Monday, May 30, 2011

Konklusi

Bulan Mei sudah hampir tiba ke penghujungnya. Ini bermakna kita dapat melihat banyak filem-filem musim panas blockbuster daripada Amerika. Baguslah begitu kerana permulaan musim panas bermakna musim bola sepak telah tamat dan siri televisyen juga banyak yang berehat menyebabkan kita mati kutu tak tahu apa nak buat. Mungkin inilah masanya untuk kami orang lelaki memberikan perhatian sepenuhnya terhadap gadis-gadis yang dicintai dengan pergi menemani mereka membuat manicure dan pedicure. Dulu-dulu nak teman tiada masa kali ini kita tidak boleh nak escape lagi jika diajak sebab kita memang sudah tiada aktiviti untuk dilakukan di malam minggu. Kita pun boleh buat sekali apa salahnya menjadi metroseksual sekali sekala. Ok agak-agak macam dah panjang intro aku ini, ayuh kita lihat konklusi beberapa peristiwa bola sepak dan siri televisyen pada minggu lepas.

Liga Juara-Juara

Setelah Manchester United 'knocked us off our faking perch' dengan menjuarai liga Inggeris buat kali yang ke-19, Man Utd berpeluang untuk knock us off our faking European perch pula dengan cuba menghampiri kejuaraan Eropah ke-4 mereka berbanding kami Liverpool juara 5 kali. Namun begitu mereka berdepan dengan tugas yang sukar apabila bertemu dengan pasukan bola sepak kedua paling hebat di dunia ketika ini iaitu Barcelona. Bermain di Wembley, Man Utd dikatakan dapat menebus kekalahan mereka di tangan Barcelona di perlawanan akhir liga Juara-Juara 2009 di Rome. Ramailah kawan-kawan Man Utd saya yang sibuk menggosok jersey Man Utd mereka, cat muka dan testis warna merah serta ada sorang yang tak mahu saya sebutkan nama (Nazri Fitri Nazlan) sanggup pergi cop tempat di Rasta pada pukul 9 malam walaupun perlawanan hanya bermula pada pukul 2.45 pagi. Saya sebagai peminat bolasepak neutral tetapi bias kepada Barcelona duduk baring di hadapan TV pun sudah memadai.

Man Utd bermula dengan baik apabila menguasai 10 minit pertama perlawanan. Di dalam hati penyokong Man Utd berbunga-bunga kerana menyangka situasi itu akan kekal lama. Apabila Barcelona telah mendapat rentak mereka, mereka mula mengawal possession main passing-passing sesama sendiri macam tengah training. Gabungan Messi-Xavi-Iniesta tenang sahaja memperanjingkan pasukan Man Utd. Jika hendak dibuat analogi, permanian (sengaja typo) adalam macam kau tengah main Fifa 11 lepas tu kau set difficulty as amateur sahaja. Serius ini bukan nak kutuk Manure ni taraf WBA ke apa, tetapi Barcelona memang tahap masterclass bak kata pengulas sukan. Apabila Xavi meloloskan defence splitting passnya kepada Pedro untuk jaringan pertama, kita tahu Barcelona akan memenangi perlawanan itu.

Namun begitu secara tiba-tiba Wayne 'GILFHUNTER' Rooney tiba-tiba menyamakan kedudukan sehingga aku boleh dengar jeritan penyokong mereka daripada mapley yang berdekatan. Tampak sedikit harapan di situ? Tidak juga kerana Barcelona tidak mudah melatah dan kembali melayan pemain dan penyokong Man Utd seperti najis mughollazoh dengan teknik passing yang mudah. Messi membuktikan yang dia merupakan pemain paling handal di dunia dengan gelecekan entah dari mana sebelum menewaskan Van Der Sar yang dah nak bersara tu. Villa menghapuskan terus harapan Man Utd dengan jaringan lengkung unstoppablenya untuk menjadikan Barcelona juara piala Eropah buat kali ke-4. 3 daripadanya dalam masa 6 tahun ini. Hebat.


Secara jujurnya, Man Utd ataupun mana-mana pasukan di dunia ini sekalipun memang tidak dapat berbuat apa-apa jika Barcelona bermain seperti semalam. Memang terlalu gagah mereka mengawal rentak permainan dan melihat statistik yang dikeluarkan, lebih 65% possession dikawal oleh Barca. Shot on target Man Utd ada 1 je berbanding Barca dengan 12. Kalau Kuszczak yang jadi keeper masa tu mesti dah tahap rogol dah jaringannya. Congratulations Barca. And Owen, where were you in Istanbul?

American Idol

Jika anda mengikuti American Idol musim ini sejak awal, anda akan dapat lihat beberapa perubahan yang ketara daripada barisan panel hakim yang baru di mana Jennifer 'Punggung' Lopez dan Steven 'Mulut' Tyler menyertai Randy Jackson. So far aku rasa ok la kot dengan judge baru. Randy musim ni dah semakin gampang mulutnya. Jlo setiap kali membuat kemunculan memang meminta punggungnya ditampar. Steven pula memang lucu, tetapi yang tak bestnya dia TAK PERNAH beri komen yang buruk langsung. Kalau tak 'you're beautiful' mesti 'you're in it to win it!'. At least berilah constructive criticism agar peserta lebih maju.

Perubahan lain yang dilaksanakan adalah pengurangan batasan umur peserta kepada 15 tahun. Ketara sangat motifnya untuk mencari the next Justin Bieber. Perubahan itu memang membawa hasil kerana kita telah diperkenalkan dengan kanak-kanak talented seperti Jacee Beduk, Thia Megia, dan Robbie Rosen Bangla. Tetapi tak awal sangatkah mereka didedahkan dengan kehidupan popular sebegini? Sekolah pun tak habis lagi kalau gagal audition mesti kena ejek dengan kawan-kawan di sekolah.

Season kali ini memang unpredictable kerana banyak peserta favorite yang mengalami ejakulasi pratamang terkeluar awal. Pia, Casey 'Jambang' Abrams dan James Durbin yang dikatakan dapat masuk top three semuanya dihantar pulang. Haley menunjukkan kematangan setiap kali persembahan tidak dapat menggugat kehebatan pemenang musim ini Scotty 'Mulut Senget' McCreery dan naib juara Lauren 'The One' Alaina. Mereka berdua tak pernah masuk bottom three. Undian orang Amerika ternyata dipengaruhi oleh keperibadian yang mulia. Kalau muka macam tikus mondok perangai celaka macam Clint Jun Gamboa, usah haraplah kau nak berjaya. Itulah sebabnya makcik-makcik di pedalaman mengundi Scotty kerana dia jenis yang tak lupa asal usul, sentiasa ingat kat Jesus dan bersuara seksi. Baby lock the door and turn the lights down low....


Siri Televisyen lain

The Office - Michael Scott sudah pergi. Kita sudah lihat calon-calon yang bakal menggantikan Steve Carell dalam season finale. It's very unlikely that Jim Carrey or Ray Romano will join the cast permanently, so I guess it's between James Spader, that british woman ataupun Gob daripada Arrested Development.

Fringe - season 3 memang awesome sebab dia berkisar tentang dunia kita dan alternate universe MAJOR SPOILER ALERT JANGAN BACA AYAT SETERUSNYA KALAU KALIAN TAK TENGOK LAGI season finale kita dah lihat Peter berkorban dengan menggunakan mesin aneh untuk menyatukan 2 dunia bagi mengatasi masalah hari 'kiamat'. Memang priceless ah tengok Walter jumpa Walternate. But then ke mana hilangnya Peter? Mengapa semua orang tak ingat dia?

Begitulah bagaimana aku spend malam-malam di hujung minggu kebelakangan ini, siri tv dan bola sepak. Sekarang upacara main futsal tergendala sebab organizer tengah berpantang. So nak buat apa jika musim bola dan siri televisyen sedang berehat? Sigh. Ayuh makmum muda kita memenuhkan surauuuuu. Or pergi pasar malam.



10 comments:

fairuz said...

penghujung bulan mei biethday gua. kikiki :3

Anonymous said...

pasni cite pasal kucing lakk..plss

Anonymous said...

liverpool ckp bnyk mng x pon ! WAKAKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAK

Mohamad Faizal said...

selamat hari jadi fairuz. semoga panjang umur dan panjang organ reproduksi

pemerintah kuku besi said...

haha..apsal suka sgt gi pasar malam ni. =.="

afrohead said...

aku tengok malam itu macam sesi latihan biasa Barca.

che sakinah said...

ejakulasi pratamang?? makne ape? saje2 typo jugak ke ni?.. -_-"

Anonymous said...

lame la guna perkataan permanian

O Ena O said...

TerbAIKKKKKKKKKKKK Barca!!...ini lah yg di katekan pencapaian di atas padang lebih baik dr publisiti glemmer berlebihan yg diberikn pd MU...

Mohamad Faizal said...

pemerintah: haha lama tak pegi kot

afrohead: tepat sekali. selagi xavi-messi-iniesta ada selagi itulah mereka berkuasa

che sakinah: metafora bagi menunjukkan mereka hanya gagah pada 10 minit pertama

ena: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...