Tuesday, June 14, 2011

Jawatan Kosong: Eksekutif Binatang Peliharaan


Persona Cattery yang dimiliki oleh keluarga Faizal Rosly telah bertapak di arena binatang peliharaan khususnya kucing telah bertapak di dalam industri ini sejak 20 tahun yang lalu. Bermula sebagai hobi, keluarga Faizal telah membela, membeli, mengutip sekaligus membiakkan kucing daripada pelbagai baka untuk dijadikan sang juara bertanding di pertandingan kucing peringkat nasional dan antarabangsa. Berbekalkan pengalaman dan kebolehan semulajadi kucing dipelihara, membolot anugerah di pertandingan kucing tanpa perlu merasuah hakim memang sudah menjadi lumrah. Pada suatu masa, bilangan kucing yang dipelihara pernah mencecah 50 ekor dan itu bukanlah amaun yang ditokok tambah. Walaupun sudah tidak seaktif dahulu dan bilangan kucing sekarang hanyalah 20 ekor, Persona Cattery berminat meluaskan sayap dan pengaruh serta ingin menjemput individu yang berminat dan berkebolehan untuk menyertai kami.
Eksekutif Binatang Peliharaan - Kucing
(Bandar Baru Bangi)

Responsibilities:

- Memberi kucing makan dan minum. Jenama makanan yang digunakan adalah Iams. Oleh kerana industri ini terjejas dengan kegawatan ekonomi, usaha mengurangkan kos sedang dilakukan dengan mencampurkan Iams dengan makanan picisan Machiko. Usah sekali-kali memberi kucing makan Whiskas ataupun Friskies kerana mereka akan berak cair. Air yang digunakan adalah air mutlak yang telah ditapis. Makanan kucing mesti dibeli di kedai Simon seksyen 4 tambahan kerana boleh mendapat diskaun sebagai pelanggan tetap. Makanan harom seperti Meatballs dan Barbican harus dielakkan sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

- Mencuci bekas berak kucing. Pada awalnya pasir kucing berjenama XXX digunakan tetapi oleh kerana taraf kehidupan binatang peliharaan semakin meningkat, surat khabar lama sahaja digunakan sebagai bekas berak kucing. Anda hanya perlu keluarkan surat khabar dari dalam bekas, cuci bekas jika terkena najis mughollazoh, dan letak 2 helai suratkhabar dan beberapa surat khabar yang telah dikoyakkan. Jadi usah bangga jika muka anda masuk surat khabar kerana pasti akan berakhir di punggung Persona Chevy juga.

- Mengemop kandang kucing jika ada muntah / hairball.

- Memastikan kucing sentiasa sihat walafiat. Jika anda nampak kucing tidak aktif dan bermuram durja, itu tandanya mereka demam dan anda mesti membawa mereka ke Klinik Mesra, seksyen 8. Anda juga mesti peka jika tempoh vaccination kucing telah tamat dan memerlukan suntikan baru.

- Anda bertanggungjawab untuk memastikan nafsu kebinatangan mereka dipuaskan. Ini tidak bermakna anda mesti mengamalkan tabiat 'Beastiality' yang melibatkan organ reproduksi anda dengan binatang, sebaliknya jika anda mendengar bunyi kucing betina memanggil-manggil mencari pasangan, anda mesti mencari jalan untuk membuat mereka senyap bagi mengelakkan daripada dicemuh jiran-jiran akibat pencemaran bunyi. Ini termasuklah dengan memindahkan kucing betina tersebut kepada kucing jantan untuk dikahwinkan(dengan kebenaran bertulis daripada kami). Namun begitu, kami sudah tidak mahu menambah bilangan kucing di atas faktor kewangan dan sedang membuat perancangan untuk mengkasikan sahaja kucing-kucing yang layak. Hukum mengkasikan kucing adalah harus.

- Menjadi bidan kepada kucing yang nak beranak.

Requirements:

- Memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam pelajaran Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral dalam SPM. Rasionalnya di sini adalah kami menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Islam / Moral pula bertujuan untuk memastikan para pekerja sekurang-kurangnya dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Contoh perkara buruk di sini adalah mencuri makanan kucing, mencuri kucing juara serta aktiviti Beastiality yang disebut tadi.

- Boleh menerima arahan dengan baik. CEO Persona Cattery iaitu mama saya memang kuat membebel jika anda tidak membuat kerja dengan betul.

- Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan akan diberikan. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada calon yang dapat membezakan kucing jantan dengan kucing betina dengan hanya sekilas pandang terhadap dubur mereka. Mereka yang memiliki binatang peliharaan di rumah sendiri juga digalakkan memohon.

- Sanggup bergelumang dengan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda tengok filem Jackass pun anda boleh muntah, anda tidak digalakkan untuk memohon jawatan ini.

- Memiliki passion dan nilai kasih sayang yang tinggi terhadap binatang peliharaan. Kucing adalah haiwan yang jinak dan manja dan sukakan perhatian, maka anda mesti membelai mereka, tidak marah kepada mereka jika mereka berak di luar tempat yang disediakan serta selalu berbual-bual dengan mereka.

Perks:

- Latihan selama 20 minit akan diberi secara percuma. Sumpah senang kerja ni kalau tak cekap juga baik anda pergi terjun KB Mall sahaja.

- Asrama disediakan bergantung kepada bilangan kandang kucing yang available dan tidak digunakan.

- Ruang tempat letak kereta yang luas.

- Gaji tak lumayan tetapi pahala dapat banyak tau. Jika anda menunjukkan potensi yang tinggi, anda berpeluang untuk dinaikkan pangkat untuk menjaga Megatron.


Kami memandang serius tentang kemajuan professional dan kendiri anda, dan kami akan membantu anda untuk memilih sendiri career path yang anda inginkan. Pemohon yang berminat boleh menghantar emel ataupun telegram, lengkap dengan maklumat peribadi seperti umur, gaji yang dimahukan, salinan surat beranak dan sijil yang relevan, rekod jenayah, serta gambar bersaiz passport yang terbaru ke ijaicool (at) yahoo (dot) com. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga melalui telefon, sebelum dipanggil untuk ditemuduga secara bersemuka. Sebarang pertanyaan boleh dihantar di ruangan komen.

On a more serious note, if ada mana-mana individu ataupun ataupun organisasi yang menyediakan perkhidmatan kemas kandang kucing yang kalian pernah guna, please let me know. Dulu aku ada seorang bibik kucing tapi dia tak rasa di boleh pergi jauh bekerja di rumah aku lalu dia pergi kerja dekat kilang Sony tinggalkan kami terkapai-kapai di sini. #TrueStory



13 comments:

sha2 said...

wah. serius entry nih. lelaki pompuan pondan gay tomboy pun boleh apply? haha

Anonymous said...

serius tapi cool...
I love cat sooooooo much!

Zura :)

afrohead said...

kau kena letak sama 'peluang kenaikan pangkat' , barulah nanti tak ada orang lari pergi kilang Sony.. haha.

Mohamad Faizal said...

sha2: boleh tiada diskriminasi asalkan jujur dan ikhlas bekerja

zura: apalagi apply lah

afrohead: tu aku dah letak dah tu kalau lari jugak memang diorang sekadar menjadikan pekerjaan ini sebagai batu loncatan untuk meminta gaji yang lebih tinggi di tempat lain

Anonymous said...

dah agak dah mesti suruh saya apply. takpe lah. saya jaga kucing di rumah saya saje...

Zura :)

Abuya Hayat said...

pergh... jawatan exec tuer...
lu try promot kat org2 mlm...
diorg nier boleh rambang mata dengar janji utk pangkat2 tinggi nier...
kalao diorg nak blah, lu up-kan jawatan tuer ke manajer, but with the same benefits... hahaha...

slay said...

jawatan exec, kat bangi pulak tuh. kurang2 gaji kena la 3k. amacam, deal?

..:: WiRdA ::.. said...

kagum tgk kandang kucin ko mcm pusat ternak kucin dah.. ;)

transportation allowance ade tak? haha

Mohamad Faizal said...

abuya: ah bagi kat orang mlm nanti diorang sibuk cari downline tiada siapa mahu uruskan makanan dan minuman

slay: hui 3k aku sendiri terus apply walaupun ini memang kerja aku hari2

wirda: transportation allowance hanya akan diberi jika naik komuter turun kat stesen UKM

uculer said...

kasilah remuneration SOCSO, EPF dan profit sharing. kompom aku apply.

deeb said...

nk apply tapi jauhla...asrama xde plak tu! sekilas pandang utk tau jantina kucing; betina muka kecik & runcing sket...jantan; muka lebar...betul tak cikgu ijaicool? eh, aku tau lah, aku pun penah bela 20 ekor kucing kat umah!
* btw, mane kawan megatron eh? yg color itam tu?

Mohamad Faizal said...

uculer: uii mana ada profit. kerugian adalah tiap2 bulan

deeb: si hitam pemalu tak suka bergambar depan kamera

sI tEDI said...

salam ijaii,
ada plan nak kembiri kucing ke?
kami ada program mengembiri kucing pada 3 jUlai ni di Honey Vet. Clinic, seksyen 3 bangi.

TAPI hanya terbuka untuk kucing domestic sahaja. Kucing baka biasa.

cajnya betina rm 80 jantan rm 60.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...