Thursday, June 9, 2011

Pengaruh Seth Tan Di Dalam Kehidupan Wanita


Ini adalah kesinambungan bagi entri di bawah. Aku rasa ada banyak poin yang harus dikupas dengan lebih lanjut. Ada seorang rakan berkata, "Kau ni konon-konon je tak tengok Nora Elena, tapi banyak benda pulak kau tahu siap tahu tajuk lagu Asfan lagi.." Serius kawan-kawan, aku memang tak pernah tonton satu episod pun. Maka untuk mengelakkan cercaaan berterusan daripada masyarakat, semalam aku pun minta izinla dekat majikan untuk turun makan pada pukul 7. Saja nak experience bagaimana scene Nora Elena ni. Rata-rata yang aku tengok dekat food court tu memang fanatik. Siap pakai t-shirt gambar Aaron Aziz dan pakai pencuci muka SimplySiti walaupun heroin dia Siti Saleha bukan Siti Nurhaliza. Ok ok aku ezajerit. Tetapi takkan baru tengok satu episod dah boleh nak membuat rumusan tentang pengaruh cerita ini bukan? Maka apa yang ditulis di sini adalah hasil daripada pemerhatian sekeliling melalui pandangan seorang lelaki. Ayuh teruskan membaca.

Percintaan

Seth Tan adalah satu watak fiksyen yang menyusahkan kami para jejaka. Mengapa, anda tanya? Mungkin kerana gadis-gadis telah menjadikan Seth Tan sebagai benchmark untuk memilih jejaka idaman? Ok mari kita kaji keperibadian Seth Tan secara dalaman dan luaran. Luaran, huii wajah Seth kan hensem muka licin tiada bekas jerawat macam Justin Bieber. Badan dia pulak huiii ketak-ketak boleh gerak otot payu dara dia tanpa masalah. Ada six pack pulak tu. Kami ni para jejaka rata-ratanya hanya ada one pack yang sukar untuk dibahagikan kepada 6 bahagian. Dalaman pula tidak bermaksud kita hendak membuat perbandingan tentang organ dalaman. Aku pasti jantung Seth jantung yang sihat kerana dia suka bersenam. Dalaman di sini merujuk kepada keperibadian romantisnya. Ayat-ayat biasa yang dikeluarkan pun macam ayat yang baru diplagiat daripada laman web kataromantik.com ataupun kad-kad cinta yang dijual di Memory Lane.

Jadi prospek untuk kami jejaka-jejaka Average Joe mendapat teman wanita semakin sukar kerana gadis-gadis mendambakan jejaka seperti Seth. You girls want to hear the ugly truth? Jejaka seperti Seth tidak wujud. Jikalau benar pun mereka wujud, mereka semestinya sudah berkahwin ataupun bakal berkahwin macam aku ni. Yes in case jika anda tak sedar, saya baru sahaja membandingkan diri saya dengan Seth, except saya tidak merogol orang. Is that what really happened in the story? OM EM JI. Bagaimanakah anda dapat memaafkan lelaki sebegitu? Anyway jika anda hendak menunggu jejaka seperti Seth Tan datang dalam hidup anda, masuk ke umur 40-an pun belum tentu akan dapat.

Bagi mereka yang telahpun memasuki alam percintaan dan sudah ada teman lelaki, anda tidak bolehlah mengharapkan kami berubah menjadi seperti Seth tak kiralah dari segi fizikal ataupun personaliti. Kamilah Seth anda, tak kira baik ataupun buruk. In fact pepatah ala-ala Dr Fazley Yaakob ada mengatakan, "Usahlah mengharapkan seseorang menjadi yang terbaik untuk anda, tetapi anda jadilah yang terbaik untuk diri mereka". See, kami tak ada pun mengharapkan anda menjadi comel seperti Nora Elena, kerana anda jauh lebih comel daripada dia. Plus anda masih dara. Eh.

Rumahtangga

Bagi isteri-isteri yang sudah berkahwin, adalah tidak mustahil untuk minda separa sedar mereka membayangkan suami mereka seperti Seth. Hakikatnya, dulu-dulu suami anda memang sebijik macam Seth. Dulu-dulu si suami bukan main lagi bermadah berhelah dengan kata-kata manis di bibir, sekarang ni reply SMS pun 'k' saja. Dulu perut ramping walaupun tak ada six pack, lepas dah kahwin suami pulak yang bunting. Di mana hilangnya Seth yang dikenali semasa zaman percintaan di kolej matrikulasi? Well biar saya jawab mengapa lelaki tidak lagi romantik selepas kahwin:

a) Kami sudahpun 'memiliki' anda maka kami tidak perlu lagi mengurat anda. Lagipun romantik itu subjektif. Instead of sentiasa melakukan perkara-perkara yang anda sangka romantis, kami menghabiskan masa dan tenaga untuk menyara keluarga, memberi tempat tinggal yang selesa serta bangun malam untuk buat susu anak yang menangis. Bukankah itu ternyata lebih sweet dan romantik?

b) Kehidupan ini bukanlah seperti siri televisyen. Obvious sangatlah kalau nak ambil Seth sebagai contoh kan. Banyak filem komedi romantik yang dicipta hanya untuk memuaskan hati surirumah mahupun wanita berkerjaya yang dahagakan rangkulan hangat Ashton Kutcher ataupun Aaron Kwok. So subconscious mind para isteri ingatkan kami macam tu juga sekaligus membuat rumusan yang kita tidak lagi romantis walhal keperibadian kami masih sama ketika anda mula-mula jatuh cinta dahulu.

Selain itu, pengaruh Seth juga boleh memberi impak kepada layanan anda terhadap kami. Yelah orang lelaki ni sentiasa horny 23 jam sehari. Sejam yang tak horny tu pun mungkin sebab kami tengah tengok bola ataupun main game. So balik kerja ingatkan nak bersenggama dengan isteri tetapi isteri duduk di hadapan televisyen tak mahu berganjak. Kita pakai kostum menggoda macam kostum Batman sambil panggil 'sayanggggg' dengan nada lembut pun mereka tepis begitu sahaja. Orang lelaki ni kalau dia tak horny, dia hungry. So bila matlamat pertama tak tercapai kita mahu mengisi perutlah pula. Tapi bukak tudung saji tengok ada mangkuk malam tadi tak basuh lagi. Pergi dapur cari nasik pun hampa apabila melihat beras masih berada di dalam pot. Apa ini? Adalah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk memasak masakan Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Api ataupun Kangkang Goreng Belacan. Kami tak mahu makan kapkek Red Velvet itu bukan masakan. Kami tak mahu makan di luar pada setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Produktiviti

Tadi aku ada tanya kawan aku Shadatul Shima binti Ibrahim di Twitter, bagaimanakah Seth Tan mempengaruhi hidup anda? Dia jawab biasa tapi aku ezajeritkan sikit, "OHH EMM JIIII. SETHHHHH WAWAWIWAAAA. AKU DATANG KERJA AWAL SEBAB AKU NAK BALIK AWALLL NAK TENGOK SETHHH. OHH TUHANKUUUUU!". Satu benda yang positif di sebalik keobsesan gadis-gadis terhadap Seth adalah, produktiviti di tempat kerja akan meningkat dengan kadar yang luar biasa. Mereka tidak akan membazirkan masa walaupun satu minit dengan pergi membuat perkara-perkara yang melalaikan seperti mengumpat mahupun membaca blog ijaicool selagi kerja belum siap. Kalau kerja habis pukul 6 petang, mereka akan pastikan by 4.30 dia dah siap semua tugasan. Walaupun tak boleh balik awal, at least mereka dapat membuat persiapan secara mental dengan membaca dan menghafal skrip episod terdahulu agar dapat dibincangkan bersama kawan-kawan kelab Nora Elena yang lain.

Tepat pukul 6 zaassss gadis-gadis akan mencabut kasut tumit tinggi dan berlari-lari sejauh 500 meter untuk ke tempat parking. See, itu boleh kira produktif juga sebab semangat Seth Tan telah merasuk kita untuk melakukan senaman secara tidak sengaja. Keluar peluh at least turunla berat badan sebanyak 200 gram. Kalau buat secara konsisten sehingga tamat siri Nora Elena, dah boleh kembali ke bentuk badan macam kerengga yang anda idamkan. Tapi jangan sampai terlalu ghairah asyik fikir Seth dalam kepala ketika memandu kereta sehingga tak sedar palang tol dah ketuk kereta kita. *COUGH*.

Kehidupan sosial

Seth Tan juga dapat mempengaruhi kehidupan sosial gadis-gadis. Mereka akan lebih banyak berkumpul bersama, mengadakan gathering di surau, berhubung melalui Skype, semuanya untuk bercerita tentang keagungan Seth. Besides, orang kesedaran orang wanita terhadap appresiasi sosial memang tinggi. Mereka tak mahu dituduh kolot ataupun ketinggalan zaman kalau tak kenal siapa itu Seth. Apa yang aku perhatikan di laman web sosial khususnya, tepat pada pukul 7pm kita akan dapat melihat status-status keterujaan mereka seperti "OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU" ataupun sekadar bunyi dengusan "HNGHHHHH" yang menggambarkan mereka sedang berovulasi. Mereka juga akan bernaung di bawah satu payung, di bawah satu bumbung menjadikan mereka satu armada yang formidable. Beranilah kalian kutuk-kutuk siri Nora Elena ataupun membuat entri parodi mengeji Seth, pasti mereka akan menyerang anda bertubi-tubi tanpa berfikir panjang. Orang perempuan kan short fuse sikit. Hehe.

Secara positifnya, mereka kini mula membaca. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Majalah Anjung Seri, gadis-gadis ni tak banyak membaca melainkan membaca gosip liar artis di Oh Bulan. Tetapi setelah mengetahui yang siri Nora Elena ini diadaptasikan daripada novel, mereka pun sibuk membeli novel-novel cinta mahal pun tak apa. Baca novel cinta ni bagus tau dapat menguatkan tatabahasa anda serta menambah kosa kata bahasa Melayu kita.

Poin-poin di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan pengaruh Seth Tan di dalam kehidupan seorang wanita. Kami sebagai orang lelaki hanya mampu merayu agar anda tidak terlalu obses sehingga mempengaruhi kehidupan kita yang selama ini bahagia sebelum kehadian seorang jejaka yang bernama Seth Tan.



29 comments:

afrohead said...

aku tengok nora elena, tapi bukan sebab seth tan, sebab aku nak tengok adik sam bunkface yang gebu dan wan sharmila janda meletup.

huahuahua.

sha2 said...

"OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU"

hahahahah! serious kelakar. ahah

*Miss Geli^ said...

kau pun memahami aku...

renjet skit bro..renjet skit..

cellet!!

Mohamad Faizal said...

afrohead: haha mungkin kita patut tulis entri pengaruh nora elena di dalam kehidupan jejaka pula?

sha2: malangnya gadis tak boleh gunakan kata-kata itu terhadap saya kerana saya tiada six pack

missgeli: hai ahkak. sudah reda ataupun masih mencanak-canak lagi? haha

Atiqah Ahmad said...

seriously, tak pernah tengok langsung cerita nora elena ni.

enuLwanie said...

boleh la gabung ijai dgn ahkak geli. addicted to nora elena.sy belum tengok lagi drama tu.

Siti Nur Aminah said...

ovulasi ada bunyi ek?aku bru thu

wath said...

sekali lagi aku tekan kan disini. AKU BENCI CITE NORA ELENA SBB HERONYE AARON AZIZ. ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kaitannye aku sorg je yg tau, even aku tengok v.clip lagu asfan tu pn aku da rase nk ketuk2 comp opis aku sampai pecah.

err..aku tau mane ko dpt maklumat byk sangat pasal Nora Elena ni. Mesti da Killa pn ngah obsess cite ni kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Shima Ibrahim said...

Muahahaha..! Alamak. Aku dah terguna beberapa minit yg diperuntukkan utk siapkan kerja. Ok bye. Nak sambung bekerja. Karang nak balik on time. Hihihi ;)

cikbunga said...

Awal2 episode aku mmg follow. sbb aku dah baca novel tu. so nak tau juga apa jadi bila novel tu dijadikan drama..not bad la.. memang teruja nak follow the series.. tapi makin lama makin meluat pulak.. hero & heroin dah macam ada ketul emas dalam mulut. nak bercakap pun payah. serius meluat. yang si setan tu ehh si seth tan tu asal depan nora ja gagap.. ntah hapa hapa.. novel tak macam tu k.. sumore aku rasa, akasha lagi sesuai bawa watak seth tan.. serius meluat. now dah tak follow dah. aku stop lepas si nora tu jatuh tangga.. fedup..

p/s: sori ijai aku emo pasal seth kat sini.. haha

..:: WiRdA ::.. said...

oh btol produktiviti aku arini sampai 430 dh settle semua keje..dan baca blog kau..hahahahaha...

Cik Ungu Kamila said...

dah siap tempah novel. miahaha.

"OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU". watdeeee. ahaha XD

uculer said...

patutlah produktiviti aku tiada perubahan sbb aku tak tgk cite ni. aku tgk cite Annissa je kul 10.30 mlm jadi tiada apa perubahan.

Mohamad Faizal said...

atiqah: maka next week anda kena mula tonton!

enulwanie: eh mana ada saya addicted hehe

aminah: ada tapi desibel dia rendah. eh

wath: sekali lagi saya nak tekankan, anda sebenarnya peminat aaron aziz no 1 hehe

shima: dengar cerita anda tak ambil lunch agar dapat keluar awal. eh

cikbunga: aqasha banyak bulu kat tangan...

wirda: elok disiapkan sekali kerja untuk esok

cik ungu: anda dah tempah novel saya 'KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU?' tahniah!

uculer: cerita apa pula tu nanti aku kaji untuk dibuat parodi hehe

Anonymous said...

kalau waktu remaja2 dulu, boleh la terpengaruh dgn seth tan ni. Tapi skg dah meningkat dewasa, dah tak terpedaya dgn drama melayu. Bilangan lelaki mcm tu sgt sedikit. brpijak la dibumi nyata. hehe

Zura :)

finaz said...

ye saya setuju dgn cik zura di atas.. tipu jelah ok mana ada lelaki mcm seth tan tu.. (lelaki melayu konfem takde).. fiksyen semata2..

kalau lelaki2 bangsa lain i.e.: chinese ke mat saleh ke korean ke no comment.. maybe ada kot

Clarky Afif said...

aku masih tertanya2 status jantina aku sebab setiap kali TERtonton nora elena sambil siang sayur nam masak dinner pastilah aku akan mengeluarkan bunyi spt D'UH! SLANG OMPUTEH LE KONONKONONNYE TUH SI SITI CAKAP TUH.
haih.

Anonymous said...

Thanks Cik finaz. Actually ada lelaki mcm seth. Suami kepada saudara aku. tapi tu satu satunya lelaki mcm seth yg aku jumpa. susah nak cari tu. satu dalam sejuta kot.

Zura :)

theanswer said...

aku tgk la 2-3 episod..tpi x nampak bagus mane pn citernye. storyline cm vague jer. kalau dikira drama nur kasih lgi logik kalau org nak taksub pada nur amina. wpun so yesterday..tpi lakonan lebih baik dri saleha.

khairul_bariyyah said...

cite ni based novel mane 1? haha.. xpenah taw, n x penah tgk..

err, nway..kangkang goreng belacan? errr.... :P

crazy_labelle said...

OMG adakah saya telah hilang kewanitaan sbb tak menonton cerita itu....

oh ya, by da way i suke kostum fireman...

Anonymous said...

zaman breakdance boleh ganti silat di kenduri kawen ni, wujud lagi ker tipah tertipu? plissz la 7% jer karakter Seth Tan = karakter lelaki normal di Malaysia ni..yg lain tu exajerat jerr k

*nora elena kipas susah mati*

Anonymous said...

Kau kunci cintaku dalam six pack mu..??perr..aque pon x pnh trP.K..lwk2..bez ape nora elena..korg ni memndai je kte x bes..mmg,aq pon mengimpikn jjake idmn hty mcm sethtan tue..romantik gtu..tp..ade lg ke llky mcm tue zmn skrg nieh..btw,blog ijaicool ni mmg menggeletek hty aque..
Ssoffieyyaa Eeifieyy Ssoffieyyaa~

Anonymous said...

Kau kunci cintaku dalam six pack mu..??perr..aque pon x pnh trP.K..lwk2..bez ape nora elena..korg ni memndai je kte x bes..mmg,aq pon mengimpikn jjake idmn hty mcm sethtan tue..romantik gtu..tp..ade lg ke llky mcm tue zmn skrg nieh..btw,blog ijaicool ni mmg menggeletek hty aque..
Ssoffieyyaa Eeifieyy Ssoffieyyaa~

Anonymous said...

Kau kunci cintaku dalam six pack mu..??perr..aque pon x pnh trP.K..lwk2..bez ape nora elena..korg ni memndai je kte x bes..mmg,aq pon mengimpikn jjake idmn hty mcm sethtan tue..romantik gtu..tp..ade lg ke llky mcm tue zmn skrg nieh..btw,blog ijaicool ni mmg menggeletek hty aque..
Ssoffieyyaa Eeifieyy Ssoffieyyaa~

Anonymous said...

Kau kunci cintaku dalam six pack mu..??perr..aque pon x pnh trP.K..lwk2..bez ape nora elena..korg ni memndai je kte x bes..mmg,aq pon mengimpikn jjake idmn hty mcm sethtan tue..romantik gtu..tp..ade lg ke llky mcm tue zmn skrg nieh..btw,blog ijaicool ni mmg menggeletek hty aque..
Ssoffieyyaa Eeifieyy Ssoffieyyaa~

Anonymous said...

aku tak pernah tgk Nora Elena, just baca buku dia je...tu pun tak berapa nak minat...sbab ape? aku tak suke laki yg mcm tu...sangat bosan

ザ-sylver- S said...

Kangkang Goreng Belacan ..?

yang ni horny

Yasmin Khairani said...

tak payah nak carik yang mcm seth tan sgt laaa kan. *geli*

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...