Thursday, May 12, 2011

Cara-Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama


Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?

Ya, intro di atas memang kedengaran familiar kerana saya hanya memplagiat intro entri di bawah. Selain daripada berkongsi lagu-lagu tema setelah break up, kalian turut bercerita tentang keperitan akibat perpisahan yang dialami, kesyahduan yang menusuk di hati, serta luka lama yang berdarah kembali. Oh perpisahan itu memang sesuatu yang miserable sekali, jauh lebih teruk daripada perasaan tergelek kucing dengan kereta tapi kucing tu tak mati serta merta tetapi terloncat-loncat meminta nyawa dicabut. Percayalah, kerana hatiku ini pernah diremukkan juga semasa di matrikulasi dan di universiti dahulu. Habis tu kalau hati dah remuk mahu buat apa? Takkan asyik nak dengar lagu-lagu yang menggambarkan perasaan kita sepanjang masa? Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk melupakan bekas kekasih anda tak kiralah bekas teman lelaki atau perempuan. Tips-tips ini terbukti keberkesanannya berdasarkan apa yang dilihat di filem komedi cinta di dalam dan luar negara. Ayuh teruskan membaca.

1) Kawan-kawan

Bagi saya, ini merupakan teknik terbaik untuk melupakan ex anda. Pepatah ada mengatakan, berkasih biar satu, berkawan biar seribu, berzina jangan sekali. Maka jika kekasih anda yang satu itu sudah meninggalkan anda, di sinilah anda akan tahu betapa beruntungnya anda ada kawan. Anda pasti ada BFF anda yang akan sentiasa bersama dengan anda, sentiasa menyokong anda walaupun apa jua, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang anda nak dengar. Contohnya, kawan-kawan anda akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keji yang membuatkan hati anda lebih girang seperti:

"Takpe Jai. Dari dulu lagi aku dah cakap dia tu gemuk. Rileksla kau kan hensem.." - Shuhud Zakaria

"Bitch gemuk dia tu Jai" - Adam Johari


Semasa fasa baru-baru lepas berpisahlah yang anda akan rasa paling miserable sekali. Siang malam mengalir air mata di sudut-sudut yang gelap. Paras kolestrol di dalam badan anda menjadi normal kerana anda sudah tidak berselera untuk makan. Rambut anda berkelemumur serta bulu ari-ari anda tidak lagi terurus sampai terkeluar daripada boxer. Semua itu akan berlaku jika anda memilih untuk menghadapi masalah anda seorang diri. Anda memang tidak boleh survive seorang diri walaupun anda dengan lagu I Will Survive Gloria Gaynor berkali-kali. Apabila anda berseorangan anda akan banyak berfikir. Apa salah aku? Kenapa dia tinggalkan aku? Betul ke dia tinggalkan aku sebab payu dara aku juling? Banyak lagilah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran anda.

Sebab itulah anda mesti jumpa kawan-kawan anda, buat aktiviti sesama jantina seperti bermain futsal, membeli-belah selama 3 jam, ataupun sekadar lepak di kopitiam berboys talk ataupun slumber party di rumah teman. At least apabila bersama kawan-kawan, minda anda akan terpesong daripada memikirkan tentang ex anda. Kalau ya pun masih nak berfikir, at least anda ada teman untuk berbicara, teman untuk mendengar keluhan anda yang sudah 8 kali mereka dengar. Jika anda jenis yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna anda mungkin boleh mendapat sesuatu yang lebih daripada friends with benefits anda tanpa perlu rasa bersalah.

2) Jauhi memori bersama

Untuk memudahkan proses melupakan ex anda, anda mesti mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda teringat kepada ex anda. Contohnya, tak usah pergi makan di McD jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan di perut bekas gadis anda. Usah merayau-rayau di Cyberjaya jika itu merupakan lokasi strategik anda untuk ringan-ringan dengan bekas teman lelaki anda. Anda juga mungkin harus menjauhi teman rapat kepada ex anda yang selama ini turut berkawan dengan anda kerana mereka most probably sudah mendengar cerita perpisahan versi ex anda sendiri. Ini termasuklah dengan mengelakkan diri daripada sengaja pergi ke tempat ex anda selalu hang out bersama kawan-kawan mereka. Percayalah, pasti awkward jika mereka bertembung dengan anda.

Namun begitu, itu tidaklah bermakna anda tidak boleh enjoy kehidupan anda setelah berpisah. Kalau dulu anda selalu pergi dating di The Curve, takkanlah lepas tu langsung taknak pergi The Curve dah kan? Takkanlah kita tak boleh dengar lagu Anuar Zain sebab dulu awek kita minat kat Anuar Zain? Benar, ada sedikit pengorbanan yang harus dilakukan, namun begitu anda seharusnya menjadi diri anda sendiri dan usah biarkan kegagalan cinta anda mengubah keperibadian anda.

3) Deactivate Facebook anda


Di zaman teknologi maklumat ini, semua orang ada Fesbuk ataupun akaun laman web sosial yang lain seperti Twitter, Friendster, mahupun laman web sosial yang aku langsung tak faham bagaimana fungsinya ataupun hendak menyebutnya, Tumblr. Ex anda pun pasti ada Fesbuk juga. Dulu-dulu masa bercinta setiap saat dan waktu hendak bermadah, segala status akan dilike, dalam setiap album ada gambar ghairah berdua. Tetapi di saat dia mengubah statusnya perhubungannya menjadi single, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai persoalan di dinding anda. Macamana nak jawab dengan hati yang pilu?

Maka jika anda ini bukan jenis yang unfriend orang, dan dia pun tak unfriend anda, maka ada eloknya anda deactivate sahaja Fesbuk anda untuk mengubat hati yang luka. Ini bagi mengelakkan anda terus patah hati apabila melihat seorang jejaka / gadis misteri yang tiba-tiba muncul dalam album gambar mereka. Eh tak sampai 3 minggu berpisah sudah ada teman baru? Takkan cepat sangat diorang move on bukan? Even if anda kena unfriend dan tak dapat stalk page ex anda pun, anda masih menggunakan mutual friends untuk melihat perkembangan ex anda dan lebih ekstrim lagi, anda siap cipta satu akaun palsu lagi sebelum menambah ex anda dan teman baru mereka lagi sebagai rakan. Budaya ini ternyata tidak sihat untuk emosi anda, maka ada baiknya anda lenyapkan diri anda buat sementara sehingga pulih luka di hati.

4) Dapatkan sebuah 'Ex-Box'

Ex-Box di sini bukanlah mesin permanian video (sengaja typo) seperti Xbox 360 itu. Eh tapi bagus apa main Xbox sebenar boleh lupa kat gadis lama. Ex-Box adalah istilah yang aku guna untuk sebuah kotak yang menyimpan barang-barang yang boleh mengingatkan kita tentang ex kita. Kalau kau ada poster gadis kau kat belakang pintu, cabut dan letaklah di dalam kotak. Gila apa ada poster awek? Nak gila apa kalau awek kau ni Juliana Evans haa macamtu la Sam Bunkface buat untuk lupakan dia. Kemudian, surat cinta, kad harijadi, gambar di dompet, gambar di bingkai semua anda campakkan sahaja ke dalam kotak. Tapi gambar di telefon bimbit deletelah terus tak payah nak print dulu sebelum letak dalam kotak. Kalau anda ada video .3gp anda tengah ringan-ringan ataupun berat-berat dengan ex di telefon bimbit, tengok buat kali terakhir sebelum menghapuskannya. Kalau jenis tak puas hati nak sebarkan ke sabul.blogspot.com, no komen.

Begitu juga dengan barang pemberian si gadis/jejaka. Tak perlu susah-susah nak jumpa untuk pulangkan barang. Itu sebenarnya hanyalah alasan anda untuk berjumpa dengan mereka dengan harapan dapat kembali menyemarakkan bibit-bibit cinta. Couples Tshirt? Campakkan sahaja ke dalam ex-box. Cincin Emas Putih Poh Kong? Campak sahaja ke dalam ex-box sebab nak gadai emas putih memang tiada value. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat. Hmmm tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal isteri.....anyway Xbox sebenar pun boleh faham kesedihan anda. Jika anda sedang patah hati, mereka akan mengeluarkan lampu merah membuatkan anda lebih patah hati.


5) Pergi ke pasar malam ataupun ke gym

Bagaimana anda hendak melupakan ex anda jika anda hanya asyik duduk di rumah menonton cerita Korea? Anda mungkin rasa anda tidak mahu percayalah orang lelaki lagi, tetapi sampai bila? Lambat laun anda harus keluar ke rumah juga. Cara yang paling cepat untuk move on adalah dengan kembali bersosial. Kalau anda jenis yang kaki clubbing bolehlah pergi berjoget sambil meneguk alkohol secawan dua. Tapi kalau jenis yang ingat kat Tuhan walaupun selalu juga tak solat Subuh, banyak tempat alternatif yang boleh anda pergi untuk bersosial. Tempat yang dijamin efektif untuk mencuci mata adalah pasar malam. Percayalah, anda akan rambang mata melihat gadis yang jauh lebih kurus daripada ex anda yang gemuk itu, ataupun jejaka yang lebih sasa dan berkulit sawo matang tidak seperti ex anda yang negro itu. Di pasar malam anda boleh lihat gadis kilang Sony yang memakai baju ketat menunjukkan lurah rasa macam kita ingin lemas je dalam rangkulan hangatnya. Lagipun gadis-gadis di pasar malam lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk respond dengan pick up line yang mudah seperti:

"Hai kak long. Nak saya belanja Baby Cakoi?"

"Hai kak long. Lawa betik?" (sambil tunjuk kepada betik di gerai berhampiran agar mereka tidak salah faham)

"Eh abang ni penyanyi Radja kan?" (kalau nak mengurat jejaka indon)

Kalau taknak pergi pasar malam, anda pergilah ke gym. Gadis-gadis di sini adalah lebih mencabar untuk dingurat, tetapi at least anda boleh mencuci mata melihat mereka memakai baju renang muslimah yang ketat. Lagipun dengan bersenam, anda dapat membentuk six pack yang ternyata dapat membuat gadis-gadis ghairah. Ex anda tengok pun mesti nak kembali kat anda punyalah.

6) Sentiasa ingat, istilah berkawan selepas berpisah tidak wujud

THERE IS NO SUCH THING AS 'BERKAWAN SELEPAS BERPISAH'!, at least buat lelaki. Dah tulis dalam caps lock tu untuk menunjukkan kenyataan itu merupakan kenyataan yang serius. Anda mungkin sangka anda masih boleh berkawan dengan ex anda, namun begitu itu sebenarnya adalah sinar harapan yang anda cipta sendiri mengharapkan anda dan ex anda akan kembali bersama. Konon-konon nak take it slow, and look for the right time and the right moment. Dah berpisah tu hapuskan sahaja nombor telefon, hapuskan sahaja alamat emel mahupun XBOX Live Gamertag mereka tak perlu nak contact mereka lagi. Kalau anda contact mereka konon-konon nak berbual seperti kawan biasa pun, last-last mesti end up dengan perbincangan mengapa kalian berpisah dan ada pun merayu-rayu minta diterima kembali. Alah mereka pun takkan contact anda, kalau contact pun sebab nak menggunakan anda untuk tolong buatkan projek yang diberi oleh pensyarah.

Mungkin anda rasa sukar untuk terus berhenti menghubungi ex anda lebih-lebih lagi kalau anda masih belajar di universiti yang sama. Terasa awkward dan pilu melihat gadis anda di kelas yang sama tetapi kini dengan status yang berbeza. Persetankan perasaan itu. Belajar rajin-rajin grad awal tak payah nak extend semester macam gadis anda yang tak pandai tu. Buat make over kepada diri anda bagi ex anda dan potential future teman anda perasan dengan kewujudan anda. Nak cucuk botox ke nak pakai susuk ke nak buat pembedahan payu dara mahupun testis ke itu terpulang kepada anda.

Besides, berkawan itu bermakna anda akan sentiasa menyokong keputusan kawan anda dan berasa gembira di atas kebahagiaan yang dikecapinya. Is that what you want? NO. You want your ex to suffer. Anda gembira melihat kegagalan percintaan mereka di mana dia pula ditinggalkan. Anda seronok melihat keretanya ditarik Ah Long akibat tak bayar duit kereta. Anda berasa bersyukur apabila CGPA mereka jatuh bawah 2 sekaligus kena repeat semester. Ok fine, gadis-gadis mungkin akan kata mereka ok je kawan dengan bekas teman lelaki, tetapi seperti yang telah saya kata tadi, orang lelaki tidak akan mengganggap begitu. Kami anggap anda masih mahu memberikan peluang kedua untuk menyemikan cinta yang telah layu.

7) Cari keburukan ex anda dan upgrade

Apabila sudah berpisah, senang sahaja nak buat list keburukan mereka. Jika dulu anda rasa mereka chubby dan comel, kini anda akan rasa mereka gempal dan hodoh. Kalau dulu anda rasa mereka sweet kini anda rasa mereka sour. Jika dulu mereka seperti Rozita Che Wan, kini mereka seperti Rosnah Mat Aris. Come on. You deserve better. Tuliskan segala perkara-perkara yang anda tak suka itu, print dan tampal di serata tempat di rumah anda sebagai peringatan untuk mencari teman yang lebih baik. Pepatah Inggeris ada mengatakan "I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..." Siapa yang mencipta quote itu ternyata sedang mengalami perpisahan dan kita yang baru ditinggalkan juga pasti akan boleh relate dengan kenyataan itu.

Sesungguhnya perpisahan itu memang perit. Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis sehingga keluar air mazi di mata, percayalah saya amat memahami perasaan anda. Jika anda ada kawan-kawan yang sedang patah hati, usahlah mengelakkan mereka secara depan-depan, sebaliknya berikan sokongan moral tanpa memberi khidmat seks oral kerana di saat itu emosi mereka memang rapuh anytime sahaja boleh pergi menyertai Jemaah Islamiah untuk menjadi pengebom berani mati. Ingat, anda sentiasa boleh hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda membuat keputusan untuk ke alam barzakh.



58 comments:

s.u.h.a said...

haha. kena ikut ni.

Halimatun Sa'adiah said...

nasihat yg agak ekstrem diberi...
anyway a good advise,wlpon susah nk wat sbenarnye...

alhamdulillah sy da pulih dr derita ingt ex...tahniah buat diriku...

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

masa aku clash dulu, kawan aku siap bagi pantun,

berkawan biar seribu,
berkasih biar empat,
setia pada yg satu,
tiga lagi buat spare part.

kiranya kalau in case aku clash lagi, xde la aku suffer teruk sgt sbb ada backup. hihihi. tapi aku tak buat pun. tak elokkkk

kirim salam shuhud.i minat kat dia. hehehe

shukrin farahdiba @ ceklala said...

tq so much! memang bgs utk aku jdkan pengajaran

uculer said...

3 jam je shopping ijai? itu minimum aku shopping tiga jam. itupun tak beli apa-apa.

aku suka part upgrade cela ex tu. har har!

hestyrezyuda said...

HAHAHAHA... ADOIYAI.... steady lah bro... memang buat macam ni, lupa semuanya...

Hanna Iymeera said...

point tambahan :

santau ex anda sampai terkena busung


kthxbai

Aslina said...

"I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..."

kah kah kah... baru bulan lepas aku letak status ni kat fb...

Chapit Zulkefli said...

Demmmmmmm~ Hahahahahahaha. Memang sempoi :P

Nazhatul said...

hamboi...kemain lg tips nye... eh, tips no. 6 tu x blh ea??? saya still kwn dgn ex-bf mse bru2 putus. plg best, kawan dgn girlfren die skali. ala.. pts pon psl die terkantoi dgn saya rupenye dia da de gf sblm dgn saya. tp tah apsal ek blh kwn dgn die lg. gile kot? haha.. tp sampai skrg msih kwn baik dgn gf dia. siap gf dia bg hadiah kawen lagi kt saya n hubby. slalu gk kitorg contact kt fb or sms. tp dgn die da x contact la.

Mohamad Faizal said...

suha: ikut sahaja kebahagiaan akan terjamin haha

halimatun: tahniah! you deserve better. lebih kacak dan beriman

astute: add dia dia facebook.com/shuhud. kot

shukrin: yang buruk jadikan sempadan

uculer: eh orang lelaki shopping tak sampai 30 minit pun haha

hestyrezyuda: jangan lupa tuhan sudah

hanna: kat bangi ni ada sorang bomoh santau kalau berminat boleh check fanpage dia kat facebook

aslina: semoga luka di hati anda pulih segera

chapit: jangan lukakan hati orang chapit

nazhatul: wahh baguslah jika begitu semoga anda bahagia bersama hubby dan semoga dia tidak sebahagia anda

Asmoham said...

macam sial lawak... berbelit2 urat testis aku ijai.. asal la kau xtulis menatang ni 3 tahun lepas.. klu x xdenya aku dok kat cni buat medic dah 7 tahun x abis2 lagi.. damn u ijai... betolkan balik urat testis aku.. kahkahkahkah

two thumbs up untuk entry ni..

cik aletheea : said...

hahaha.....
"I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..."

en..x bleh ke letak je used toys tu tp jgn usik? ;p

Anonymous said...

nice word man.sume yang kau tulis neh mmg aq nak buat tapi kdg2 rase betol ke x??
istilah lepas berkawan tu pon ex aq nak buat,but sorry,baru break 2 minggu dah ade yang lain.member sendiri plak tuh.mmg die gile.hahaha
weh,ayat miserable tiru yang aq tulis ke?hahahah

-KipasSusahMatiKau-

nobody said...

Huhuhu...
entry ni sendri telah mengimbau kenangan tentang die :(

dalam banyak2 contoh, cume satu je tak dapat buat -->

"You want your ex to suffer"

yang ni saye tak dapat buat...
pernah buat, pernah tanam rasa benci, rasa nak dia kene langgar penyek dengan lori taik, tapi tak bulih. lagi rasa nak dia suffer, lagi tak boleh... last2 admit that i'm sincerely love him :(

itulah kejujuran yang pahit untuk ditelan.memang perit gila bila gagal bercinta, tapi mungkin sbb dah sampai pada satu tahap yang kita ikhlas mencintai dia, kita tetap nak lihat dia bahagia, walaupun bukan dengan kita...
dan kadang2 tu sampai terselit dalam doa lepas solat, mohon muga dia dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat...tiada dendam mahupun benci padanya, semuanya telah dimaafkan ^^

SEBAB ? dari kegagalan cinta ini, saya lebih menghargai sebuah cinta yang selama ini saya abaikan , cinta agung lagi kekal :)

saje nak share lagu best saye jumpe: aku ingin mencintaiMu
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kuqwpEqIf5I

*sayu...isk isk*

Anonymous said...

Itu pasal wa suruh lu del itu "bitch" dari FB lu bra..ape kes mau add brader wa as fren kan?? musti dia gugle nama wa, pastu jumpa belog lu bra?? lu pun satu bra, kalau search nama wa,takde tmpt lain, mesti jumpa blog lu..
~yusry, tp bkn kru~

Anonymous said...

perfect time la entry ni ijai..dis week dh jd stalker n bt accn fb len utk add eX as fren sbb besday dier weken ni huu(what a wasting time again n again!!)..emm mmg sush nak lupekan, dh couple 4yrs..may b we r not meant to b ;( ..sum tips really helpful n hope can apply them..

-morale of story-
"sabarlah,saat indah itu pasti menjelma jua"

milimilo said...

thumbs up utk point no 6. memang takleh langsung jd kawan lepas breakup =)

Mohamad Faizal said...

milomilo: benar, kalau terserempak mesti teringat bagaimana hati diremukkan lalu berasa marah

btw maaf kawan2 komen kalian yang sebelum ini telah dihapuskan oleh blogger

Kap said...

ghairah sampai keluar air mazi aku pernah dengar.
kalau menangis ini first time.
oh dunia penuh kejutan :)

Atiqah Ahmad said...

nice entry ijai. :)

btw, waktu putus cinta dulu, mostly semua yang ko tulis aku buat. cuma pergi pasar malam ataupun ke gym aku tukar kepada shopping complex. :P

point no 6 terbaik. seriously! :D

Cik NurulZaty said...

kenapa dia still mnta aku berkawan ngn die

spertinya buatkan aku bharap juga kt die..tpi aku tak x spatutnya aku bharap pda org yg xsudi..

wath said...

boleh la weh!! sape kate tak leh. aku skrg besfren ngan 2 org ex aku tau. besfren means besfren. no more no less. takde ckp pasal hati pasal kenangan. yg 1st love aku tu lagi la. dr f3 ngan dia sampai la aku 23 thun. but yet aku yg jadi tukang edar kad kawen dia tau. honestly, aku hepi dia nk kawen. aku tak pedulik org nk kate ape. aku sndri dah rase yg kite leh jadi kawan. hm. mgkn sbb ex2 aku best kot. hehe. bile jumpe leh sembang lame2, balik tak perlu pn mesej2. that's what fren for

Mohamad Faizal said...

kap: yelah asyik dok bayangkan aksi terlarang bersama ex di dalam kesedihan. maka naiklah air itu ke mata haha

atiqah: yaaaa bershopping adalah terapi yang balik mujarab buat gadis

cik nurulzaty: usah diharap pada yang tak sudi kelak hati terluka lagi

wath: eheh mungkin anda tidak benar2 bercinta dengan mereka pada mulanya? hehe

deqyalalink in-situ said...

Nurfarah amirah akan mempraktikkan kaedah ini .

deqyalalink in-situ said...

x puas hati la kenape ijaicool x folo aku kat twitter huhu...

Clarky Afif said...

tengs ijai.

*makan BigMac sambil fikir macam mana nak berpisah cara baik*

Ms J said...

no 3.. Done.
no 6 is a totally NO. Memang tak leh buat kawan!

wawa said...

masa 1st time putus cinta, aku memang loser giler. rasa hati tu takde, jiwa hilang. hidup monotone je.. then, after 3 years balik semula dengan org yg sama dan baru putus sekali lagi.
kali ni takde rasa ape, maybe sebab dah prepare dari awal. if mamat tu tak berubah, osahlah diriku ini jadi bangang sekali lagi.
point #6 aku sgt setuju. aku pilih tak kawan takpe, tapi tanak jadi musuh. but yes, aku tak harap pun jadi kawan dia lagi. jaga hidup masing2 sudah.

nobody said...

Salam, encik ijai ^^

hari tu dah komen dah, tapi blogger dah delete ye. takpe. tapi thanks, post ni memang automatically imbas kenangan tentang die.

tapi alhamdulillah dah ok dah...(brape banyak tapi :P)
dari post ni menambahkan kejituan untuk terus melupakan perkara yang telah berlalu. chaiyuk !

langsung terus saye buat post tentang BEING SINGLE ... untuk note diri sendiri jugak

again,thanks bro ^^

Mohamad Faizal said...

deqyalalink: tak nampak akaun twitter anda pun

clarky: jauhkan bic mac clarky nanti mempengaruhi bentuk badan

ms j: ala dah boleh activate balik kot kawan2 anda semua bimbang pasal anda

wawa: bagus anda boleh cari yang lebih kacak dan beriman

nobody: bersabarlah saat indah kan menjelma juga

akuNAJWA said...

elehh, saye rilek je kawan dgn dye lagi *tipu*

nazry said...

haha damnit jai, ko keluarkan artikel di kala aku sedang bersuka ria dia Krabi.. aku suka part English quote. seperti biasa ku lihat ;p

Lady D said...

aku tengok cam ramai je kene tinggai..hehe..aku paham perasaan tu even akula yg tinggalkan ex aku dulu..yg part xle blah..aku tinggalkan die, aku yg sedey dowh..pekejadah kn..bende da lepas.lepasla..tp de gak kdg2 stalker kat die nye wall FB, siyes! mmg gedix..tp de ku kesah..yg pntg aku juz nk tau pekembangan die..n die ok, even aku tinggalkan die dlm keadaan die dendam gile2 n whatsoever la..

Anonymous said...

ex box tu mmg akan kuar lampu merah ke?

-musang api

aHmaD haRieZ FuzeIN said...

HAHAHA ! hampir sama an note aku..tips lupakan kekasih lama..ahaah!
http://abouthariez.blogspot.com/2011/05/tips-nak-lupakan-orang-yang-pernah-kita.html

tino ulu skrang said...

OMG! this is help me,huh |
why??? oh why?
my gf leave me just like that? walaupun dia masih mencintai ku,apakah dia ingin mempermainkan hati ini? :(:(:(:( Help me!
bilakah dia akan kembali kepada ku lagi? aku cemburu melihat dia mesra dan manja2 dengan lelaki lain,ku takut dia akan jadi milik orang lain :(
aku cinta kan nya..I love SHE :(

Anonymous said...

hm...aku dah lupa dia yang melupakan aku bila sudah berkerjaya bomba di bukit jalil. aku tunggu dia dari sama-sama spm. sasau aku masa di U dia senyapkan diri, sebulan pun tak kering air mata. tiba2 dia nak kembali, aku heppy tapi dia tak bersungguh. aku cuba lupakan dan akhirnya berjaya.aku teruskan hidup,moga dapat kembali jumpa dia lagi.tahun berlalu,aku give up. aku hampir dapat melupakan dia. tapi,dia kembali call aku dan maklumkan dia dah kawen.remuk gila hati beb. aku ingat saat dia menangis time kami sama-sama dapat result SPM.Aku ingat lagi time dia menangis time aku nak p Matrik.Takut ditinggalkan aku.Aku no komen, people and my frenz tahu mcmana keadaan aku time tu.Bertahun aku tunggu dia.mcm org mati laki. Biarlah, aku doa moga dia mendapat balasannya.Aku akui dia bukan jodoh aku.Aku bahagia dengan jodoh aturan org tua, kalau tidak myb aku tak akan kawen.Aku dah malu dengan parent aku, lelaki tu hilang bila dah senang. Aku percaya dia takkan lupakan aku, aku doakan apa yang patut....allah lebih mengetahui.

sinar baru said...

aku suka lah motivasi artikel ni..aku yg sdg menuggu masa untuk dgar lafaz "kita break,aku pilih dia utk kbaikan awk jg" dr bf aku yg sda curang myebabkan aku tpksa bmadu wlpun status hny couple..aku thibur jg baca artikel ni..dah lama aku bg pluang tunggu dia brubah tapi xjuga..nak benci xdpt tpi aku bnci pmpn tu yg da rosakn hbgn kmi..apapun aku maafkn mrk ttpi hrp sakit yg aku rasa akibat dduakan bgitu lama akan singgah kpd mrk pla biar bganda2 lg teruk..aku jg tahu dia xkan dpt lupakan aku dan 1hr akan sedar ksesalhannya biar pyesalannya mghantui dia seumur hidp. igtlah kebahagiaan pmpn tu dpt hsl dr pderitaan aku xkan bkekalan biarpun byk gmbr mesra kmu kat FB. Kpd llki d luar sna hrgailah gf kmu jgn sakitkan hati mrk dgn kecurangan dn kpd KAUM PERAMPAS igtlah prkara yg sma akan blaku kpd kmu jg.

nabilism said...
This comment has been removed by the author.
Diha Hasan said...

memang pun aku xpg ke tempat2 dia n kawan2 dia selalu hang out.
tp one fine day kawan aku teringin pulak nk makan kat situ.
mula2 aku dah nampak kawan2 dia dah mula rasa sumthing dah.
at last nampak dia lalu betul2 dpan aku.
masing2 buat xnampak.
tp yg peliknya bila kawan dia lalu exactly tempat yg sama boleh je kawan dia tegur aku.
hahahaha nampak sgt dia nampak aku tp buat2 xnampak.
haishhh pathetic sungguh kisah aku.....

Miss uCu said...

insyaallah...akan ikut..poInt no 6. tu paling..best...ermm.dan still x boleh listing kan keburukan Dia..tak pe..sya maafkan dia dunia akhirat meskipun Luka yg dia hadiahkan buat sya.Meskipun dah lama ianya berlalu.

Anonymous said...

Thanks bro diatas tips2 yang terbaik ni...walaupun posting dah lama..tapi ia tetap berguna untuk saya...thanks byk2..may Allah blessing you..: )

Anonymous said...

aku bukan berpisah tp divorce... Masih lg berkawan baik ngan ex tu pun pasal $$$$. Kalo la aku ni cam ex-wife jimmy shanley. X hingin aku nk kawan. Tu hr besday aku mtk iphone, dia bg wlpn dh pisah... kekadang pisah tu lbh baik dr bersama

ANIA NIQIYSA said...

http://anianiqiysa.blogspot.com/ tajuk lebeh kurang

im 8646 scha said...

Susahnya nk ikut..

lina said...

aku xbole lupa dia :( sentiasa rindu..xbole lupa sgt2..da la aku final year skrg..dia janji nak kawen ngan aku bulan disember no matter what..d worse part is, he was just leave me hanging without giving any explanation..i really miss him.please help me to forget him.please :'(

Anonymous said...

humm insyallah bole ikot no 6 tu aku sokong...die tinggalkan aku lepas die da bjaya .bile sh cri aku bile sng lupekan aku.hhahha jgn haraplahh aku nk maafkan die

Anonymous said...

Tiap mlm wajib bace artkl nh sblm tido..hppy sgt n tergelak tiap mlm sbl. Tido,wlpn hati sakit sgt n mcm xnk bcnte dah..i dpt sjukkn hati dgn bace artkl u nh..its koollll

Anonymous said...

i baru ditinggalkan this 3 days without any explanantion, this guy MIA without any reason, samapi ke pagar rumah beliau i cari but dimaki hamun oleh adik2nya..i dah serupa mcm anjing jiran cina kat luar pagar rumah beliau..janji nk bertunang rupanya tipu je...it only happen to this 3 days..

Anonymous said...

huahuah! Cra i mlupakn c dia so easy! Memg skt sbnrnye bla org yg kta syg curang pda kta, tp cra i senang jek. Start i dpt thu cnte dye pda i dh x mcm dlu i pn, tbahkn ht biar sntsa brsdia kmngknan bsar dye akn tngglkn i, well btl kta ht i dye tngglkn i hbgn dh xsrasikn, so i pn nk kngsikn sdkit tips dn i pcya klu tips ni ade rmai yg dh prnah gnakn nya


1) mngslah sepuasnya mngslh semhu ht. Mngs itu bkn brmkna kta lemah tp ia wajar utk kta menenangkn ht dn fkran jgn xpcya slpas kta mngs mst kta rasa lega kn! Tp pun bgtu jgn mngs tnpe mlakukan ape2. Amek lah msa smggu or bpe mse yg korang nk utk mrwt ht yg trluka. Tp klu hnya mngs tnpe mlakukn ape2 pn xbrguna jga! Stlh kta lega kta ptt ada kata2 smngt dlm ht cntoh nye mcm ni ( aku tk blh trus mcm ni aku tk bdh krna dh khlangn sesorang yg aku cntai tp dia lh yg bdh krna mlpaskn org yg mncntai nya)

2) klu sblm ni korang agak pndiam xske bnyk ckp. Korang ubh sikit.. Korang knah jd kuat brckp kuat brgurau ske mngusik! Sbb kta yg ske brckp blh mluahkn perasan ht kta mlalui brckp. (tp jgnlh 24 potpet jek tkt mlt korang jd mcm bnyi krta api kang xdh yg nk dkt sbb bsing)

3) luahkn msa dgn ank buah korang yg pling kcil umur 5mont or 1year cube korang lyan telatah c comel mst ht korang trhbur lh... Cbe bt c comel gelak mst korang pn trut trhbur dgn suara c manja tu (hehe sbb i memg ske lyan kerenah anak buah yg umur 1year)

4) jgn biarkn diri korang duduk dlm kngn dgn c dia. Brdiri dpn crmin tngok mke korang eeeii! Buruk nye tk terurus sbb c dia dh tnggl kn korang? Itu bkn alsn nyalah. Korang brdiri dpn crmin tu jgn duk mngs plak tp tmpar pipi korang sdrlh yg kini korang dh di tngglkn kksh. Tp stop!! Jangan menags lg xkn xckup msa smggu yg korang amek sbgai pneman airmata korangkn.. So come on dear move on smpai bla nk jd mcm ni??

4) fikiran hrus kdpan kalu dia tngglkn korang pasal kdn korang yg dia anhp xmenjaminkn msa dpn dia dgn anak nti korang bngkit dn brusaha smpai korang berjya dgn itu korang pn xrugi sbnrnya s2 korang dh brjya wlpn bkn dgn dia kn !!

Itu aja lh dlu ye jumpa lg!

zulhilmi yahya arif said...

sebenonye aku jengok blog ni pasai nak tau tip2 temuduga, pukoi 3 nanti aku kena pi da.. dalam pejabat yg sama cuma jawatan upgrade sket la..

memang aku pon penah berpisah gak dgn ex aku, dgr cte dia pon bukan kawin dengan mamat sengal yg janji nak bagi 5 cincin kat dia tu pon.. hahaha padan muka kawin dengan mamak!

(tu luahan hati aku dulu da)

Anonymous said...

ok nak try ikutlh, anyway bru clash ngan lam 1 minggu lbyh..still sdyh lg,,dhlh ngah exam..

Anonymous said...

Xde istilah berkwan dlam hidop aku lg lpas ptus,bru 4 hri clash da ade bf lain..puiihhhh...mmg sialan.

Anonymous said...

hahahahaha... ayat lu memang sempoi dan sengal... akhirnya aku dapat tips yg berguna drpd blog ni... aku tak sampai hati nak hantar gambar tak senonoh ex kat sabul.blogspot.com... hahahaha... kepada Mardina Alycia Marakus, selamat membantu warga asing.... sayonara...

Anonymous said...

hahahahaha... ayat lu memang sempoi dan sengal laa... aku tak sampai hati nak malukan dia dengan hantar gambar tak senonohnya di sabul.blogspot.com.. hahahaha.. kepada Mardina Alycia Marakus... selamat membantu pendatang asing... sayonara..

Anonymous said...

aku setuju...

Becky said...

Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .

NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...