Monday, April 11, 2011

Tanda-Tanda Anda Seorang Jejaka Metroseksual

Hai apa khabar semua? Di tempat kerja lama aku dulu, aku ada seorang kawan yang mengaku dia adalah seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia sound aku cakap "Hey Faizal, real men don't watch Twilight!". Jadi jika aku bukan 'real men' ataupun lelaki sejati, kategori lelaki apakah aku ini? Dia cakap aku ni lelaki metroseksual. Apakah itu lelaki metroseksual? Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.

1) Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas: "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri. Janggut tak shave, rambut tidak disisir rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan. Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur. Minyak rambut malam tadi pun masih intact. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.

2) Anda ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.

3) Anda membawa beg tangan lelaki ataupun 'manbag' ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli. Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


4) Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita. Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung Hana Tajima, membuat kek red velvet mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.

5) Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men's Vogue.

6) Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut Maniam. Syampu pun pakai Vidal Sassoon. Eh ada lagi ke syampu tu? Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.

7) Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri. In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit. Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.

8) Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air. Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L'Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.

9) Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Real Housewives of New Jersey.


10) Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi "cet cet" di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti "Hai Bang Long, meh la saya belanja air Zappel". Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat pandangan berahi daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.

Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual. Well, as long as you don't gargle some other man's ball in your mouth, that is. Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?



32 comments:

Anonymous said...

saya suka lelaki metrosexual kerana mereka biasanya bau wangiiii.. dari sebatu dah bau perfume mereka yang harum semerbak ni. hehe. xdela bau hapak ke masam ke bau minyak rambut ke or bau baju tak kering.. euwww

one metrosexual guy in my mind right now = barney stinson from how i met ur mother..

Mimie.Candy Cane said...

aku lebih suka lelaki berjiwa rock dan dress mcm rockers..tapi bukan mcm indon yg pakai shirt cannibal corpse tapi jiwa inul yer..

..:: WiRdA ::.. said...

bila berduit lelaki akan auto metroseksual.. tp ada jugak tak berduit nak jugak bebankan diri begitu kan..tp jarang nampak lah. ;) eh pempuan yg macam tu org panggil ape ye? hahahahah

Anonymous said...

lelaki sejati main fantasy premier league.
main lagi ke fantasy premier league??




-rocky balboa 1,2,3,4....

Mohamad Faizal said...

anon: mereka pakai ubat ketiak avon

mimie: indon cannibal corpse ada kat pasar malam rumah aku

wirda: perempuan memang naluri mereka hendak berhias tetapi jika berhias menyerupai lelaki dipanggil pengkid. eh

rocky: pastilah main. malam ni abg kuyt score dua, clean sheet campur bonus point huii dah namblas points

The Sharkox said...

Aku metroseksual rupanya.. ok la tu dari homoseksual. kang kena sula macam saiful pulak..

crazy_labelle said...

metrosexual bukan aww kan... diorg lelaki tetapi menjaga penampilan diri... i like clean guy tp kalo kulit muke die lg bersih dari ak mmg tolak tepi la... a few scars is sexy... tambah identiti kata org...

wannurfazrini said...

aku pun suka lelaki metroseksual but bukan yg over. lelaki pun kena jaga penampilan gak. takkan perempuan je. so lelaki nmpak kemas pun ok tayah over sangat mcm kat atas ni. ni dah tahap babun apa tah ni!

Kunal said...

"Hey Faizal, real men don't watch Twilight!"

hahah, I never said that!!

abdul azim b mohamad isa said...

kalo pakai bedak sejuk dan bedak carrie junior pada usia 22tahun, tu laki kategori apa pula?

malam ni aku sokong liverpool. xnak man city menang. itu sahaja..

cikbunga said...

musykil aku bile ko sebut jenama2 yg aku yg perempuan ni pun x pakai..
ko mesti metroseksual kan haha?
g wat manicure/pedicure kt ner tu? hehe

clarky said...

sukaaaa!

tapi stok boyfren aku tak pernah metrosexual. kawan baik adelah. haih...

Mohamad Faizal said...

sharkox: apa khabar tah saiful sekarang

labelle: cuba gugel Franck Ribery tengok dia seksi ke tak

fazrini: yang mana gambar kat atas tu ke? haha dia femes taww

kunal: yeah you pretend that you dont like twilight but you watch that vampire diaries

azim: MESTI! KAMI MAHU TEMPAT KELIMA UNTUK BERMAIN DI EROPAH! (semangat)

cikbunga: kat alamanda. eh

clarky: itulah mereka memang pandai bergaul dengan wanita tanpa sikitpun rasa tergoda

afrohead said...

apa aku menjadi metroseksual bermakna menjadi homoseksual. pada aku lah.

santiago aguero said...

aku salu gunting rambut kt abg macho seksyen 15 bangi sebelum ni

oh..adekah aku metroseksual?



kehkehkeh~

Anonymous said...

tapi kalu baca harian metro dah hilang 50% kemetroseksualan nya.Pelik betul.

sartorialist.

Mohamad Faizal said...

afrohead: selagi kita tak masukkan zakar ke dalam dubur seseorang, masing belum homoseksual lagi

santiago: santiago aguero kan metroseksual heh

sartorialist: ya kerana metro tidak memaparkan fesyen2 lelaki terkini

Kap said...

rokok permulaan dadah.
metroseksual permulaan homoseksual.
wiwiwi.

^Laila^ said...

lelaki metroseksual slalunya hensem.. lalala~~ :)

Anoneemus™ said...

Dah buat Silly Things Men Do to Impress Women.

Chekidoud y'alls.

Mohamad Faizal said...

kap: haha benarkah begitu risau juga kerana aku separa metroseksual

laila: thanks

anoneemus: kool!

JAIRO said...

air zapple perrgghh epik!!! hahahahahaah

Kunal said...

@Faizal

What's wrong with the Vampire Diaries? haha

Feeq said...

Kenapa kekadang senang orang charge kita one of the gay kalau kita metroseksual guy.....?? -_-

mohd sharizal said...

Yes...rupanya aku metroseksual...yg penting personaliti..wajah..kemas..tak suka simpan jnggut or misai...everything need clean..but dislike "manbag'...perfume part of my life.

Anonymous said...

ya lha...asalkan kta seronok jer -

haibara ai said...

tau xpe

dill vest said...

kenapa orang slalu ckp lelaki metroseksual ni homo??x fhm sngt mungkin sbb diorang jealous xdpt jdi metroseksual..

Anonymous said...

Jeles la tuuu. Kah kah kah

Iez Raiez said...

Metroseksual xsemestinya homoseksual. I think aku sendiri pun ada ciri2 metroseksual tu

Iez Raiez said...

Metroseksual xsemestinya homoseksual. I think aku sendiri pun ada ciri2 metroseksual tu

Anonymous said...

lelaki berkote besar besarseksual

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...