Wednesday, April 27, 2011

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 7

Hai apa khabar gadis-gadis? Setiap 4 bulan segmen soalan untuk gadis-gadis akan dipaparkan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering bermain di benak kami. Kami tidak mahu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan jawapan kerana soalan-soalan ini berbentuk subjektif dan kami ingin lihat bagaimana anda menjawab soalan-soalan berikut dengan penuh kejujuran. Kami sedar yang kami ni kuat hisap rokok, kuat bagi janji manis serta malas nak potong rambut ataupun mencukur misai. Oleh itu, soalan-soalan ini ditujukan kepada gadis-gadis agar kami dapat memahami hati suci seorang wanita, serta mengetahui kehendak dan keperluan mereka agar kami dapat membahagiakan anda. Chewahh tengok tu manis mulut lagi. Ayuh kita mulakan sesi soal jawab.

1) Adakah anda akan berasa cemburu jika bekas teman lelaki anda sudah menemui cinta baru? Masih stalk dia di Fesbuk kah?

2) Yang manakah anda lebih rela hadapi? Jejaka kaki main game ataupun jejaka kaki bola? Huraikan.

3) Apakah matlamat ataupun objektif gadis-gadis meletakkan gambar mereka yang kurus di Fesbuk kemudian meletakkan caption "Alaaa dah gemuk..."?

4) Saya perhatikan gadis-gadis secara umumnya memang berwajah licin langsung tiada jerawat. Apakah jenama produk penjagaan muka yang disyorkan kepada jejaka yang menghadapi masalah jerawat?

5) Secara jujurnya, adakah anda gemar teman lelaki anda menemani anda ketika membeli-belah? Huraikan.

6) Di mata seorang wanita, adakah man boobs itu seksi?

7) Apa yang kami boleh lakukan untuk anda ketika anda sedang mengalami pendarahan bulanan untuk meringankan kesakitan anda?

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan khidmat enjin carian, huraikan bagaimana hendak memasak Ikan Masak Asam Pedas.


Jika anda yang membaca entri ini merupakan gadis sejati dan anda membeli Kotex/Laurier/Whisper/Libresse setiap bulan, maka anda diharuskan menjawab entri ini demi kebahagiaan bersama. Tak perlu aku ragui sucinya cinta yang kau beri....tiba-tiba je masuk lagu Kasih-Kekasih In Team.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 5
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6



45 comments:

Anonymous said...

1st time ak tgk xde comment lgsung...1st!

ypw

Anonymous said...

hmm. aku tak tahu kenapa aku boleh layan soalan klise yang bermain di benak lelaki2. ahaa.. meh aku nak jawab dgn rela hatinya.

1-buang masa dan tenaga
2-tak kesah la dua2 pun. layan je
3-untuk memenangi anugerah comment terbanyak dan publisiti murahan ~maaf aku memang tak terjebak dgn fb ni. ahaha
4-jom pergi farmasi
5-baik tak payah sebab confirm dia akan buat2 muka ikhlas nak ikut. ahaha.
6-no comment
7-langsung tak payah nak libatkan diri. bukan boleh tolong pun.
8-kalau aku explain ni, confirm ada yg mngutuk ku krn poyo sangat prmpuan ni nak citer cara masak. buat tambah dosa org yg kutuk je kan. ahaha. lain negeri lain cara masaknya

ok sekian. ahaha

♀ Perempuan Manis said...

hahah..sian takde sape nk tlg jwb kan..takpe, meh alin jwbkn.. ;-)


1) bila i putus dgn boifren ke, i akan say bye2 terus kt die..for what nk tau life die lepas tu?? haha..mcm berdendam gle kan smpai sme pasal xboifren taknk amik tau..get a life la kan.. ;-)so, i takkan cemburu klau2 die ade gf baru ke, sugarmummy baru ke..even nk add ke fb?? no way..


2) jejaka minat bola..paling tak pn bleh tgk skali match dgn die..kalau suke main game, dok ngadap pc jer..mau kena hempuk pc tu karang..hahaha

3) bg motivation pada diri sendiri agar menguruskan diri seperti gambar kurus sebelum nya..hahah..tats me kot!

4) tak tau nk bg suggestion sbb i prempuan tau..nk tau tanye laki..brg perempuan mane same dgn lelaki, haha..

5) sebenarnya tak suke. why?? sbb i rase rimas kalau laki ikut2 i kat belakang smbil i cari barang..pastu bile i tanye lawa ke tak, die akan reply..'tak lawa lah..ini lawa' n which barang yg die kata lawa tu langsung i tak berkenan..hahah..so, kesimpulannya biar i shopping sndiri, takpun bawa girls lagi best dr bw boy kan..

6) ish..takde makna nye..ktorang bukan mcm laki yg tgk pompuan sket, meleleh air liur.. :-P

7)kalau dh kawen, bleh la tlg benarkan kitorang berehat je kat blk..takyah la bebel2 nk itu nk ini..kasi can kt ktorang nk melayan perasaan sakit senggugut tu..takpun tlg urut2 belakang pinggang ke, ringan sket rase sakit tu..haha

klau tak kawen lagi, tlg jgn time tu nak ajak keluar dating pegi tempat2 jauh...sakit mak oii nk nahan senggugut ni..time gini, kitorang nye tahap amarah melampau tau..sket silap korang buat, mau melenting smpai abis tak sudah ;-)


8) haha..i tak tahu masak masakan tu.. ;-)

sekian dulu dr i , alin perempoanmanis ;-)

eiffel said...

1. jadah betei nk stalk.lantak kan sudah.

2. mungkin kaki bola.atau...kaki game.arghh..sy pown sudah keliru.memana lah.asl dia xlupakn sy sudah ler

3. hah?oke, gadis itu bukan sy.

4. yeke?sy xpernah mndapat kulit yg licin hatta utk seminggu sekali pown walau telah menenyeh pencuci muka berjenama loreal dn menggunkan toner dan pelembab muka hado labo.

sy syak gmbar mereka tampak licin mereka menggunakan teknik photoscape atau photoshop.kiranya, nmpk benar menipunya!

5. sy teringin.tp entah kenapa sy xgemarkan setelah sy pernah menanya pandapatnya tentang fesyen dsb dan dia sering menjawab dia tak tahu.tp, kenapa kalau dia tnya pndapat sy tentang jeans levi's, dompet, belt t-shirt dsbnya sy boleh shj berkongsi pndpt!kenapa???apa alasannya???? -.-"

6.perlu ker?kalau seksi boleh dpt apa?

7. klo da kahwin.tlg sapukan minyak angin dn urut dibelakang pinggang.kerana biasanya perempuan period akn skit ditulg blkgnya.dan, tlgla fahami dan bersabar lbh sedikit pd ketika itu.kerana pd ketika itu, perempuan sgt cepat melenting.klo kami sedang menahan sakit dgn memegang tepi pinggang/perut, tlg la belikan pil menstruel.atau tuam perutnya.agar, kesakitan itu beransur lega.

8.ala, mcm biasa.blend bwg2, cili kering, ada stgh org letak halia gk.yg pntg kena ada asam keping.eh, klo sy terangkn macamla kamu tahu.

nis said...

1) x de ex, tapi jelessss kot!!
2)kaki game kot, bleh bg smgt tim dye nga men game, lg pon ddk ngn adk2x y kaki game..klu bola, nnt dye sbok lepak kat mapley je..
3)nak sruh org ckp kami dh krus..=_+
4)errr try ar smue produk smpai jrwt hilang
5)tak, x bebas nk plih baju bile lg klu tgk mke dye y dh bosan, lg pon klu tnye bkn dpt respon baek pon.
6)TAK!!
7) jgn crik psl, n reply msg tu cpt sket, klu kami tepon, tlg ar angkt..klu kami mmbebel sile bg respon positf jgn ckp "oooo"..
8) tak pandai masak..hahaha

Dalila.H said...

1. kadang-kadang tu usha la juga. opsss.

2. jejaka main bola, at least boleh la menyihatkan badan.

3. perempuan yang sebegitu nak minta perhatian tak pun makan penampar. saja nak suruh orang komen yang dia tak gemuk, suka kena puji lettewww.

4. gunakan la Shahirah!

5. suka sebab perempuan nak nampak cantik di mata pasangan dia, jadi kena la tahu apa yang pasangan suka & tak suka. yang penting aurah kena jaga.

6. errr...never sexy.

7. tak perlu buat apa-apa, hanya faham emosi kami yang tak stabil waktu itu je.

8. bawang merah & putih, halia, belacan kasi blend. lepas tu letak minyak masak & masak bahan-bahan yang dikisar tadi berserta dengan cili boh. agak-agak dah masak, tuang air asam jawa ke dalam. tunggu mendidih baru masukkan ikan & bendi. sedap kot.

Mohamad Faizal said...

ypw: kongratulasi

anon: no 8, eh kalau orang tahu anda pandai masak lagilah jejaka berebut2 masuk meminang

alin: no 5, baguslah orang lelaki cakap begitu. senang sikit nanti anda nak buat pilihan sebab pilihan kami sentiasa buruk. hehe

eiffel: no 5, dia mungkin tak mahu menimbulkan konflik sebab pilihan orang lelaki selalunya langsung tiada gaya fashionistas

nis: no 7, reply mesej cepat sikit.....hahahaha bagus jawapan

dalila: no 4, shahirah? tak pernah dengar ni kang main pakai je keluar ketumbit di hidung pula haha. simplysiti ok tak

starstruck said...

1) Tidak, setahun sekali mungkin akan stalk fb dia.

2) Jejaka kaki masjid, eh, takde dalam pilihan, so tak perlu huraikanlah. ;P

3) Objektif adalah nak kena lempang laju-laju, takpun nak orang belanja dia Jusmate 5.

4) Gunakanlah Safi Balqis Perfect 10.

5) Tak, sebab nanti bf buat muka monyok malas nak jalan lagi, stress ok.

6) TIDAK.

7) cuba menyelami perassan kami.

8) tumis bwg mrh+bwg putih, naik bau, masuk minyak tumis sampai pecah minyak,masuk air asam + ikan, garam. siap dah kot.

cik aletheea : said...

1.emmm.. jeles sket tp buat2 x jeles.

2.kaki bola – sbb boleh layan skali bola tue sambil usha2 alam sekeliling yg dekelililingi kaum2 mereka. Hahahaha

3. motif: bengong kot?

4. sile gie klinik kulit. Lebih selamat ok.

5. tak suke. diorang melecehkan. ;p

6. weet..weet…

7.bagi ceklat, kasih syg, perhatian untuk meng’stability’kan hormone kami.hehe

8.kena ader ikan, peket asam pedas segera.lady finger.sambal peket.kuali.minyak.cuka.bwg2
minyak masuk dlm kuali.kasi panas.campak bwg, cili peket,asam pedas peket dan gaul.campak ikan, isi sket cuka .biar sampai boil.
Tada…

.rusydiah. said...

1. kalau gf baru dia lagi hot hot heat dari megan fox, mungking jeles sikit. sikit je la. tapi kalau bf baru kita lagi hot hot heat dari james franco, apadahal? bak kata ijaicool, YANG PENTING RUPA. HAHA

2. kaki bola. sebab tengok bola best. main game tak best.

3. sebab dia sengaja nak orang comment macam ni kot, "alaa mana ada gemuk. u kurus okayyyy". lepas tu mula la senyum sorang2.

4. kalau nak hasil dia mcm fahrin ahmad, pakai garnier. kalau nak macam daniel wu, pakai loreal. kalau semua tak jalan, sental pakai clorox pun boleyyyy :P

5. teman lelaki hanya akan menjadi great shopping buddy kalau diorang yang bayar semua. that's it

6. SEXY? KAHKAHKAHKAHKAH

7. soalan ni tak tau la nak jawab. tapi kalau tak berperangai macam mintak penampar, dah cukup rasanya.

8. blend cili, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, belacan. lepas tu tumis. masukkan air asam jawa. masukkan ikan. garam secukup rasa. nampak macam tiru jawapan2 kat atas, tapi saya memang tau masak asam pedas. thank you :)

s a r said...

ahaha.. macam-macam.

Atiqah Ahmad said...

1) dulu sebelum tahu dia tunang dan kawen ada gak stalk. sekarang langsung tidak. sebab bila stalk, rasa nak tergelak mengenang kebodohan diri sendiri. heee~

2) tak kesah. sebab kesemua lelaki dalam lingkungan kehidupan (tunang, abang, adik) semuanya kaki game dan kaki tengok bola

3) saya tak letak caption begitu sebab nanti kawan-kawan jumpa jer terus mereka mengeji tanpa segan silu.

4) tiada jawapan. sebab muka takdelah licin sangat pun. berparut ada la . '-_-

5) ya. sebab dia juga kaki shopping dan selalu memberi pandangan jujur. tapi dia tak minat pergi shopping kat tempat yang ramai gila manusia.

6) tiada komen.

7) dengar. jangan komplen. dan layan kami mengamuk walaupun kami mengamuk sebab cari hard disk tak jumpa, padahal hard disk tertinggal kat opis. (ini diri sendiri)

8) blend cili kering dan bawang. then tumis, dah wangi, letak serai. pastu letak air asam, dah mereneh masuk ikan. masuk daun kesum/bunga kantan. optional boleh letak bendi atau kobis. letak garam dan kalau tak sedap, boleh campur ajinomoto. dah siap.

blur12 said...

tatau le nape aku terpanggil utk menjawab. anyway,
1. kalau dah totally over him. tak cemburu langsung. stalk pon tidak. tp kalau still kawan..once in a while , akan usha juga fb nye utk tau perkembangan terkini.

2.jejaka kaki bola - kekdg bola join gak thehehehhe. oh ye. lagipon bola mcm lebih sihat. dan habes game (lepas 90 minit plus diskus2 dgn kwn dia. assumption dia gi tgk kat mamak) dia akan kembali normal mcm biasa..tp game? game? dia boleh tak mandi, makan dan solat sehari suntuk utk men game. menci!

3. hahahha mungkin bebetul gemuk di kawasan2 tertentu. sbb perempuan nih ade spot/tempat yg akan naik dulu bila berat badan bertambah. anyway, mungkin. secara generally..mahu org komen - "ehhhh takdela.u gilerr ramping nak arwah. i sanggup makan jamu dr. rozmey nak kurus mcm you" ...biasa aa tuh .

4. tak semua aa...muka aku takde licin sgt pon. anyway, rerajinla cuci muke. i.e. amek air sembahyang. hahah cam poyo

5. tak gemar. shopping suka sesorang :D. kalau nak best...teman lelaki sumbangkan duit dah la...lalalalalla. bukan apa..malas nak tengok muka bertanjong lelaki dan komen komen yg ala kadar. terus hilang nak shopping. lg satu lelaki nih kalau main futsal dgn kwn dia...3 jam pon takpe. ajak tawaf flea market seround dua dah mencungap. tipu sangat wehhh.

6. man boobies? hahhahha *eiiiiyewwwwww*

7. jangan buat perangai ....sila behave dalam tahap behave yg paling optimum.

8. ikan masak asam pedas? tumis ke tak nie?? aku masak tumis aaaa.
kalau tumis...steps yg atiqah ahmad bagi kat atas tuh..dah betul la tuh.

-end-

NurLailatul said...

1)Nangis dulu...dah puas!aku buat bodoh je...kumbang bukan seekor...stalk tu..konfem tak laa...aku block terus, malas nak amek kesah dah..

2)of course kaki bola..kerana aku sangat mementingkan pertalian sesama manusia.. Walaupun, terguris jugaklah hati..mana tak nya..satu hari sampai 4 game futsal...Hangin jugak kadang-kadang..dah macam kene madu dengan bola..Tak mengapa, redhakan aje..Aku rasa orang yang suka main game ni..macam orang yang phsyco je...

3)oh, entah laa..tak pernah pulak aku buat...Aku rasa, saja nak orang kata dia cantik kot..

4)Dari kecik mak bapak aku mengajar aku makan buah-buah setiap hari..mungkin sbb tu kot.

5)Sangat sukalah..sebb dia lebih kuat bershopping dan baju yang dia pilih semua cantik-cantik..

6)biasa-biasa je kot..

7)Ikot aku pergi jalan-jalan...

8)nanti, nak tanya mak aku jap!

wawa said...

mari menjawab:

1. sebab ex-bf diactivate fb sebelum officially clash dgn aku, if activate balik maybe aku teringin nak stalk. haha! tapi, tak cemburu pun if dia ada gf baru coz clash pun memang sebab dia ada pompuan lain.

2. kaki bola. sebab aku boleh layan live game sama2. kalo dia liverpool lagi hebat aku kutuk. ahahhhaaa!

3. kalo dah sedia ada gemuk.. macamana nak tulis 'alaaa dah gemuk...' sentap ai!

4. muka aku tak licin. so, nak jugak tips wahai gadis2!

5. tak. sebab aku memang suka jalan sorang2. lebih privacy dan masa bershopping adalah masa untuk diri sendiri.

6. pada aku biasa je... but, if ada chest hair yg halus2 baru nampak seksi. ahahahhaaa

7. aku jarang senggugut, tapi biasanya mesti sakit pinggang. so, aku cuma perlukan rehat dan baring. lain perempuan, lain jenis sakitnya

8. aku masih gagal nak masak asam pedas pekat2 macam mak aku buat.


sekian

phish said...

2)jejaka metrosexual..kahkahakhakah..tba2222

3)dengan pengharapan tyra banks melihat mereka yang sudah gemuk itu dan terus menyerap masok ke dalam americas next top model

6)man boobs definitely a big no no..wakpe ak nak tgk laki punye kalo sendirik punye besar bergandaa22..hahahhahaa

7)pasang enjin kete..pg ke kedai azura sekysen 3 dan mintak oder..asam pedasss satuuuu

Plain Jane said...

1) tak jeles pun. xpenah stalk dia, dia stalk sy adalah.

2)xkesah lah mana pun, asalkn bukan kaki pempuan.

3)mungkin dia nak org ckp "at least there's something to grab on" kot. grab lelemak.

4)rajin basuh muka je dah cukup. lelaki pemalas basuh muka.

5)sy xsuka membeli belah. maka bakal suami patut bersyukur.

6)man boobs? kalau berdada bidang adalah sexy, tp jgn ada boobs.

7)iye kan sj apa yg kami cakap time PMS tu. then you'll be the perfect one for us.

8) tak suka pedas. =__="

Aslina said...

nak jugak join jawap... hahah...

1)fesbuk aku kegunaan dia untuk reunion dengan kawan2 lama je yang dari tadika sampai skolah menengah dan sedara2 yang aku malas nak hadap time2 raya. maka, ex-bf walaupun dia ex, tapi tak layak masuk dalam list kawan2 fb sebab hubungan aku ngan ex aku tak penah lebih dari setahun. so, takleh add. maka takde makna nak stalk. hahah... agak2 husband aku nanti, sampai dia hack acc fesbuk aku untuk add diri sendiri macam abang aku buat kat aku dulu tu baru la leh consider aku add dia kot.

2)jejaka kaki main game. sebab aku pun 2x5 kaki game. sebab tu rajin clash. pasal aku jarang amik kisah kebajikan ex-ex aku dulu bila dorang tak contact aku. bleh je aku teruskan penghidupan seperti biasa. main dota secara berleluasa sebelum laptop jahanam dan kene install ubuntu yang ended up aku dapat tau tak support dota. wey, sapa2 tau camne nak install balik dota dalam ubuntu, bleh email aku a.s.a.p

3)sebagai motivasi untuk join the biggest loser? well, gamba kurus tu mungkin telah di-photoshop-kan. memang real dorang gemuk kot. haha. macam aku, orang nampak aku dengan tiang tak banyak beza, tapi berat aku dekat 65kg. semua orang takut nak jadi kawan aku sebab ingat aku bela hantu raya. nampak luaran kurus, tapi berat nak mampos.

4)kalo ikut petua arwah mak aku yang first option, jejaka memang takleh follow. kalo second option, korang amik pucuk jambu batu, giling/tumbuk sampai halus, buat cuci muka tiap2 hari sampai rasa kulit muka korang bersih, licin dan halus. ini serius. aku amalkan option 2 tu sampai aku masuk asrama. sampai sekarang, aku main belasah je guna pencuci muka akak ipar aku beli buat wakaf dalam bilik air pun takde tande2 jerawat akan kuar.

5)aku lagi suka pi shopping sorang2. sebab... aku tak suka la orang komplen apa yang aku bakal beli. dah la aku beli benda selalu tak pikir panjang. straight to the target, amik, bayar. takde nak telek2 itu ini. buang masa.

6)man boobs itu tandanya dia obesiti. nak celen boobs sapa besar dengan aku ke apa ni?

7)hmmm... biarkan aku tido sepanjang hari dengan bertemankan bantal2 sebanyak-banyaknye. no matter belum, kawen, dah kawen, aku memang rela tido sepanjang hari untuk menghilangkan kesakitan. tapi kalo aku takleh tido, jom kita naik moto/keta sama2 secara extreme. kalo meter kelajuan tak cecah dinding, aku murka.

8)blend sebijik bawang holland besor+bawang merah 4 ulas+3 ulas bawang putih+halia sikit+perah limau. amik periuk tuang minyak sikit, tumis bahan2 yg blend tadi sampai dengar jiran selang 2 umah bersin, baru masukkan air asam dalam 3 cawan, 1pekat, 2 lite-lite. guna asam jawa extra je senang...sampai mendidih, taruh gula secubit, taruh garam ikut sedap tekak, pastu taruh ikan pari. last skali campak bendi. kacau2 sikit. ok. siap. jangan lupa bagi sikit kat jiran yang bersin tadi.

Iqa said...

1) Haruslah cemburu. Bukan setakat fb ex bf tapi seklai dgn awek baru pon stalk jugak. siap download gambar lagi.

2) bola kot. sebab nmpak macho la.

3) gambar saya private.

4) Saya guna safi balqis. Bf saye guna aiken.

5) Walaupon dia cakap dia suka shopping n suka teman saya shopping, saya rasa tak selesa sebab takot dia menunggu terlalu lama. kesian la.

6) pd saya, kalau dah sayang, apa sahaja sexy.

7) believe it or not. saya xpernah mengalami senggugut. tapi ble simptom emosi pms, saya harapkan bf phm n layankan aje segala kerenah.

8) sedapnya~ baru lepas makan ikan asam pedas beli kat cafe.

Nazhatul said...

rasa cam rajin plak nk menjawab ni:

1) tak kuasa nak cemburu. putus pun pasal tau saya gf no.2. sgt cilaka perangai itu lelaki. ceh! stalkt tu masa mule jekla. tu pon psl nk tengok pict gf die. hohoho..

2) 2-2 pon blh. pasal hubby kaki bola dan kaki main game. sanggup jek temankan dia tgk bola kat mamak smpi pkl 2 pg siap tetido kt meja makan. kalau main game lak kat lappy, saje sebok baring kat sebelah dia sampai tetido. hahahh

3)saja la tu nak tarik perhatian. dengan harapan kawan2 akan komen kate, "eh, mana de gemuk. you lagi kurus daripada last time i nampak hari tu,".. pfffftttt!!! meneydihkan. tade cara lain ke nak tarik perhatian???

4)gesek je muka dengan kertas pasir gred paling kasar. 1 hari buat 3 kali. nescaya akan licin la kulit muka tu. heh.

5)suka jek hubby temankan shopping. sebab dia sgt teliti bila shopping pakaian. habis semua dibelek betul2. tp.. erk.. pakaian dalam takde la dia belek. heheh.

6)erk... man boobs?? hohohho.. ye kot..=p

7)tolong jangan nak cerewet mintak buat macam2. kang kena marah ada lak yg jadi isteri derhaka. bagi kami rehat dengan jaya nya. kalau kami tido, jangan kejut suh masak nasik. kalau kejut nak ajak makan kat luar takpe.

8)bukak google, taip Ikan Masak Asam Pedas, then pilih la resepi yang mana korang suka.

sekian, terima kasih.

Anoneemus™ said...

1.Tak jeles.tp bangga kalau awek baru dia cantik.maknanya taste dia tinggi la kan.

2.Both I don't mind. Tp main game boleh tumpang main skali.Main bola takleh join.tgk je tak sama.

3.Tak pernah pulak tanya mereka. Mungkin sbb nak orang cakap 'tak gemuk pun'? atau sbb nak orang kasi tips utk kurus secara percuma.Ya, mungkin mahu bertanya how to lose weight tp malu bertanya sesat jalan.

4.Saya gunakan pencuci muka dan losyen OXY, exfoliate dengan Syahirah dan kadang2 guna SKII.

5.Saya tak kisah temankan atau tidak.Tp drivekan dan bayarkan memang perlu.Maknanya teman sampai ke pusat beli belah, tak wajib teman tengok semua barang sampai kedai La Senza dan Sasa pun masuk sekali.

6.Tak seksi. Beer belly is better than man boobs.I sorang je boleh ada boobs.

7.Urutkan jika sudah berkahwin. Jika belum, cuma hamburkan kata2 manis dan jangan banyak soal.Tlg cari air panas utk tuam pun oqeh.

8.Mula-mula saya buat inventori bahan-bahan berdasarkan resipi di paket perencah asam pedas. Kemudian setelah bahan mencukupi, saya akan ikut resipi di blkg paket itu step by step.

Itulah jawapan yang sejujurnya.

noulha said...

nak jawab!

1) Adakah anda akan berasa cemburu jika bekas teman lelaki anda sudah menemui cinta baru? Masih stalk dia di Fesbuk kah?
--> tak

2) Yang manakah anda lebih rela hadapi? Jejaka kaki main game ataupun jejaka kaki bola? Huraikan.
-->kaki bola. sebab kalau dia g tgk bola aku bleh g kuar ngan member pempuan

3) Apakah matlamat ataupun objektif gadis-gadis meletakkan gambar mereka yang kurus di Fesbuk kemudian meletakkan caption "Alaaa dah gemuk..."?
-->gedik je kot, mengharapkan perhatian

4) Saya perhatikan gadis-gadis secara umumnya memang berwajah licin langsung tiada jerawat. Apakah jenama produk penjagaan muka yang disyorkan kepada jejaka yang menghadapi masalah jerawat?
-->er.. utk y jerawat batu sampai tgk ase nk amek kertas pasir, tu mcm tataula. g la skin repair sekali saje sampai elok. pastu menten saje, guna johnson clean n clear

5) Secara jujurnya, adakah anda gemar teman lelaki anda menemani anda ketika membeli-belah? Huraikan.
-->tak melainkan dia nak blanje

6) Di mata seorang wanita, adakah man boobs itu seksi?
-->ofkos tak. tapi kalau bf/husband ku macamtu, ku relakan saje

7) Apa yang kami boleh lakukan untuk anda ketika anda sedang mengalami pendarahan bulanan untuk meringankan kesakitan anda?
-->bersabar dan layankan aje

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan khidmat enjin carian, huraikan bagaimana hendak memasak Ikan Masak Asam Pedas.
-->lengkuas, halia, belacan,bawang merah bawang putih. halba. tumis barang2 biasa sampai naik bau. tumis cili plak sampai garing. patu masukkan air asam jawa. tambah la sekeping dua asam keping. masukkan ikan bior masak dlm kuah. kalau ko suka y garing ko goreng dulu ikan. hiris bawang halus2 wat tabur atau daun kesum. waaah sedapnye....ohye. ni resepi masak asam pekat melaka sejati. kaw2 punya warisan nek aku.

miss izzah said...
This comment has been removed by the author.
Kap said...

aku selak bahagian komen dan ternanti nanti jawapan soalan nombor enam.
khas untuk sahabat lelaki aku yang berdada tidak kental.

Adinda said...

first tyme jejak kaki kat sini tapi asae nak komen..hehe..

1.damn yes aku akan jeles..memandangkan aku ngan dia masih lagi FRIENDS di fb,so kalau dia nak cari gf baru,sila remove saya dari senarai friend dia.That's all.

2.jejaka game sebab aku boleh pastikan dia snetiasa ada kat rumah dia n x merayau g mana2

3.hahaha..x pernah buat benda macam tu..seeker attention maybe..nak suruh org ckp,xderla,x gmok pom..haha

4.urm xtaw sangat,mungkin boleh cuba kertas pasir..wakakaka

5.TIDAK!sebab aktiviti tu akan menyeksa dia..lagipun,membazir masa je..kuar ngan bf tapi spend masa tengok barang2..

6.man boobs?apa tu?no comment.

7.treat us like a BABY~!hahaha

8.x reti..papai

crazy_labelle said...

1) Kadang2 perpisahan yg dipinta dari perempuan
adalah utk menguji kesetiaan dan suro lelaki buktikan kata2"i can't live without you"...
malangnya, hal ini menjadi mendukacitakan apabila
lelaki selamba mempunyai gf baru sedangkan perempuan itu masih heart broken
(walopon perempuan itu yg mintak putus sebenarnye sebulan yang lalu)... ironik bukan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2) both ade pro and cons tp i pilih gamers sbb i pon suke main game gak..
best dapat spend time main game bersama2
compare to merenung air tasik titiwangsa sewaktu deting...
tp yg xbestnya apabila diorg fanatik dan sanggup spent ribuan rm utk beli game2 terkini...
serta sanggup ponteng kelas dan tidak tidur malam utk bermain game online...
ish3... terus rasa nak bg tazkirah subuh...

#xckup streotype kan lelaki into bola n game je...
#luaskan skop kpd main basikal, dance, kerja, memasak, band indie, rempit dsb...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3) owh itu adalah satu cara utk takbur tp gunekan ayat2 merendah diri utk kaburi mata org
cth:
a. kaki i ni susah nk carik saiz... kene beli kasut kat nose and vincci je...
b. muke i ni sensitif sgt lah... terpaksa beli set pencuci muke SKII set premium...
c. merasa jugak i pakai jam guess original bernilai rm500...
thanks mama bf i sbb belikan sbb kalo i mmg xmampu la...

cakap je la ko pakai barang brended2 etc... knp nak konon2 nya low profile???
ke masih lagi wujud budak2 naive dan terpedaya dgn lakonan sume ni??

sorry la kalo org lain bole la kipas2... ak jgn harap... sbb tu i'm not into fb...
sbb xbole nak beri komen-dalam-bentuk-kutukan-membina dgn identiti anonymous... wahaha....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4) nak elakkan jerawat 100% is mustahil...
biasanya puncanya pemakanan... tp ade gak baka memainkan peranan...
satu lg the right produk... lain kulit lain formulanya...
dan xsemestinya paling mahal paling mujarab...
ak penah test mcm2 dr mahal ke murah, tp hakikatnye biore je yg sesuai dgn muke ak...

tips mudah ialah jgn picit jerawat... ye i know it is irresistable nak2 kalo tgh masak tu...
tp kesannya adalah parut utk jangka masa panjang... lg satu jgn makan kicap...
dan pastikan cleanser, toner, dan moisturise ikut rutin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5) tgk shopping ape... kalo pakaian, mmg xsuke sbb ak amek banyak masa nak pilih 1 item..
tp kalo barang2 rumah best sbb ade org tlong bawakkan barang... hehe..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6) man boob tidak sexy...
tp ade ke wanita turn on sambil membayangkan meniduri perempuan lain ketika isap nipple manboob?
#justasking
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7) i xde senggugut.. tp moody kdang2...
nasihatnye.. hadapi segala kemarahan dan mood swing sbg satu cara utk melatih sifat sabar...
ingatlah saat bahagia akan menjelma jua... *wink2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8) mandi, mekap, dan bertolak ke
Asam Pedas Power, Jalan Puteri Hang Li Poh, Malacca Town, Melaka, Malaysia
pedas gilos... tp i loike very much!!!!

Shirowun said...

nak jawap jugak la..

1. sy x jeles dan x stalk FB dia. tp awek dia yg stalk FB sy.. cmne 2??

2. kaki bola kot sb sy layan jgk bola sekali sekala

3. owh ingt kan sy je menyampah dengan perempuan cmni.. lelaki pun ada jugak hahaa.. biasa yg buat cmni perempuan yg perasan cantik.. so mungkin dia nak lelaki ckp "eh x gemuk laa, cntik je i tgk" lepas 2 terus buat cerita yg lelaki 2 puji dia cantik dengan ikhlas -_-'

4. untuk jerawat pakai Dalacin-t.. untuk kulit halus pakai la garnier

5. tak!! sebab nanti dia kepoh ajak balik cepat!

6. huh?? lelaki gemuk sy boleh terima, tapi lelaki ada boobs sy x boleh terima! tu kan perempuan punya hahaha!

7. entah x tau, sy jarang PMS

8. amik kunci kereta, start enjin, drive kereta menuju ke asam pedas bangi depan kompleks PKNS :)

miss j said...

1.tak pernah ada ex lagi.tp kalu dah putus aku delete terus je.tak amik tau lg dah.
2.kaki bola sbb aku minat bola sikit2.
3.ntah. attention seeker je tu.
4.safi gamat
5.tak. takut dia boring. lelaki mana suka beli-belah kan? lgpun lelaki tak reti bg pendapat.hampeh.
6.tidak.
7.just be extra caring towards me.
8.blender cili kering,bwg bsr,bwg putih,kunyit.pastu tumis.bila minyak timbul masukkan air.biarkan mendidih.masukkan garam,gula.pastu ikan.last sekali air asam jowo. (aku dah lame x msk asam pedas ni)

efyna.pinkladies said...

1) Adakah anda akan berasa cemburu jika bekas teman lelaki anda sudah menemui cinta baru? Masih stalk dia di Fesbuk kah?
>>> mestilah stalk sebab nak tengok hebat sangat ke GF baru dye tu. huh!

2) Yang manakah anda lebih rela hadapi? Jejaka kaki main game ataupun jejaka kaki bola? Huraikan.
>>> better main game. sebab BF aku prefer main game dan bola adalah meloyakan. hahaha!!

3) Apakah matlamat ataupun objektif gadis-gadis meletakkan gambar mereka yang kurus di Fesbuk kemudian meletakkan caption "Alaaa dah gemuk..."?
>>> adakah mereka mintak pelempang? aku pun benci gadis seperti mereka.

4) Saya perhatikan gadis-gadis secara umumnya memang berwajah licin langsung tiada jerawat. Apakah jenama produk penjagaan muka yang disyorkan kepada jejaka yang menghadapi masalah jerawat?
>>> oxy. takpun berus pakai berus dawai serta serbuk arang. bagi berkilat. :)

5) Secara jujurnya, adakah anda gemar teman lelaki anda menemani anda ketika membeli-belah? Huraikan.
>>> suka sebab boleh pau dye dan tanye pendapat. tapi jadi tak suka kalau dye asek duk membebel suh cepat. =,="

6) Di mata seorang wanita, adakah man boobs itu seksi?
>>>err. tak kot,

7) Apa yang kami boleh lakukan untuk anda ketika anda sedang mengalami pendarahan bulanan untuk meringankan kesakitan anda?
>>> sila jangan buat perkara bukan2 @ sedia menjadi tempat lepas amarah kami. cool kan?


8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan khidmat enjin carian, huraikan bagaimana hendak memasak Ikan Masak Asam Pedas.
>>> BF gua tanya cam mana nak masak pun gua gagap.

Mohamad Faizal said...

terima kasih gadis-gadis kerana sudi memberi jawapan yang jujur dan tulus dari hati....dan kesimpulan umum yang saya boleh buat adalah...man boob TIDAK seksi. i'll come out with a harder question next time heh

Mia said...

1. Akan stalk secara tiba-tiba lepastu bila tengok dia dengan cinta baru terus...HAPPY! Putus dengan baik harus happy for one another.

2. I suka dua-dua!! Kaki bola dan gamers! Itupun sebab I pun fanatik akan kedua-duanya. Tapi disebabkan boyfriend adalah pemain game tegar lalu drag I sekali, maka lebih afdal meluangkan masa dengan dia bermain World of Warcraft untuk 8jam. Ahhh heaven :)

3. I perempuan pun tak suka captions sebegini. Kalau dah gemuk ataupun pipi kembung, diorang takkan letak gambar begitu, betul? Mungkin mencari publisiti murahan.

4. Jenama produk penjagaan tak kisah pape pun, asalkan JANGAN MALAS NAK APPLY. LOL.

5. Tidak gemar. Sebab perempuan akan kesana kemari berjalan. So I selalunya rasa kesian dekat boyfriend sebab nampak miserable gila tak enjoy menemani I. Maka lebih elok rasanya shopping sendiri hehehe.

6. Man boobs tak seksi. Titik noktah.

7. Pendarahan bulanan? Senyap aje. Sebab kalau kitorang bising-bising, percayalah kitorang pun tahu ianya pembawakan hormon. Tapi kitorang tak boleh buat pape sebab it's inside our body already. Jadi diamkan saje.

8. Betullah lain-lain negeri lain cara masakan. I selalu masak style Melaka dengan Johor. Tapi kalau nak taip cara dua-dua susahlah pulak LOL.

Okay dahh. Heheh suka section nie! Lain kali buat banyak-banyak lagi ye. Bior orang lelaki baca :) Haha!

Mohamad Faizal said...

mia: haha sudah level berapa warlock anda

Mia said...

Tak main Warlock. Main Hunter. Hehe. So far banyak Hunter aje. Ada Shaman & Paladin juga. Teringin nak main Warlock tapi...macam susah aje. Betul ke? :) Level paling tinggi adalah Blood Elf Hunter. Tengok, jangan bagi mula bercakap tentang WoW, habislah jawabnya hehe.

Mia said...

Oh lupa. Hunter paling tinggi tue level 85 lah! Sekarang ada patch baru, sedang cuba dungeons baru yang sangat susah. Harus tahan dimaki oleh lelaki yang tak tahu ada perempuan yang main dalam group tue -_-

Zya said...

1-Tidak sebab saya pun sudah ada boyfriend
2-main game
3-Buat tak tahu
4-carilah sendiri kat farmasi
5-Tak mahu,lebih suka shopping sendiri
6-Kalau boleh sila pakai sports bra
7-Tidak tahu
8-Campak ja bawang kisar,lada kisar,air asam,garam dan masukkan ikan.

balkis said...

1) serius aku akan jeles...

2) elok dari kaki pompuan kan?? ok je... x perlu huraian lanjut.

3) perhatian. itu sahaja

4) Garnier light... kamu pakai dashing untung2 jadik kacak dan gagah seperti heroin nur kasih

5) langsung tidak!!!!!!!!!!! lelaki kurang layak menjadi pakar rujukan fesyen. tapi aku suka shoping dgn sepupu lelaki aku... beliau expert.. metroseksual...

huraikan dulu macam mana aku nak measure keseksian boobs lelaki...

please stay away from us... kalau stok pil menstrual habis boleh tolong belikan tapi selepas tu pease stay away... I need SPACE!!!!

ikan masak asam pedas??
ikan, cili boh untuk pedas, asam keping sbg ejen asid pemasam, air untuk kuah. lain2 tu ejen pelengkap masakan ja.. (hiasan)

haku said...

1.cemburu tu xla..stalk orang perkara biase..=D

2.jejaka kaki bola la sebab yang kaki game ni lebih xberperasaan dari yg kaki bola

3.sebab rasa nak kne maki
4 garnier.fahrin ahmad pkai t'pncar nur di wajah....

5.tak.xbebas,bising nak blik cpat, pastu buat mke xpuas hati.xpon dia yg melebey org lak yg kne ikut dia

6.hahaha korang curious k nk tahu thap keseksian korang?
7.tolong jgn wt bnde plik2 yg agk2 bole m'datangkn marah n bagi ktorg rehat yg seckupnya

8.cili blend+bawang blend (tumis)+air(da didih)+msuk ikan(cuci dlu)+asam kping@jawa+serai+sayur(klo nak)+garam seckup rse.. tuan2..puan2 bole la m'cbe kt rumah...

Siti Nurbaya said...
This comment has been removed by the author.
Siti Nurbaya said...

Aku nak menyebok gak jawab (padahal dah outdated)

1. Ex-bf ada gf baru kat FB? Tak tahu dowh aku dah unfriend dia lama masa bergaduh stalk pun takde masa (berlagak siot)

2. Aku rela mengadap jejaka main game. At least dia duk rumah pastu sibuk jeles bila aku kuar tgk wayang sorang2. Kalau bola ni hantu lepak mamak sampai badan pun bau megi goreng dabel telor mata atas.

3. Semua tu saja je..seeker attention babe.

4. Cuci muka 2 kali sehari guna pencuci yang sesuai dengan kulit muka bukan ikut brand. Kadang cap ayam pun okey ngan kulit muker....

5. Saya tidak gemar teman lelaki menemani saya ketika membeli belah. Semak. Nak balik cepat. Saya suka shopping sorang. Bawak kawan pompuan bahaya. Kena follow diorang lak *sigh*

6. Man boobs. Tak seksi. Man stomach=seksi.

7. Buat bodoh je kalau time PMS tu normal la mengamuk. Ha ha ha.

8. Bwg merah+bwg putih tumbuk sekali. Tumis dengan cili kering sampai naik bau dan pecah minyak. Bubuh air+asam jawa, masuk ikan bila mendidih manja. Rasa asam garam, kalau kurang bubuh le garam/asam/gula. Bendi last sekali. Nak sedap buh daum kesum atau buleh buh sawi jeruk. Ahh meleleh air liur sey..slurrpp.

Shepha said...

1)cemburu tu mestilah tapi dah block dia dr fb so takpayah sakitkan hati nak tgk2 dia lagi

2)jejaka kaki bola.bila beliau bermain di padang,kita boleh mencuci mata sekali dgn mentengok abg2 bola yg lain :)

3) sekadar ingin menegaskan,I pernah kurus dulu yoouuuu~

4) jgn korek2 or garu2 muka anda dgn kuku.

5) tak.boring.bnyk complaint.semua pun ok.lgpun takleh masuk fitting sama2 mcm kawan pompuan :D

6) er.tak kot

7) buat2 caring dan belikan panadol pink.mungkin boleh ajak beli belah,akan buatkan kami lupa kesakitan

8) tak pandai.pandai makan je

Anonymous said...

ohhoi~~ ni soalan yg saya suke nak jawab

1) no way nak stalk ex kat fb..buang masa

2) kaki main game - buleh tumpang sama :)

3) spesis2 ni adalah gedik, nak attention dan nak mintak org puji [utk sedapkan hati dan juga self confidence]

4)itu datangnya dari hormon yg juga membuatkan muka kami berjerawat...serta pemilihan produk yang bersesuai...lain org lain barang yg sesuai...sila rujuk di kaunter menjual set pembersihan wajah

5) saya tidak suka diteman onleh teman lelaki sebabnya saya takmau dia bosan dan saya tak selesa nak membeli belah kalau ada orang dok menempek mengikut ke hulu ke hilir...pegang beg saya pun tak payah!

6)saya tak suke man boobs...in fact, saya tak suka pun tgk laki topless..HAHA

7)apa yg perlu dibuat adalah to expect the unexpected...masalah hormon ni, kekadang nak lain tp minta lain tp marah kalau dapat benda yang diminta tu...yeah, i also cannot explain this...pendek kata, expect the unexpected

8) asam pedas melaka ke utara? lain negeri lain cara...tp saya pun malas nak list byk sangat...karang org tak larat nak bace...HAHAHA

sekian
Jamie [anonymous la sangat kann haha]

Asrina Solihi said...

Assalamualaikum wbt..
1st, tahniah saudara sbb kemukakan soalan2 untuk memahami jiwa wanita ni.
2nd, xtahu kenapa saya terpanggil untuk menjawab soaln2 saudara di atas ni. tapi, mayb jwpan saya sedikit ilmiah dan serius jika nak dibanding dengan jawapan2 diatas mskipun sy tak baca semua dek masa yang limit.ok.


1-sy x ada teman lelaki istimewa, tapi ada kwn lelaki yang saya suka dalam diam. walaupun sy bkn sapa2 pada dia, tp jujur saya cemburu jika orang yg saya cinta mempunyai hubungan cinta dengan orang lain. cemburu bila dia rapat dengan wanita lain. cemburu bila dia berhubung dgn wanita lain. cemburu bila dia mesra dengan orang lain. dan memang tak dinafikan selalu stalk fb dia sbb nak pastikan dia masih sihat.kalau tak shat, sy doa je. nak tanya khbar, malu...sbb saya bukan isteri dia.

2-kalau dah cinta, tak kisah dia kaki apa pun, yang penting, dia tak tinggal tuntutan agama, dia tahu priority mana yang perlu didahulukan.

3-wallahualam, kalau tak dia ada masalah hati, ataupun masalah psikologi.

4-saya ada jerawat, tp nasihat saya, jumpa dertmlogy terus kalau jerawat teruk sgt. kalau jerawat biasa2 tu, rajin2kan diri cuci muka 2x sehari dengan pencuci muka yang sesuai(blh tanya pd yg pakar), dan cuci tgn bersih2 sblum sentuh muka. for those yg ada masalah hormon, elok jumpa doktor minta ubat stabilkan hormon.

5-kalau saya dah ada tunang aka teman lelaki istimewa, tetap tak suka dia temankan ke mana2. sebab sy fikir sy nak jaga kehormatan dia. lagipun dia bukan suami saya lagi. untuk berdua2, saya prefer untuk spend saat2 tu bersama suami sy yang sah sahaja.

6-kalau dr mata, mayb tak mayb ya. wanita berbeza cara pandangannya, tapi jujur, sesetengahnya, dia tak ambil kira keseksian seorang lelaki pada mana2 bahagian fizikal lelaki tersebut.dan sesetengahnya juga beranggapan ia seksi sbb mungkin mind setnya begitu.

7-kalau suami isteri(maaf sy tak tahu menahu dunia pakwa makwa ni sbb maklum sy xada pakwe), tolong buat kerja rumah bersama2, kalau isteri cuci baju, suami sidai baju. isteri masak, suami potong sayur, ptong ikan...dan yang paling penting, URUTKAN ISTERI sebab nak bagi rasa kekejangan disebabkan tekanan dan kesakitan tu hilang..

8-kalau sy, sy ikut resepi mak saya lah, tumis bawang merah bwg putih, sambal, letak air asam, lepas tu ikan. tu je.

wallahualam lissawab. moga jawapan ini memudahkan. wasslam.

Asrina Solihi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Auch die perversen Live sexcams Erlebnisse sind total begehrt.
Vor meiner Sexcams gehe ich so richtig aus mir
raus und mache genau das was du dir von mir wnschst. For each person, work
holds unique meaning.

Also visit my web site sexchat

Anonymous said...

Well here is your little warning loser telefonsex and new blackmail slave.
I expect you to get down on your knees dressed in the most perfect thing.
This means I want to be touched.

Look into my homepage Telefon Sex

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...