Monday, April 25, 2011

Signs That He's Just Not That Into You

He's Just Not That Into You merupakan sebuah filem komedi romantik yang diadaptasikan daripada sebuah buku keyakinan diri dengan tajuk yang sama. Tetapi aku bukanlah hendak membuat review tentang filem ini, sebaliknya membincangkan tentang plot filem itu di mana gadis-gadis sering tersalah tafsir dengan kelakuan pasangan romantik mereka. Pernahkah anda gadis-gadis meminati seorang jejaka itu, tetapi anda rasa jejaka itu tidak menunjukkan reaksi yang sama terhadap anda? Di dalam hati anda, anda mungkin ingat dia jejaka itu pemalu, ataupun menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka terhadap anda? Mungkin juga.


Namun begitu anda harus fikirkan kebarangkalian yang jejaka itu sebenarnya tidak berminat sangat dengan anda. Ini tiada kaitan dengan jerawat yang baru tumbuh di muka anda ataupun sifat payu dara anda yang juling. Jangan salah sangka yang segalanya merupakan salah anda, maybe he's just not that into you. Maka hari ini saya ingin berkongsi tanda-tanda seseorang jejaka itu mungkin tidak 'into' anda berdasarkan apa yang ditonton di dalam filem komedi romantik dan berdasarkan pengalaman sekeliling. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda jauh lebih banyak memberi daripada menerima

Pepatah kuno ada mengatakan "Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima". Ini tidak bermakna yang anda mesti memberi 'kerja tangan' kepada jejaka anda. That's a sexual reference in case if you do not understand. Mungkin kita harus membuat simulasi tentang poin ini. Katalah anda keluar pergi berdating. Makan di KFC anda yang bayar, tiket wayang filem Zakar Dalam Botol anda belanja, lepas tu siap beri kad cinta gunting sendiri daripada majalah URTV sempena ulangtahun percintaan yang masuk 6 minggu lagi. Si jejaka hanya membalas dengan senyuman. Jika benar jejaka itu betul-betul meminati anda, merekalah yang sepatutnya mengeluarkan wang membeli kasut Aldo tanpa banyak bicara, membayar wang parking tanpa perlu disuruh mahupun menambah top up telefon bimbit anda secara spontan.

Memberi di sini tidak semestinya merujuk kepada yang material sahaja. Kalau asyik anda sahaja yang memberi tanda-tanda serta body language yang menunjukkan anda benar-benar meminati mereka pun rasa macam ada yang tak kena bukan? Contohnya, jika seorang lelaki itu meminati anda, mereka akan mengajak anda keluar dengan penuh kegembiraan, dan tidak sabar untuk bertemu dengan anda dalam sesi temujanji yang seterusnya. Jika anda jenis yang suka merancang, cuba berhenti merancang dan lihat apakah reaksi jejaka itu. Jika dia buat tak peduli sahaja dan tak mahu ajak anda keluar, memang sahlah mereka tidak begitu meminati anda.

2) Lebih gemar berkomunikasi tanpa menggunakan suara

Antara kebolehan yang gadis-gadis miliki tanpa perlu sebarang kelas ataupun latihan adalah kebolehan untuk membebel. Skil semulajadi ini boleh dilakukan selama 2 jam tanpa henti tanpa berasa mengah ataupun kehabisan air liur. Orang lelaki pula memang TAK SUKA dengar orang perempuan membebel, tetapi jika mereka ada minat yang mendalam terhadap anda, mereka akan at least berpura-pura untuk menunjukkan minat mendengar bebelan gadis-gadis sambil memaparkan wajah penuh minat di samping mengangguk-anggukkan kepada kata "uhuh / mmm betul tu / wow really? / that's great / i like that / you're right dengan penuh keikhlasan, tak kiralah ketika sedang berbicara secara face to face mahupun di telefon.

Maka di sini jika anda asyik berkomunikasi dengan jejaka anda tanpa menggunakan suara; sebaliknya hanya guna SMS, emel pejabat, mesej peribadi di Fesbuk, mahupun kod morse, maka anda harus sedar akan tanda yang dia sebenarnya tidak gemar untuk berkomunikasi dengan anda. Kalau SMS pun anda punyalah karang sajak cinta panjang-panjang, dia reply 'K' je. Kalau anda call dia sekalipun, asyik masuk voicemail, ataupun asyik cakap dia sibuk je sentiasa.

3) Asyik membuat perbandingan dan mengungkit kisah cinta lama

Asyik membuat perbandingan dan mengungkit kisah cinta lama ini sebenarnya tabiat orang perempuan. Jejaka yang normal tidak akan membuat perkara ini jika mereka betul-betul meminati anda dan tidak lagi bersandar kepada kenangan. Kalau diorang cakap pasal ex diorang sekalipun, itu mesti sebab anda yang paksa mereka cerita. Bila kami dah cerita anda pulak tiba-tiba PMS. Hehe. Maka kalau orang lelaki asyik mengungkit kisah lama, anda harus kembali memikirkan strategi anda. Mungkin hati jejaka anda pernah diremukkan bak kaca terhempas ke batu, sekaligus meninggalkan parut yang masih berdarah di dalam jiwa menyebabkan mereka tak dapat move on, dan anda mungkin sekadar gadis rebound mereka.

Yelah tengok syok berdating tengok cerita Scre4m, jejaka anda tiba-tiba mengalir air mata sebab Scream 1,2,3 merupakan filem kegemaran ex dia. Tengok makan mee udang dekat Food Court, dia tiba-tiba keluarkan kenyataan yang ex dia tu ada alergi kat udang. Lepas tu kalau pergi shopping dia taknak masuk kedai Dorothy Perkins dengan anda sebab itu merupakan kedai kegemaran ex dia. Apa ini?

4) Anda tidak pernah dibawa bertemu dengan rakan baik mereka

Falsampah orang lelaki; jika anda meminati seorang jejaka, anda mesti menerima rakan-rakan mereka juga, tak kiralah jika dia berwajah seperti penyanyi Radja serta memiliki keperibadian yang menjengkelkan. Bagi seorang jejaka, jika mereka sudah masuk ke dalam fasa yang selesa di dalam perhubungan, mereka akan berasa seronok untuk memaparkan gadis mereka kepada kawan-kawan. Ya, itu merupakan status kebanggaan menunjukkan mereka akhirnya berjaya mendapatkan gadis idaman. Mereka juga tidak akan berasa malu walaupun anda ada double chin mahupun perut yang berlipat-lipat boleh letak syiling. Maka jika anda masih belum lagi berjumpa dengan teman baik jejaka anda walaupun anda sendiri yang cakap anda mahu pergi berjumpa mereka, itu tandanya mereka masih belum selesa lagi dengan anda. Bukan nak kata kawan itu lagi penting, it's just that, he's just not that into you. Heh.

TETAPI, hah dah caps lock dah tetapi itu. Satu benda yang anda harus faham adalah keengganan orang lelaki untuk membawa gadis mereka melepak bersama kawan-kawan organ reproduksi yang sama bentuk di mapley. Ini bukan tanda mereka tak berminat dengan anda, sebaliknya melepak di mapley adalah keistimewaan yang tidak perlu dikongsi dengan perempuan. Yelah kami nak tengok bola, nak berboys talk perkara yang tak senonoh, nak cuci mata serta nak bincang pasal fantasy football lagi. Kami taknak anda didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak senonoh mahupun bosan menunggu kami balik pukul 2 pagi.

5) Anda tidak pernah dibawa bertemu dengan keluarga

Poin ini ada kaitan dengan poin di atas juga. Jika seseorang jejaka itu membawa anda bertemu dengan keluarga mereka, itu tandanya mereka telah bersedia untuk membawa hubungan itu kepada sesuatu yang lebih serius. Ini zaman moden bukan zaman filem P.Ramlee di mana ibu bapa yang akan mencari jodoh untuk anda. Kalau dah dating dekat dua tahun tapi anda masih tak dibawa untuk berjumpa dengan bakal ibu mertua, anda tak rasa macam dia tak mahu memberi komitmen kepada anda kah? Dalam hal ini, mungkin jejaka anda tidak mengganggap anda calon untuk hidup bersama. At least kalau kahwin kat Thailand macam Aidil Zafuan Rita Rudaini pun ok jugak. Tak pun macam Kris Dayanti baru kahwin tapi dah mengandung 4 bulan. Eh tiba-tiba pula bergosip di sini.

6) Anda hanya dijadikan tempat untuk melempiaskan nafsu syahwat

Ok poin ini hanya lebih sesuai untuk digunakan bagi mereka yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna. Jika jejaka anda hanya call jika mereka horny, berzina pun tak mahu guna posisi missionary sebab melihat wajah anda pun mereka tak sudi, maka ini bukanlah jejaka yang anda harus dampingi. Wah hebat teknik rhyme aku ini.

Berdasarkan panduan-panduan di atas, anda kini boleh mengkaji prospek jangka masa panjang perhubungan anda bersama jejaka anda, agar anda tidak tersalah tafsir mahupun overthink things dengan tindakan orang lelaki. Benarkah dia betul-betul meminati anda? Jangan pula anda terus minta perpisahan dengan teman lelaki anda jika anda rasa poin-poin di atas ada tempias dengan situasi anda sekarang. Mungkin lain kali kita akan buat segmen 'Signs That She's Just Not Into You' pula.



25 comments:

Shima Ibrahim said...

Terima kasih untuk panduan berguna ni Ijai. Akan aku tilik bakal2 aku nanti :p

shukrin farahdiba @ ceklala said...

sangat bagus!tapi cam skit sgt la ijai..cuba tambah lagi dlm 2-3 post hehe

clarky said...

ofkos dia takkan bawa aku jumpa family dia. nak mati? kena kejar dgn bini dia kang. hoho.

oh lenkali kau kena buat tanda-tanda teman lelaki anda suami orang. boley?

Mohamad Faizal said...

shima: hihi cepatlah tilik usah memilih yang kacak bergaya sahaja hihi

shukrin: haha panjang2 nanti kero pula mata nak membacanya

clarky: menarik cadangan anda. gadis2 usahlah jika jejaka anda sudah berkahwin tapi anda tak tahu itu pun tandanya he's not into you

Che Sakinah said...

suka tengok cerita ni... he's just not into you.. lelaki tu actualy denied that he fall for that girl. (main couple dlm cerita ni)

Ooo cemtu eh tanda2 dia.. hehehe.. perempuan kena jaga2 ni supaya x terjatuh dlm trap mainan perasaan gini. Known this evidences, Cleaver girl will leave immediately. but dumb girl still stay n try their best to get him. ;)

cik aletheea : said...

ok. aku suke entry nie.
lima belas bintang aku kasik ;p

Mimie.Candy Cane said...

oh suke sangat filem tu..ia mengajar aku yang jodoh pertemuan Tuhan yg tentukan..bukan Facebook.*tibe2*

Atiqah Ahmad said...

"Kalau diorang cakap pasal ex diorang sekalipun, itu mesti sebab anda yang paksa mereka cerita. Bila kami dah cerita anda pulak tiba-tiba PMS."

agak terasa di situ. hahhaha. :)

Shirowun said...

owh no 4 dan 5 memang kena batang hidung sy.. sia2 buang masa 3 thn.. tp xpe, sy cool :p

Anonymous said...

saya suka entry ni en. faizal.. sgt bagus !! dalam kelakar tu ada rasionalnya.. cewah !! bagi 15 bintang !!

entry ni mengingatkan one crisis that happened to me and i used this movie as a guidance to make my decision. memang kena batang hidung.. oh well, life goes on. kalau dah jodoh, tak ke mana..

p/s: satu lagi sign he's not that into you - bercinta bukan main lama bertahun2 tapi kalau ajak kawin macam2 alasan yg diberi.. mcm couple jennifer aniston dlm movie ni

wawa said...

dah di bawak jumpa mak bapak dan digemari adik beradiknya, dah melepak kat mapley layan bola plus teman main bola sepak tiap2 minggu, dah kenal majoriti kawan2 baik dia, but, he's just not that into me. eventho aku couple balik dgn mamat ni after clash 4 years back. kononnye nak membetulkan ape yang silap dulu. tetap jugak pasang betina lain.
haihss.. kan dah emo. :)

wath said...

hmmmmmmmmm..................................................

macam he's into me je..sbb ade mende yg dia wat..

tapi....

hmmmm................

takpe2. wait n see

Anonymous said...

hurmmm ye ke..
klu sme2x memberi n mnerima ok x??
ala dh 4 taon kapel, tp dye xpnh nk knlkan ngn kwn dye, tp ngn family kenal la...
n mkin lme brsme, mcm sy je y sllu mrncng tok dating..
klu nie cmne plak en.ijaicool..+__+


-MAS-

Siti Nur Aminah said...

kalau dlm missionary position pon ...dia kan pandang ke dinding kerana xnak tgok..ahahahhahahahahhaha....

but ape yang kau ckap ni..semua betul..

Anonymous said...

aku tktau kenapa aku lagi suka entri psal hubungan2 dari blog ko berbanding dengan entri dalam blog2 yang mmg dah dikhususkan bcerita pasal phubungan.. aku rasa cara penyampaian ko lagi bes kot haha tahniah2!

andd aku rse aku tau kenapa ko x translate 'into' hak3


-megan musang

crazy_labelle said...

haha... mcm bawak ke family and introduce kat kawan2... mcm mane nak taw the right time... i mean, xkan baru date dua kali dah bwk pegi jumpa family...

p/s: ijai... can u register formspring... i wanna ask a few questions dengan identiti anonymous..

kundi said...

hahaha buruk sangat ke penyanyi Radja wei.......

Mohamad Faizal said...

che sakinah: ya apa yang ditulis merupakan pemerhatian sahaja andalah yang menentukan jejaka hidup anda! hihi

cik aletheea: kalau bintang itu hantaran maka pihak lelaki harus membalas tiga belas dulang hihi

mimie: tapi fesbuk punya kepada banyak perpisahan

atiqah: haha ayat umum tidak merujuk kepada mana2 individu khusus

shirowun: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

anon: tapi last2 dia kahwin dengan ben kan.....dunia realiti tidak seperti filem

wawa: bersabarlah saat indah kan menjelma jua. you deserve better

wath: jangan wait lama sangat mungkin sudah tiba masanya anda bertindak

mas: jika sama2 memberi lagi kool jimat sikit wang kami hee hee

aminah: ataupun pakai topeng haha

megan: into apa ni kau ni jauh sangat imajinasi ni haha

labelle: formspring? ala tanya je di sini apa salahnya guna nama sendiri hihi

kundi: haha aku tatau nak beri contoh apa lah. slank boleh kot haha

Anoneemus™ said...

Point no6 adalah sgt kena dgn watak Skalet Johensen.

Watak itu juga buat saya emo bila tonton filem tu.sbb geli tgk pompuan perut berlapis mahu rampas suami orang.
dulu nak sangat tengok. skali kuar watak Skalet tu terus PMS x sanggup dah nak tgk citer tu lagi.

fandi said...

ape nama gf abe jai??aku lupe la..hari tu zul melawat isteri aku sambil membawa ayu..pmpn yg berjaya membawa zul ke jln yg benar..saje nak bg info tihihi..

fandi

fandi said...

apsal nak kene log in log in ni..
benci la..

fandi

Mohamad Faizal said...

anoneemus: mm tapi kasihan juga skalet kena lihat aksi suami isteri sambil menyorok di dalam almari

fandi: nama 'gf' abe adalah.....balik dulu kita bincang gosip hangat

freda said...

boleh guna tips ni lepas ni,

buat ar entri, he's into you pulak ke.. hehe

Anonymous said...

As salam, thanks 4 the good n usefull tips.. tapi saya rasa tuh digunapakai pakai pada lelaki yg telah kita kenal n dah mesra, cam ne plak pada yg kita suka lam diam? secret admire, camne kita nak thu dia pon suke kat kiter? mungkin ijai leh kasi tips gak tuk yg tuh...hehehhe..

Anonymous said...

As salam, thanks 4 the good n usefull tips.. tapi saya rasa tuh digunapakai pakai pada lelaki yg telah kita kenal n dah mesra, cam ne plak pada yg kita suka lam diam? secret admire, camne kita nak thu dia pon suke kat kiter? mungkin ijai leh kasi tips gak tuk yg tuh...hehehhe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...