Wednesday, May 4, 2011

Signs That She's Just Not That Into You

Tempoh hari kita sudah membincangkan tanda-tanda seorang lelaki tidak begitu berminat terhadap anda secara rohani dan jasmani. Jika gadis-gadis sering tersalah tafsir dengan kelakuan dan tingkahlaku orang lelaki, orang lelaki pula memang langsung tak reti nak tafsir tanda-tanda kecil mahupun besar yang menggambarkan perasaan sebenar seorang wanita. Itu sebabnya kalau korang beri hint nak cincin emas Poh Kong pun memang kami buat tak tahu sahaja.


Sebenarnya, boleh sahaja saya gunakan contoh yang sama yang telah dikupas dalam entri yang lalu untuk diaplikasikan terhadap wanita, tapi ada baiknya kita cari contoh lain agar orang tidak tuduh kita malas mengkaji. Ayuh teruskan membaca.

1) Tak accept friend request

Anda mungkin ingat perkara ini remeh tetapi ini sebenarnya merupakan satu tanda yang besar. Di zaman teknologi maklumat ini, social networking merupakan satu gaya hidup, dan bukan sekadar aktiviti masa lapang. Melalui laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, kita akan dapat berinteraksi antara satu sama lain sambil melakukan aktiviti-aktiviti seksual secara maya seperti 'poking' dan tweetsex.

Maka jika anda sudah menambah gadis yang anda minat sebagai rakan di FRIENDSTER dan mereka masih lagi tak terima walaupun sekarang ini sudah zaman Facebook, maka anda harus fikirkan keutamaan anda. Jika gadis itu boleh pergi 'Like' page-page yang mengarut seperti 'Kempen Mencari Jejaka Manis' ataupun 'Kami Peminat Fanatik Ijaicool' di Fesbuk, mereka pasti ada masa untuk memeriksa senarai orang yang menambah mereka sebagai rakan. Jika mereka tidak berminat untuk mengenali anda dengan lebih lanjut, serta tidak mahu anda ketahui apa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian, maka harapan anda untuk mengenali mereka di alam realiti akan menjadi tipis.

2) Tidak pernah ketawa terhadap jenaka anda

FAKTA: Orang perempuan boleh menjadi berahi jika anda boleh membuat dia ketawa tak kira masa ataupun situasi. Tak kiralah jika anda ni Amir Maharaja Lawak yang sumpah tak lawak sekalipun, jika seseorang perempuan itu ada menunjukkan sekelumit minat terhadap anda, nescaya anda akan menjadi orang yang paling lucu di dunia. Maka, minat seseorang wanita terhadap anda boleh diukur dengan sebanyak mana wanita itu ketawa bersama anda. Seriously.

Kalau kita pergi berjalan-jalan di kompleks membeli-belah misalnya, lepastu kita nampak satu pasangan ni; yang gadis tu memang hangat nak arwah. Wajah eksotik Pan Asia macam Juliana Evans lepastu berpunggung mantap macam Kim Kadarshian kau rasa nak slap di tempat kejadian je, tapi jejaka dia nauzubillahiminzolik. Muka iras-iras kumpulan Radja lepastu banyak jerawat batu lepastu berperut boroi pulak tu. Dalam hati mesti anda cakap "eiii dunia ni tak adil kenapa gadis hangat nak kat dia??" Jawapannya hanya satu, mamat tadi itu seorang yang lucu, at least di mata gadis yang meminatinya itu.

3) Tidak banyak bercakap

I've said this before and I will say this again; antara kebolehan yang gadis-gadis miliki tanpa perlu sebarang kelas ataupun latihan adalah kebolehan untuk membebel. Skil semulajadi ini boleh dilakukan selama 2 jam tanpa henti tanpa berasa mengah ataupun kehabisan air liur. Maka sepanjang masa, mereka hanya ingin bercakap bercakap bercakap tak kiralah pasal set mekap Bobbi Brown yang baru dibeli ataupun bagaimana hendak membuat kek red velvet. Gadis-gadis akan bercakap banyak dengan anda jika dia sudah masuk dalam fasa yang selesa untuk berkongsi cerita yang mereka tahu anda sebenarnya tidak kisah pun. Maka jika mereka asyik bercakap tak henti-henti, biarkan sahaja itu tandanya mereka memang 'into' anda.

Namun begitu jika anda sebagai seorang jantan yang banyak bercakap, dan si dia sekadar membalas ya, tidak, hmm, dan hikhik, maka ada sesuatu yang tak kena di situ. Mana ada lelaki yang lebih kepochi daripada seorang gadis melainkan anda ini seorang arbok yang bernama Sally (Salehudin). Anda boleh lihat bahasa tubuh badannya ketika bercakap dengan anda. Jika dia asyik pandang kiri kanan tengok kawasan sekeliling lepas tu main telefon bimbit periksa jika ada orang BBM dia ke itu memang terbukti dia tidak memberi perhatian terhadap komunikasi dua hala. Sepatutnya dia bercakap sambil memintal-mintal rambut sambil mencubit anda dengan manja. Eh.

4) Sentiasa sibuk dan tiada masa untuk anda

Contoh ini sesuai untuk diaplikasikan semasa fasa berdating. Katalah anda sudah dua tiga kali keluar bertemu janji dengan si dia. Anda rasa seronok dan ingin bertemu janji sebelum meluahkan perasaan di hati dengan harapan boleh mula ringan-ringan dengan pasangan. So anda pun call lah dia. Call call dia tak angkat. Ok. Lepas tu hantar mesej pun tak berbalas. Contoh no 1 friend request tu masih belum diapprove lagi. Aneh. Mengapa begitu? Mengapa membisu? Kau membuatku tak menentu. Terpinga-pinga, tertanya-tanya, di manakah hilangnya mesra? Yaa itu adalah bait single terbaru Faizal Rosly yang akan dirilis tidak lama lagi.

Anyway, setelah anda rasa macam anda kena silent treatment selama beberapa ketika, akhirnya anda berjaya juga menghubungi si gadis. So anda pun mengajaklah dia keluar pergi Midvalley tetapi dia cakap dia sibuk dengan urusan di pejabat. Ok tiada masalah. Lepas tu anda ajak pula nak pergi menonton keindahan lampu neon di I-City, sekali lagi dia cakap dia tak boleh pergi sebab kucing dia nak beranak. Kemudian kali ketiga, anda ajak dia pergi mendaki bukit Broga, kali ini dia memberi alasan yang dia ada penyakit osteroporosis tak boleh nak buat aktiviti lasak sebab tulang dia rapuh. Maka di sini anda harus sedar dengan hint-hint yang diberi di mana mereka sebenarnya tidak terlalu eager untuk bertemu anda. Perasaan yang sepatutnya boleh digambarkan dalam lagu KRU: Pabila kita bersua walau seketika, rindu pula kuterasa, inikah ertinya cinta? Jika bersemua pun tak tahu, sudah tiba masanya untuk anda move on.

5) Dia cuba menyatukan anda dengan rakannya

Ini adalah situasi yang common juga. Kita mendekati seseorang gadis itu, gadis tu pun macam bagi respon baik je tak tampar kita bila kita buat jenaka seksual secara tak sengaja. Lepas tu gadis itu mengajak kita keluar untuk temujanji untuk kali kedua. Yes kita pun terus buat solat sunat kesyukuran siap trim bulu ari-ari lagi just in case. Lepas tu kita keluarkan seluar jeans yang sepatutnya dipakai semasa hari raya. Perfume Dolce & Galbana kita pun kita rasmikan untuk temujanji rasmi ini. Malam tadi dah hafal dah ayat-ayat romantika yang diplagiat daripada romanticquotes.com. Lepas tu apabila tiba saat untuk bertemu, eh kenapa ada seorang gadis yang agak gempal di sebelah gadis yang kita dambakan? Adik dia kah?

WRONG. Gadis itu sebenarnya sekadar berbaik-baik dengan anda kerana dia bertindak sebagai orang tengah untuk menjodohkan anda dengan kawan baiknya. Dengan kata lainnya, tindakannya itu memang menggambarkan jeritan "STOP BOTHERING ME!" tanpa perlu mengungkapkannya dari mulut, mungkin kerana tidak mahu mengguris keegoan anda sebagai seorang lelaki. Ternyatalah dia dari awal memang tiada niat untuk berbalas-balas SMS cinta sehingga habis kredit dengan anda. Ahh jika hati dan perasaan kau ni umpama kaca, memang sudah pecah berderai dah.

6) Dia cakap anda 'cute dan adorable'

Kalau sudah berkahwin itu lainlah sebab boleh cakap perut anda yang semakin boroi tu comel. Tetapi kalau gadis itu cakap anda 'cute dan adorable serta nak cubit-cubit sahaja pipi' ketika fasa berdating itu tandanya ada hanya sesuai menjadi adik angkat.

Buat gadis-gadis, benarkah apa yang saya tulis di atas? Ada lagikah tanda-tanda yang menunjukkan anda tidak begitu berminat dengan kami? Di harap anda dapat kongsi bersama demi kesejahteraan perhubungan. Buat kaum jejaka yang sama organ reproduksi dengan saya pula, percayalah, tiada gadis yang anda tidak boleh dapatkan tidak kiralah sehangat mana pun mereka. Mereka mungkin menunjukkan tanda-tanda di atas ketika bersama anda, tetapi sebagai seorang lelaki anda hanya perlu tukar taktik mengurat. Unless anda ni memang menjengkelkan sepanjang masa.



18 comments:

n a d e a said...

setuju 100% !

s.u.h.a said...

no 1 dan 4 memang betul. aku pernah buat macam tu dulu. haha

cik aletheea : said...

heheeh..
annooying..annoying... ;p

Mohamad Faizal said...

nadea: high 5 di udara

suha: ish ish ish bagaimana jejaka itu sekarang? hihi

cik aletheea: heheeh tang mana annoyingnya

Anonymous said...

mungkin aku boleh tambah?

7) bila perempuan asyik cerita ciri2 lelaki idaman yg langsung tiada ciri2 anda di dalam tu

8) bila perempuan memandang lelaki lain sewaktu keluar dengan anda

9) bila perempuan tak mahu ajak anda hang out dengan kawan2 yg lain

....that's when she's just not into you. huhu...

p/s: ahem! ijai, ade request ni. agak2 ko nak tak tolong come out dengan entry 'ciri2 kekasih anda berbohong'? haha. to be fair n square, buatlah for both parties, lelaki n perempuan. thanks! :)


-yuyun-

slay said...

tapi aku memang dah semulajadi cute hape. jangan la jeles. maybe diorang lebih cenderung untuk cakap 'you cute and adorable rasa macam nak gomol-gomol jeeerrr' sambil memintal-mintalkan rambut dan menjelir lidah keluar.

masa tu mungkin aku perlu trim bulu ari-ari, just in case, ye tak?

cahya indah said...

thumbs up utk entry ni..especially no. 1 and 2. kalau girls tak accept friend request tu memang sah2, takde chance da..hehe

crazy_labelle said...

no 2,3 and 4 ak selalu praktikkan... tp mende ni subjektif... mula2 kene la jual mahal skit kan... xpon pura2 not interested tp dalam hati dah berbunga2...

eh Signs That She's Just That Into You or something similar penah ada x ko buat??

Siti Nur Aminah said...

aku pernah dpt bf superb annoyin yg hinggakan dia je borak bebel cite itu ini..cite pasai dia nak beli kete je...itu la ini la...hinggakan aku bole stdy smbl pkai earfon dgr dia borak..tp aku ckp ...oo..eemmm...

aku byk kli tak apprve request di fb sebb xmnt...

dan macam kau ckap,pmpn kalau xmint dia xkn share pape dgn laki tu..so mmg asek kne push..tu po jwab sepath.pastu mrh..sebb da xske..nak cite watpe...

pastu kau kene tambah: kalau da xda rasa, pmpn xkisah langsung laki tu kuar dgn pmpn lain .atau pon dia asek tipu je....

Mohamad Faizal said...

yuyun: ciri2 kekasih anda berbohong? mengapa ingin kongsi ceritakah? hihi. jika ada idea saya buat

slay: dah jelir lidah tu masuk tahap ekstrim memang wajarlah trim bulu ari-ari haha

cahya: adaaaaaaa. orang lelaki ni jenis yang tak mudah putus asa sebenarnya heheh

labelle: terima kasih di atas idea seperti biasa jika idea itu berkembang nanti akan ditulis

aminah: tipu yang gadis2 selalu buat adalah "sori...I PMS..." hari-hari pun PMS hehe

Shima Ibrahim said...

Aku juga setuju 110%!

Anoneemus™ said...

Saya tambah lauk.

+ Bila perempuan tu asyik cerita tentang jejaka kacak lain, dan bagaimana dia enjoy hang out dengan rakan-rakan lelakinya.

+ Bila perempuan tidak langsung mahu bawa anda jumpa ahli keluarganya.

+ Bila perempuan itu lebih rela menaiki bas rapidKL drpd menumpang anda utk ke stesen LRT.

+ Bila perempuan itu tidak langsung cemburu malah kelihatan gembira apabila anda bercakap tentang kecantikan perempuan lain.

+ Kalau perempuan itu tidak pernah bertanyakan khabar anda setelah lebih sehari anda tak menghubunginya.

+ Perempuan itu tidak kecoh tentang hadiah yang anda beri padanya. Biasanya kalau terima hadiah dari lelaki yang diminati, perempuan akan terlalu seronok dan memberitahu dunia dan mengucapkan terima kasih di FBwall.

Mohamad Faizal said...

shima: bila tah nak bawa jumpa boipren...:D

anoneemus: ahah poin no 3 anda memang menarik

sabo je la.. said...

ada lg satu jai..tambahan kpd point no satu..dah accept fren request tp x dan nk tego dah kene remove fren..sadis kan? ni mmbe aku penh kene.haha

Maya Cute said...

actually fifty fifty. Sebab aku sebagai pompuan yang memenuhi kriteria2 perempuan sejati x setuju dengan beberapa statement diatas. Antaranya:
1: Tak accept friend request. Ada 1 guy yg aku suke sgt3 add aku as friend, tapi aku x accept. Why? sbb klu dia baca seme status2 aku pasal dia, mmg malu arh.. nak remove plak syg.. so biar pending je la...

3. Tidak banyak bercakap: Perempuan sejati akan speechless bila orang yang dicintainya berada di depan mata. So automatically akan jadi x banyak bercakap.

Yg lain myb betul, so antara yg xleh pakai 2 statement nila kot. Sebab nnti ada guy2 yg nak kenal ktorang, pastu ternampak diantara tanda2 diatas, trus reject n tggalkan ktorang, camne? ha jawab2..

dila said...

u knoe what...ko buat aku gelak guling2 beb..hahahaha...bgus research ko ni...

Diha Hasan said...

BETUL LAH.
aku keliru sikit ko ni lelaki ke perempuan haha

p.s : buat pulak entry when he`s not into u. nak tahu juga.

mahabbah seputih sutera said...

haha..intresting..tapi yang last tu..umm..musykil sikit..sebab memg cute lah bile lelaki start berkawan dgn kita dan perut dia jadi 'cute'..tanda bahagia?? haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...