Monday, May 23, 2011

Simple Ways To Make Her Happy

Wanita adalah makhluk yang kompleks. Sebagai contoh, mereka boleh mengalami pendarahan selama 5 hari tetapi tidak perlu dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Mereka boleh berubah menjadi Incredible Hulk versi wanita tanpa sebarang sebab yang kukuh. Mereka juga boleh pergi membeli belah selama 3 jam tanpa rasa penat tanpa membeli apa-apa. Kompleks bukan? Di atas 'kekompleksan' mereka itu, orang lelaki telah menetapkan suatu mindset di mana mereka mesti melakukan sesuatu perkara yang ektrim ataupun over the top untuk memikat hati gadis. Ada yang sanggup bayarkan downpayment kereta. Ada yang literally sanggup membelah dada tanda cinta. Benarkah itu yang gadis-gadis inginkan? Serumit mana pun seseorang gadis itu, hati mereka masih lagi hati seorang gadis. Rapuh, mudah cair serta boleh ditakluki dengan gesture yang simple. Maka hari ini kita akan kaji cara-cara untuk mudah dan ringkas untuk membuat gadis terpikat dan terus terpikat tanpa perlu mengeluarkan wang banyak.

1) Hantar mesej pesanan ringkas secara rawak

Ketika anda mula-mula bercinta dahulu, hari-hari anda nak bergayut sehingga habis kredit. Lepas tu sanggup tu keluar malam-malam cari public phone untuk bergayut dengan cinta hati walaupun ada kebarangkalian digigit pontianak. Dah habis bergayut di pondok telefon balik rumah sambung ringan-ringan secara SMS pulak. Tetapi itu dulu. Ketika cinta telah masuk ke fasa selesa, anda mesti perasan yang anda sudah tidak selalu berbual mesra seperti dahulu, apatah lagi hendak menghantar SMS cinta. Kalau hantar SMS pun sekadar sepatah dua perkataan seperti 'haha' dan 'k'. It is understandable, kita dah kerja mungkin sibuk, tetapi ketahuilah, sesibuk manapun kita, it is actually nice to receive a random text from the one that we love. Yelah tengah tension kat tempat kerja menanda kertas peperiksaan, melayan kerenah user yang berlagak pandai, mahupun berada di bottom three rancangan realiti, lepas tiba-tiba dapat mesej daripada orang yang tersayang, mesti hilang segala tekanan. Tak perlu nak fikir sajak cinta yang agung, plagiat lagu-lagu KRU pun dah cukup. Contohnya, hantar sahaja bait-bait daripada lagu KRU ini:

"Sememangnya ku sedar dan tahu, tiada wanita di dunia setandingmu..."

"Apa saja untukmu takku hiraukan waktu katakan saja kanku laksana permaisuri kau bertakhta di jiwa..."


2) POS kad ataupun surat cinta

Poin ini serupa dengan poin di atas. Masa bercinta kita boleh gunting keratan akhbar mahupun abjad-abjad daripada majalah hiburan URTV untuk membentuk satu kad cinta yang paling agung dalam sejarah percintaan. Sudah lama bercinta mengapa tidak teruskan sahaja? Of course anda tidak perlu buat selalu agar tidak menjadi predictable, tetapi sekali sekala anda pergi beli kad di Memory Lane ataupun kedai buku Blitz Store, dan kemudian anda POSKAN ke alamat semasa gadis anda, pasti mereka akan menjerit kegembiraan dan senyum sepanjang hari ketika menerimanya. Tak perlu ada special ocassion, tak perlu ada tarikh keramat; aksi random sebegini walaupun nampak ringkas tetapi ternyata berkesan. Tulisan tangan beats taipan keyboard, everytime.

3) Dengar bebelannya tanpa membuat muka

Wanita dan aksi bebelan merupakan hubungan simbiotik yang tidak dapat dipisahkan lagi. Wanita perlu membebel untuk terus hidup dan bebelan pula hanya boleh keluar daripada mulut wanita. Wanita boleh membebel tanpa perlu ada sebab yang kukuh selama beberapa puluh minit, dan topik bebelan ini boleh merangkum daripada kecuaian kita terlupa tarikh anniversary bulanan, mahupun tentang rakan sekerja yang menjengkelkan di pejabat. Semasa mereka sedang membebel, kompelin, mahupun bercerita tanpa henti, kita haruslah memberikan perhatian yang penuh di samping membuat gesture-gesture yang relevan seperti mengangguk-anggukkan kepala, berkata 'uhuh saya setuju' dan yang paling penting, pandang mata mereka dengan penuh minat. Walaupun bosan, usah sekali-kali anda menunjukkan kebosanan itu di riak muka anda. Anda perlu bersabar mendengar bebelan mereka dan mereka akan rasa diri mereka lebih dihargai.

4) Let her decide what movie to watch

Hobi saya ialah menonton wayang. Setiap minggu saya akan pergi menonton wayang. Jika anda suka menonton wayang dengan gadis anda, genre filem apakah yang anda akan pergi tonton? Jejaka yang mementingkan diri sendiri mesti asyik nak tonton filem-filem berotot seperti Fast and Furious 5 dan Thor. Sekali sekala, lembutkanlah hati anda dengan menonton filem komedi romantik. Gadis-gadis mudah nak relate dengan filem percintaan sebegini. Hati mereka akan lebih berbunga melihat kehenseman Robert Parkinson ataupun Matthew Mekonehi. Kalau mereka nak tengok Nur Kasih The Movie pun, layankan sahaja walaupun anda tak pernah tengok satu episod Nur Kasih. At least buatlah preparation baca wikipedia Nur Kasih maka tak perlu nak tonton siri pun anda boleh faham. By the way dalam cerita Nur Kasih tiada watak yang bernama Nur Kasih. Amacam impressed tak?


5) Sentiasa peka dengan perubahan pada diri mereka

Satu benda yang boleh buat gadis flattered adalah jika anda perasan dengan perubahan kecil yang berlaku pada diri mereka, terutamanya dalam aspek fizikal. Kadang-kadang, mereka bergaya pun semata-mata untuk anda. Jadi memang wajarlah anda perasan serta melontarkan pujian ataupun compliment ringkas sekali-sekala. Usah buat selalu nanti nampak tak ikhlas. Contohnya, nampak dia pakai tudung Arzu yang baru dibeli, cakap jelah "Mmm lawa tudung ni, saya suka.." Kalau nampak dia baru potong rambut buat fesyen baru "Emm cantiklah gaya rambut awak ni, saya suka..." Nampak lurah dada gadis anda, cakap sahaja "Emm cantiklah lurah dada awak ni. Kalau ikut nafsu memang saya nak seluk tangan tetapi kalau ikut Iman saya rasa awak jauh lebih jelita jika awak cover dada sikit" See, pujian sambil nasihat, barulah hati tak terguris. Kalau nampak perubahan besar seperti perubahan berat badan, lebih baik anda buat-buat tak perasan kerana berat badan adalah perkara yang sangat sensitif.

6) Surprise lunch date

Zaman sekarang ni orang perempuan ramai yang lebih maju pekerjaannya dan lebih tinggi gajinya. Oleh itu walaupun mereka sentiasa ingat kat anda, mereka mungkin tiada masa untuk bersama anda selalu. Maka jika anda pergi membuat kejutan melawat mereka di tempat kerja untuk makan tengahari bersama, mesti mereka terharu dan mengalir air mata, at least di dalam hati. Diorang yang akan belanja anda kerana menghargai effort anda melawat mereka, so anda dapat jimatkan wang. Di samping itu, kita boleh mengintip jika gadis kita flirt dengan rakan sekerja. Eh.

7) Bergambar di photo booth

Taktik ini aku selalu tengok dalam filem komedi romantik. Kalau pergi The Mines tu, rasanya dulu ada satu kedai Photo Booth. Gadis anda mesti tak expect anda anda bawa di ke sana kerana keperibadian anda yang selalu kontrol macho ini. Saya pasti anda akan dapat spend 'quality times' bersama gadis anda di dalam photo booth itu. Anda pasti akan membuat gadis anda ketawa melihat mimik muka hodoh yang anda buat, di samping merakamkan memori indah bersama. Mereka akan anggap anda ini cute dan sweet kerana sudi beraksi tak matang sekali sekala untuk mereka. Kalau nak ringan-ringan pun boleh tetapi usah sebut nama saya ketika disoal Mungkar dan Nakir di alam barzakh nanti.

8) Main game bersama

Korang ini memang hamsap, main game bersama tidak bermakna yang anda harus berzina. Jika anda ini kaki game, sekali sekala ajaklah gadis anda main bersama. Ya ya mereka memang tak suka main game, tetapi jika anda ajak mereka main bersama, mereka akan rasa lebih dihargai kerana anda membenarkan mereka turut serta di dalam keseronokan yang anda alami. Tapi janganlah main deathmatch Call Of Duty anda asyik pergi hantar grenade launcher kat gadis anda, sebaliknya mainlah game-game yang cute seperti Kung Fu Panda ataupun Lego Indiana Jones.

Sesibuk mana anda sekalipun dengan pekerjaan dan kehidupan, kita haruslah sentiasa menyemarakkan bibit-bibit cinta agar kehangatan percintaan itu tidak terpadam. No itu bukan ayat daripada filem Nur Kasih. Kita tidak perlu mengeluarkan wang ataupun tenaga yang banyak untuk memikat gadis, cukup dengan gesture-gesture yang simple dan sweet, kerana gadis-gadis sukakan attention to details. Setuju tak gadis-gadis? Oh by the way semua point di atas boleh diaplikasikan terhadap jejaka juga, kami pun mahukan perhatian daripada anda. Kecuali nombor 3, sebab orang lelaki tak membebel. Hehe.



25 comments:

afrohead said...

aku pulak selalunya ke masjid bersama-sama dan berzikir bersama-sama. ok ok aku tipu. haha

Abuya Hayat said...

most importantly, say the three words every woman wants to hear;

"I was wrong"

Aslina said...

lepas bace entry kau, aku rase nak berubah jadi sweet2 tanak gangster lagi supaye bleh impress lelaki.

amacam?

Mohamad Faizal said...

afrohead: Alhamdulillah bersyukurlah jika begitu

abuya: ataupun alternatifnya you are correct

aslina: baguslah begitulah yang kami mahukan gadis2 yang tidak garang

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

encik kesayangan hari2 puji kata cantik..tapi lama2 mcm tak percaya..

ok, aku admit, pompuan memang makhluk yang kompleks. puji salah, tak puji lagiiii salah
-__-

cik aletheea : said...

auw..auw...
suke je bile baca tips2 tue
auw..auw..

Mimie.Candy Cane said...

"Pakwe" aku mesti bersyukur dapat makwe seperti aku utk decide filem apa utk ditonton...

Anonymous said...

So Sweet if semua lelaki mcm abang Ija :)
hahahahaha

- ALia -

Anonymous said...

*Ijai*

-Alia-

enuLwanie said...

kalau la ada pakwe camni!

huhuhu

finaz said...

walaupun remy ishak rupanya agak seperti mat bangla tapi ohhh sgt hensemm dan macho ok !! (tu motif sbnrnye nak pegi tgk movie nurkasih.. hehe)

sorilah komen mcm xde kena mengena sgt dgn topik yg dibincangkan..

*Miss Geli^ said...

gwa buat entry, link kat entry lu ni eh?

slay said...

"Emm cantiklah lurah dada awak ni. Kalau ikut nafsu memang saya nak seluk tangan tetapi kalau ikut Iman saya rasa awak jauh lebih jelita jika awak cover dada sikit"

"well, i know i dah cukup cantik & jelita, so u taknak try seluk tangan u sikit ke?"

bwahaha. kalau ini macam, lu nak jawap apa bro? :B

mendatak hijau said...

dah lame2 jadi menyampah dan bosan.selalu jugak aku ignore call dan alasan nye....

'i tengah berak tadi sygggg'

aida4eva said...

macam best..t aku wat entri link dekat kau sebab nak soh pakwe aku baca..haha..bleyh tak?bley kan :)

Anonymous said...

so sweet ^_^
pls bt entry tuk lelaki plak..sweet, simple n save budget nyer hihihi
xsume gals suke bebelings k (refer to me) n my xbf lg kuat bebels dr sy hohoho

-nora elena-

Anonymous said...

seyes lawak babi...
hahaha..
pandai kau bermain pujangga bersama lawak spastik namun ade mesej kontemporari yg menarik..
cara kau ortodoks, tp sgt efektif..hahahha..
menarik menjd follower kau..

Mohamad Faizal said...

human: rasanya lebih selamat kalau puji heh

cletheea: auwww auwwww

mimie: ok tinggalkan alamat emel ada beberapa calon pakwe ni

alia: abang ija....awwwww

enulwanie: adaaaa. bersabarlah saat indah kan menjelma jua

finaz: ada sorang pekerja asing muka macam remy ishak dekat petronas berdekatan

miss geli: baik ahkak

slay: tengok sekeliling la kalau orang ramai aku kekang nafsu kalau tiada orang mungkin aku redha je

mendatak: ala you ni asyik2 berak jeee

aida: semoga berbahagia dengan bf anda

nora: usah dikenang lagi xbf yang suka membebel itu

anon: terima kasih daun keladi

nis said...

x dpt msg pnjg2x, juz bg 'hye syg'..pehhh mmg satu hari ceria..senyum sampai telinga..

theanswer said...

1. aku mmg send sms repot kt gf..mkn ape..mandi kul bpe..tgk tv show ape..
2.itu mse bercinta zaman sekolah..dh habes sekolah both ade hp..sms jer.
3.kalau die bebel pasal rakan sekerja aku join kutuk skali..simbah petrol kt api ;p
4.yg ni die x berpeluang..hahaha so die terjebak tgk movie aksi2 yg aku suka.
5.mcm same je gf aku..dri dlu cmtuh. mungkin kalau bju baru jer kot.
6.x surprise sbb aku salu send sms repot
7.aku xkn buat.
8.main game baling2 bola basketball kt arcade..hahaha salu aku mng.

Anonymous said...

owh.. aku suka tips ni.. kippitdap... :D

-syarina-

najwa's said...

haha i loike jugak!
(^_~)

sume suke. tp, aku jenis tak suke tgk movie leleh. :)

Anonymous said...

ko je kaki berzina

ma fatima mior ishamuddin said...

Hahah sooo true and relevent cume bab wayang tu bf i yg ajak tgk nur kasih ;p

Akim Iqbal said...

ni semart, siyes

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...