Monday, April 4, 2011

'Silly' Things Men Do To Impress Women

Dalam arena 'ngurat-mengurat' ini, selalunya orang lelaki yang akan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu di luar norma kehidupan bagi menarik perhatian gadis yang diminati. Oleh itu tidak hairanlah orang lelaki boleh mengeluarkan idea-idea yang sweet dan romantik untuk memikat gadis-gadis walaupun mereka sebenarnya sekadar meniru aksi-aksi tersebut daripada filem komedi romantik Adam Sandler. Idea memikat itu mungkin nampak hebat di dalam filem, tetapi di dunia realiti ini tidak semua taktik itu boleh diaplikasikan kerana kehidupan sebenar tidak klise dan tidak boleh dijangka. Tempoh hari kita telah pelajari beberapa perkara-perkara yang 'silly' yang gadis-gadis lakukan untuk menarik perhatian jejaka. Untuk menunjukkan yang saya ini bukan 'male chauvinist', hari ini kita akan lihat pula beberapa taktik 'silly' orang lelaki yang sering digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis. Ayuh teruskan membaca.

1) Berpura-pura menunjukkan minat semasa menemani gadis membeli-belah

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, kaum wanita memang obses dengan shopping. Jika gaji seorang wanita itu RM 3,000 sebulan, RM 1,800 daripadanya akan digunakan untuk membeli-belah membeli kasut Charles & Keith, set mekap tebal Bobbi Brown, top seksi daripada Dorothy Perkins mahupun scarf mahal daripada Arzu. Maka tidak hairanlah kaum wanita akan menghabiskan masa yang lama setiap minggu untuk memenuhi nafsu mereka ini.

Jejaka-jejaka yang pandai mengeksploitasikan situasi ini akan memaksa diri mereka untuk mengikut gadis-gadis bershopping. Jejaka dan shopping, itu bukanlah kombinasi yang semulajadi. Kalau nak letak statistik, orang lelaki yang normal hanya akan keluar membeli-belah selama 45 minit sahaja dalam sebulan, berbanding 22 jam bagi wanita. Namun begitu inilah masanya untuk kaum lelaki membuktikan yang mereka ini boleh diharap dalam semua bidang, termasuklah menemani gadis-gadis bershopping. Tetapi boleh berlakukah situasi sebegitu?

Tempoh minimum seseorang gadis bershopping adalah 3 jam, dan ada kemungkinan di dalam 3 jam itu tiada satu barang pun yang dibeli. Orang lelaki yang normal jalan 30 minit windows shopping pun dah bosan, dan gadis-gadis boleh nampak kebosanan mereka itu setelah kita para jejaka sekadar duduk di 'husband's chair' bermain telefon bimbit membaca timeline Twitter. Bagaimana nak impress gadis-gadis jika begitu? Tujuan gadis-gadis mengajak teman untuk bershopping (selalunya BFF sama jantina ataupun bapuk) adalah untuk mendapatkan pandangan jujur seorang fashionistas ketika mencuba kasut Nine West ataupun baju seksi daripada Forever 21 itu. Ekspresi muka mahupun respons yang ditunjukkan oleh orang lelaki ternyata boleh membantutkan nafsu shopping mereka. Diorang tanya "Mmm baju biru ke merah lagi cantik?" tapi kita sekadar cakap "Tak kisahlah, dua-dua pun boleh". Mana boleh begitu beb kena silent treatment nanti. Oleh itu, anda tidak perlu berpura-pura menunjukkan minat menemani mereka bershopping. Just bagi mereka keizinan dan wang saku untuk mereka belanjakan sesuka hati bersama BFF sejantina mereka dan pasti gadis itu akan terpikat dengan anda sedikit demi sedikit.

2) Belajar bermain gitar untuk membuat gadis kagum

As silly as it sounds, this tactic actually works! The truth is, orang lelaki belajar main gitar bukan untuk menjadi rokstar, tetapi untuk memikat gadis-gadis. Disogok dengan mentaliti 'gadis-gadis akan terpikat dengan lelaki yang boleh bermain alat muzik' mereka sanggup mengumpul wang yang membeli gitar kapok kurang berkualiti di Pasar Mini Kiat Siong yang berharga Rm80 lepastu datang rumah kawan untuk belajar kord-kord asas yang boleh membentuk lagu cinta.

Tapi dulu-dulu bolehla kot, zaman sekarang ni ramai gadis-gadis yang lebih cenderung mendengar muzik yang boleh membuatkan mereka terkinja-kinja like a geesik like a geesik. Situasi corny seperti datang ke rumah gadis di malam hari, baling batu ke tingkap, kemudian bermain gitar dan menyanyi lagu Bryan Adams hanya boleh berlaku di dalam filem. Tidak semua gadis akan menjadi cair jika anda tiba-tiba mengeluarkan ukulele anda dan bermainnya di khalayak ramai. Ada yang akan berasa aib kerana nature mereka pemalu dan tidak gemarkan publisiti. Dah tu asyik dok ulang lagu-lagu yang klise suara pulak dahla tak sedap. Bosanlah kalau asyik main lagu Richard Marx Right Here Waiting. Tak pun lagu Ronan Keating When You Say Nothing at All. Pasti gadis-gadis akan cepat bosan.

3) Menjadi metroseksual, terlalu metroseksual

Lelaki sejati digambarkan dengan imej rambut sikat macam taknak sikat dan ada misai janggut sikit-sikit macam Kurt Cobain. Tapi tak bolehla nak serabai sangat kan kerana gadis-gadis mementingkan penjagaan diri. Di atas sebab itu, ada sesetengah lelaki yang membeli koleksi VCD Queer Eye Fot A Straight Guy bagi mendapatkan tips-tips penjagaan diri dan cara-cara untuk bergaya seperti David Beckham.


Apakah sebenarnya definisi metroseksual itu? Secara ringkasnya, jika anda menghabiskan masa dan wang anda terhadap pakaian dan barangan penjagaan diri, maka anda adalah seorang lelaki metroseksual. Tiada salahnya menjadi lelaki metroseksual kerana gadis-gadis memang sukakan penampilan yang kemas dan up to date dengan gaya fesyen terkini. Namun begitu jika seseorang lelaki itu mula menunjukkan obsesi terhadap penampilan diri, mungkin orientasi seksual anda akan diragui. Mana ada lelaki normal pergi buat manicure / pedicure kan? Mana ada orang lelaki buat Brazillian wax kan? Lepas tu start pakai celak, blusher nak bagi merah pipi last-last ambil pil estrogen terus kemudian buang anu letak dalam botol. Eh ni dah lain dah ni. Gadis-gadis sila beware jika anda melihat simptom-simptom ini semasa sedang bertemujanji.

4) Bertumbuk untuk menunjukkan kekuatan

Katalah anda sedang berdating dengan gadis. Gadis anda memang semulajadi hangat ditambah pula dengan dia tak butang baju sampai habis so nampaklah sedikit lurah dendam dia. Lepas tu bertembung pulak seorang seorang lelaki normal yang jeling kat gadis anda sekejap. Tak tahulah sebab bulu hidung gadis anda terkeluar ataupun sebab dia check out gadis anda. Anda yang tinggi egonya dan bajet anda ni Matt Damon dalam cerita Good Will Hunting pergi confront lelaki tadi walaupun gadis anda sudah cakap 'let it go'.

Tetapi anda tidak peduli. Anda rasa gadis anda akan kagum melihat kehebatan anda bergaduh. Anda pergi execute pulak Stone Cold Stunner kat lelaki tadi. Tapi kalau anda menang, gadis anda pasti akan kata "YOU'RE A BIG JERK!". Kalau anda kalah lagilah aib dan gadis anda akan kata "YOU'RE A LOSER!". Maka it is a lose-lose situation. Kalau benar pun gadis anda ni hot semua orang nak usha, take it as a compliment kerana anda yang tak hensem sangat ni yang dapat keluar dating dengan dia. Tunjukkan kematangan dan gunakan kelelakian anda di tempat yang betul dan mana-mana gadis pun akan terpikat dengan anda dan akan membenarkan anda ringan-ringan dengan mereka.

5) Menonton Glee / Gossip Girls agar boleh dijadikan topik perbualan dengan gadis-gadis

Selalunya taktik ini akan diaplikasikan oleh lelaki semasa dalam proses saling kenal mengenali. Apabila kita dengar je gadis itu meminati Glee, maka kita pun akan balik rumah untuk muat turun satu episod. Kita pun tengoklah tapi sepanjang proses tontonan itu kita asyik dok mencarut "WHAT THE HELL IS THIS SHIT?". Memang struggle lah untuk habiskan 42 minit tu. Tapi kita sempatlah untuk ambil pointer-pointer penting serta mengenali watak-watak utama untuk dijadikan modal bagi mengimpress gadis kita dalam sesi temujanji yang seterusnya.

Tapi yang menjadi masalahnya adalah apabila mereka bertanya soalan-soalan yang mendalam seperti apakah model kerusi roda yang dipakai oleh Artie dan anda tak boleh nak jawab, mereka akan tahu yang anda sebenarnya berpura-pura menunjukkan minat terhadap Glee. Ataupun anda tiba-tiba keluarkan pick up lines Chuck Bass, adakah anda rasa gadis-gadis akan berasa flattered? Well maybe, jika anda ada bulu dada seksi macam Chuck Bass tapi kalau muka anda banyak jerawat kembung bernanah lepas tu ungkapkan kata-kata manis sedemikian, kebarangkalian untuk mereka muntah adalah tinggi.


6) Menipu

Menipu di sini boleh dibincangkan di dalam pelbagai aspek. Yelah dalam proses kenal-mengenalikan kita mestilah sedikit terdesak nak buat gadis-gadis impressed dengan kita. Berikut adalah contoh-contoh penipuan yang sering dilakukan oleh kaum lelaki:

a. Tipu status perhubungan. Dalam Fesbuk tulis single tapi sebenarnya sudah ada gadis saja je taknak bagi saham jatuh. Takpun dah kahwin siap ada anak lagi tapi mengaku solo biasalah gatal nak memikat gadis muda.

b. Tipu status kekayaan. Tayang kereta semasa date tapi sebenarnya kereta pinjam. Lepastu cakap yang kita ni anak Datukla, anak Sultan Brunei la. Tapi belanja makan kat KFC jugak.

c. Tipu saiz organ reproduksi. Tiada komen susulan di sini.

Kalau nak lebih faham, anda tonton je filem terbaru Adam Sandler di pawagam, Just Go With It. Satu penipuan kecil menjadi penipuan yang berterusan dan sekaligus boleh mengguris hati ramai orang.

So gadis-gadis, adakah anda mendapat layanan seperti di atas semasa dipikat oleh orang lelaki? Biasalah kami orang lelaki di saat-saat sedang dilamun angau, kami akan melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian anda. Kadang-kadang kami tak sedar yang anda tidak suka dengan cara kami, maka anda haruslah berbincang secara matang dan tidak sekadar diam seribu bahasa. Buat para pembaca lelaki pula, teruskan usaha jangan putus asa kerana tiada gadis yang kita tidak boleh dapat jika kita menggunakan taktik yang betul.



18 comments:

..:: WiRdA ::.. said...

point pertama tu, time nk senggorat dulu, dia lah peneman shopping tegar. tapi skrg, siap prepare ajak sepupu aku, dan nah amik duit nih, pegi shopping , dia tunggu lepak kat starbuck. hehe kalau mcm tu, mak suke.hahahaha sbb kalau ikut pun, mcm kau ckp, last2 spoil je niat aku nk membeli barang. hahah

crazy_labelle said...

haha... so true...

1. ak sgt choosy masa pilih barang... selagi xjumpe amende yg berkenan lautan api akan ku redahi... haha...

2. yes please... especially lagu brainstewz - twinkle away... hihi...

3. clean guy is enuff 4 me... i mean sape nak hasben die mempunyai kulit muke yg lg licin dr bini die... mmg wth la kan...

4.gado2 is not cool... but

5. haha... habis tu xkan nak cakap pasal FM or bola kot... tp xsemestinya tv show je... music ke or anything similarities yg boleh dishare bersama...

finaz said...

en. faizal, ada je lelaki pergi buat brazilian wax ok (ouch.. tak sakit ke)..

ni berlaku depan mata i.. masa tu i tgh tunggu my turn.. so lepak2 kat lobi salon tu sambil baca mag. pastu adalah kluar sorang mamat melayu ni dgn my beautician from the treatment room. dia nampak i je mcm dah malu terkepit2 ok.. siap tanya kat cashier tu "i dh bayar td tp Joyce (the beautician) ckp i have to sign something blabla" dia mcm in a rush and termalu2 sbb nampak i kat situ and realized that i was staring at him. dalam kepala i.. mamat ni buat treatment apa ek.. takkan cabut bulu kaki kot..

so when my turn came, i asked Joyce.. dia buat apa.. my beautician tu cakap.. cabut itu bawahla.. kasik habis (while pointing at the groin part).. hehehe..

cik aletheea : said...

tengok glee/gossip girl to impress girls?
wah... ye ke?
ahahhahah..
tapi ok ape, cite tu best.

s a r said...

^__^

no.6 paling menguji kepercayaan sih! terbaik dalam segala tipu lah.

takda istilah tipu sunat ok! :p

Mohamad Faizal said...

wirda: haa time mengurat memang. apa saja untuk tak kuhiraukan waktu katakan saja kanku laksanala kan

labelle: brainstews - twinkle away? gadis2 suke ke kalau suke nak belajar lah heh

finaz: hah? lelaki ke perempuan yang buatkan? lelaki normal tidak akan membiarkan lelaki lain melihat apatah lagi menyentuh organ reproduksinya

cik aletheea: best ke? saya sudah cuba, tetapi tidak berjaya menghabiskan satu episod...heheh

sar: berkata benarlah walaupun ianya pahit. tapi tipu sikit2 kalau taknak bagi hati terguris ok tak? eheh

finaz said...

beautician tu perempuan laa.. kan nama dia Joyce. ada gak dia citer kat i her experience buat brazilian wax to guys ni.. mmg kelakar.

eh tapi i tgk shawshank redemption or any other movies yang melibatkan scene mandi contoh after soccer match ke kan.. selamba je diorg walk around mcm tak kisah je.. logically when u shower u take everything off la kan.. hehe. dahla cubicle shower tu xde pintu

Kap said...

komen susulan organ tersebut dikehendaki :D

wath said...

beb yg no 1 tu, ex aku lagi kuat shopping dari aku tau. nk tggu dia shopping punye la lame. padahal nk pilih jaket hitam atau coklat je. pastu hitam takde saiz, aku suh amek coklat, pk lg 2 3 jam, gile lame a!!!aku plak jenis tak pandai shopping. so pegi beli barang sume aku suh dia je pilihkan. haha. see?

hm..overall aku nk komen, sebab tu la laki ni sebelum kapel lain, lepas kapel lain! hahaha. buat2 je sbb nk amek ati.

The Sharkox said...

mengaku perut ada six pack walhal sebenarnya tak pernah ada six pack juga adalah perbuatan sia2..

Mohamad Faizal said...

finaz: mana mungkin perempuan dapat melakukan prosedur tersebut terhadap orang lelaki tanpa berlakunya tindak balas semulajadi. unless lelaki itu gay

kap: hee hee hee hee hee

wath: kenapa sudah jadi ex? (nada jaga tepi kain orang)

sharkox: aku nak mengaku pun tak dapat sebab memang jelas dan nyata kelihatan one pack aku

afrohead said...

metroseksual itu gay. itu je la aku nak cakap. haha

si cebbie cholet said...

cc jarang jumpa laki cam gtu...


sebab derang cakap cc bukan gadis2...

cc giler...cam laki...


sadisssss

nobody said...

eh...tengok cik cc comey je ^^
guano pulak cam lakinye ?
silap kot tuh
hehe...

just nak share,

nak kate silly tak silly jugak
penah ade sorang mamat ni
akan balik each summer or winter every year

untuk GF manjenye
bertuah gitu ^^

Martini Muaz said...

berlagak dengan kereta? buang tabiat beli bunga?

Mohamad Faizal said...

afrohead: gaykah? nanti kita buat entri ciri-ciri lelaki metroseksual pula

cebbie: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

nobody: itu tak silly itu suwit sebenarnya

martini: taktik beli bunga most of the times menjadi apa heh

Chereta Chenta said...

gue geli ler ngan lelaki yang main gitar sambil nyanyi konon2 tujukan lagu tuh!

Diha Hasan said...

aku xpaksa kot lelaki impresskan aku cara mcm ni
mcm susah je
kesian kat dia haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...