Tuesday, May 10, 2011

Top Ten Favorite Breakup Songs

Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu?

Jika anda menjawab 'Ya' bagi persoalan-persoalan tersebut, saya amat memahami perasaan anda kerana hati saya pun pernah diremukkan juga. Tapi saya taklah pergi Kelantan untuk terjun bangunan ataupun simbah asid ke muka orang sebagai tanda sedih dan marah, sebaliknya saya akan melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu depressing yang menggambarkan perasaan di hati. Ayuh kita kaji 10 lagu perpisahan kegemaran.

10) Forget You - Cee-Lo Green

Hari tu aku tengok Saturday Night Live masa episod Gwyneth Paltrow jadi hos. Lepas tu ada artis jemputan Cee-Lo Green. Dia ni pendek macam Ibrahim Pendek lebih-lebih lagi apabila berdiri di sebelah Gwyneth yang tinggi macam hantu galah tu. Anyway aku rasa lagu ini ditulis oleh Cee-Lo setelah ditinggalkan oleh teman wanitanya yang curang dengan orang yang lebih tinggi daripadanya. Sudah pastilah versi asal lagu ini lebih vulgar daripada apa yang anda dengar di radio, di mana Fak You telah diganti dengan Forget You. Sebagai seorang nerd, aku suka line ini "I guess he's an Xbox and I'm more Atari, But the way you play your game ain't fair" Alah gadis-gadis usah dicari sangat jejaka yang xbox tu nanti lambat laun mereka akan kena Red Ring of Death juga.

9) I Hate Everything About You - Three Days Grace



Huii lagu ini memang tak ada nak tapis-tapis guna ayat puitis untuk menggambarkan perasaan. Kalau dah benci katakan benci. Dengan riff yang keras dan berat beserta jeritan benci, lagu ini memang sesuai untuk dinyanyikan ketika gadis anda mengungkapkan ayat "we need to talk"

8) Semua lagu Taylor Swift

Dewasa kini, ramai orang takut untuk mencari pasal dengan Taylor Swift kerana dia akan kembali mengaibkan anda di dalam lagu-lagu yang diciptanya. Apa yang ditulis oleh Swift semuanya lahir dari hati, dan kita boleh lihat kesannya melalui liriknya yang personal dan umpama diari. Of courselah bukan semua lagu yang ditulis oleh Swift merupakan lagu perpisahan tetapi kerana naturenya yang personal itu semua lagunya tampak telus dan tak pasal-pasal kita akan cuba relate dengan perpisahan yang kita lalui. Contohnya dalam lagu Picture to Burn, lirik dia berbunyi "As far as I’m concerned, you’re just another picture to burn..."

7) Since You Been Gone - Kelly Clarkson

Kelly Clarkson adalah peserta American Idol yang paling konsisten dan tidak pernah layu di corong-corong radio. Single Since You Been Gone pula merupakan lagu kesyukuran yang menggambarkan perasaan kita yang lega dan bersyukur kerana tidak bersama lagi dengan orang yang mengongkong kita sehingga tak boleh lemas. Setelah berpisah, terima kasih kepada ex kita, kita akhirnya dapat apa yang kita mahukan di dalam hidup. Ok itu liriknya secara literal, haha.

5) Bye Bye Bye - Nsync

Nsync adalah boyband yang paling popular semasa zaman sekolah menengah aku dahulu. Gabungan Justin rambut meggi, JC hidung kembang, Chris muka anjing, sorang tu aku lupa nama dia masa tulis ayat ni, serta Lance yang ketika itu kita tak tahu lagi yang dia gay. Jika mereka melukakan hati kita, apakah yang perlu kita kata? BYE BYE BYE sambil disertakan dengan koreografi yang sesuai.

4) The Breakup Song - Faizal Rosly

Lagu ini ditulis sambil menangis teresak-esak setelah hati aku diremukkan semasa di universiti kot. Masa itu rasa seperti dunia ini memang kejam. Aku ada perasaan juga ok? Ahh sudahlah. "...I didn't know what to feel, I suddenly felt ill, my heart is broken this wound can never heal.."



3) Goodbye My Lover - James Blunt

Dengar intro piano dia sahaja dah boleh buat kau murung. Itu belum baca lirik dia lagi sumpah kau dok asyik ulang-ulang lagu tu macam Micheal Scott dari The Office memang kau perlukan bantuan. Hubungi talian Befrienders di 03-79568144 sebelum anda menamatkan riwayat anda sendiri.

Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.


2) I Will Survive - versi Cake



Ini pun lagu break up yang popular sepanjang zaman. Versi penyanyi asalnya Gloria Gaynor memang best, tetapi sebagai orang lelaki adalah lebih relevan untuk kita menghayati versi ini. Stupid diganti dengan Faking. Liriknya memang kena sebijik-sebijik jika kita bandingkan dengan kisah percintaan kita. Tapi baguslah, lagu ini menyembunyikan perasaan pilu di hati kita di samping menunjukkan kekerasan di mana kita tidak perlu bergantung kepada mereka dan boleh survive.

1) Janji Tinggal Janji - KRU

Aku peminat KRU mestilah bias KRU duduk no 1. Dengar sahaja liriknya untuk menjelaskan segalanya:

Tibalah kita
Di penghujung persimpangan
Di penghujung jalan cinta
Kita berdua...

Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan
Kerna ku tahu cintamu
Bukan lagi milikku...

Menanti hatimu
Kembali padaku
Menanti purnama
Jatuh ke riba
Beratnya dimata, sebaknya di dada
Melihat kau bersama dirinya

Gadiskuuuuu...yang kupinta hanyalah satu
Semadikanlah kenanganmu bersamaku
Walau ditakdirkan tak bersamaaaaa lagi
Kau gadis pertama yang ku cintai

Oh kasihhhhh sebelum kau melangkah pergi
Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi
Lihat ke mataku, lihatlah padaku
Lihatlah airmata di mataku...kerna mu uu uuu uu


Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis si sudut-sudut gelap sambil mengoyakkan surat cinta lama, anda mesti perasan yang lagu-lagu di atas ditulis semata-mata untuk anda. By the way kalau kalian perasan aku tak letak nombor 6 sebab tertinggal lepas tu dah publish post malas nak edit balik. So what's your favorite breakup song?



53 comments:

faramira said...

so yesterday by hilary duff.

dan byk lagi. ptg kang dtg komen balik..(^_^)

damme damiah said...

deep and meaningless - rooster
my happy ending - avril lavigne
rain on your parade - duffy
baby - justin bieber. HA!

ghostwriter said...

x payah nk bersedey sgt ha... biar jer manusia itu pegi..sat g dtg yg beribu lemon ag hebat!!!(kecewa) huhu

Cik Kiah said...

syer prefer
- my all = bile tengah lembik2
- I'll survive = bile tengah angin2
ok tak..?

mars said...

eleh ijai. wound can never heal konon. tup tup da nak kawen dah

Wahida Nasution Thakhrim said...

pernah nangis masa memandu bila dengar lagu kenangan terindah~~

..:: WiRdA ::.. said...

fuyoo lagu no 4 masuk carta panas.fm..haha

aTiKa aTeRkaH said...

hapus aku by nidji...
tu bukan lagu breakup song tapi macam tangkal dah..hahahaha

The Wifey said...

never there - cake

Mohamad Faizal said...

faramira: ok petang karang menyanyi terus

damme: baby adalah lagu perpisahan? wahhh

ghostwriter: yaa terlihat sedikit perasaan kuciwa di situ. tapi bersabarlah saat indah kan menjelma jua

cik kiah: my all mariah carey ke

mars: haha biasalah itu zaman gelap dah jumpa yang lebih hangat kembali pulihla luka di hati

wahida: jangan menangis ketika memandu nanti orang sebelah menangis juga

wirda: dah terkeluar carta sebelum bertanding dah pun haha

atika: haha tapi saya tak dengar lagu indo maka tak boleh nak relate

wifey: akan dicari sebentar lagi

cik aletheea : said...

Lagu aku...lagu aku...
i will survive...
ekekekekkeke ;p

Anoneemus™ said...

Kebetulan masa baca entri ni takde org kat rumah.terus melalak Janji Tinggal Janji sepam.trimas.

Kenapa dlm list takde lagu Avril Lavigne dan Pink?

O Ena O said...

smell like teen spirit-nirvana
plush -Stone temple pilots
Come out & Play-offspring
Im Happy when It Rains-garbage

tapi tapi.....yg paling utama ialahh lagu Januari-Glenn sbb aaku clash dgn x-bf bulan 1..hahahahha..poyos jer mendengo lagu2 jiwe nieh...kebrutalan aku terhakis bile di kecewakan...huhuhu...(POYOS)

croft said...

beyonce - irreplaceable
adele - rolling in the deep

Anonymous said...

over you-chris daughtry
bestest break-up song ever

Anonymous said...

over you-chris daughtry
bestest break-up song ever

Anonymous said...

over you-chris daughtry
bestest break-up song ever

Halimatun Sa'adiah said...

akulah hati yang telah kau sakiti by rossa
kerana terluka..nurul
ku relakan dikau pergi diriku..okays

mmg melayan perasaan kalo dgr lgu2 ni..

noulha said...

i will survive tu mmg lagu wajib hahaha.

AtieZul said...

will young - leave right now! terbayek!
btw, sedapnye lagu breakup song by ijaikool. ala2, ... *kurg pasti sape* haha

AtieZul said...

and mcm ade sobs at the end of the song!

Mohamad Faizal said...

cik aletheea: semoga anda terus survive

anoneemus: pink banyak lagu perpisahan juga antara lagu kegemaran SO SO WHAT im still a rockstar i got my rock moves and I DONT NEED YOUUUU

ena: smells like teen spirit itu break up song? mungkin itu sekadar lirik yang keluar masa dia tengah hisap dadah hihi

croft: adele is nais

anon: ok ni memang betul2 dah over you ni sampai terpost 3 kali haha

halimatun: ahh kurang pengetahuan dalam lagu2 tersebut...

noulha: memang breakup anthem

atiezul: haha bunyi itu mungkin sekadar terhasil daripada kualiti rakaman yang buruk guna maikrofon murah

wath said...

lagu simple plan dlm album simple plan

your love is a lie
when i'm gone

dulu mase aku breakup, seminggu aku nanges gile2 babi. tak makan tak kuar bilik. aku tido seminggu. mak aku siap bawak makanan anta kat aku. kebetulan time tu period. so mak aku ingt aku period pain. tu mak aku tak byk tanye anta makanan kat bilik aku. mase tu aku dengar cd simple plan [siap beli original tak main download2] ulang2 je, tak ingt plak nk mengaji. hahahahahahahaha

sampai hari ni klau aku dengar lagu simple plan rase nk nanges padahal da bahagia ngan org lain. hehe


aku rase da leh wat entry da komen aku ni. hhu

kun yusuf said...

lagu najwa tu ape tah..
yg ade go..go..go tu...haha
cm lagu breakup je..


oh, salam
sehat ijai?

Anonymous said...

Broken Vow - Lara Fabian

afrohead said...

aku lagi suka versi asal forget you cee-lo tu, fuck you. nampak amarah dia. haha

BearBoss said...

tambahan :

Carolina Liar - Show Me What I'm Looking For
Nelly - Just A Dream
Shontelle - Impossible
Charlie Winston - Kick The Bucket

ada lg.. hehe~

=.=

Kap said...

Roy - SatuMalaysia.

Anonymous said...

alamak ijai,kau punye post neh mmg kena ngan time la
baru lepas break ngan awek aq je
adoi,pedih gile
time2 neh la aq dgr lagu sedih aq
mayday parade-miserable at best

-KipasSusahMatiBlogKau-

Anonymous said...

Allahyarham Sudirman - Jauh di Sudut Hati pehhhhh T^T


- megan musang

Anonymous said...

Ijai, adakah anda teringat ex anda? hahaha

finaz said...

leona lewis - bleeding love

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Lagu 'Get It Right'

Tengok Glee malam tadi, Rachel Berry nyanyi masa perform untuk regional..aku nanges!!!

zakzak said...

lama jadi silent reader, tapi terpanggil tuk komen.

dulu masa frust dengar lagu dygta-kesepian. sanggup mintak kwn beli cd dygta orginal dari indon hahaha.

tapi lagu2 dygta is quite good.

i like -kerna ku sayang kamu- memang cair awek kalu kita nyanyikan ke dia hahaha.

Cik Kiah said...

hencik ijai..op kos la si mariah carey! nangeh mak dengaq uih..

makdara TERdiva said...

tony braxton la ijai.. dgr sambil frust tonggeng2

Maya Cute said...

pergh KRU.. sama r kita.. Skang umo aku 20. Break up time form 1 mesti dengar lagu Seperti yang Ku Jangka. Break up time form 3 pn layan lagu tu gak. And last time break up, last month, pun dok layan lagu tu gak...

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka yang sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdirku hidup menyendiri...

Huu, Kira lagu break up sepanjang zaman ahh.

Anonymous said...

Actually semua lagu2 Ne-Yo sesuai utk dijadikan break up song, seriously...

crazy_labelle said...

ak xde experien break up tp ak suke miming lagu forget you persembahan cee lo n Gwyneth masa grammy feb 2011...

Che Sakinah said...

oo macam tu ke rase orang frust..
aku x pernah lagi.. becinta pon x penah..
*oh no..termengaku*
mase skolah org pangil polis.. masa dkt Uni orang panggil rimau.. x paham gak kenapa? hahaha..
tapi kan siyes aku nak tanya..
Best ke in relationship nih?

casperakhimi said...

unbreak my heart-toni braxton
i dont want to-toni braxton
never just for a ring-toni braxton
another sad love song-toni braxton

peh! nampak sangat aku peminat tegar toni braxton kan.hidup bahagia pun masih layan lagu2 break-up song di atas.

hai ijai! entry ni buat aku 1st time comment sini.selama ni silent reader je. (:

Mohamad Faizal said...

wath: bersabarlah wath saat indah kan menjelma jua. ke dah menjelma?

yusuf: sihat bang. abang apa khabar?

anon: kool

afrohead: haha itu kalau boleh nyanyi saat perpisahan dipinta memang ohsem ah

bearboss: ok perlu diperluaskan lagi kamus muzik aku ini

kap: hahaha roy memang terkenal dengan lagu breakup versi patriotiknya

kipas: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

megan: semua lagu dia memang sedih

anon: setiap saat dan waktu sentiasa kufikirkan

finaz: oh tolong lagu itu sungguh annoying drum beat dia. tukutuk tukutuk

human: ahh benci rachel

zakzak: hai zakzak. malangnya saya tidak mendengar lagu dari seberang...

cik kiah: tanpa menggunakan khidmat carian google, siapakah nama kembar mariah carey

makdara: unbreakkk my heartttt say you love me againnnnnn. kan?

maya: wahh form 1 sudah bercinta saya form 1 masih tak bercakap dengan gadis lagi

labelle: saya suka gwyneth sahaja mata cee lo macam asyik terjegil sahaja

che sakinah: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

casperakhimi: hai casperakhimi. unbreakk my heartttt say you love me againnnnn. tu je saya tahu

org gila said...

Plain White T's - Hate (I really don't like you)

"Hate is a strong word, but I really, really, really don't like you!!"

milimilo said...

#mybreakupsong christina perri jar of hearts. keh keh. thumbs up utk lagu no 3. lelaju aku download. wakaka :D

milimilo said...

eh silap bukan lagu no3. yg no 4 tu. kikiki :D

yasmin said...

Sume lagu Taylor Swift terbaik di waktu ape2 pung

cikbunga said...

dgr lagu korea ke caner?
hehe

phish said...

someone like you-adele..
not bad jugak sore ko ijai...patot ganti casey abrams ni...ok ni tpuuuuu...hahahhaa

akuNAJWA said...

lagu forget you ditulis oleh suami saye, bruno mars... bukan cee-lo :D


eh ehh, sedap jugak ehh sore abam ni ehh? ekekke

Anonymous said...

over you by chris daughtry
~nikki~

Anonymous said...

Fuck it - Eamon

no chorus die:

Fuck what i said it dont mean shit now
Fuck the presents might as well throw em out
Fuck all those kisses, it didnt mean jack
Fuck you, you hoe, i dont want you back

N1!!!! hahaha

-fandi-

Adinda said...

masa mula clash ngan ex(bulan 12 taun lepas) dengar lagu ni HUJAN SEMALAM BY TAXI BAND

tak ingin lagi rasanya aku bercinta
setelah ku rasa perit
kegagalan ini membuat ku
tak berdaya
tak dapat lagi rasanya aku tersenyum
setelah kau tinggal pergi
biarku sendiri tanpa hadir mu kini lagi

tapi tup-tup pergi buat lesen kereta,sangkut ngan anak cikgu tu plak..trus tukar jadi lagu JAHAT-STACY.haha

Am said...

S.M Salim - Kenang daku dalam doamu.memeleh air mata beb.haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...