Friday, June 17, 2011

Life After Nora Elena


Semalam telah berakhirnya siri televisyen paling hangat ketika ini iaitu Nora Elena. Nora Elena bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada peminat setia siri tersebut, malah orang yang tak tengok langsung pun turut terkena tempiasnya. Jika tempoh hari kita telah melihat tanda-tanda anda ketagihan siri Nora Elena dan bagaimana pengaruh heronya Seth Tan dalam kehidupan wanita, hari ini kita akan membuat kajian tentang kehidupan selepas berakhirnya siri Nora Elena. Walaupun baru sehari sahaja siri itu tamat, saya sudah nampak kesannya terhadap kehidupan sosial kita. Ayuh teruskan membaca.

1) Bagi peminat hard core siri Nora Elena terutamanya gadis-gadis dan maybe seorang dua jantan dayus yang menggilai Seth Tan, mereka akan rasa seperti putus cinta. Rasa seperti baru lepas ditinggalkan oleh cinta agung mereka. Hati mereka terasa kosong, hidup mereka rasa miserable dan mereka berasa suicidal asyik fikir nak beli tiket bas ke Kelantan sebelum naik teksi ke KB Mall. Aku rasa situasi ini akan terus berlaku untuk at least beberapa hari lagi. Kita boleh kenal pasti mereka daripada riak muka yang sugul dan rambut mereka yang berkelemumur akibat tak lalu nak mandi. Kalau dengar lagu Dan Bila Esok mesti air mata mengalir deras.

2) Kesan serta merta yang anda dapat lihat setelah tamatnya siri Nora Elena adalah status-status depressing yang dinding Fesbuk mereka. Antara contoh-contoh yang saya dapat lihat adalah "NOOOOOOO TIDAKKKKKKK PORQUé" dan "Oh Abang Seth di mana kan kucari lelaki seperti mu yang gagah di perut serta manis di mulut?"


3) Anda kembali bertemu dengan rakan makan malam anda. Selama sebulan mereka menghilangkan diri tak sudi makan dengan anda sebab nak tengok Nora Elena punya pasal. Tetapi semalam mereka kembali membuat kemunculan. Pertemuan dimulakan dengan aksi peluk-peluk tanda rindu sebelum sesi catch up sebab dah lama tak jumpa. Mereka turut meminta maaf di atas sikap mereka dan berazam untuk tidak mengabaikan kawan-kawan lagi. Memetik kata-kata popular daripada siri tersebut "Setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua!"

4) Jemaah di surau akan kembali meningkat. Selama 2-3 minggu ni aku tengok jemaah di surau Al-Kauthar paling hebat pun 2 saf je. Selalunya boleh mencecah 5 saf. Ini semua sebab jemaah surau tak mahu ketinggalan satu babak pun dalam Nora Elena lalu mereka solat Maghrib di rumah sahaja. Itu pun pukul 8. Oh aku lalu depan surau tu masa on the way nak pergi pasar malam tak solat berjemaah pun (jujur).

5) Produktiviti di tempat kerja akan kembali menurun. Selama ini kita akan memastikan segala kerja dan tugasan akan disiapkan sebelum pukul 4.30 petang untuk memastikan kita dapat beredar dari pejabat tepat pada pukul 6, tetapi oleh kerana kita tidak ada lagi temujanji dengan Nora Elena pada pukul 7 petang, maka kita akan kembali ke tabiat asal mencuri tulang buat kerja last minit dengan menghabiskan bandwidth di pejabat menonton laman web Youtube, mengusha gambar jejaka kacak di Fesbuk dan berbual-bual kosong di Twitter.

6) Hubungan suami isteri akan kembali intim. Kita tak perlu berbicara tentang jimak antara suami isteri. Si suami balik kerja pukul 7 boleh nampak hidangan masakan Melayu tersedia di atas meja makan. Yelah selama ini daripada hari Isnin sehingga Khamis isteri asyik awal-awal dah hantar mesej pesanan ringkas suruh beli makan malam sendiri. Kali ini tidak lagi. Kita akan berasa gembira menikmati nasi putih yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut bersama dengan lauk Ayam Masak Lemak Cili Api, sayur Kangkung Goreng Belacan serta air soya yang diproses sendiri.

7) Saya rasa orang lelakilah yang paling beruntung dengan tamatnya siri Nora Elena ini. Terasa bagai beban yang berat telah dialihkan daripada bahu mereka. Yelah selama ini mereka tertekan kerana segala tindak tanduk, skrip di mulut, mahupun bentuk di perut semuanya dibuat perbandingan tidak adil dengan watak fiksyen Seth Tan. Mana ada peluang untuk kami bersaing dengan Seth.

8) I guess the best thing is, you guys will finally stop discussing about Nora Elena, stop wearing Seth Tan's t shirt to work, and I won't feel left out anymore! Yayyy~!

Saya berjanji inilah entri terakhir tentang Nora Elena. Namun begitu apa yang ditulis di atas mungkin akan lenyap begitu sahaja bergantung kepada siri terbaru dalam slot Akasia yang akan ditayangkan nanti. Mungkin ada hero yang lebih mengarut, lebih hensem, dan lebih ketak dadanya daripada Seth Tan akan muncul dan kita orang lelaki akan kembali mendapat natijahnya. Nauzubillahiminzolik.



18 comments:

adrinaqamarina said...

good. ada baik ada buruk dia kan? :)


kte tak tengok nora elena ni. tapi ada juga kawan3 lain yang tengok. sampai ke Egypt juga lah penangan nora elana ni.

makdara TERdiva said...

tak sangka lelaki2 pun separuh giler kat seth tan..eh nora elena.. :P

Anonymous said...

aku paling suka point no 8..
asyik2 Nora Elena... Nora Danish la Hot...

-kutu

Mohamad Faizal said...

adrina: usahkan egypt kat kazakhtan pun diorang ada alih bahasa siri ini

makdara: memang. nak minat tiada masalah yang menjadi masalah adalah apabila mereka jantan2 tersebut menunjukkan minat dengan menukar gambar profile kepada gambar aaron aziz hehe

kutu: setuju. tapi aku lagi suka penyanyi nora tu. mana tah dia pergi

afrohead said...

aku harap untuk drama slot Akasia yang akan datang, Erry Putra abang polis dalam Nora Elena pula akan diberikan watak utama pula.

ini bagi bersikap adil pada golongan lelaki Gay.

The Sharkox said...

kalu Bun Sahari jadi Seth Tan, ko rasa ko nak tengok tak?

Anonymous said...

kehidupan ku selepas Nora Elena adalan..--> FWD kan pada member2 mp3 OST Nora Elena....ekekeekee

Anonymous said...

bersungguh betul org dengan cite nora elena ni..... huhu aku nk tengok2 je tau2 dah last episode.. haha..

eh.. megatron pe kabar? ada kucing bangle baru kat umah aku.. papa nak jinakkan dia tp tak reti.. haha.. liar sungguh kucing tu mcm megatron nampak org gelupur je slalu.. ceh

-syarina

bd said...

haha.. btolla... rs cam edih pom ad.. nora elena cantik wooo... haha

shida said...

rindu jugak la skit cite nie...skrg dok ulang2 denga lagu2 cite nih...layan feel habis r..

Kak Uda ila said...

huhu.. org kata best, rugi tak tengok. Akak try gak tengok kat online, br episod ke-2 akk dah give up. Yer, mutu masih sama. tak berapa syok pun.

Nothing special bout Nora Elena. Rakyat Malaysia kurang kasih sayang sangat kot harhar...

Shima Ibrahim said...

habis dah pun Nora Elena. Tapi final episode dia agak mengecewakan. Everything dia nak sum up and cramped into one-hour episode. Satu lagi si Yvonne tu. Bagi la dia eksiden ke, jatuh gaung ke, terjun KB mall ke. Anyways, hopefully lepas ni aku tak terjebak dengan drama2 lagi dah. Sekali tertengok satu episode, habis laaa.

p/s: aku rasa aku tau fb status sape yg ko print screen kan tu :p

honey amour said...

kahkahkah..sib baik aku tgk episode awal dan akhir jer..takde ler giler meroyan mcm yg lain...jgnmare yek..gurau jer..

oredy follow u :)))

new entry klik sini---> : sini

buDAK keCIK said...

yess!! ak sokong lu bro.

ak pn naik muak dok dgr nora elena je. mls ak nk layan!

Anonymous said...

pa'an: ahh..terasanya kt no.2&3 tu...adoi...mcm kenal gk la printscreen fb tuh...hahaha

angkasa said...

wadehel? cerita apa ni?

HASNORWANI ... said...

Sungguh benar segala huraian di atas..seronoknya dh hbs cerita tu

Anonymous said...

huhu..citer tu dh hbiz..n,..xde lg angan2 yg mrapu..tp,citer tu ade baek buruknye..ade pgjrn jgk..kn3..???
Aieennieen Ssoffieyyaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...