Thursday, June 30, 2011

Compulsive Hoarding?

Minggu ini aku masuk kerja petang. Kalau terbangun pagi-pagi kalau tak boleh tidur balik, aku akan habiskan masa menonton siri televisyen. Maka tadi aku mengulangkaji episod-episod lama kartun keji South Park. Dalam satu episod ni, Stan dan Mr Mackey dikatakan mengalami masalah 'hoarding'. Untuk mengetahui punca masalah itu, mereka memanggil skuad Inception untuk masuk ke dalam mimpi mereka bagi merungkai persoalan tersebut. Memang lucu episod itu, tapi aku taknak cerita pasal South Park, aku hendak mengupas masalah hoarding. So apakah itu hoarding?


Hoarding adalah mengumpul barang-barang yang ternyata tidak membawa apa-apa kebaikan, dan kita tak guna dan tak mahu buang barang-barang tersebut. Dalam kes-kes yang kronik, masalah hoarding ini boleh mengganggu kehidupan, mempengaruhi kesihatan dan menghalang kita daripada membuat aktiviti harian seperti tidur dengan selesa dan memasak di dapur. Aku rasa aku bukanlah seorang compulsive hoarder, tetapi aku ada banyak mengumpul benda-benda yang tidak perlu dan aku tidak mahu buang. Tapi simptom seorang hoarder memang tak mahu mengaku yang dia seorang hoarder. Ayuh kita kaji permasalahan ini dengan lebih lanjut.

Antara benda-benda 'tidak perlu' yang aku simpan adalah:

Bateri lama


Hey bateri mahal ok. Lagipun aku menggunakan banyak gajet yang menggunakan bateri dari pelbagai saiz seperti wireless controller Xbox (ada 3), bateri untuk set Guitar Hero, bateri remote kontrol televisyen/astro/aircond, bateri untuk wireless mouse dan keyboard....seksa tau kalau tengah berperang bersama kawan-kawan dalam Call of Duty tiba-tiba kontroller berkelip-kelip tanda bateri nak habis lepas tu tidak ada bateri untuk ganti. Tak mungkin aku akan keluar pergi beli bateri baru tatkala kawan-kawan lain berseronok. Haa itulah gunanya bateri lama. Siapa kata kalau bateri dah habis kuasa tak boleh guna? Kau gosok-gosok sikit nanti menyalalah lampu controller kau. Kalau agak-agak bateri macam dah habis powernya, kau aplikasikan je urban legend di mana kau boleh cas kembali bateri itu dengan menjemurnya di matahari. Haha kalian buat begitu tak? Penyelesaian kepada masalah mengumpul bateri ini adalah memberi bateri rechargeable, tapi mahal doo.

Tiket wayang



Aku tak ingat sejak bila aku mula menonton filem di pawagam. Yang aku tahu, aku ada kumpul tiket setiap wayang yang aku tonton. Mama aku selalu bising apabila nampak tiket wayang bertaburan di bilik aku. Pernah sekali tu mama aku buang koleksi tiket aku yang entah berapa banyak tu tanpa mendapat persetujuan daripada aku. Memang devastated rasa macam dapat tahu crush kita sebenarnya dah ada teman lelaki. Lepas tu aku kembali mengumpul dan aku letak baik-baik dalam kotak. Ya aku tahu kumpul tiket wayang tiada value tak boleh nak jual kat mudah.com.my, tapi ada sentimental value hoccay. Aku bercadang nak buat scrapbook tiket wayang nanti aku dah ada anak nak cerita la kat anak-anak aku pengalaman aku menonton wayang dengan mama dia macam Ted Mosby. Tapi yang menjadi masalahnya bukan sahaja tiket wayang yang aku simpan, tiket bola yang ditonton di stadium, tiket konsert Rock the World yang dah entah berapa tahun tu, even tiket nak masuk ke taman tema Genting.

Resit

Hey resit penting ok. Kalau benda yang kita beli rosak kenalah ada bukti pembelian bukan? Itu yang aku simpan resit beli motherboard, beli RAM, beli grafik kad, beli Xbox, beli game tapi semua benda tak pernah rosak pun. Kalau rosak sekalipun, dah tamat warranty dah. But still, aku masih menyimpan resit-resit tersebut kerana emosiku mengatakan yang resit itu penting. Kadang-kadang dah jadi tempat pelupusan resit dah especially kereta aku dengan resit tol dan resit pembelian barangan di stesen minyak. Instead of buang terus aku pergi bawak masuk dalam kereta simpan dalam dashboard.

Mungkin aku boleh beri contoh hoarding yang lain. Mungkin kalian di rumah suka menyumbat makanan di dalam peti sejuk. Arwah abah aku suka simpan ikan yang dia pancing dalam freezer. Yelah mana tahu satu hari nak masak ikan siakap masak tiga rasa, tak payahla nak pergi beli ikan. Tapi memang tak pernah berusik pun ikan tu makin bertambah adalah dengan daging korban hari raya setiap tahun lagi. Bagi penggemar binatang pula, suka kumpul kucing. Famili aku dulu-dulu pantang nampak kucing terbiar ada potensi untuk merangkul hadiah di pertandingan kucing sikit, terus ambil bawa balik rumah, sehinggakan pada satu masa bilangan kucing aku pernah mencecah 50 ekor. Menyusahkan sebenarnya ada banyak-banyak kucing ni nak kemas berak nak keluar duit bagi makan lagi.

Hoarding ini sebenarnya penyakit emosi. Kau rasa macam benda yang kau kumpul tu sangat berharga, dan orang lain tak faham perasaan mengapa kau mahu simpan benda itu. Mereka ada pautan emosi terhadap benda yang mereka kumpul dan merasa pembaziran akan berlaku jika benda-benda tersebut dibuang begitu sahaja walaupun di mata pihak lain benda-benda tersebut tiada nilainya. Kesannya, benda yang dikumpul semakin banyak dan akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Aku rasa aku tidaklah masuk dalam kategori 'compulsive', tapi still mengumpul benda-benda yang membuatkan mama aku tensen. Adakah anda juga mengalami compulsive hoarding? Kumpul kasut Vincci tapi tak pakai tak kira ya gadis-gadis.



26 comments:

The Sharkox said...

hoih, aku pun jenis simpan tiket jugak. tiket bas yang ketip2 guna pengetip bulat tu pun aku simpan. sentimental value. aku bercadang pada tahun 2050 nanti nak jual tiket2 tu semua kerana masa tahun 2050 pada aku tiket bas yg kertas dah tak wujud dah.

itupun kalau tak kiamat lagi la...haha

Tyra said...

Aku suka simpan resit ATM... Sampai yang dh hilang ink pun ade...

Faizal Rosly said...

sharkox: haha bukan sahaja tiket bas malah bas pun mungkin sudah tak wujud

tyra: penting tu untuk merancang perbelanjaan bulanan

kundi said...

its mean kau sayang pada masa lalu.aku pun same.

afrohead said...

aku tak banyak bateri dulu. sebab aku pakai dua bijik sahaja rechargable bateri. jenama aiwa. aku beli khas semasa memiliki model kereta mini 4WD. setelah tamat musim, bateri tersebut terus berjasa pada aku sebagai pembekal tenaga kepada alatan-alatan elektronik seterusnya yang aku beli. walaubagaimanapun, bateri kesayangan aku tersebut telah dirampas oleh warden asrama ketika aku tingkatan lima dahulu.

Aslina said...

bateri... dah takde habit simpan bateri. kalo bleh semua nak cari jenis rechargeable.

tapi part yang jemur bateri kat matahari tu... aku penah la buat. time duduk kat asrama. nak beli, takde duit sangat. study tak pakai walkman mana best...

maka aku rasa kat tingkap bilik tu leh kata macam pusat pameran bateri pelbagai jenama. time pegi skolah je semua pakat2 jemur kat tepi tingkap. balik langsir tu.

resit tu aku pun ada kumpul jugak. buat bukti perbelanjaan tiap2 bulan. sebab aku kan kedekut sikit nak kuarkan duit. kang duit cepat habes, aku mengamuk salahkan orang curi duit padahal diri sendiri terbelanja lebih. so memang sungguh efficient la kan ada resit dalam simpanan.

deeb said...

aku ade penyakit ni tp xtau nk hilangkan camne.... now botol sos spagetti belambak aku simpan, dulu time blaja, kertas pembalut sabun buku pun aku simpan.... ape kes?

nobody said...

waaaahhhhh ^^

same lah kite
ingat saye sorang je suke simpan tiket

dolu2 duk asrama
bila balik umah setiap bulan naik bas lompat2 + keretapi
semua tiket simpan lagi
memang ade sentimental value kat situ ^^

itu ja kowt, lain2 tak sangat
resit yang penting je simpan
lain2 selamat ke tong sampah :)

Anonymous said...

ijai, kak wati suka simpan resit ATM.. sama mcm Tyra. Dan kertas2 artikel yg kunun sgt berharga! Sampai time nak pindah rumah 4thn lepas, koleksi resit/kertas2 kak wati adalah 2 kotak sabun. Mengamuk cik abg..

Faizal Rosly said...

kundi: mungkin kita harus belajar untuk let go...

afrohead: bersabarlah bateri baru kan menjelma jua. aku ada beli energizer punya rechargeable

aslina: ya menyimpan resit tak perlu cek baki di bank

deeb: botol sos spageti...kertas pembalut sabun buku......ok ok saya tak judge anda haha

nobody: saya tak suka naik bas dan keretapi kerana saya mudah mabuk

kak wati: mestilah mengamuk tapi jika dia cintakan kita dia akan rela. eh

piikachu said...

aku simpan kotak. semua jenis kotak. kotak kasut kotak beli brg kotak itu kotak ini.

mak aku ckp 'ni kotakk bukan kerandaaa yg ko nak simpan bebanyak!'

motip mak aku ckp mcm gituuuuu?

misteri. kan?

Anonymous said...

saya pun suka simpan tiket2, resit2 dan resit ATM. Lagi botol2 sos spagetti, botol2 instant coffee sampai taktau nak letak mana dah. nak buang tak sampai hati hoh
-umi

ainie.syeema. said...

ainie punye citer terbalik pulak..naik rimas tgk my mum kumpul koleksi botol2 yang dah habes isinya mcm botol kicap , sos , obat batuk capibu dan anak..nak kata jual kat keling botol , tak jugak terjual.
aneh ~

Anonymous said...

Saya pun hoarder gak

Kat opis, kumpul
1) Used envelope, untuk jadi divider between documents kat dalam file
2) Used A4 paper, kalau baru pakai sebelah je, yang sebelah lagi boleh pakai lagi utk photostat apa2
3) Kalau ada kertas2 kecik2, saya simpan untuk jadikan note pad

Kat rumah, suka simpan
1) Bekas plastik yang nipis tu, yang bila beli taufufah ke, beli jeli kelapa ke, beli nasi goreng kat petronas ke, yang microwaveable tu. Macam2 size, dari paling kecik (untuk taruk sos) sampai lah yang besar boleh taruk kek sebijik. Bulat pendek (org Perak kata tohor), bulat tinggi, 4 segi besar, 4 segi kecik, rectangle, semua ada. Rasional nyer, bila family datang kenduri, nak bawak balik lauk, takde lah diorg ada chance nak pau Tupperware I hehehe. Kalau idak, konon2 nak pinjam Tupperware, pastu tak pulang balik.
2) Beg Plastik, pun pelbagai size, pelbagai warna & pelbagai bau. Untuk letak bekas plastik yang letak lauk kalau sedara dtg kenduri (please refer above)
3) Paperbag, simpan mcm2 brand, size, pastu sayang nak pakai. Adik beradik mintak kedekut nak bagi. Simpan stor, last2 'mak menti' gigit :(

Anne

wath said...

dulu aku simpan gak bende2 ni. setiap kali nk kemas bilik, punggah barang, lyn sentimental, pastu simpan lik sume barang2. byknye baju la. yg da takleh pkai, da koyak sana sini, simpan gak. tapi awl tahun hari tu aku nekad, hati kering, aku buang je sume.

sebabnye klau tengok je rase sntimental. klau tak tengok, tak ingt pn bende tu ade sbnrnye. hehe

..:: WiRdA ::.. said...

hoarder paling berjaya aku rasa hasben aku..hahahaha segala resit mcm kau semua bersepah sini sana..tp tak bg buang...sampai kotak2 tv, astro, bluray, pc, semua tak bg buang jugak...urghh..umah penuh kotak..tp aku buang jugak senyap2 satu persatu..hahahahhahahaha


eh tiket wayang tu dulu hosmet aku ade buat simpan dlm album.. aku cuba buat tp gagal..hahaha

z a t i said...

daripada kau kumpul semua benda2 ni baik kau start kumpul pahala.

O Ena O said...

aku sedih gila pagi ni..bile aku cek blk majalah2 ROTTW aku rupenyer dh RIP di kerjakan bapak aku...dh kene bako gamaknye..sedih siot..nilai sentimental value tinggi tu...aku rajin kumpul ROTTw time sekolah menengah dulu..x terkata la..sedih sedih....jd moral of the story..kalo ade nilai sentimental value pd barang2 anda..sila la jaga n simpan dgn baik.jgn jadi mcm aku.huhuhu

Martini Muaz said...

simpan botol kosmetik bagi mengenang kosmetik mana patut dibeli dan mana yang tidak. serta beg plastik konon-konon nak reuse tapi bila pergi Giant hari Sabtu masih request yang baru juga.

wawa said...

aku rasa sekarang dah kurang tahap hoarding pada ape2 benda pun. dulu plastic beg, tupperware beli taufufa, getah tempe, batang pen yang dah abes dakwat dll pun aku simpan. nak buang rasa sayang...tapi sekarang dah kuranglah pasal asek pindah randah. so malas nak bawak benda bukan2..buat berat beg.

owh, brand tag pun aku suke collect dulu. lagi ape yer.. resit2 tu aku simpan untuk check je.. kecuali resit creditcard. yang tu simpan untuk menyedarkan diri berapa dah spend dalam masa sebulan. selalunya nak tenguk berapa duit minyak la.

Faizal Rosly said...

piikachu: memang misteri malah menyeramkan

umi: jika perlukan teman untuk berbicara tentang masalah, hubungilah talian befrienders

ainie: sebagai anak yang solehah cubalah fahami...

anne: bulat pundek.......kedengaran seperti tak senonoh sahaja bunyinya haha

wath: terpaksa tengok kerana lama2 sudah tiada tempat untuk disimpan

wirda: hasben apa khabar? bila nak pegi tutti frutti lagi nak berbincang tentang masa depan

ena: lupakanlah kisah yang lalu sekarang boleh kumpul majalah mangga pula

martini: kosmetik yang patut dibeli adalah bobbi brown

wawa: baguslah berubah ke arah kebaikan. eh

angkasa said...

oit wirda itu resit2 untuk tax nantik aaa..ah biar la nak hoarder pon..ada sentimental value wohhh

Anonymous said...

I usually inјесt гight over the tyрical locаtiοns of
thе beauty industry to dаte.
Here is my homepage : botox

Anonymous said...

More about the author

Visit my page: what is foreclosure
Here is my weblog :: chapter 7

Anonymous said...

Supегb ѕite you have herе but I was wanting to knοw if you knew of any сommunity forums thаt cover the
ѕame topics discussed here? I'd really love to be a part of online community where I can get comments from other knowledgeable individuals that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Kudos!

Feel free to visit my weblog ... good tradesmen
My web page :: birmingham emergency plumber

Anonymous said...



Also visit my web blog; web page

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...