Friday, May 6, 2011

Makmum Muda: Musim Kedua

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dewasa kini, banyak rancangan realiti baru muncul di televisyen bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kebanyakan rancangan realiti itu memerlukan peserta untuk bercampur gaul antara lelaki dan perempuan serta mendedahkan aurat berat menampakkan lurah dada bagi menaikkan rating rancangan. Di negara kita pula, rata-rata rancangan realiti hanya membabitkan nyanyian yang biasa-biasa daripada peserta mahupun jenaka-jenaka yang tidak konsisten di mana mereka sebenarnya sekadar dieksploitasi untuk mendapatkan keuntungan melalui undian SMS.


Atas dasar itu, pihak Astro ingin mengubah persepsi masyarakat dengan mengembalikan rancangan realiti spin off kepada Imam Muda iaitu Makmum Muda untuk musim kedua. Bagi mereka yang tidak tahu, peserta Makmum Muda semuanya terdiri daripada mereka yang gagal dalam ujibakat Imam Muda. Semasa musim pertama dahulu, Makmum Muda Faizal telah dinobatkan sebagai juara menewaskan 3 peserta lain. Sebagai juara bertahan, Faizal telah kembali dijemput untuk menyertai musim kedua ini bagi mempertahankan kejuaraannya. Turut kembali adalah naib johan, Makmum Muda Adam serta 2 peserta baru iaitu Makmum Muda Amir dan Makmum Muda Shuhud. Peserta musim pertama Makmum Muda Hisyam tidak dipanggil kembali kerana kengganannya untuk mamakai songkok dan Makmum Muda Fandi pula terpaksa menolak ajakan kerana isterinya sedang berpantang. Undian secara SMS masih lagi diaplikasikan, cuma kali ini hasil daripada undian akan masukkan ke dalam tabung surau qariah yang diwakili. Adakah anda sudah bersedia untuk mengikuti rancangan realiti yang berfaedah ini? Ayuh teruskan membaca.

Minggu pertama: Orientasi

Seperti biasa, minggu pertama para peserta akan ditempatkan di Akademi Al-Kauthar Bandar Baru Bangi. Para peserta bebas melakukan apa saja sambil diperhatikan oleh hakim melalui CCTV rahsia di dalam almari. Tok Siak dan Bilal akan mengambil poin-poin penting tentang keperibadian kami, cara kami bergaul dengan peserta lain serta apa yang akan kami untuk survive jika tiada komputer di sisi. Kita dapat lihat para peserta bertungkus lumus untuk memikat hati juri dengan melipat sejadah, membaca kitab Qiraati jilid satu sehingga lima, serta membuat peta minda tajwid bagi hukum Nun Mati. Adalah dinasihatkan agar para peserta berwasadtiah dan tidak berlebih-lebihan serta menampakkan wajah lakonan yang natural agar tidak dituduh membodek para juri.

Penyingkiran minggu pertama: Makmum Muda Amir disingkirkan kerana menyeludup telefon bimbit ke dalam akademi untuk bergayut dengan gadisnya. Perbualan yang dirakam ternyata tidak menepati piawaian seorang makmum yang berkaliber kerana mengandungi unsur-unsur tidak senonoh. Penonton yang berfikiran radikal ternyata tidak suka dengan tindakannya di mana peratusan undi yang diterima adalah negatif, ditambah pula dengan komen juri yang melabelkan tindakan Amir sebagai "irresponsible"

Minggu kedua: Ujian nyanyian Nasheed

Seorang juri khas dijemput untuk mengadili aktiviti nyanyian nasheed ini iaitu Saudara Hafiz daripada kumpulan Mirwana. Saudara Hafiz adalah ahli Mirwana yang kurang popular berbanding Faizal Tahir, sama seperti Taboo di dalam kumpulan Black Eyed Peas. Dalam ujian ini, para peserta dikehendaki untuk menyanyikan sebuah lagu nasheed kontemporari moden. Kelunakan suara tidak diambil kira dalam ujian ini kerana apa yang penting adalah mesej yang disampaikan dalam nasheed itu. Kalau diuji berdasarkan kelunakan suara kasihanlah Makmum Muda Shuhud kerana suaranya umpama Sizuka kalau dia seorang lelaki. Ternyatalah Makmum Muda Adam 'is in it to win it' dengan mendendangkan lagu Maher Zain 'For The Rest of My Life' dan Inshallah versi Melayu. Makmud Muda Shuhud pula cuba memikat pengundi gadis-gadis dengan menyanyikan lagi Nasheed percintaan selepas berkahwin iaitu Kasih Kekasih daripada In Team.

Penyingkiran minggu kedua: Satu keputusan yang sangat mengejutkan berlaku di mana juara bertahan Makmum Muda Faizal disingkirkan. Kelihatan ramai orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan menyatakan ketidakpuashatian mereka dengan mencipta page "Kami Mahu Makmum Muda Faizal Kembali" di Facebook. Kegagalan Faizal dikatakan berpunca daripada tindakannya menyanyikan lagu daripada Far East Movement untuk tidak mahu menjadi klise. Lagipun, Far East Movement adalah nama baru kepada kumpulan nasheed Far East (pronounced as Faiz) yang pernah popular satu masa dahulu sebelum mereka berpindah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka. Korang je yang tak tahu.

Minggu akhir: Membaca Ayat Hafazan PAFA

Ini adalah ujian yang paling sukar buat para peserta yang tinggal kerana mereka dikehendaki untuk membaca kembali ayat hafazan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) yang telah lama mereka tinggalkan. Bila last baca? Tingkatan 3 kan? Itu sudah lebih sepuluh tahun dahulu. Dulu-dulu masa ujian ayat hafazan PAFA boleh baca ramai-ramai, so bolehlah join group yang sudah hafal lepas tu kita sekadar miming. Tujuan ujian ini adalah penting bagi membackup Imam Muda di hadapan jika mereka terlupa bacaan, maka bolehla kita menyelamatkan keadaan dengan mengingatkan Imam.

Penyingkiran minggu akhir: Seperti yang dijangka, Makmum Muda Adam disingkirkan serta merta tanpa perlu menunggu keputusan undian kerana dia masih lagi cuba miming walaupun dia disuruh membaca ayat hafazan itu seorang diri. Mulut terkumat kamit namun begitu tiada suara yang keluar. Ini bermakna Makmum Muda Shuhud telah dinobatkan sebagai juara musim kedua Makmud Muda. Juara akan membawa pulang satu set minyak wangi tanpa alkohol yang ditaja oleh bekas ahli Al-Arqam, sekeping cakera padat ceramah Ustaz Ismail Kamus serta pakej untuk membuang sihir di Darussyifa' Bangi.

Maka berakhirlah siri Makmum Muda untuk musim yang kedua. Apakah pendapat anda tentang Makmum Muda musim kedua ini? Memang wajar rancangan berunsurkan Islamik ditayangkan dengan lebih banyak di kaca televisyen bukan? Sekian.



18 comments:

Cik Kiah said...

huh...tak pasti....

..:: WiRdA ::.. said...

oh penat undi makmum muda thn lepas..terkluar awal pulak..:P

The Sharkox said...

aku adalah admin untuk facebook fanpage "Kami Mahu Makmum Muda Faizal Kembali"..

Mohamad Faizal said...

cik ciah: pastikan juga anda ikuti musim seterusnya

wirda: alah anda undi sekali je lenkali undi sampai kena bar

sharkox: abang admin bagaimana dengan penjualan tshirt makmum muda kita?

Anonymous said...

mane kau dapat muka apai tengah meneran berak tu?nice haha!!

-fandi-

Anonymous said...

Itu gambar aku lepas akad nikah tuh..
mesti ijai gunting dari bipop tu..

~AkuApai~

Mohamad Faizal said...

fandi: alah kita kan berada di sisi apai sepanjang masa

apai: video malam pertama kau pun aku ada amir. tapi kau tak setubuh malam pertama hik hik hik

Kap said...

aku cadangkan musim hadapan Makmum Muda dibuat luar dari Bangi.
ada berani?

crazy_labelle said...

knp ijai kalah?
ak da topup ratus2 dah utk undi kamu masa final nnti..

Idlan said...

ijai, apa kata kau buat makmumah muda merangkumi wanita2 dalam hidup kawan2 kau. ada berani? :D

Anonymous said...

setuju perbykkan program agama ni..hw bout entry tyelah ustaxs ijai al-kacaki :D hohoho


^silence stalker^

Anonymous said...

aaaa kenapa aku gagal pafa lagi! (orang terakhir complete pafa kat skolah)

adam

Anonymous said...

aaaa kenapa aku gagal pafa lagi! (orang terakhir complete pafa kat skolah)

adam

Mohamad Faizal said...

kap: kau berminat nak menjadi peserta ke nanti kita temuduga ilmu asas tajwid haha

labelle: tulah kali ini tak ada MAKMUMasuk

akak abe: berminat nak tahu pasal wanita dalam hidup abe tak? jeng jeng jengggg

stalker: alhamdulillah semoga hidup anda diberkati

adam: tak apa adam saat itu dah berakhir haha

Idlan said...

macam dah tahu ajer hahahah

Anonymous said...

uishh..saya dengan ini membantah semua penyigkiran makmum muda kerana saya berpendapat bahawa dengan adanya penyingkiran ini..maka..makin kurang la saf-saf d masjid..kihkih..


-casablancas-

Anonymous said...

SAYE SETUJU MAKMUM MUDA DR SHUHUD YANG MENANG !!! DR SHUHUD PATUTNYE MENANG MASE MUSIM PERTAME LAGII !!!!

-anak murid-

akuNAJWA said...

mana ade Taboo tak popular... saye suke Taboo :'(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...