Monday, June 20, 2011

Lagu-Lagu 'Na Na Na Na Na' Kegemaran

Saya seorang penggemar muzik. Impian saya semasa sekolah menengah adalah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya. Namun begitu walaupun saya memiliki paras rupa untuk pergi jauh di dalam bidang itu, suara dan bakat muzik saya hanya layak untuk menghiasi slot-slot kegagalan di ujibakat Akademi Fantasia. Tetapi kegagalan saya untuk menjadi artis rakaman tidak bermakna saya tidak boleh menghayati keindahan muzik. Pelengkap kepada muzik yang indah adalah bait-bait lirik yang puitis mahupun literal. Bunyi-bunyi tanpa sebarang makna juga boleh dijadikan lirik. Ini termasuklah bunyi-bunyian popular seperti ra ra ra ra ra ataupun uuu eee uu aa aa ting tang wala wala bang bang. Bunyi tanpa makna yang sering dijadikan lirik yang paling popular adalah 'Na na na na na'. Hari ini saya ingin berkongsi lagu-lagu kegemaran saya yang ada segmen 'Na na na na na'. Ayuh teruskan membaca.

Hanson - I Will Come To You

Hanson adalah kugiran remaja yang paling popular semasa aku tingkatan satu. Siapa yang tidak mendengar Hanson ketika itu memang lame. Bagi gadis sunti lah. Tetapi kalau kau jejaka sejati dah sunat semua dan kau ditangkap mendengar lagu-lagu Hanson, kau pasti akan dipulaukan oleh rakan sekelas. So aku pun dengarlah kaset Hanson yang aku pinjam daripada kawan aku Dazrul secara senyap-senyap. Lagu I Will Come To You adalah single daripada album ketiga mereka Middle Of Nowhere. Sumpah masa mula-mula tengok Taylor aku jatuh cinta sebab dia cantik sehinggalah aku tahu dia pun berbelalai macam aku juga. Sekarang ni masing-masing dah baligh tiap-tiap tahun bagi bini mengandung. Na na na na na na, na na na na na naaaaaa (I will comeee to youuuuu). Lagu ini memang lagu wajib aku kalau pergi karaoke.



The Moffatts - I'll Be There For You


The Moffatts adalah kugiran remaja kegemaran aku sepanjang zaman. Mereka terdiri daripada adik beradik Scott (Abang Long), Bob (Abang Ngah), Clint (Abang Lang), dan Dave (Abang Cu). Eh tak, Bob, Clint dan Dave kembar tiga. Aku paling suka Scott sebab Scott muka watak jahat yang hensem dan sebab dia main gitar. Aku suka Dave juga tapi buat-buat benci dia selepas tu sebab dia mengaku gay. So terus aku minat kat Bob pulak. Aku rasa single I'll Be There For You yang menjadikan Moffatts dikenali di luar Kanada. Intro dia je dah 'Na na na naaa na na naaa na na nan naaa na na na na na na naaa na naaa'.

Blink-182 - All The Small Things

Aku rasa peminat muzik mainstream mengenali Blink-182 melalui lagu ini. Lagunya yang catchy memang menjadi siulan remaja ketika itu. Klip videonya pula tersangatlah lucu kerana memparodikan klip video penyanyi pop popular ketika itu seperti klip video Backstreet Boys (I Want It That Way), Britney Spears (Sometimes) dan Christina Aguilera (Genie In A Bottle). The most awesome part of this song is of course the chorus na na na na na na na na na na na na na na na naa naa na na!



Oasis - All Around The World

Ahh Oasis. Kawan sekolah menengah aku Shahrizal Jaapar mempengaruhi aku untuk mendengar kugiran British ini. Masa itu aku memang buta scene Britpop ni tahu lagu Song 2 nyanyian Blur je itu pun sebab jadi soundtrack dalam Fifa 98. Nak nak pulak masa tu baru belajar main gitar belajar lagu Oasis saja sebab lagu diorang semua pakai kord-kord asas. So tiap-tiap harilah aku berangan beraksi di hadapan ribuan orang bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu Oasis dari album pertama Definitely Maybe sehingga album ketiga Be Here Now. Lepas tu aku dah tak layan Oasis dah. Tapi lagu All Around The World ada part na na na na maka haruslah dimasukkan ke dalam list ini.

Pink - So What?

Ramai orang boleh relate dengan lagu-lagu dendangan Pink kerana berunsurkan kehancuran di hati sebelum bangkit menuju kejayaan. Pandai-pandai je aku. So What merupakan single pertama daripada album Funhouse. Orang kata ini lagu ditulis berdasarkan kisah rumahtangganya dengan mat rempit Corey Hart. Adik Bret 'The Hitman' Hart ke? Hak hak hak aku cuba selitkan jenaka gusti. Lagu ini memang catchy (takde perkataan lain ke nak guna selain catchy?) dan chorus dia memang sesuai untuk di sing along ketika melawan cakap orang tua. Tapi janganlah melawan syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Na na na na na naaa na na na na na na naa.

Kru - Fanatik

Ini merupakan lagu yang paling kool pada tahun 1997. Ustaz Wan Adnan ajar Pendidikan Islam kat kelas aku pun boleh aplikasikan lagu ini dalam pengajarannya. Ok fine. Aku memang bias memasukkan KRU dalam list ini kerana aku memang minat KRU. Tapi dah lagu Fanatik ada part na na na nak buat macamana, Na na na na na kita tak perlu gusar na na na na na diam itu pintar! Hari tu masa sambutan ulangtahun KRU yang ke-19 KRU ada buat temubual dekat Hot FM. Aku yang tak dengar Hot FM sebab terlalu banyak muzik dari seberang pun bersusah payahlah cari frekuensi dia di Lembah Kelang. Masa tu siapa tah DJ masa tu suruh Norman rapping sikit macam KRU di awal kemunculan dahulu. Edry cabar Norman rapping lagu Enuff Ezz Enuff tapi Norman sudah tua maka dah tak ingat lirik, so dia rapping lagu Fanatik sahaja. Kamon Abang Norman lagu Fanatik aku pun boleh menyanyi dari mula sehingga habis. Tapi mendengar Abang Norman rapping secara langsung memang membuat aku teruja, seperti aku teruja menaip pasal KRU sekarang ni. Alah kalau nak letak lagu Melayu lain yang ada na na na na pun, paling best yang lagu penyanyi hisap dadah dari Terengganu tu. Na na na na na ganu kiteeeeee. Eh.

Begitulah antara lagu-lagu kegemaran aku yang menggunakan 'na na na na na' sebagai lirik. Anda pula bagaimana? Ada lagu na na na na lain yang anda gemar untuk dikongsi bersama? Jangan cakap lagu Rihanna Ohh nana what's my name kerana dua saja na nanya. Lagu My Chemical Romance mungkin? Ada 275 na na na. Anyway, kalau terlupa lirik, na na na na na kan saja mereka!



20 comments:

Amirul (aremierulez) said...

Lagu Hanson memang klasik.

Lagu Blink 182 memang favorite

Anonymous said...

The Beatles - Hey Jude pun ada


-megan musang

Faizal Rosly said...

amirul: lagu mmmbop pun menggunakan lirik bunyi-bunyian aneh. mmmbop cekecak kecak duuubop keduduk dubab duuubop

megan: yes. too bad tak banyak lagu beatles lain yang aku tahu

che sakinah said...

lagu raihana bukan satu tu je ada 'na na' hampir semua kot..

weh, kau ingat tak ada iklan yg lagu dia ada 'na na'

♫ nano na na na na nano na na na na nano.. nano nanooo..♪

gula2 fevret aku dulu2.

z a t i said...

mestilah suede-beautiful one!!!


OI SILA LA BELANJA AKU SUEDE AUGUST DI SINGAPURA AKU SEKARANG STUDENT TIDAK BERDUIT.

no more concert sesuka hati :(

jana said...

lagu Paula Abdul yang ada lirik Hush hush and hujungnya na na na nak na na na lupa la tajuknya ijai,

ijai memang die hard fans KRU,TAK cuba minta kerja kat KRU studio ke

sha2 said...

hafiz awan nano.

na na na awan nano nano nano nano nano blablabla

aku tau part awan nano je so part lain sume na na na. hahah!

Azku said...

Amy mastura-na na na.. hehe

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Lagu Nana AF yang sekarang jadi deejay kat Hot.fm (kot).

Na na na na na na (NANA)
Hei!
Kali pertama...

aku tak hengat liriknya. Hentam saja.

Rahim Hashim said...

ada lagi. lagu gula2 nano nano.
btw, hani dah mengandung 6 bulan sekarang. hehe.

amira said...

lagu baru j.lo- i'm in to you..mula2 lagu dah na na na na na eh. ada eh oke kat blakang.heheheh

uculer said...

catchy adalah rancak.

takpe ijai, bukan kau sorang je lelaki yg terminat dekat Taylor tu.

wath said...

weh. kenape kau buat aku berdosa maghrib2 ni tengok v.clip blink 182 tu

cpt2 aku ttp mate tau =,=

hafiza said...

na na na na na ..ganu kitee~

Faizal Rosly said...

che sakinah: manis masam masin

zati: bila nak kembali berduit zati? *cough aipod cough*

kak jana: pejabat dia pun saya tak jumpa lagi kat cyber ni

sha: aku memang kolot sumpah tak pernah dengar lagu awan nano tu

azku: haha. lagu comel. eh

astute: mentang2lah nama dia nana

rahim: OM EM JIII KONGRATULASIIII. anak lelaki nama faizal please

amira: lepas ni mahu cari

uculer: biarlah apa orang kata, taylor is the prettiest among the laylors (swift, lautner etc)

wath: eh kusangkakan kalian tahu tentang kandungan klip itu

hafiza: lagu sebelum dia high. eh

crazy_labelle said...

bila na... na... i teringat lagu
nanana... nana... ganu kite hee....
walopon aku bukang org trg...

Clarky Afif said...

skendel terbaru aku rupanya sejibik abang norman masa muda2 (tade beza sangat pun) jadi minat aku terhadap KRU lebih lebih LEBIH lagi.

huahha

rayarani said...

gwen stefani pun de lirik na na na. x ingat la tajuk dia.

Faizal Rosly said...

labelle: buatlah lagu negeri anda juga dengan memasukkan na na na na na

clarky: gambar sebagai buktilah mana boleh dakwa wajah seperti abang norman sesuka hati

rayarani: rich girl kot

syafiqah safian said...

lagu The Official!Sha Na Na kalau tak silap tajuk dia.lirik dia dari mula sampai habis itu je.muahaha.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...