Wednesday, April 20, 2011

Why Men Don't Watch Glee


Dulu aku ada seorang rakan sekerja yang mengaku dia seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia cakap dalam bahasa Inggeris sebab dia tak fasih cakap Melayu, "Hey Faizal, real men don't watch Glee". Bagi mereka yang buat-buat tak tahu apa itu Glee, Glee adalah sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah tinggi daripada pelbagai latar belakang dan orientasi seksual yang berbeza. Setiap minggu mereka harus berhadapan dengan masalah sosial remaja berdasarkan skrip yang ditulis di samping menyanyikan lagu-lagu yang relevan dengan situasi. Kembali kepada tajuk di atas, adakah benar dakwaan Kunali yang mengatakan lelaki sejati tidak menonton Glee? Sebagai seorang lelaki yang boleh tahanla kesejatiannya, saya ingin mengupas persoalan ini dengan membuat pendedahan eksklusif mengapa lelaki sejati tidak menonton Glee. Ayuh teruskan membaca.

1) Bimbang dituduh homoseksual oleh lelaki sejati yang lain

Sama seperti Twilight, kita mungkin akan dilabel gay jika kita menonton Glee. Sebenarnya, orang lelaki amat meminati Glee, tetapi oleh kerana reaksi negatif yang diberikan oleh lelaki sejati lain, mereka hanya menyimpan perasaan ingin menonton Glee mereka itu jauh di lubuk hati. Ok mari kita buat satu kajian. Jika anda ambil seorang lelaki yang tidak pernah langsung menonton Glee, kemudian kita suruh dia tengok Glee dan cuba tanya dia siapakah ahli Glee yang merdu suaranya serta memiliki karekter yang menarik, kebanyakan daripada mereka pasti akan menjawab Kurt. Ahah! Adakah anda tahu yang Kurt itu gay di dalam Glee dan gay sejati di luar sana? Maka secara serta-merta kita pun akan dilabel sebagai gay sebab kita minat kat Kurt. Padahal kita memang sukakan buah dada dan bukan buah zakar.

Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan ramai lelaki tidak boleh (bukan tidak mahu) menonton Glee. Lagipun kalau kat pergi minum dekat mapley, lepastu kat projektor tengah tunjuk perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Lepas tu kau pergi pulak cakap kat mamak tu kuat-kuat "Ane, bukak Star World la kasi tengok itu Glee". Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Anda pandang sekeliling, semua orang lelaki sedang merenung tajam terhadap anda. Dalam minda mereka semua bertanya, "Adakah anda ini homoseksual?"

2) Berjiwa rok n roll

Sebagaimana yang kita tahu, setiap minggu adik-adik Glee akan menyanyikan lagu daripada pelbagai artis dan genre. Daripada Britney Spears, AC/DC, hinggalah ke Billy Joel, semuanya mereka cover. Namun begitu, sebelum mereka boleh menyanyikan lagu-lagu daripada artis tersebut, mereka harus meminta izin terlebih dahulu. Macam nak bersetubuh dengan isteri, kenala minta baik-baik tak boleh main toron je nanti masuk Harian Metro pulak sebab 'rogol' isteri. Entah apa apa analogi yang aku guna. Anyway, pencipta Glee Ryan Murphy pun cubalah minta lagu kat artis-artis rok seperti Slash dan Kings of Leon, tapi diorang tak mahu beri. Si Ryan ni pun dah terguris hati mulalah meroyan cakap artis-artis itu semua bangang sebab tak nampak pengaruh Glee terhadap industri muzik.

Langsung Dave Grohl dari Foo Fighters pula melenting melihat rakan minum di kopitiam mereka dicaci. Dave pun maki la balik Ryan, "Hey Ryan, **** suck **** ****** **** my ****** *** *********chocolate ***** salty ********* *** ******* balls...." Aku terpaksa letak *** sebab Dave mencarut-carut. So secara tak langsung, peminat muzik yang meminati muzik rok yang turut meminati artis-artis tersebut akan menyokong artis kegemaran mereka sekaligus memboikot Glee. Lagipun benda yang elok tak perlulah hendak dibaiki bukan? Orang lelaki yang berjiwa muzik sejati menganggap Glee 'merosakkan' lagu-lagu kegemaran mereka bagi memuaskan kelompok demografi mereka.

3) Tidak memiliki paras rupa mahupun suara yang lunak

Anda mungkin bertanya, apakah revelannya paras rupa dan suara jika mahu menonton Glee? Sangat revelan! Korang mesti tak perasan kan yang aku taip 'revelan' instead of 'relevan' dalam ayat sebelum ni? Fokus please. Anyway, anda mungkin boleh relate dengan mereka sebab mereka pun pelajar biasa, ada masalah percintaan, masalah dengan keluarga, masalah orientasi seksual, masalah ejakulasi pramatang serta masalah-masalah yang diberikan oleh guru pendidikan jasmani mereka. Ok fine, kehidupan mereka mungkin sama dengan anda.

WRONG! Mereka ada dua benda yang anda tidak ada, paras rupa dan suara. Jika anda perasan, ahli-ahli Glee semuanya memiliki paras rupa yang diidamkan manusia serta mampu melepasi audition akademi fantasia tanpa bersusah payah dengan suara mereka merdu walaupun selalu pakai autotune. Anda dahla rupa macam watak cerita Beastly lepastu pulak kalau menyanyi keluar suara macam tengah meneran pagi-pagi. Budak-budak Glee setiap kali ada masalah mereka hanya perlu menyanyi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Macam Kurt tu, mula-mula dia takut nak mengaku yang dia gay. Lepas menyanyi semua orang terima dia. Anda bagaimana pula? Maka ini boleh menjejaskan keyakinan diri anda. Anda tak yakin yang anda boleh berhadapan dengan dunia. Setiap hari anda meracau-racau teringatkan yang anda tiada paras rupa dan suara untuk menempuh kehidupan yang fana. Maka di atas sebab itu, anda pun tak tonton Glee.

Ya begitulah hasil kajian saya terhadap mengapa orang lelaki tidak menonton Glee. Adakah anda seorang Gleek? Jika anda seorang lelaki dan anda menonton Glee, anda memang bukan lelaki sejati. Anda lelaki metroseksual dan anda ok. DON'T STOP BELIEBING! Eh believing.



19 comments:

Shima Ibrahim said...

"Jika anda seorang lelaki dan anda menonton Glee, anda memang bukan lelaki sejati. Anda lelaki metroseksual dan anda ok."

- Aku setuju. Tak de salahnya orang lelaki menonton Glee ;) Metroseksual la sexayyyy! Hahahahaha

crazy_labelle said...

adakah anda jantan jika menggemari tv series hotel mania... baik punye kata dafi...

by da way, i do watch glee... tp i don't hate it or like it... i like the idea of the story tp kejap2 5 minit lagu, mcm crita hindustan pla ak rasa...

ye ak akan tonton crita hindustan jika lagu max sepanjang crita ialah 2..

Mimie.Candy Cane said...

dulu ada gak cross in my mind nk tgk Glee ni, tapi smpai skang nafsu tu tak sampai lagi..jadi aku tak tengok pon..kadang2 rasa annoy gak lagu2 fave aku dorang cover terus jadi geli dah nk dengar.Glee= geli

Nazirul said...

kah kah kah.

aku pun tak minat tengok glee ni.

asyik menyanyi je.contoh lain drpd glee adalah filem hindustan.

DuniakuAbstrak said...

tidak kiralah glee ke gelimat ke apa-apa benda yang best d mata aku akan aku layan...peduli apa orang lain nak cakap apa pun

Muaz said...

Aku ada tengok Glee gak sometimes (dipengaruhi oleh isteri).. haha :p

Aku tengok sebab ada lagu2 popular kat luar yg lagi sedap dinyanyikan oleh Glee and sebab Diana Agron. Hehe..

Adakah aku gay? Tapi aku dah kahwin?
Mungkin aku metroseksual? Haha..

Mohamad Faizal said...

shima: thank you for calling me sexayyy

labelle: dengar gosip kata glee nak buat episod bollywood menyanyi lagu2 hindustan betul ke

mimie: apa lagu feveret anda tu? Baby Justin Bieber? that's better that the original! hehe

nazirul: ok kau lelaki sejati....tapi jika kau tengok vampire diaries kau kembali menjadi lelaki metroseksual

duniakuabstrak: bagus. usah biarkan orang lain yang mempengaruhi orientasi seksual kita

muaz: SOMETIMES? riteee. kau bukan metroseksual kau triseksual kerana kau minat gadis (isteri), minat jejaka (aku) dan minat arbok (sally)

Achiq said...

sya tak tgk glee sebab sya x langgan starworld... hahaha
Adakah sya minah sejati....

Brekpit said...

hurm, tgk pade penjelasan penulis ttg cite Glee ni, nampak gaye penulis pon tgk Glee setiap minggu x penah miss, btul? bwahaha..

btw the only reason aku tgk Glee sbb Quinn Febray.. pastu ade plak makhluk Kurt yang gay yang jadik macam magnet menolak2 utk xyh tgk Glee.. tp nk wat cane, cinta kat Quinn tiade tandingnye.. eheh

ryani said...

saya & hubby saya peminat setia glee...dia minat bukan dipengaruhi oleh saya...slalunye dia yg bersungguh2 nak beli cd full season...dan kami mmg ada collection cd glee season 1 & 2...

hubby saya juga suka layan desperate housewife..yg ni mmg benar, saya yg pengaruhi dia...

hubby saya sexy?? YES, OF COURSE ^_^

ururules said...

aku dulik hape aku laki homoseksual ke.. heteroseksual ke.. metroseksual ke.. metrocity ke.. sejati ke..

aku suke Glee.. lagu dia sume sedap.

Mimie.Candy Cane said...

teenage dream- katy perry..

bieber? sape tewww???

Anonymous said...

aku tgk jgak laa kadang2.. tapi takdela ketagih sgt smpai xbleh miss and dload stiap episod.. and aku admit mmg ade bberapa lagu yg dia kaver bess.. tapi depa cover lagu MCR mmg xle blah haha..tapi jika diberi pilihan antara Glee dan bolasepak.. aku pilih Imam Muda.. eh????



-megan musang

Anonymous said...

ijaicool tgok ke glee??akakakakakka...mcm byk je tau sal glee ni..LOL

khairul_bariyyah said...

glee best oh~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! xde tv kat umah sewa pon, bleh donlod kat syok.org! hahaa.. tggu mase je nak abes season 2 punye.. :P

crazy_labelle said...

knp tgk vampire diaries gay? catherine is hot, elena is sweet... arbok je xde...

<3 damon

Wahida Nasution Thakhrim said...

tak salah pada AcHiKz lelaki yang tonton Glee..
Keep watching okay.. (^^)

clarky said...

jap check.
.
.
.
konfem aku pompuan dan tak suka glee. bukan, bukan pansexual.

Mohamad Faizal said...

achiq: tidak akak. perempuan sejati kenalah tengok glee

brekpit: haha miss juga. tengok kalau keluar di starworld di saat itu tetapi tidaklah ternanti2

ryani: semoga anda dan suami bahagia hingga ke akhir hayat

ururules: baguih. high 5

mimie: eleh padahal kejap lagi nak pegi konset biber

megan: hei hei makmum muda musim terbaru akan munculllll

anon: ya tengok

khairul: syok.org? hehehehehe

labelle: tak gay lah. metroseksual

wahida: dont stopp belieeeeeving

clarky: pansexual? haha aku tak arif tentang itu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...