Wednesday, May 25, 2011

At The End of The Storm, There's a Golden Sky

Hai apa khabar semua? Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada para pembaca yang menyokong pasukan Manchester United di atas kejuaraan liga yang ke-19. Akhirnya, Atuk Alex berjaya mengotakan janjinya untuk 'knock us off our faking perch'. Memang pedih melihat pasukan kegemaran kita tidak lagi menjadi kelab Inggeris terhebat (secara domestik, bukan Eropah), tetapi berada di bawah dapat memberikan motivasi yang tinggi untuk kita kembali merampas takhta. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Barcelona kerana bakal memenangi Liga Juara-Juara pada hujung minggu ini.

Liverpool menamatkan musim di tangga ke-6, di mana itu bukanlah posisi yang baik bagi kelab ini. Namun begitu, jika kita translate bait lagu keramat 'You'll Never Walk Alone' menggunakan Google Translate, 'pada akhir badai, ada langit emas' - satu metafora yang sesuai untuk digunakan bagi menunjukkan masa depan kelab ini, di mana pada musim hadapan, Liverpool dijangka dapat memberikan saingat sengit dalam merebut kejuaraan Liga. Padahal tiap-tiap tahun guna metafora ini. Hehe. TIDAK! Kali ini mungkin akan benar-benar berlaku. Ayuh kita kaji faktor-faktor yang akan menjadikan Liverpool kelab yang ditakuti pada musim hadapan.

1) Return of The King....permanently

Memang tidak dapat dinafikan, melihat Liverpool bermain di bawah pimpinan Uncle Roy Hodgson adalah umpama melihat wajahnya sendiri, sugul dan murung umpama baru lepas gaduh dengan bini. Setelah Liverpool terapung-apung di atas relegation zone, lagenda Liverpool Kenny Dalglish dibawa masuk menggantikan Uncle Roy pada bulan Januari secara sementara sehingga penghujung musim. Setelah itu, Liverpool bermain bagaikan sang juara dengan membenam mudah kelab-kelab 'besar' seperti Manchester United, Chelsea, dan Manchester City, di samping merogol kelab-kelab sederhana dengan keyakinan yang tinggi. Dari tangga ke-12 ke tangga ke-6, itu adalah kejayaan juga bukan?


Kehadiran Kenny sahaja sudah dikatakan dapat menaikkan semangat pemain Liverpool. Atmosfera di bilik persalinan menjadi positif dan keyakinan diri kembali dibentuk. The team spirit has never been better. Semasa zaman mudanya bersama Liverpool, Kenny Dalglish sendiri merupakan tunjang pasukan semasa era kegemilangan Liverpool, di mana dia memenangi 7 kejuaraan liga serta 3 Piala Eropah sehingga mendapat gelaran 'King Kenny' daripada The Kop. Ketika zamannya menjadi pengurus pun tidak kurang hebatnya, di mana dia berjaya memenangi 3 kejuaraan liga. Tetapi itu semua sejarah, tak mahulah orang tuduh kita kelab sandarkan pada kenangan bukan? Namun begitu kita sebenarnya tidak perlu merujuk kepada sejarah untuk melihat kebolehan King Kenny untuk mengurus Liverpool. King Kenny bijak mengatur strategi berdasarkan lawan yang di hadapi. Menentang Chelsea, Dalglish tidak takut untuk menggunakan formasi 3-5-2 di mana 3 centreback digunakan maka Abang Carra boleh keluar dari posisi pergi tunjal Torres sesuka hati tanpa berasa risau kerana Agger dan Skrtel ada di belakang sebagai back up. Formasi tradisional 4-4-2 juga kembali kalau tak dulu main 1 penyerang sahaja mengharapkan David Ngog untuk merobek pihak lawan. Eh.

Maka tidak hairanlah Kenny Dalglish diberikan kepercayaan untuk terus membimbing Liverpool ke jalan yang benar dan lurus dengan tawaran kontrak selama 3 tahun. Mungkin eksaited sangat agaknya sehingga kalah 2 perlawanan berturut-turut selepas menandatangani kontrak lalu tak dapat masuk Europa League. Hee hee. That could be a good thing, no? Apa kelas main Europa League sekadar lawan Braga je nanti. Baik kita fokuskan perhatian terhadap liga. Ayat sedapkan hati, as usual.

2) The Real American Dreams

Dahulu pasukan Liverpool dimiliki oleh orang Amerika juga. So apa bezanya dengan orang Amerika yang baru ini? Kami sudah ada wang dan bebas daripada hutang. Pemilik baru Uncle John tidak memberi janji manis cakap nak bina stadium selepas 60 hari membeli Liverpool macam Atuk Gillett dan Hicks. Dia bersikap realistik merangka semua kemungkinan seperti membuat renovation di Anfield instead of membina stadium baru di Stanley Park. Kali ini wang tidak dihabiskan dengan membayar faedah 3% PTPTN kerana beban 200 juta sudah dilangsaikan oleh Fenway Sports Group di mana wang tersebut boleh disalurkan terhadap pasukan instead of membayar hutang. Itu tak campur wang daripada skim perbankan Islam Standard Chartered lagi. Ramai pelabur asing seperti Lebron 'Bajet King' James turut 'jump on the bandwagon' melaburkan wangnya terhadap Liverpool.


Kita hanya boleh judge 'financial power' pemilik baru berdasarkan transfer window akan datang ini. Transfer window Januari tidak boleh dijadikan sebagai benchmark kerana kita beli Suarez dan Carroll guna duit pajak gadai Torres dekat Chelsea. Posisi yang bermasalah dalam pasukan Liverpool sekarang adalah wing dan bek kiri. Membaca gosip-gosip bolasepak di soccernet.com, ada ura-ura mengatakan kita bakal melihat Ashley Young dan Juan Manual Vargas bakal menyarung jersey Liverpool musim hadapan.

3) It's not a two man team anymore

Secara jujurnya, kehebatan Liverpool dalam beberapa musim ini bergantung kepada form dan gandingan Abang Gerrard dan Fernando Torres. Dakwaan itu memang benar, kerana berdasarkan statistik yang saya malas nak cari tapi rasanya betul, jaringan gol dan assist serta berserta peratusan kemenangan ternyata lebih tinggi jika mereka berdua berada di dalam starting line up. So kalau salah seorang injured, kita boleh lihat kepincangan pasukan Liverpool sekaligus Liverpool dilabel sebagai two man team. Bukan nak kata pemain lain tidak memberi sumbangan, cuma dengan adanya gandingan Gerrard-Torres, pasukan Liverpool ternyata lebih bahaya.

Tetapi itu merupakan kisah lama. Di bawah pimpinan King Kenny, kita dapat lihat beberapa orang pemain 'stepped up' untuk memikul beban yang selama ini dipikul oleh Abang Gerrard, khususnya. Abang Dirk Kuyt memang kita kenal dengan work ethicsnya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah berlari sana sini untuk mengejar bola. Kita boleh lihat kadar jaringan gol nya meningkat mendadak, begitu juga dengan Maxi Rodriguez yang naik syeh jaringkan 2 hattrick dalam 3 perlawanan. Raul Meireless pula memenangi anugerah PFA Fans Player of The Year menewaskan calon hebat lain seperti Gareth Bale. Adik Lucas pula dilabel the next Mascherano dengan link antara back four dengan pemain offensive yang lain mengawal possession sebelum melakukan counter attack.

Selain itu, King Kenny juga turut berani menaruh kepercayaan terhadap pemain daripada akademi seperti Martin Kelly yang berjaya merampas posisi Glen Johnson di rightback sebelum mengalami kecederaan. Jay Spearing pula tidak gentar bermain di tengah di atas ketiadaan Gerrard. Begitu juga dengan Flanagan dan Robinson yang menunjukkan aksi fearless ketika diberi peluang untuk bermain di kesebelasan utama. Sesungguhnya kita dapat melihat masa depan yang cerah dengan kehadiran pemain pelapis ini. Suarez dan Carroll? Oh itu kena buat poin baru.

4) The Rabbit and the Rock Star

Pada bulan Januari, berita transfer yang terbesar adalah kemasukan Fernando Torres ke Chelsea dengan 50 juta pound sterling. Hasil daripada penjualan Torres ke Chelsea, Liverpool telah membeli 2 pemain yang boleh membawa dinamik yang berbeza kepada corak permanian Liverpool. Saja je typo nak tambah unsur komedi. Mereka adalah Luis 'the Rabbit' Suarez dan Andy 'Rock Star' Carroll.


Andy Carroll adalah Peter Crouch versi yang lebih handal, lebih besar dan lebih gagah. Saiz organ reproduksinya sahaja yang tidak dapat menandingi Crouch. Gaya fizikalnya itu menjadikannya seorang calon yang sesuai untuk menjadi target man. Sebagai seorang target man, dia boleh hold up bola, mengumpan pertahanan untuk keluar dari posisi, dan kemudian membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol. Kita boleh lihat kelibat lagenda Geordie Alan Shearer di dalam corak permaniannya. Eh typo lagi. Dan pemain yang paling sesuai untuk bergandingan dengannya adalah Luis Suarez. Walaupun baru sahaja menyertai Liga Perdana Inggeris yang bertempo tinggi dan bercorak fizikal, Suarez dilihat seperti sudah lama bermain di liga ini. Menjaringkan gol dalam kemunculan sulungnya dengan Liverpool, dia meneruskan persembahan konsistennya di mana kekuatannya boleh dilihat daripada kelajuan menggelecek sambil memperanjingkan pihak lawan macam dia memperanjingkan Rafael, memperdayakan Carrick, melepasi Wes Brown dan kemudiannya mengaibkan Van der Sar pula meloloskan bola di celah kangkangnya sebelum disudahi dengan salam oleh abang Kuyt. Bak kata Abang Gerrad kot, Suarez ni 'Midfielder's dream' sebab pandai mencari ruang.

Kita masih belum lihat impak gandingan Suarez-Carroll kerana Carroll banyak mengalami kecederaan. Dengan pre season yang baik serta kembalinya Abang Gerrard, kita pasti akan dapat melihat gandingan hebat Suarez-Carroll menakutkan pihak lawan dari awal musim hadapan.

Diharap dengan faktor-faktor yang dibincangkan di atas, Liverpool dapat memberi saingan yang telus pada musim hadapan. Anyway ada sesiapa ingin pergi melihat kelibat Abang Reina dan rakan-rakan di Stadium Bukit Jalil pada bulan Julai nanti? Jomlah pergi woit kita jumpa di sana. You'll Never Walk Alone!

On the other hand....AKULAH SANG JUARA DI LIGA SUPER. Korang boleh tolong bagi saingan sikit tak di musim hadapan? Please? Dazu? Anas? Apai? Ane? (Abe) Adam? Anyone?





10 comments:

nub said...

ynwa!

semat rumusan.

Muaz said...

19

Mohamad Faizal said...

nub: semoga kehidupan anda bertambah makmur dengan menyimpan wang dalam skim perbankan Islam standard chartered

muaz: http://support.apple.com/kb/HT4650

Anonymous said...

Kenny saja kasik kalah lwn Spurs n Villa kan??ala, takut nak main dekat europa league lah tu bra...main a day after champions lge games, pastu weekend ada epl game lagi..
~yusry tp bkn kru~

Harris H said...

It took Man U a long time to be 1 up against Liverpool.Hope they can be seen as equals for the up coming years.Fergi why can't u just die!!!

Anonymous said...

You'll Never Win Anything

Mohamad Faizal said...

yusry: haha kalau nak sedap hati bolehlah cakap macam tu. bad luck untuk hujung minggu

harris: tak baik kita mendoakan kematian orang walaupun kita benci dia. kalau demam masa final champions league tak apa kot

Anonymous said...

musim terburuk :(

Adam

Mohamad Faizal said...

haha tak apa adam. as usual, boleh cuba lagi tahun depan. itu motto liverpool setiap tahun haha

Harris H said...

Yup worst season so far,really2 bad start :( Can't wait next season,it can only get better,Fergie please get a flu,dengue,malaria...throughout the season

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...