Monday, June 27, 2011

Pengaruh Unifi Di Dalam Kehidupan


Hobi aku setiap hari adalah melawat laman web rasmi Unifi dan menyemak senarai liputan jalurlebar kelajuan tinggi di kawasan rumah aku. Setakat ini, hampir keseluruhan kawasan Bangi sudah ada coverage, dan aku yakin Unifi di kawasan rumah aku hanya menanti masa untuk diaktifkan setelah aku melihat papan tanda di atas di simpang rumah aku. Kelajuan Streamyx aku ketika ini adalah di tahap jahilliyah hanya 512kb sahaja. Walaupun orang TM selalu call aku tanya nak naik taraf tak ke 4mb, mereka sebenarnya hanya memberi harapan palsu kepada aku kerana kawasan rumah aku tidak cukup port, maka kelajuan Internet aku akan terkandas di 512kb. 512kb, apa sangatlah yang boleh aku buat. Nak tengok klip video Prema Yin berulang-ulang kali untuk memenuhi kehendak syahwat pun rasa tak bersemangat sebab kena buffer dahulu video tersebut. So, bila sudah ada Unifi nanti aku akan menjadi tamak memesan pakej 20mb terus. Muahahaha aku gelak nakal. Namun begitu, Unifi ini boleh memberi kesan yang baik mahupun buruk kepada penggunanya. Ayuh kita kaji pengaruh Unifi di dalam kehidupan kita.

Penyelesaian konflik

Dengan adanya Unifi, konflik di dalam rumah dapat diselesaikan dengan mudah. Contohnya, kalau kita berkongsi menggunakan Streamyx 512kb bersama ibu kita, kita tidak akan lagi bertelingkah dengan ibu kita apabila melayari Internet. Dalam era pre Unifi, kita selalu menghadapi masalah apabila melayari laman web kegemaran kita seperti twitter.com yang seringkali tidak mahu memaparkan tweet daripada rakan-rakan kerana masalah bandwidth yang tidak mencukupi apabila mama kita melayari Youtube melihat klip video penyanyi Korea yang hangat seperti Yong Sou Jeng dan Rong Shu Seong. Samalah juga situasinya apabila housemate kita asyik memuat turun siri realiti barat menggunakan torrent seperti Restaurant Makeover. Dengan adanya Unifi yang laju nak arwah, tekanan hidup kita akan menjadi kurang melihat siri televisyen kegemaran di TV Dome tanpa ada sebarang gangguan kelajuan.

Perpaduan sesama jiran juga boleh dibentuk. Kalau kita ni jenis yang buta IT tak reti nak letak network key dalam koneksi wireless kita, selepas menggunakan Unifi kita tidak akan berasa marah lagi jika Internet kita lembab akibat wireless kita dicuri jiran. Sharing is caring so nak bagi satu qariah guna wireless Unifi kita pun tiada masalah. Eh.

Peningkatan kos sara hidup

Sebagaimana yang kita tahu, harga pakej Unifi memang mahal nak arwah bagi orang makan gaji tak berapa banyak macam kita ni. Pakej paling murah 5mb pun dah RM149, dan yang paling mahal 20mb RM249. Jika dibuat perbandingan dengan negara lain seperti Singapura contohnya, kita boleh dapat pakej yang jauh lebih pantas daripada 20mb dengan RM200. Tetapi bagi mereka yang menggunakan Internet dengan serius, kita memang tak banyak pilihan. Maxis pun ada keluarkan mereka punya highspeed broadband juga tetapi in the end pakej Unifi ternyata lebih baik.


Peningkatan kos sara hidup ini bukan sahaja direflect di dalam bil Unifi yang kita akan dapat setiap bulan. Kita juga akan menghabiskan wang membeli external hard drive disebabkan kapasiti cakera keras kita yang semakin berkurang. Yelah kalau hari-hari dok muat turun filem blu ray 8GB untuk dijadikan koleksi, tidak termasuk blu ray pornografi, huii makin nipislah dompet kita nak beli external hard drive. Hari tu aku baru beli external 2TB RM300 itu pun dah nak penuh dah dengan siri realiti Islamik Makmum Muda musim ketiga.

Dosa / pahala bertambah dengan mendadak

Ini adalah faktor yang kita tidak dapat elak. Bak kata pepatah Inggeris, with great speed comes great responsibility. Terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menggunakan kuasa kelajuan Internet kita ini. Manusia yang lemah pasti tidak akan dapat menahan temptation untuk pergi ke laman web yang menyediakan koleksi pornografi percuma untuk dimuat turun. Hari ini bernafsu untuk melihat blonde Eropah, selepas mandi wajib dan menyesal seketika mungkin berminat untuk melihat aksi orang asia pula. Selepas mandi wajib dan menyesal seketika sekali lagi mungkin dah ada rasa ingin mencuba fetish-fetish aneh seperti aksi lelaki gelap, mahupun kasih sayang terlarang terhadap binatang peliharaan. Mungkin juga akan pergi ke laman web chatroulette dan mempamerkan organ reproduksi kita di hadapan kamera kerana kita rasa aksi itu lucu.

Tetapi kalau dosa kita boleh bertambah dengan mendadak, kita boleh katakan tentang perkara yang sama terhada pahala kita. Mengambil bait lagu Raihan yang popular, 'Iman tak daaaapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Iman tak dapat dijual beli, tapi boleh dipengaruhi Unifi..." Mungkin kita akan lebih banyak memuat turun siri ceramah Ustaz Ismail Kamus ataupun dokumentari Jejak Rasul. Tetapi secara jujurnya that's very unlikely la kan.

Piracy

Poin ini sebenarnya boleh dimasukkan ke dalam poin dosa, tetapi aku rasa harus dikupas secara standalone. Baru-baru ini kecoh pasal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) block laman web file sharing seperti The Pirate Bay dan Megaupload. Ini bukan satu masalah besar kerana kita boleh kembali melawat laman web tersebut dengan menggunakan universal DNS (sebab mereka belum blok IP lagi) ataupun menggunakan VPN. Bagi aku, tak salah kau pergi lawat site file sharing (to share files), yang salahnya ialah kau muat turun benda cetak rompak. Lanun cetak rompak lagi senanglah nak muat turun sumber sebelum diplagiat ke dalam DVD untuk dijual kepada masyarakat umum.

I guess bila kau sudah ada kerjaya sendiri, dapat wang hasil daripada usaha sendiri, secara tak langsung kesedaran sivik kau akan meningkat. Kalau dulu kau tiap-tiap hari download illegal MP3, beli CD lagu pairet kat Sungei Wang, kini kita akan membeli cakera padat tulen artis kegemaran sebagai tanda sokongan. Mungkin nampak mahal spend RM40 membeli sekeping CD yang kau boleh dapat secara percuma di Internet, tetapi keseronokan memiliki sesuatu benda yang kau suka itu akan membuatkan kau lebih menghargai benda yang kau beli. Dulu-dulu zaman sekolah pergi pasar malam beli VCD filem terbaru di pawagam, tapi kini ternyata menonton filem yang terjamin kualiti gambar dan bunyinya di pawagam lebih seronok. Kalau dulu pergi kedai Bernard beli DVD games RM10 yang tidak dijamin boleh dimainkan di Xbox anda setelah memuat turun update dashboard terbaru, kini anda sudah mampu untuk membeli game original yang boleh dimainkan tanpa perlu flash ROM anda tiap-tiap bulan. Or beli PS3 lah senang hehe.

Mungkin anda telah pun mula menjauhkan diri daripada cetak rompak, maka sudah tibanya masa untuk anda step up dan tidak menyalahgunakan Unifi untuk memuat turun perisian cetak rompak seperti Windows anda. Seronok ok guna original Windows kau boleh download update tanpa sebarang masalah serta boleh dapat support yang tidak berbelah bahagi daripada Maikrosof. Tak apa, kumpul duit sikit-sikit lama-lama kau mampulah nak beli Adobe Photoshop tulen yang penting kita berusaha hehe.

Online gaming


Ini adalah tujuan utama mengapa aku ingin melanggan Unifi. Sebaik sahaja aku dah pasang Unifi, aku akan minta hadiah hantaran aku iaitu PS3 dibeli secara advance untuk bermain game secara online. Kenapa PS3? Well sebab khidmat Xbox Live Gold kena bayar kalau nak main secara online, Playstation Network percuma. Hehe. Lagipun kita boleh rujuk poin di atas tak mahu jadi lanun cetak rompak lagi, so ada baiknya beli PS3 kalau nak main permainan tulen. Aku rasa skil Fifa dan Call of Duty kami ahli team Bangi sudah mampu untuk bersaing dengan gamers di Eropah, terutamanya Dazu yang berlagak handal main Fifa belasah kanak-kanak di London.

Working from home

Kalau anda bekerja di sektor IT dapat bekerja dari rumah memang satu advantage. Yelah tak perlu bangun awal untuk elak kesesakan lalulintas. Tak payah mandi, tak payah shave janggut dan bulu ketiak pun boleh login ke VPN pejabat. Kalau pakai Streamyx memang boleh connect, tapi kau akan nampak kesan laggingnya bila buka banyak aplikasi. So dengan adanya Unifi, aku yakin produktiviti kerja boleh meningkat as long as kau berdisiplin tak pergi salah gunakan kemudahan bekerja dari rumah yang diberi majikan dengan membuat perkara-perkara yang tidak direstui oleh bos kita seperti keluar membeli-belah KLCC ataupun pergi menyertai perhimpunan Bersih.

Adakah anda telahpun memiliki Unifi di rumah anda? Seronok tak memiliki Unifi? Ada banyak masalah teknikal kah? Bagaimanakah Unifi mempengaruhi kehidupan anda? Banyak betul soalan aku. Tak kiralah Unifi ini memberi kesan apa sekalipun, aku tetap akan menjadi tamak untuk melanggan pakej 20MB setelah available nanti. Muahahahihihuhu.



17 comments:

The Sharkox said...

umah aku dah lama pakai unifi. tapi unifi 1 malaysia adik aku punyalah.yang register pakai kad matrik student siap dapat netbook..

tapi nama je unifi, hakikatnya still streamyx jugak. banyak jugaklah ceramah aku donlod. entah berapa aku tak ingat..hahaha

muna said...

seronok. bleh torrent laju2. eh?

tambah seronok bila ada tv bijaksana yang boleh youtube. merasala layan macam2 kat youtube tanpa ada buffering.

afrohead said...

bab 'menyesal sekejap' tu buat aku terasa.

Faizal Rosly said...

sharkox: unifi 1 malaysia dan dapat netbook?? (bergegas mencari kad matrix lama)

muna: hmmm tv tu macam tak perlu je kan kalau boleh tolak pakej tv dan kurangkan harga kan best

afro: tak apa. tak apa. kita semua memang begitu

StingRay said...

Video klip Prema Yin tu...bagi aku..termasuk dalam kategori video klip seram terbaik.

Seram sungguh.

Seram sampai nak mencarut.

Aslina said...

kalo full coverage tahap ekselen dalam penang (belah pulau) memang aku pun nak subscribe jugak... haha...

Anonymous said...

weekend ni bole cuba kalahkan aku fifa hahaha

-dazrul-

Faizal Rosly said...

stingray: bagus. jika seram tandanya iman masih tinggi

aslina: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

dazu: bagusss. pukul berapa balik dazu sempat main futsal tak hari sabtu?

King Faisal said...

Aku dah 2 bln guna Unifi, Prestasi fiber optik TM boleh dikatakan agak mantap. The download speed for torrent is awesome. So u better sign up laa, boleh aku dl sebahagian drpd koleksi 3gp ko. lol....

Faizal Rosly said...

faisal habeeb: wah kool berapa speed kau amek? belilah ps3 lepas tu kita bertarung soulcalibur. kaliyuga will show you the way. senang sangat nak belasah raksasa kau tu

muna said...

patutnya hyptv unifi tu amik pakej sport. kemudian kita boleh potong pakej asteruk. perasan tak, tv hypptv lagi clear dari astro byond?

Syaza Suhaimi said...

pakai unifi best boleh download satu season bones setiap hari. eh?

tengok youtube macam tengok tv xde lagging langsung. wah!

yang penting internet steady tak macam streamyx yg org lain slalu complain ckp dia putus2. aku taktau mcm mana, xpenah pakai streamyx pon sebelum ni

Zhr said...

kat opis aku amik unifi 10Mbps & time fibre 6Mbps. Aku rasa pakai time laju gile compare ngan unifi. kalau nak kira stabil pun time jugak... tapi time buat backup line je... kalau nak dwnld porn aku guna time... hehe...

sbg it admin yg bertanggungjawab, aku akan mentorrentkan movie aku lepas opis hour sahaja... 1 movie average 20min... hehe... series dlm 10 min...

neoryzer said...

saya cadangkan sapa2 nk daftar unifi dan streamyx boleh daftar secara online... percuma jew... daftarunifionline.com

neoryzer said...

saya cadangkan kpd sapa2 nk daftar unifi atau streamyx blg daftar scara online di daftarunifionline.com

Anonymous said...

With havin so muсh content and articleѕ ԁo you ever run into
any isѕues of plagoгism оr сopyright іnfringemеnt?
Mу wеbsite has a lοt of unіque cοntent Ι've either created myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any techniques to help protect against content from being stolen? I'd trulу apρrеciate it.


Review my web site :: vertical explosion

topijerami said...

aku faham...

benda nie memang selalu terjadi sebab susah sebenarnya untuk buat semua benda nie

terima kasih unifi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...