Wednesday, May 18, 2011

Mengkaji Tabiat Manusia Di Pasar Malam

Hai apa khabar semua. Di kawasan rumah aku, pasar malam akan diadakan berhampiran dengan Petronas pada setiap hari Rabu dan hari Jumaat. Oh ya, dahulu aku memang gemar pergi ke pasar malam mencari popia basah ataupun VCD filem Melayu seperti Tragedi Oktober mahupun Maria Mariana, tetapi sekarang tidak lagi kerana pasar malam di kawasan rumah aku sudah dikuasai oleh warga asing. Hari ini sempena sambutan Hari Pasar Malam Sedunia, saya ingin membuat kajian tentang tabiat pangunjung mahupun peniaga di pasar malam dengan lebih terperinci. Ayuh teruskan membaca.

1) Tidak mementingkan kod etika pemakaian

Kod etika pemakaian di pasar malam tidak sama seperti kod etika pemakaian di Pavilion. Tiada mata yang akan memandang serong jika anda memakai baju yang koyak di ketiak. Para peniaga tidak akan memanggil pengawal untuk mencota anda jika anda datang ke gerai mereka dengan imej tak terurus seperti baru bangun tidur. Maka anda boleh pakai apa sahaja ke pasar malam nak pakai boxer sahaja pun boleh. Namun begitu, kita boleh mengklasifikasikan gaya pemakaian ke pasar malam melalui beberapa kategori iaitu:

a. Kategori makcik

Makcik-makcik yang pergi ke pasar malam hanya ada satu uniform iaitu baju kelawar. Baju kelawar ini bersifat jarang dan tidak ketat bagi mengelakkan lipatan-lipatan lemak di perut kelihatan. Lagipun senang hendak berebut ikan pari daripada makcik yang lain. Baju ini terlalu jarang sehinggakan anda boleh nampak ketiak makcik itu serta jenama baju dalam yang digunakan. Biasanya mereka guna jenama yang generic yang berwarna coklat itu sahaja tetapi kalau anda beruntung anda mungkin boleh nampak bra berjenama Triumph yang berwarna merah. Memang senang untuk anda menyeluk tangan ke dalam ruangan baju kelawar tetapi relakah anda berbuat sedemikian?


b. Kategori gadis

Rata-rata gadis yang pergi ke pasar malam ini bukanlah kerana mereka hendak membeli apam balik ataupun sayur-sayuran untuk dimasak, tetapi mereka ingin mencari jodoh. Yelah lepas baca blog ijaicool cakap kena pergi pasar malam untuk mengubat hati yang lara bagi melupakan kekasih. Itulah sebabnya kalau anda nampak gadis-gadis di pasar malam, mereka punya dressing macam nak pergi ke Mines Wonderland. Berbeza dengan pemakaian makcik tadi, baju mereka semuanya ketat-ketat belaka agar jejaka-jejaka dapat melihat liuk lentuk tubuh mereka. Memang tidak dinafikan yang kita mungkin ingin ada matlamat untuk menampar laju laju bahagian dada mereka tetapi niat jahat kita mungkin digagalkan setelah melihat wajah mereka yang dipenuhi dengan bedak sejuk.

c. Kategori warga asing

Warga asing akan memakai pakaian mengikut bangsa. Ini bukan rasis, ini pemerhatian. Jejaka indon akan pakai tshirt berwarna hitam yang ada imej kumpulan sembah syaitan walaupun mereka sebenarnya tidak faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh kumpulan itu. Jejaka Myanmar dan Nepal akan pakai baju kemeja dan slack dengan kemas. Gadis Indo akan memakai tudung bibik. Gaya pemakaian mereka tidak menjadi masalah sebenarnya. Yang menjadi masalah adalah kengganan mereka untuk mengenakan ubat ketiak Avon or at least minyak wangi tiruan. Jalan sebelah bau hangit masuk hidung rasa naik sampai ke ketak macam kau tengah mengunyah ketiak mereka.

2) Semangat menderma menjadi tinggi

Orang Melayu khususnya memang mudah kasihan terhadap orang-orang yang kurang bernasib baik. Kalau tengok cerita Bersamamu mahupun cerita Juvana sekalipun, kita pasti akan mengalirkan air mata. Kalau pergi pasar malam, sifat kasihan itu akan menjadi lebih ketara kerana kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia yang kurang sifatnya. Dari start pasar malam anda dah boleh lihat pakcik tiada kaki tengah ulang-ulang baca ayat hafazan PAFA tanpa tajwid yang betul. Jalan sikit lagi nampak orang tengah terlentang di tengah jalan tiada kaki dan tangan. Jalan depan sikit lagi adalah kugiran buta menyanyikan lagu-lagu Maher Zain ataupun Avril Lavigne. Walaupun anda tahu yang sesetengah daripada mereka itu hanyalah sindiket yang mengeksploitasikan orang-orang cacat, anda tetap akan menderma seringgit dua kepada mereka mahupun menyuapkan rangka ayam yang baru dibeli.

3) Pertelingkahan antara peniaga

Untuk menarik perhatian pengunjung di pasar malam, para peniaga akan menggunakan kelantangan suara mereka memanggil-manggil kita untuk membeli air tebu mereka. Abang yang jual air soya di gerai yang bertentangan pun tak mahu kalah. Abang soya pun menjerit dengan lebih lantang siap cerita kebaikan susu soya lagi. Terasa tercabar dengan aksi Abang Soya, Abang Tebu mengeluarkan hailer untuk memanggil pelanggan. Abang Soya pulak tercabar keluarkan mikrofon cucuk kat speaker menjerit-jerit macam orang kurang siuman. Samalah kalau peniaga yang jual kaset cetak rompak. Mesti dia pasang lagu SLANK kuat-kuat sehingga terhiris gegendang telinga. Macam biasa pakcik yang jual kaset ceramah berasa tercabar lepas tu dia bagi volume yang paling tinggi sekali memainkan kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus. Siapa yang rugi sebenarnya dalam hal ini? Mereka dan keluarga mereka.

4) Menjadi tempat alumni pelbagai bangsa

Aku tak suka pergi pasar malam ni bukan apa, sebab susah nak bergerak akibat warga asing yang duduk berkumpul di tengah-tengah jalan. Macam tak ada tempat lain nak buat gathering membincangkan siapa yang terkeluar dalam rancangan realiti So You Think You Can Make A Bakso? Lepastu muka masing-masing dahla macam pailang kami rasa gementar ok jika anda tenung-tenung kami. Tapi tak usah nak cakap tentang bangsa asing, bangsa kita sendiri pun ramai. Makcik-makcik baju kelawar tadi kalau dah berjumpa mulalah nak mengumpat, nak cakap pasal Rozita Che Wan bercinta dengan Shahir semua.

5) Ponteng solat maghrib berjemaah di surau

Kalau pergi pasar malam, mesti nampak ramai orang, mostly kanak-kanak dan remaja yang memakai baju melayu lengkap berkopiah semua yang berpeleseran di pasar malam ketika azan Maghrib dilaungkan. Diorang cakap kat mak bapak nak pergi surau, lepas tu melencong ke pasar malam untuk melakukan aktiviti terlarang remaja seperti menghisap rokok dan jumpa awek. Walaupun kita ni tak pergi solat berjemaah di surau, kita masih rasa nak bagi tinju Ip Man je melihat gaya perlakuan budak-budak zaman sekarang bukan? Sekolah pun belum habis lepastu nak pergi beli ringtone kat pasar malam. Paling tak tahan depa pergi cari VCD yang ada scene persetubuhan seperti Basic Instinct, Titanic, dan Borat.

6) Hilang kesedaran sivik

Orang Malaysia ni memang terkenal dengan sifat kurang kesedaran sivik. Kalau pergi ke pasar malam segala nilai-nilai murni yang diajar dalam subjek Akhlak di sekolah agama sampin hijau dahulu memang tak pernah hendak diaplikasikan. Tangan kita ni ringan je hendak membuang bekas tongkeng ayam yang baru dibeli merata-rata. Buang kahak pun memang tak pandang kiri kanan terus diludah sahaja. Eww. Bekas plastik pun main campak sahaja ke lantai walaupun pihak Majlis perbandaran ada menyediakan tempat untuk membuang sampah. Elok dibuat pasar malam pada hari Sabtu sahaja kerana hari Sabtu adalah hari bebas plastik. Cuba tengok scene selepas pasar malam tamat macam baru lepas sambut tahun baru sampah di merata-rata.

7) Sexual harassment daripada peniaga

Jika anda ini seorang perempuan dan anda suka pergi ke pasar malam, pasti anda sudah biasa dengan gangguan seksual yang dilakukan oleh para peniaga terhadap anda. Mula-mula mereka akan menggunakan pick up line rempit dengan memanggil anda Kak Long seperti di bawah:

"Hai Kak Long nak beli timun?" (sambil memegang timun berhampiran dengan mulut)

"Hai Kak Long marilah beli buah tembikai" (sambil memegang dua biji tembikai di paras dada)

"Hai Kak Long nak rasa balls saya? Kaya balls I mean"

Begitulah antara tabiat-tabiat stereotype manusia yang kita boleh lihat di pasar malam. Adakah anda suka pergi ke pasar malam? Ayuh kongsikan pengalaman anda pergi ke pasar malam di kawasan kejiranan anda.



21 comments:

Anonymous said...

aku perasan sejak kebelakangan ni entri ko byk dialog2 sexual harassment ni haha tapi takpe.. still kretif n lawak

"haaaa mai kak mai dik char kuey teow haaa mai kak mai dik char kuey teow x10000000000000000"


-megan musang

afrohead said...

cilaka part letak timun dalam mulut tu memang melampau. memang boleh kena libas dengan beg tangan Kak Long tersebut. kah kah kah!

Mimie.Candy Cane said...

masa baca entry ni aku rasa aku tengah duduk kt tengah2 pasar malam...

nk bgtau,sebenarnye dah lama tak into scene pasar malam ni..

Aslina said...

kat area umah aku, lagu2 slank atau ceramah ustaz ismail kamus tak into sangat dah...

skang orang pasar malam kejiranan aku lebih suka up latihan vokal berbentuk "satu barang satu ringgit, satu barang satu ringgit"

dia punya volume memang saudagar cd ceramah dengan rokes takleh beat ah...

Mohamad Faizal said...

megan: haha yakah? aku pun tak perasan tapi itu tidak bermakna aku aku menggalakkan gangguan seksual

afrohead: haha aku ezajerit saja jika betul mesti seram jika lelaki lain buat begitu terhadap aku. bang nak beli timun bang? ammmm

mimie: apa kata pergi malam ni tengok apa perkembangan scene pasar malam di sana

aslina: apa benda satu barang satu ringgit? cakoi kah

Jazica Albek said...

oke yg nombo 7 xpenah denga lagi. mandai je! :p

The Sharkox said...

Disini aku nak ucapkan selamat hari pasar malam sedunia.. peringkat kebangsaan bila dorang nak buat jai? tak sabar aku nak tengok pertandingan ratu pasar malam dengan perarakan gerai pasar malam berhias

Cik Kiah said...

tade keje nak p pasa tapi cam nak p dating ngan david beckam..
* tobat nak p bli buah-buahan, kalo nk bli kasik anak menakan jer p tanyer... huuu

Z said...

haha yg last skali tu ada ke?ak x nah jmp lg.klo ada mmg brani la.hahaha

just azura! said...

weh ijai, aku dok pi jugak pasar malam bangi, tak pulak aku nampak makcik pakai baju kelawar merayau-rayau sekitar kawasan. observant gila hang nih. mungkin aku dok sibuk cari char kwey tiaw kot masa tu...hehe

Ms J said...

bab baju kelawar tu kat KL susah nak jumpa kot.. Tapi bab bau BO tu mmg gile tajam menusuk hidung!!! pergghghh... kaw kaw punya bau. Rasa nak pengsan pun ada!!

wath said...

kau punye pasar malam kat ne ni. apsal hyper gile suasane nye. pasar malam kat umah aku sekadar ade bangsa2 tak bersatu berjalan2 tanpa menghiraukan bau ketiak diorg je. yg lain2 tu aku tak kaji lak.

uculer said...

Apsal aku rasa ko gabung pasar malam dengan uptown lama? Dia punya meriah tu satu macam.

BTW, aku penah je pegi pavilion pakai baju terbalik. Sumpah aku tak perasan (lpls tu kwn aku tak kasitau). Tade pun kene halau. Suka exaggerate.

Sumpah fani entri ni sampai aku terguling-guling atas katil lalu terbatal wudhu.

Mohamad Faizal said...

jazica: memang rekaan semata2 haha

sharkox: kalau peringkat kebangsaan selalunya diorang buat masa bulan januari

cik kiah: mengapa mahu pergi dating dengan beckham pula baik pergi berbekam

z: biasalah saya suka ezajerit haha

azura: yelah pasar malam sudah dikuasai orang asing makcik pakai baju kelawar ke warta je

ms j: semua malas pakai avon

wath: ini pasar malam 1malaysia campur warga asing juga

uculer: terbatal wudhu jika terkeluar sesuatu daripada.....

crazy_labelle said...

penderaan sexual daripada pengunjung lg banyak... cepat je tangan nak meramas kalo tgh sesak2 tu...

crazy_labelle said...

weh, ko keje mane skang?
ak tgh carik tempat praktikal...
course network...

Kap said...

aku serius hilang selera dekat kaya ball sekarang.

Anoneemus™ said...

Scene persetubuhan dalam Borat agakla membuat kita hilang selera makan sehingga perut kurang 2 inci tanpa memakai bengkung Premium Beautiful.

Mohamad Faizal said...

labelle: department aku tak buat networklah...ada baiknya anda buat praktikal yang relevan dengan pengajian anda agar mendapat lebih manfaat dan pengalaman untuk bekerja nanti

kap: gunakan kuasa imajinasi anda

amoneemus: scene gusti sejantina dia memang menaikkan syahwat jika kita ni gay

Aslina said...

uihh... bukan dikalangan kategori makanan la barang2 seringgit tu...

lebih pade mcm daiso. kalo kat daiso jual 5 hengget ko dah cakap murah... kat pasar ni bende2nye singgit je...

penapis teh, senduk, raga bawang, pisau, span basuh pinggan, berus jamban, berus basuh baju, berus gigi satu set ada 3, sepit baju 1 set, cawan, pinggan plastik, banyak ah nak list.

rotashia faizal said...

tak suka g pasar malam sebab nak kena berhimpit dengan ramai orang.. rimas.. :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...