Monday, May 2, 2011

April Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Kali ini, Abang Jai akan membuat ulasan tentang 3 filem yang ditonton di pawagam pada bulan April. 3 sahaja? Ya, tak dapat nak tonton banyak-banyak macam bulan lepas kerana tiada orang mahu teman. Peneman setia pulang ke desa. Kau ingat aku nak tengok cerita The Roomate sorang-sorang? Eww tak berani uols. Ayuh teruskan membaca ulasan separa professional tanpa spoiler sangat ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Just Go With It

Ulasan ringkas: Filem ini mengisahkan tentang Danny (Adam Sandler), seorang pakar pembedahan plastik yang sering memperdayakan gadis-gadis dengan melakonkan watak suami dayus yang mengalami masalah rumahtangga untuk membuat gadis-gadis berasa kasihan sebelum berzina dengan mereka tanpa perlu rasa bersalah. Sehinggalah pada suatu hari Danny terjumpa dengan dengan gadis muda hangat dengan payu dara yang menggiurkan dan di dalam hatinya terdetik "dialah orangnya". Akan tetapi perhubungan yang dimulakan dengan penipuan sudah pastilah akan menimbulkan banyak masalah. Tidak mahu kehilangan gadis itu, Danny segera meminta bantuan pembantu kliniknya Jennifer Aniston untuk berlakon menjadi isterinya. Just Go With It lah bak kata tajuk dia. Jejaka hamsap macam anda harus diingatkan yang ada scene-scene basah berbikini yang bisa membuatkan tangan anda menjalar di dalam panggung.

Sesungguhnya filem-filem Adam Sandler memang klise dan kita boleh agak jalan ceritanya hanya dengan sekadar melihat poster filem. Namun begitu itu tidak menghalang aku untuk pergi menonton filem ini kerana aku memang minat filem komedi romantik Adam Sandler. Of coursela filem ini tidak dapat menandingi filem komedi romantik kegemaran aku sepanjang zaman iaitu 50 First Dates, tapi oklah kalau nak tengok dengan gadis ataupun jejaka jika anda ini gay. Tapi filem ini tiada cameo daripada Rob Schneider kan? Puas aku bersengkang mata sepanjang filem namun memang tiada.

Ratings: $$ 1/2

Source Code

Ulasan ringkas: Source Code mengisahkan tentang Jake Gyllenhaal yang tiba-tiba berada di dalam kereta api di hadapan seorang gadis yang manis. Keliru dengan situasi tersebut dia cuba menerangkan yang dia bukanlah lelaki di disangka, sebelum keretapi itu meletup keluar api umpama payu dara Katy Perry dalam klip video Firework. Apabila dia tersedar, dia tahu dia masih belum mati kerana Mungkar dan Nangkir masih belum melibaskan cemeti. Sebaliknya, dia berada di dalam chamber of secrets yang ada monitor keluar gambar gadis berpakaian askar. Gadis itu menerangkan dia yang dia berada di dalam Source Code, sebuah program yang membolehkan dia hidup dalam minda seseorang 8 minit sebelum mereka meninggal dunia. Tugas Jake adalah untuk menyiasat siapakah pengebom celaka itu sebelum insiden kedua berlaku. Maka berkali-kalilah kita akan melihat scene yang sama tetapi dengan pengkahiran yang berbeza berdasarkan tindakan yang diambil oleh Jake.

Pada pendapat saya, buat masa ini, Source Code adalah filem TERBAIK yang dirilis pada tahun ini. Memang 'mind blown' bak kata orang putih. Mula-mula kau pun akan rasa keliru, tetapi kekeliruan anda akan terjawab sedikit demi sedikit menjadikan anda lebih 'immersed' dengan alternate reality di samping ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di dunia sebenar. Chemistry di antara watak Jake dengan Catherine (Michelle Monaghan) memang menjadi. Walaupun Jake tahu dia tak boleh hendak mengubah apa yang telah berlaku, dia masih ingin cuba menyelamatkan semua orang di dalam keretapi itu. Lepas tu saat-saat terakhir kehidupan mereka yang fana ini, dia masih lagi dapat menggembirakan gadis yang dicintai (nak mengalir air mata aku) serta orang awam yang tidak dikenali dengan bantuan ahli komedi Russell Peters. Somebody gonna get hurt real baddd.....ok.

Ratings: $$$$$. lima beb.

Scre4m


Ulasan ringkas: Seperti biasa, intro filem kelar-kelar mesti dimulakan dengan scene kelar-kelar yang menarik juga. Scream 4 masih mengekalkan formula yang sama dalam filem-filem terdahulu, dengan memasukkan aksi bunuh-bunuh sambil memparodikan genre klise genre filem slasher, untuk membuatkan anda expect apa yang patut diexpect di dalam filem bunuh-bunuh. Instead of kita kaji filem ini, ayuh kita imbas kembali perkara-perkara yang klise dalam filem seram secara umum:

1) Jika anda seorang blonde yang hangat, anda akan mati dengan ngeri.

Jika anda berambut blonde, tubuh hangat nampak lurah payu dara, berperangai gedik dan bergaya bitch, ditambah lagi anda ni bukan pelakon utama, maka bersedialah anda untuk ditikam bertalu-talu oleh pembunuh yang psiko.Selalunya ketika terserempak dengan pembunuh, mereka akan lari sekuat hati sambil mengucap kalimah-kalimah dari bible, tapi mereka pasti akan terlanggar tunggul lalu terjatuh. Riwayatnya ditamatkan dengan percikan darah. Antara bimbo yang dibunuh kejam dalam filem seram ialah Paris Hilton (House of Wax), Sarah Michelle Gellar (I Know What You Did Last Raya) dan Michelle (Melodi).

2) Kereta tak boleh start.

Pembunuh rileks je memburu kita dari belakang. Nak telefon meminta pertolongan masa tulah anda berada di luar kawasan. Flash light pulak tiba-tiba habis bateri. Kita lari pecut macam Azmi Ibrahim untuk menyelamatkan nyawa. Eh kat situ ada kereta, apa kata kita melarikan diri dengan kereta, mesti pembunuh tak boleh kejar kan? Okla naikla kereta. Tangan terketar-ketar masukkan kunci eh terjatuh pulak kat lantai. Ok dah bertenang sikit boleh start enjin. Ehekkk hekkk hekk. Diam. Ehekkk hekkk hekkk. WHAT THE WHAT KENAPA KAU TAKNAK START?? 20 MINIT YANG LALU KAU OK JE KERETA?? Zasss leher dikelar pembunuh.

3) Jika anda terdengar bunyi aneh, itu bukan bunyi angin.

Pasangan remaja sedang berdua-duaan di dalam rumah. Parents tiada pergi balik kampung. Apabila berdua nafsu mula menguasai diri. Lepas tu mulalah nak berzina. Si gadis macam hesitant tapi si jejaka macam syaitan. Ketika sedang rakus menggomoli pasangan, tiba-tiba terdengar bunyi di dapur. Si gadis kembali menyarung pakaian. "Eh bunyi apa tu abang?" "Alahh bunyi angin je tu. Marilah sayang...."balas si jejaka. WRONG! Ada pembunuh di dalam rumah baik korang keluar sekarang! Terlambat. Zasss leher dikelar lagi.

Ratings: $$ 1/2

Movie of the month? Source code sudah pasti. Tapi filem bulan May ini pun bukan calang-calang line up dia seperti Thor dan Click 5. Eh itu nama boyband kegemaran. Kongi pun macam best je. Lu langsi, lu dihantar ke Rahmatullah! Eh. Kita jumpa lagi dalam segmen yang sama pada bulan hadapan.



11 comments:

eddyminako said...

scream? kalau aku, aku bagi $ je.
wasted.

Aslina said...

tak berpeluang pegi tengok kat cinema.

takde duit.

thanks. at least aku ade idea nak download ape. watpe nak download citer yang tak berbaloi2 ye dak?

*sile sepak laju2*

Hanna Iymeera said...

kau buat aku bernafsu nak tengok source code !

scream? aku benci scene cliche mcm tu . baik tak payah tengok .

last sekali , kau serious nak mengalirkan airmata dalam cita source code tu ?

crazy_labelle said...

michelle melodi?

Cik Kiah said...

Encik, saye nak gelak tanpe henti bile bace blog awak leh tak? huuuu

Mohamad Faizal said...

addyminako: ahah. memang sudah diexpect kan ceritanya begitu berdasarkan scream terdahulu

aslina: pap pap pap *sepak laju2*

hanna: benar. hayati ceritanya betul2 orang normal pasti mengalir air mata

labelle: elemen komedi

cik kiah: kena pergi berubat kat harun din ni

Kunal said...

Thor was pretty good. When are we going to the movies Faizal?

kun yusuf santiago said...

jai, part michelle melodi tu aku gelak guling2...

kelakar giler..haha

Siti Nur Aminah said...

tipikal scene yang kau cakap kat scream tu memang smua ada kt stiap film bajet murahan cmni...bru nak bernfsu tgok scene lucah skli zasss..dem

Mohamad Faizal said...

kunal: come here la we go watch together. btw I saw 'kunal kukreja' with your picture in facebook...only fatter...is that you? why dont you add me nigga

yusuf: dia memang rasa nak kelar pun kan kalau bertanya soalan2 panas

aminah: itulah moralnya usah bersetubuh sebelum kahwin...eh

Kunal said...

yeah I'm totally overweight! Guess my fat fingers were too slow to add you earlier :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...