Friday, April 22, 2011

Peristiwa Hari Khamis

Hai apa khabar semua? Bagaimana konsert Justin Bieber semalam seronok tak? Pasti yang pergi naik ghairah sehingga keluar air mazi bukan? Mesti ramai yang bercuti hari ini akibat hilang suara dan hilang keperawanan setelah pergi ke konsert Justin Bieber semalam. Aku tak pasti mengapa ada orang ingat aku betul-betul pergi konsert Justin Bieber aku kan gemar membuat entri parodi. Anyway, hari ini merupakan hari Good Friday dan aku mengharapkan tiada kerja di pejabat. Semalam hari Khamis merupakan hari yang menggembirakan. Well bukan kerana konsert JB of course, tetapi ada peristiwa menarik yang berlaku. Ayuh teruskan membaca.

Semalam ada team lunch dekat Cyberview Lodge so aku pun bangunlah awal pagi untuk memastikan aku berjaya makan free di hotel. Makan makanan hotel tanpa mengeluarkan mani (sengaja typo) siapa taknak beb. Setelah pakai blusher maskara semua aku pun bacalah doa menaiki kenderaan. Tetapi melihat meter minyak kenderaan aku tu, nampaknya aku harus pergi mengisi minyak di Petronas berhampiran rumah aku dahulu. Sampai kat Petronas banyak pula kenderaan so aku pun beraturla.

Kemudian aku terpandang seorang makcik ni. Berdasarkan teknik racial profiling aku, nampak macam dia orang Melayu sebab pakai tudung. Eh. Umur dalam awal 40an. Mungkin seorang jururawat sebab pakai kostum jururawat. Tak tahulah itu mungkin kostum nak role play bersama suami malam Jumaat nanti. Dia bawa kereta Persona warna Maroon mungkin. Dia berada di pam minyak nombor 1, aku nombor 3. Huii gila terperinci maklumat yang aku beri ni. Aku lihat makcik ni tenang sahaja masuk dalam kereta selepas mengisi minyak. Start enjin, terus jalan. TERUS JALAN TANPA MENYEDARI YANG PAM MINYAK MASIH TERSANGKUT DI KERETANYA.

OH EM JI. KRUNGG KRANKK KRUNGGG. Dengan bergaya sekali makcik itu mengangkut nozzle minyak itu bersama keretanya. Memang dah tercabut daripada kotak tempat isi minyak tu maaflah tak tahu apa istilah sebenar. Selepas beberapa puluh meter baru makcik itu sedar dan memberhentikan keretanya. Daripada riak mukanya aku macam dapat lihat dia miming "What happened?" tapi muka buat macam tidak mengerti apa yang berlaku. Lepas tu membuat aksi menekup tangan di mulut sambil mundar mandir tak tahu nak buat apa. Cemas mungkin. Lepas tu dia tersipu-sipu panggil pengurus pam minyak. Aku tengok brader Petronas tu muka hangin je angkat nozzle yang telah dibawa lari tu. Tanpa banyak soal (mungkin dah minta maaf) makcik itu pun 'melarikan' diri daripada tempat kejadian.

Aku yang duduk dalam kereta ni rasa nak hantuk kepada kat stereng melihat apa yang berlaku. Seriously, perkara sebegini aku ingat boleh ditonton di Youtube di laman Failblog je, tapi tak sangka terjadi di hadapan mata aku pula. Ini yang membuatkan aku suka menstereotypekan gaya pemanduan gadis-gadis ni. Kalaulah aku sempat merakam aksi tersebut huii mesti boleh menang $10,000 dalam America's Funniest Home Videos. Tapi CCTV Petronas tu mesti rakam punya. Aku yakin abang Petronas tu tengah sumpah seranah sambil hantar rakaman CCTV itu untuk dibomohkan. Aku cuma sempat tangkap gambar nozzle yang telah terkorban itu sahaja...


Pengajarannya di sini adalah isilah minyak sampai habis sebelum pergi bermekap di dalam kereta. Jika kita mendengar nasihat guru sekolah memandu agar membetulkan cermin belakang dan cermin tepi kejadian sebegini pasti dapat dielakkan juga. Kah kah kah skarang kena kat makcik esok lusa kena kat kita haa nanti orang lain pulak tulis kat blog nak bagi pengajaran.

Kemudian aku pun pergilah membaham di Cyberview Lodge. Makan free ni memang best. Standard la buffet kat hotel makanan dia lebih kurang je, cuma apa yang lain kat sini adalah dia ada buffet sushi dengan makanan Korea kimchi annyong sayor. Team lunch ini diadakan sebab department aku perform last year, di mana aku masih tak masuk lagi. Hee hee. Selepas ucapan daripada boss besar, boleh pulak dia keluarkan ayat, "as a token of appreciation, we will give you this.......because you guys deserve it". Apa itu korang tanya?


Ada sesiapa berminat nak beli tak? Masih baru, pastilah berfungsi, ada cap jari aku sikit tapi boleh lap. Kalau beli kat kedai, retail price dia RM549. Sama je kalau korang beli kat aku dapat murah SIKIT sebab kat belakang dia dah engrave ucapan tahniah untuk department aku. Ala korang boleh kikis sendiri. Belilah aku nak tambah tabung perkahwinan aku ni. Hehe.



22 comments:

Wan Perlis said...

hahhahaha gila punya makcik
malu org ramai tgk

s a r said...

hehe

okey, diakui memang pemandu wanita selalu sedemikian rupa. ini kerana kejadian sebegitu disokong dengan kejadian yang sama pernah ku lihat.

seorang kakak dengan macho nya memandu 4by4 dan mengisi minyak. mungkin dah terlebih confident, takpun seperti kamu kata dia makeup di dalam kereta, takpun masa cikgu ajar, main makeup2 jugak. ~hehe bukan kutuk. hipotesis je :p

tapi tidak pula sehingga tercabut, hanya terpelanting ke kereta pakcik sebelah yang memandu jenis kereta yg sama. nasib baik takda sesi mandi minyak petrol di situ. sekadar simbahan petrol di kereta pakcik yang terlibat.

sekian. :)
~uih takut pulak aku kena benda yg sama. hoho.

..:: WiRdA ::.. said...

tamo komen bab macik tu..cuma nk tanya, bukankah ko keje shell..tak dpt ke minyak shell percuma? hahahah

eh ipod nano ko nk juai adakah sbb dia golongan epal?

Mohamad Faizal said...

wan: memang aku yang duduk dalam kereta pun dah rasa aib apatah lagi bahu yang memikul

sar: haha kalau tak pasti pakcik itu tak perlu mandi bunga dah mandi minyak teruih

wirda: "eh ipod nano ko nk juai adakah sbb dia golongan epal?"

YA. haha

cikbunga said...

makcik tu mmg terbaek dari ladang hehe

btw ipod nano tu kasik free bleh? ko x beli pun kan ;p

wath said...

hei ape pompuan..aku pun penah tengok ade brader hangkut nozzle tu gak. tu aku pelik. eh . kejadian sama tapi nape artisnye berbeza?

kebetulan je wei ko tengok tu makcik.kehkehkeh

eiffel said...

aku dah agak setiap kali bukak page ko. -.-"

aku pernah suruh abg aku isikan minyak manakala aku tunggu di kaunter.sbb nk isi full tank.nk amek duit balen dn kad.

lps da isi, aku pown masok dlm keta nk drive.bila aku tgk side mirror, aku tgk abg aku dah letak nozzle tp, dia xreti nk tutop tank minyk!

jd, ko rasa... apa pndpt ko klo ko nmpk???

laki yg cuai, tp disebabkan aku, perempuan,aku yg drive, kompom aku yg bkl dpt nama busuk spti biasa..perempuan! -.-"

tp, bagaimana pula klo laki yg drive????

heh!

makanbola said...

sbenanye,laki ke pempuan ke yg buat benda bodoh ni mmg bangang bangang bangang!aku pun pernah npk,tp apek tua la yg buta kerja bangang xletak nozel balik...kadang2 aku bersyukur yang aku xbangang macam drang...alhamdulillah

Nazirul said...

haha.adoi la mak cik ni.boleh pulak dia buat lawak kat stesen minyak

Kap said...

yang pasti cerita ni lebih kelakar daripada Amir.

Anonymous said...

aku rase kecik ati... sbb aku sendiri penah mengalami peristiwa ini...... *blushingg*

Anonymous said...

buat contest lah.
spe menang dpt ipod

Hazira Saupi said...

nervous pulak nak post kat sini..
anyway, aku pernah mengalami kejadian yg sama, maksud aku menyaksikan kejadian tu, bukan aku pelakunya la of course, tapi bezanya masa tu pelaku tu adalah lelaki, foreigner. Aku tak sure tapi iras muka macam Arab gituu, maklumlah bdr baru bangi memang ramai orang Arab. Kalau nak cakap perempuan je yg itu ini bab driving, tak jugak rasanya, Buktinya lelaki pun boleh lupa angkat balik nozzle letak kat tempat asal, tp dia dgn bajet hensemnya boleh terus masuk kereta, pakai spek mata hitam dan terus pecut. Aku masa tu speechless. Rasa bertuah pun ada sebab first dpt tengok kejadian yg sangat rare, live pulak tu! haha

Anonymous said...

ko silap ijai.
ini bukan gaya pemanduan gadis2.
ini adalah gaya pemanduan makcik2.
aku raa ko patut buat observation yg lebih lagi.

-jaja-

Harris H said...

ingatkan u nak jadikan Nano sebagai hantaran.
Adegan di Petronas boleh dijadikan sebuah filem, Too Fill Fast and Furious,Starring Mak Diesel and Mat Ramp It.

~~luvlinda~~ said...

dulu pas spm sementara nak g matrik aku keje kat bhpetrol kat tol sg besi...n same thing happen...tapi yg watnye negro...dok asyek sangat ngan awek melayu die yg seksi 2 sampai x prasan nozzle 2 xterangkat agy..teros blahhh....pas 2 boleh plak salah kan NISYAN,pam attendant yg tolong isi minyak die 2..

z a t i said...

nak.

z a t i said...

best juygak opis kau tahniah dpt aipod. dulu bos aku tahniah sambil salam je. dah la tak dpt ape2 dpt dosa lagi sbb kena salam bukan muhrim apetah bye.

angkasa said...

berape ringgit ko nak jual jai? kasik half price aku angkat....

DingDong said...

ya Allah apa kenalah mokcik tu.. abis rosak sudah.. btw aku insyallah xkan le jd sprt makcik tu.. tp aku sentiasa angin ngn boify aku.. bile aku ke kaunter bayar.. then dia yg tolong isikan minyak.. sure dia selalu lupa tutup ermm penutup minyak kat kater tu.. lps jln.. pastu dia sure akan ckp..."eh u.. u.. benti tepi jap.. i lupa nk tutup balik penutup minyak tu" aku plak tepuk dahi.. haahahahaha :P

Mohamad Faizal said...

cikbunga: heheh sudah ada pembeli

wath: ya ya mungkin kebetulan. tetapi kebarangkalian berlaku kat gadis lebih tinggi. hehe

eiffel: well anda berada di tempat kejadian di waktu yang tidak sepatutnya hehe

makanbola: alhamdulillah 5-0 woit tanpa caroll heheh

nazirul: tunggu rakaman cctv keluar je ni

kap: itu memang pasti. undi makcik tu masuk maharaja lawak

anon: tak apa identiti anda tak diketahui

anon: hui menang ipod saya pun mahu masuk

hazira: harus diambil gambar bagi menampakkan kesannya

jaja: eh makcik tu gadisla kita tak boleh bersifat seksis hehe

harris: tak boleh jadi hantaranla sebab dah ada engrave sikit kat belakang haha

luvlinda: wahh siap tahu nama NISYAN lagi

zati: pelukla terus at least tak bersentuhan kulit haha

angkasa: half price? benda baru ni beb tak kira sekenhen lagi

dingdong: tepuk dahi dia sekali! hihi

cik aletheea : said...

malu nak ngaku..tapi ye, saye pernah buat aksi lebih kurang mcm tue ;p
tp x de lar seteruk makcik tue..hahahah

lupe tutup balik penutup minyak tue je..pastu gie parking kat depan petronas tue. (anggaran jarak 10 org beratur) aleh2 ader sorang mamat bergaya yg parking lebih kurang 200 mtr dtg kasitau..
time kasih encik, saye hanye mampu senyum. aiya..careless betul lar.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...