Friday, May 27, 2011

Things That Girls Don't Expect Guys To Understand

Sesimple-simple makhluk di muka bumi ini adalah kaum jejaka. Kalau sekadar nak pergi beli nasi untuk makan tengahari di mapley yang berdekatan, kami hanya perlu menyarung seluar tiga suku, pakai t shirt pagoda dan tak perlu mandi pun sekadar basuh muka sahaja sudah memadai. Gadis-gadis? Keluar makan pun kena bergaya macam nak pergi Pavilion. Nak kena ambil masa yang lama untuk pilih baju yang berlainan agar orang tak tuduh kita asyik pakai baju yang sama, nak kena gosok tudung Arzu sampai hilang kedut semua, nak pasang celak Bobbi Brown dan banyak lagilah aktiviti feminin yang lain. Eh kami bukan nak komplen, kami cuma tak faham. Malahan, ada banyak benda yang kami orang lelaki tak faham tentang anda. Tetapi tak mengapa, anda pun memang tak expect kami akan faham perkara-perkara yang kompleks sebegini bukan? Maka jalan yang paling mudah bagi kami adalah menstereotypekan keperibadian wanita secara general. Bagi mengelakkan pandangan stereotype ini, di sini saya ingin membawa ke tengah beberapa perkara yang memerlukan penjelasan daripada anda. Ayuh teruskan membaca.

1) Obsesi terhadap Anuar Zain / Maher Zain

Gadis-gadis Melayu kalau berfantasi sama ada fantasi yang senonoh ataupun tidak, ada 2 orang sahaja yang menjadi watak utama dalam fantasi mereka, iaitu Anuar Zain dan Maher Zain. Mungkin ada golongan minoriti yang meletakkan Faizal Tahir ataupun Faizal Rosly sebagai fantasi mereka tapi takdelah ramai sangat berbanding The Zains tadi. Kami tidaklah cemburu anda nak minat Anuar dan Maher, cuma reaksi anda ketika bertemu dengan mereka memang agar luar biasa. Keperibadian mulia yang dibentuk dalam subjek Akhlak di sekolah agama kain hijau ataupun ungu terus hilang begitu sahaja apabila anda tiba-tiba histeria nak peluk cium ketika di konsert mereka. Mungkin faktor paras rupa Anuar Zain yang aku akui tampan banyak daripada aku serta sifat mahmudah yang terpancar daripada wajah Maher Zain yang mendorong keobsesan gadis-gadis. Adakah kami sepatutnya berasa risau dengan reaksi yang kalian beri ataupun itu sebenarnya sekadar cinta terhadap artis?


2) Mulut kata lain, hati kata lain

Gadis-gadis ini memang complicated. Apa yang keluar dari mulut anda langsung tidak sama dengan apa yang bermain di hati. Instead of berterus terang straight to the point, anda mungkin akan berlegar-legar bermain dengan kata-kata pusing sana sini sehingga tergelincir daripada landasan sebenar tentang apa yang hendak disampaikan. Kadang-kadang anda menggunakan skill sarcasm untuk menyampaikan point anda tetapi kami orang lelaki ni kadang-kadang tolol tak boleh nak mengerti jika anda sedang memerli. Lepas tu tak pasal-pasal kami kena bebel untuk at least 15 minit pulak sebab anda kata kami tidak memahami anda. Kami bukan tak faham, tetapi kami sebenarnya salah faham dengan kata-kata anda. Kita boleh gunakan ayat-ayat di bawah sebagai contoh:

Ayat di mulut: Pergilah tengok bola tu I tak kisah.
Maksud di hati: Beranilah kau tukar channel aku nak tengok Akademi Fantasia ni.

Ayat di mulut: I tak marah.
Maksud di hati: BARBIE MESTILAH AKU MARAHHHH!!!

Ayat di mulut: taknak
Maksud di hati: NAKKKKK!!!!!

Ayat di mulut: nak
Maksud di hati: NAKKKKK!!!!!

Bantulah kami faham, mengapa tidak berterus terang sahaja agar dapat mengelakkan konflik?

3) Kasut tumit tinggi

Ok yang ini memang membuatkan hati kami runsing ingin mengetahui jawapannya. Selesakah kalian memakai kasut tumit tinggi itu? Hari tu aku jalan kat kedai Aldo heels dia 6 inci hampir sama panjang dengan organ reproduksi aku. Eh. No seriously, bagaimanakah kalian dapat berjalan menggunakan kasut tumit tinggi? Especially kalau pergi membeli-belah di Pavilion semua gadis mesti bergaya dengan heels. Aku tak dapat bayangkan 3 jam windows shopping tak beli apa-apa kletuk kletak kletuk di atas kasut tumit tinggi. Aku pakai capal aku yang ada tumit 1 inci pun asyik terkelepak je kaki inikan pula tumit 6 inci. Tabiklah kat kalian. Biar cedera asalkan bergaya, betul tak?


4) Beli benda tapi tak pernah pakai

Terlanjur kita menyentuh tentang shopping dalam poin di atas, ayuh kita kaji sedikit tabiat impulse shopping wanita ini. Sila buka almari kasut anda. Cuba lihat ada berapa pasang kasut yang tidak pernah dipakai lagi? Ok sekarang buka almari baju anda pula. Ada berapa helai tops dari Topshop / Zara / Dorothy and Perkins anda yang masih belum disarung serta masih ada tag yang terlekat di baju? Banyak bukan? Ya memang tidak dinafikan anda membeli semua benda itu kerana anda ada sembilan nafsu, di mana 7 daripadanya adalah nafsu membeli-belah.

Pada mulanya anda memang tak berniat nak beli pun. Anda sedang selak-selak majalah Female ataupun Vogue lepas tu nampak banyak pula iklan baju luar dan baju dalam. Anda tahu bukan majalah feminin tu dicipta untuk membuat anda rasa kurang yakin dengan diri sendiri bagi memperdayakan anda untuk membeli barang yang diiklankan yang kononnya dapat membuat anda rasa lebih hangat? Dengan menggunakan selebriti-selebriti tempatan mahupun selebriti luar negara mahupun model-model yang langsing untuk menggayakan produk mereka, mereka secara tidak langsung mempengaruhi anda untuk bergaya seperti seorang selebriti walaupun anda tahu stok tops / skirt / heels / cardigan / blouse / cekak anda masih banyak lagi yang belum dipakai. Please help us understand why you girls always have the urge to buy unnecessary things. Terapi minda mungkin?

5) Overthinking things

Girls tend to overthink things. Perkara kecil yang orang lelaki lakukan boleh menjadi satu isu yang besar jika gadis-gadis terlalu banyak berfikir. Gesture yang normal boleh dianggap sebagai offensive jika gadis-gadis terlalu banyak berfikir. Berfikir terlalu banyak ini bukanlah sifat sejati seorang wanita, tetapi pada mulanya adalah satu tabiat yang dibentuk sebagai mekanisma bagi mempertahankan diri agar tidak terpedaya dengan orang lelaki yang suka mengambil kesempatan. Apabila dah selalu buat, maka tabiat yang dianggap biasa telah menjadi satu rutin sehingga mempengaruhi corak pemikiran gadis-gadis terhadap seorang jejaka. Tidak semua perkara yang kami lakukan perlu anda kaji pro dan kontranya. Ayuh kita kaji contoh-contoh di bawah:

a. Jika jejaka anda tidak membawa anda keluar minum di mapley bersama BFF mereka, usah berfikir terlalu banyak menyangkakan yang kami lebih mementingkan kawan-kawan. Hakikat yang sebenar ialah kami lebih mementingkan anda. Kami tidak mahu anda duduk termenung kebosanan sehingga tumbuh misai ketika kami berbincang tentang markah fantasy football minggu ini. Kami juga tidak mahu anda trauma dengan lawak-lawak seksual yang kami lontarkan tanpa belas kasihan.

b. Jika jejaka anda memandang gadis hangat yang memakai baju merah berspekmata hitam itu, usah berfikir terlalu banyak menyangkakan yang kami ini hamsap. Hakikat yang sebenarnya ialah gadis hangat tadi tu bulu hidung dia terkeluar sikit. Tiada sebarang perasaan ghairah ok kerana kami lelaki merupakan kaum yang setia.

c. Jika jejaka anda tidak menelefon anda, itu tandanya telefon dia kena bar ataupun kena curi. Usah berfikir terlalu banyak menyangkakan kami tak rindu kat anda.

6)PMS

Ahh forget it. We'll never understand PMS and we can never pretend to understand it.

Poin-poin di atas ditulis daripada pandangan seorang lelaki. Diharap kalian gadis-gadis dapat membetulkan persepsi kami agar kami dapat memahami anda dengan lebih mendalam. But of course, anda memang tidak akan expect kami lelaki untuk faham mengapa gadis berkelakuan seperti seorang gadis bukan?



19 comments:

StingRay said...

Point (5.a)...tepat.

Anonymous said...

content mcm byk yg cliche laa bro..come on..cuba kreative lg!..ni mesti byk buang protien ni...haha

Mohamad Faizal said...

stingray: pengunjung tegar mamak

anon: any brilliant suggestion? hehe

..:: WiRdA ::.. said...

mulut kata lain hati kata lain... yg contoh pertama tu slalu la...hahahahah apsal tah..sbb laki suka buat ayat minta kebenaran yg akhirnya kami terpaksa bg jawapan paksarela mcm tu..hahahaha

afrohead said...

bab overthinkhing things itu serius merimaskan lelaki wahai gadis-gadis sekalian..

milimilo said...

#terasa gila kot.haha.banyak point yg kena. tambah2 no 2, no 5 no 6. pehh banyak gila. sebab tu dkt tuitter ade hashtag #bfmustunderstand #gfmustunderstand. kikiki :D

pemerintah kuku besi said...

there is a saying;

women are to be love, not to be understand.

so kau buat relax sudah.

sayagilamakan said...

complex tu lah the beauty of woman...weeeeeeeee`````~

Mohamad Faizal said...

afrohead: high 5

milimilo: haha perbincangan secara umum saja tidak merujuk kepada mana2 individu

pemerintah: tak boleh nanti tiada modal untuk berblog heh

sayagilamakan: yaa kalian memang beauty kami the beast

nobody said...

Salam encik ijai :)

erm...nak share lah berdasar pengalaman lalu...

1. takdelah obses pun, biase2 je

3. high heels ni pernah sekali je cube. tu pu setakat 2 inci je. mane2 gadis yang pakai 6-8 inci tu selalunye yang ramping, lutut kuat. saye sbg perempuan pun aneh macam mane lah bulih tahan. rasenye kalau balik umah tu terdampar kot kat katil, lenguh2 badan :p

4. erm... ade lah 1-2 benda, taklah sampai berlambak2

bile bace post ni, banyak jugak bulih muhasabah...terutama no 2, 5 dan 6 (memang betul)

Hehehe...

popie said...

Jika jejaka anda memandang gadis hangat yang memakai baju merah berspekmata hitam itu, usah berfikir terlalu banyak menyangkakan yang kami ini hamsap. Hakikat yang sebenarnya ialah gadis hangat tadi tu bulu hidung dia terkeluar sikit. Tiada sebarang perasaan ghairah ok kerana kami lelaki merupakan kaum yang setia.

ini aku gemar sungguh. hehe

Anonymous said...

ntahhh!! bess sgt ke pkai high heels tuuu?? (jeles tgk awek lg tggi dari aku hahaah)

haaa.. overthinking tuu mmg tepat laaa... contoh tdekat kalau tgh chat ke hapa.. org tnye kul bpe nak tdo? bole dia igt kita halau dia.. haiz



-megan musang

Mohamad Faizal said...

nobody: eh ada ke lapan inci itu dah tahap badut naik atas kayu tu

popie: mesti banyak pengalaman usha gadis lain ketika bersama gadis kau ni haha

megan: haha contoh kau pasal chatting itu bagus sekali

Anonymous said...

Hai..

No 5 je tepat kot. Saya tak obses dgn artis, tak suka berkias, selalu kalau bercakap, suke straight to the point. Tak suke membazir beli barang2 (tak pernah ada brg yg beli tapi tak pakai) dan tak suke pakai kasut tumit tinggi. Sakit kaki! So, bukan semua wanita begitu, hokey...

Zura :)

najwa's said...

aku suke gilos point overthinking things. :p

haha weols kan makhluk yang mudah sentap. so, skali dua cakap bz, maybe bole terima. tapi, kalo 200 kali cakap bz, hep..tu mmg wajib overthinking. :p

Anonymous said...

salam..

saya rasa saya tidak termasuk dalam golongan yang encik ijai bincangkan di atas

1. anuar zain ni takat usha muka time keluar tv tu boleh la.. sama la cam model lelaki lancome tressor atau pun talik tv9 tu.. kalo ada muka kat tv, saya tengokla.. kalo takde, tengok yang lain pulak.. takdela sampai nak tampal poster ke apa..

2. itu namanya sarkastik... kalo straight forward sangat kang ada yang terkejut pulak... tapi memang kebanyakan orang cakap saya ni straight forward.. jenis direct je... kekeke...

3. kasut saya takat 2 inch je... saya pun selalu gak admire gadis2 yang sanggup sakit kaki utk kelihatan seksi... mungkin juga kaki mereka tak sakit... siapa tahu kan? but i'm not one of those who wears 6 inch high heels... tak mampu...

4. saya beli benda yang saya nak guna atau pakai sahaja... kalo tak nak pakai, saya buang terus... tak suka simpan2... nanti menyemak...

5. ini saya pun tak tau la nak kata... mungkin kadang2 ada jugak kot...

6. yang saya pun tak berapa nak faham... tapi kadang2 boleh rasa gak... tetiba je rasa sensitif.. padahal kalo benda tu berlaku waktu lain, boleh je buat bodoh.. by the way, pms ni selalu jadi few days before period... yang masa period tu selalunya sebab period pain so takde mood ke apa..

sekian.

-jaja-

annur said...

banyak x kene lah.
xsemua perempuan suke high heels. kasut i semua flat ooo. g interview pon i pakai wedge je.

fanatik anuar zain n maher zain?haha..x la sampai tejerit2. xsenonoh btl rase.i suke lagu je. artis tetap artis.nak gile fanatik tu...hmm..i'm sorry.
complicated??nope. i kalau kate nak..i akan straight to the point kate nak.

Beli benda xpenah pakai?haha..semua bende i beli i pakai. kasut sampai lunyai.baju pon sampai dah boleh buat kain buruk. kalau rse x pakai, i bagi my mom or my sis.
PMs?haha..i jmpe byk pmpuan ade sndrom ni. but not all women ok. so far, i xsuke moody2.org moody2 ni takut woo nak tegur. takut kene pelempang!!kekeke.
apepon, laki n pmpuan memgla xsame.that are the beauty of human yg Allah cipta.
jd apepon, always smile, n sentiasalah bersyukur!

indahnyasisuria said...

my heels mmg kebanyakkannye 6 inch.. it's a benchmark tuk cari bakal suami. :D

Anonymous said...

Bro, nasib kite sama. Sume yg dinyatakan di atas btol termasuk brand brg skali

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...