Monday, May 16, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Pensyarah


Hari ini merupakan Hari Guru. Pada mulanya ingin sahaja saya memplagiat entri lama 'Mengenali Jenis-Jenis Guru' untuk direpost kembali tetapi dahulu guru Kemahiran Hidup saya pernah menerapkan nilai-nilai yang murni di dalam diri agar tidak menjadi seorang yang pemalas ketika menulis blog. Oleh sebab itu, hari ini saya ingin menulis tentang jenis-jenis pensyarah yang wujud berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain ketika zaman di matrikulasi dan universiti. Pensyarah pun sambut hari guru juga kerana mereka juga merupakan tenaga mengajar, cuma dapat gaji lebih sikit je daripada guru. Anda pun mungkin ada pensyarah-pensyarah sebegini semasa zaman anda belajar ataupun anda sendiri mungkin termasuk dalam kategori pensyarah yang saya akan huraikan nanti. Ayuh teruskan membaca.

1) Pensyarah Foreigner

Pensyarah foreigner adalah pensyarah yang diimport daripada luar negara, tak kiralah dari India, Indonesia mahupun Emiriah Arab Bersatu. Pensyarah luar negara ini selalunya memiliki aksen yang sukar difahami oleh pelajar tempatan, sekaligus dijadikan bahan jenaka oleh pelajar nakal untuk mengajuk aksen pensyarah itu. Contohnya, ada seorang pensyarah itu datang dari India, kelihatan seperti dia sedang membuat persembahan stand up comedy di hadapan macam Russell Peters mengajuk aksen orang India. "If you have a any doubt, please ask" akan jadi "If you have any daud, please ask" sambil kepalanya gerak ke kiri dan kanan macam bobblehead tu. Nampak seperti stereotype tetapi itu memang satu hakikat.

Pensyarah foreigner rata-ratanya amat tegas kerana mereka tidak rasa obligated untuk membantu pelajar Melayu. Kalau pensyarah Melayu bolehlah kau bodek belanja minum air Mirinda di food court minta untuk naikkan carry marks anda, tetapi usah haraplah anda dapat nak bodek pensyarah foreigner.

2) Pensyarah Sexual Harassment

Pensyarah jenis ini selalunya orang lelaki. Pensyarah sexual harassment perempuan bukan tak ada, cuma tak dilaporkan je sebab orang lelaki mestilah redha je kalau diraba pensyarah perempuan kan? Pensyarah jenis ini sukar hendak dikenalpasti berdasarkan kepedibadiannya, namun begitu di atas pemerhatian stereotype, mereka selalunya pakai cermin mata, ada misai nipis serta perut sedikit boroi. Selalunya yang menjadi mangsa adalah pelajar perempuan. Ketika pelajar perempuan yang naif pergi berjumpa penyarah di mereka percaya sepenuh jiwa dan raga, di saat itulah pensyarah itu menunjukkan organ reproduksinya. Bukanlah directly keluarkan dari seluar, tetapi sekadar metafora bagi sikap mereka yang mengambil kesempatan terhadap pelajar perempuan itu.

Contohnya, mula-mula mereka akan keluarkan kenyataan yang tidak relevan dengan perbincangan akademik seperti:

"Emm sedaplah bau awak, pakai minyak wangi apa ya?" (maksud sebenar ayat ini, I wanna smell you)

"Emm do you work out? You have a nice body" (maksud sebenar ayat ini, I feel aroused looking at your smokin hot figure)

"Emm nice breast" (tiada maksud tersirat)

Itu adalah seksual harassment secara kata-kata. Bagi mereka yang nampak macam anda layan sahaja mereka, mereka akan menjadi lebih berani dengan membuat aksi menepuk-nepuk bahu lagi sikit nak kena pangkal payu konon-konon nak bagi encouragement sambil cakap 'Good work'. Kalau pensyarah itu gay, mereka akan membuat buttslap bagi menaikkan semangat pelajar lelaki yang tak sedar mereka sebenarnya telah dinoda.

3) Pensyarah 'English Educated'

Pensyarah jenis ini mendapat ijazah Master dan PHD mereka dari luar negara, terutamanya negara-negara barat seperti Amerika dan England. Mereka duduk sana lama sehingga mereka terlalu 'immersed' dengan gaya kehidupan di sana. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka harus kembali ke tanah air dan jauh di lubuk hati mereka, mereka rasa orang Melayu ini kolot dan tiada 'class'. Lupa diri agaknya apabila mereka melihat cermin perasan muka pan asian. Apabila mereka cakap orang putih huiiii kalah orang putih itu sendiri. Dengan aksen Americannya itu kalau kita jumpa kat tepi kafe kita cakap Melayu pun mereka akan balas dengan bahasa orang putih. What the what?? Pakaian taknak kalah. Tak mainlah pakai baju kurung hari-hari pakai seluar dan blazer. Kalau pakai tudung sekalipun, mesti pakai ala-ala Dato Shahrizat Jalil ataupun sekadar pakai scarf yang digabungkan dengan skirt nampak lutut.

4) Tutor lab yang comel

Selalunya yang mengajar di lecture hall pensyarah dia selalunya tua. Ok tua bukanlah istilah yang tepat, senior lecturer mungkin? Maka tugas mengajar di lab selalunya diberi kepada pensyarah wanita yang masih muda dan comel. Selalunya mereka ini baru sahaja bergraduasi ataupun tengah sambung Master. Itu yang ramai pelajar lelaki selalu ponteng kuliah tetapi masa lab kedatangan mesti penuh sebab nak flirting dengan lab tutor. Lepas tu buat-buat bodoh walaupun kita sememangnya bodoh pun dalam bab-bab buat coding ni mengharapkan tutor comel itu duduk di sebelah kita sambil bersentuhan jari-jemari ketika cuba memegang mouse...

5) Pensyarah yang ada masalah keluarga

Anda boleh mengenali pensyarah sebegini melalui gaya pengajarannya. Jikalau mereka masuk dewan kuliah dengan mata merah dah letih, kemudian bila mengajar pun guna suara yang mendatar dan tidak itu tandanya mereka sedang mengalami postpartum depression. Selalunya ini berlaku selepas perempuan melahirkan anak. Semasa mengandung, kebanyakan hormon wanita yang menggalakkan kesihatan yang optimum dikawal oleh placenta. Tetapi apabila placenta itu meninggalkan tubuh badan selepas beranak, paras hormon tadi serta merta turun dengan mendadak, menyebabkan orang perempuan mengalami masalah mood swing ataupun lebih teruk lagi, sakit jiwa. Ok ok jangan kagum sangat fakta ini aku baca dekat The Star semalam.

Pensyarah yang ada masalah rumahtangga juga selalunya akan membawa emosi tidak sihat mereka ke tempat kerja. Anda tanya soalan bodoh sikit je mesti kena tempelak. Anda nak pergi toilet pun mereka tak kasi suruh anda kemutkan lubang punggung anda sehingga tamat kuliah. Kalau tengah marking paper tu fuhh ada kemungkinan anda akan kena tolak markah di atas kesalahan tatabahasa dalam subjek Database Systems.

6) That one lecturer that you always like

Ahah di universiti anda mesti anda ada seorang pensyarah kegemaran bukan? Ok aku nak cerita pasal pensyarah kegemaran aku. Nama dia Puan Eze Manzura. Pn Eze adalah penyarah yang paling penyabar sekali di Uniten. Kali pertama jumpa dalam lab apa tah. There she was, with that sweet smiles on her face, never once raised her voice or even had a frown on her face. Aku tak tahula bagaimana dia boleh bersabar dengan group "bangang dan bising" di belakang yang line upnya adalah aku, Khairul Afandy, Izwan Anwar, Mohd Azrel dan Hanis Penis. We didn't understand anything, not because of her teaching methods, but because we were just lazy and stupid. And setiap kali lab asyik berpura-pura menaip coding, pura-pura tanya orang, and last-last cucuk tamdraiv mencurik source code.

Did i mention she was super cool? Pernah sekali masuk lab, saya menjerit "OK kelass kenselll" tanpa menyedari Pn Eze sedang pasang projektor. Pap tiba-tiba dia muncul betapa malunya diriku ini. Tp Pn Eze tak marah, sekadar 'mendenda' aku memasang projektor (tapi gagal sebab saya tak tahu haa haa). Ini tak masuk insiden saya TERgelakkannya kerana tersilap pegang telefon bimbit instead of the mouse lepas tu cakap "eh apasal mouse tak gerak ni?" (so sorry!). She even replied to my 'letter' in front of the class saying I was 'Bole tahanla' (the letter asked whether 'Mohamad Faizal ni kacak tak?'). Ohh Pn Eze I'm so sorry for everything.

Sebenarnya, tak kisahlah jenis penyarah apa pun, kalau anda ini seorang pelajar yang baik dan menghormati pensyarah, ternyata karekter mereka tidak akan memberi impak yang besar terhadap pelajar jenis apa yang anda akan jadi. Walau apapun yang ditulis di atas, saya tetap berterima kasih di atas jasa baik mereka mengajar saya subjek yang saya tak aplikasikan sangat pun di alam pekerjaan. Tanpa usaha gigih mereka mengajar saya, saya pasti akan menjadi orang yang tidak berguna naik EX5 menyimbah asid ke muka gadis-gadis. Terima kasih guru! (pensyarah). Kalau anda masih belajar, pergi salam dan cium tangan guru sejantina kalian. Jika anda pun ada karekter pensyarah yang menarik, silalah kongsi bersama. Oh selamat hari guru untuk pensyarah paling comel di Asia Tenggara, Miss Datillah :)



19 comments:

afrohead said...

tu diaaa pensyarah sexual harassment. nice breast terus.. hahaha!

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Pensyarah English Educated paling aku tak berapa nak suka. Suka kata budak Melayu tak bagus. Lecturer foreingner jauh lagi baikkkk.

Kat sekolah pun ada cikgu kategori ni. Cikgu2 keluaran KPLI&DPLI selalu le kena kutuk dengan puak2 nih. -__-

Selamat Hari Guru untuk diri sendiri!

p.s. Bila Hari Doktor Gigi? Nak wish kat Shuhud...sebab besday dia hari tu saya dah termissed

theanswer said...

hahaha tak pasti saper pensyarah fav.. tak penting pon sbb gf aku pensyarah bahasa inggeris. bapak aku pensyarah sains..abg aku bakal keje pensyarah..jd tayah ade fav2 pensyarah.hahahaha

Mohamad Faizal said...

afrohead: kadang2 orang lelaki banyak berfantasi apa yang ditonton di PC boleh berlaku di dalam dunia realiti

human: selamat hari guru untuk anda!

theanswer: apa lagi jadi kau pun jadi pensyarahla barulah sekeluarga bahagia

uculer said...

aku paling tak boleh lupa masa kelas C programming. pensyarah luar negara.

' when you combine this and turn it into ASCII code, you will get OOAA' telah menjadi 'when you combine this and turn it into ASCII code, you will get woo woo yay yay'. aku gelak sampai terpaksa kluar dewan kuliah. nasib baik lulus.

dan lagi satu kenangan adalah budak-budak ni kutuk tudung pensyarah dari india/ pakistan. sekali minah tu angkat telefon cakap bahasa melayu, parkinson terus kat situ.

aku pun tak taulah cemana lecturer ni semua boleh jadi sangat sabar.

theanswer said...

masalahnya aku jenis plajar yg pensyarah x suke..salu ponteng..assignment lmbt..mls..hahahha

Kap said...

pensyarah kau ada yang naik EX5 tak?

nobody said...

hehehe...

pasal pensayrah foreigner tu memang betul...bab slang die terutamanya.

tapi pensyarah2 foreigner kami, memang kami sayang amat.

sebab diorang ajar superb. cool gile.ade yg still gune oldschool punye method.

cayang diorang sangat ^^

* tapi macam tak caye lah, ade ke pensyarah yang ada masalah keluarga? i mean memang sume org ade je prob, tapi as professional...taklah sampai macam encik ijai cerita tu kan? tak pernah jumpe pon ...

s a r said...

ehehe.

bab pensyarah foreigner tu abslutly!

sexual harrasment tu, standard la kot. ada yang siapkan gagalkan student sebab gurl tu tak layan. huu. ~tak pasal2 kene repeat. ish ish

ada masalah keluarga? ehe. ada kot.

pensyarah eng educated. wah, memang tersangatlah ada. ish ish. terlupa agaknya dah balik malaysia. ehehe..

finaz said...

hahahah lawak ok entry ni.. so far in my Uni life tak penahlah plak jumpa jenis2 pensyarah yg disenaraikan.. sume biasa2 jer

tp bab ngajuk lectuer / cikgu tu mmg ok.. smpi skrg teringt slang yg diajuk2 tu.. hahahah..

The Sharkox said...

aku pernah kena tanya soalan oleh lecturer arab. Dia gtau kur of blablabla is blablabla.

kami dok heran binatang apakah kur? bila dia eja, C.O.R.E, kitorang pun tergelak besar sampai runtuh bumbung lecture hall.. CORE bunyinya kur

lawak russell peters yang paling aku suka ialah lawak penis orang india dan afrika..

Aslina said...

pensyarah racist takde plak ko tules...

kat tempat aku lect melayu kebanyakkan racist gila babi ngan indian... tapi siap tabik hormat dengan chinese. aku tau la kawasan aku blaja tu keliling estet, takyah la nak racist teruk sangat...

Mohamad Faizal said...

uculer: haha keji gila gelak sampai keluar dewan kuliah

kap: seingat aku tiada. semua naik kereta. pensyarah wanita merempit adalah

nobody: alaa saya banyak ezajerit haha

sar: ish mana boleh saje2 gagalkan student harus dilaporkan tu

finaz: lepas ajuk jangan lupa minta maaf

sharkox: kur? HAHAHAHA sumpah aku ketawa juga

aslina: mungkin tiada di kolej aku semua bangsa hidup dalam keadaan berharmoni

Anonymous said...

pensyarah lelaki yg cube nk celikkan mate studt dgn melwk LUC dlm lectr hall?
--> testis, testis 1,2,3 (instead of testing2 1,2,3)

kategori no4 tu mst utk miss datilla kn..hepi teacher's day for her n me eswel ;)

*S_S*

deqyalalink in-situ said...

dr shuhud gak terbahek ! hahaha tapi kan , bile dr shuhud speaking , mesti ayat2 dia berbaur kelantan ..boleh imajin tak , english yang dikelantankan ? ha begitu le. adekah dr shuhud berasal dari kelantan ?

baideway , dr shuhud selamat hari pensyarah ! dr shuhud owsemmmm

Cik Kiah said...

pandai ang mengkaji yer...
slmat la tak sompat blaja ngan foreigner kalo dak tegeleng-geleng gak larh kepale makcik..

Mohamad Faizal said...

anon: selamat hari guru untuk anda juga

deqyalalink: shuhud berasal dari india lah

cik kiah: tak baik geleng sekali nanti dituduh rasis

Momee Rain said...

Cool je penulisan kau. Aku paling gelak komen " wo wo yay yay, n bebudak yg ter'parkinson' tu.

Anonymous said...

haha..yg jenis no 1, 4, dan 6 tu mmg prnh jumpe.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...