak pernah berputus asa terhadap cintanya.

Ini merupakan filem sains fiksyen yang sweet dan romantik. Aku suka dengan filem ini di mana kita boleh lihat kemistri Matt Damon dengan Emily Blunt yang ayu itu. Filem ini mengajar kita agar kita berusaha mendapatkan apa yang kita mahu tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Kitalah yang menentukan halu tuju hidup kita sendiri. Kalau korang tengok cerita Fringe, orang Adjustment Bureau ni kira macam The Observerlah.

Ratings: $$$$

Beastly

Ulasan: Filem ini mengisahkn tentang Kyle, seorang jejaka yang takbur dan mengamalkan konsep Yang Penting Rupa secara ekstrim, di mana orang yang hodoh, gemuk ataupun lain sikit je akan dikeji. Di atas sifatnya yang buruk itulah menyebabkan dia disumpah menjadi hodoh lebih hodoh daripada Pak Kesum. Dia hanya ada masa setahun untuk membuat orang jatuh cinta kepadanya kalau tak dia akan menjadi hodoh buat selama-lamanya.


Filem ini adalah umpama filem Beauty and the Beast versi moden. Melihat kameo Neil Patrick Harris secara tidak langsung anda akan membuat perbandingan dengan karekter popularnya Barney. Pengajaran yang kita boleh dapat dalam filem ini adalah, Rupa Tak Penting, Yang Penting Hati. Eh.

Ratings: $$ 1/s

Sucker Punch

Ulasan: Babydoll dimasukkan ke dalam institusi mental setelah kematian ibunya dan dipersalahkan di atas kematian adiknya. Bapa tirinya cuba melenyapkan ingatan Babydoll dengan merasuah penjaga rumah orang gila itu agar melaksanakan teknik memaku otak bagi menghilangkan kewarasannya. Babydoll ada masa 5 hari untuk melepaskan diri. Kita dibawa ke alam fantasi di mana Babydoll dan penginap-penginap lain berada di rumah pelacuran di mana mereka harus membuat tarian ghairah serta memuaskan nafsu serakah pelanggan. Semasa membuat tarian erotik, Babydoll akan berimajinasi sekali lagi di mana dia menjadi heroin seksi memenggal askar Jerman, robot dan naga, sambil merancang untuk melarikan diri bersama gadis-gadis lain seperi Amber, Blondie, Rocket dan Sweet Pea.

Secara jujurnya, aku meletakkan expectation yang tinggi terhadap filem ini setelah melihat trailernya yang awesome. CGI memang tiptop, soundtrack memang kena dengan aksi, namun begitu, jalan ceritanya tidak segah mana, I think. Anda mood Inception di sini di mana mereka mengamalkan konsep 'imajinasi di dalam imajinasi'. Secara jujurnya juga, aku lebih berminat untuk melihat sejauh manakah kehebatan tarian erotik Babydoll daripada imajinasi menikam robot beliau.

Ratings: $$ 1/2

Sekian sahaja ulasan filem untuk bulan Mac. Movie of the month bagi aku adalah The Adjustment Bureau, Merong tak kira sebab aku memang fanatik KRU. Korang suka filem apa? Jumpa lagi pada bulan hadapan dengan ulasan eksklusif Anu Dalam Botol. Ok tak, tipu.



10 comments:

enuLwanie said...

oh, bagi aku big momma's house best.
sekarang aku ragu-ragu, best ke tak filem tu?

Mimie.Candy Cane said...

hikayat merong mahawangsa = tak berkesempatan lagi nak tengok

world invasion= pun sama...

ranggo~ mula download soundtrack sebaik sahaja balik tengok movie ni..sukeee..

big momma~ you're right..just like previous big momma...

the adjusment bureau = menggigil nak pergi tengok tapi rasanya end up dengan dvd sahaja..

beastly = tak tengok..

sucker punch~ filem ni out tanpa lagu yg best ..and still wondering macam mana tarian babydoll...takat goyang bahu sikit,goyang pinggul sikit..pejam mata.... aku pun leh wat kot

sekian

Mohamad Faizal said...

enulwanie: tidak best. memang tidak best.

mimie: ohh tolong mimie kau akan membuatkan orang2 cuba membayangkan kau membuat joget babydoll.....TIDAKKKK!!!!

crazy_labelle said...

sume xtgk lagi...
dem u fyp yg menyekat ak nikmati zaman remaja yg normal...

Nazirul said...

ayat kau yang paling best

"I'd watch it over and over again to catch a glimpse of the princess boobies."

HAha

Clarky Afif said...

#1: jom buat parody Serong Setiawangsa, the Meleis Chronocles.

#3: Rango tak kira sb aku minat Johnny Depp.

#6: padan muka lu Kyle! kalau lu depan gua harus gua tambah satu lagi parut muka lu HAHAHAHA!

Mohamad Faizal said...

labelle: alah fyp buatlah wikdes wiken pergi bergembira

nazirul: lagi menarik daripada pita video lucah politisyen bukan haha

clarky: takpe yang penting kyle dah dapat pengajarannya heh

Kunal said...

Sup biatch =)

Long time no see.

anyway, you should add Source Code to your list. It was pretty good. Sort of a mindf*ck really.

Where's the post about all the new tv shows recently? Have you started watching any? Chaos, The Killing, Camelot, Breaking In, The Borgias, etc

0x80070490

Mohamad Faizal said...

sup white nigga.

watched source code yesterday. it was brilliant. best movie so far in 2011.

0x80070490? just do in place upgrade. come on give me a harder error code

Kunal said...

hahah just trying to keep you on your toes.

Russell Peters on Source code was pretty surprising heh.

What tv shows are you watching now?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...