Thursday, June 16, 2011

Superpowers Idaman Jejaka

Orang lelaki ni sebenarnya makhluk yang lemah. Mereka ni nampak sahaja gagah bawa Inspira sebelah tangan di stereng sebelah tangan lagi pegang rokok. Mereka nampak sahaja macho dengan spek mata hitam tulen Rayban dan kasut but Timberland. Tetapi apabila berhadapan dengan perempuan khususnya yang ada expectation yang tinggi terhadap layanan yang dipinta, mereka langsung tidak ada idea bagaimana hendak menguruskan mereka. Orang lelaki ni memang suka berfantasi. Selain berfantasi nakal terhadap kaum wanita, mereka juga sering berfantasi memiliki beberapa kuasa daripada adiwira popular khusus untuk berhadapan dengan wanita yang complicated. Di sini saya ingin mendedahkan kuasa-kuasa yang ingin kami miliki yang ternyata dapat memudahkan hidup kami di samping membuat anda gadis-gadis gembira. Ayuh teruskan membaca.

Kuasa minda Professor X

Ini adalah kuasa yang paling penting yang orang lelaki inginkan. Mengapa? Kerana kaum wanita sukar untuk dibaca dan diterjemahkan. Mulut kata lain hati kata lain. Mulut kata no hati kata yes. Mulut kata 'saya ok' hati kata 'BARBIEEEEE AKU TAK OKLAHHH'. Kadar sarcasm mereka memang tinggi cuma orang lelaki ni tak faham sahaja. Jadi dengan keupayaan untuk membaca minda kaum wanita, mudah sahaja untuk kami memahami anda. Kami tidak akan tak sengaja terkeluarkan ayat-ayat yang tidak bersalah tetapi gadis-gadis selalu misinterpret seperti "Sayang awak nampak happy" di mana gadis-gadis akan mentafsirkannya sebagai "Sayang awak nampak gemuk". Kami akan sentiasa keluarkan ayat-ayat sweet yang anda nak dengar.

Kita juga boleh tahu apa yang patut kita beli semasa harijadi mereka. Kalau nak tanya mereka apa yang mereka mahu, sampai harijadi tahun depan pun tak boleh decide lagi kerana gadis-gadis ini indecisive. Apa yang keluar daripada mulut mereka semuanya mahal-mahal belaka pulak tu. Beg tangan Jurulatih, set mekap Bobbi Brown mahupun Ipad 2 yang ternyata membazir. Bukan kami kedekut, kami cuma ingin mengumpul wang untuk berkahwin dengan anda. Dengan menggunakan pengaruh kuasa minda, kita boleh mempengaruhi mereka untuk meminta benda-benda sweet yang gadis-gadis zaman sekarang jarang minta seperti kad harijadi buatan sendiri ataupun kasih sayang hingga ke syurga.


Professor X juga mampu memanipulasi minda untuk membuat gadis-gadis hilang ingatan ataupun amnesia. Teknik ini sangat berguna kerana gadis-gadis tidak akan lupa dosa-dosa di dalam percintaan yang kita lakukan seperti terlupa tarikh anniversary couple, terlupa nak potong kuku ketika keluar dating mahupun terpandang gadis hangat yang lalu di sebelah kita. Mungkin juga kuasa minda Professor X dapat memulihkan penyakit gadis-gadis yang masih belum ditemui penawarnya iaitu PMS. I know it's hard, but it's worth a try.

Kuasa merentasi masa Hiro Nakamura (Heroes)

Orang lelaki ni suka membuat sesuatu tanpa memikirkan pro dan kontranya. Main belasah je semua benda. Cakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan hati gadis terguris ke tidak. Buat keputusan pun terburu-buru tak peduli gadis-gadis suka ke tak dengan keputusan kita. Dengan menggunakan kuasa merentasi masa Hiro Nakamura, kita tidak akan lagi membuat keputusan yang silap untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita membuat keputusan untuk membelikan koleksi DVD Special Edition Nora Elena untuk gadis kita, tetapi setelah kita merentasi masa untuk melihat natijah kepada tindakan kita itu, kita tahu itu sebenarnya keputusan yang salah. Pada masa hadapan, kita dapat lihat gadis kita itu asyik dok ungkit dok membebel suruh kita jadi lelaki yang sweet seperti Seth Tan. Berbekalkan maklumat daripada masa hadapan itu, kita terus membuat keputusan untuk membelikan mereka DVD Lost instead. Tapi baik-baik jangan suka sangat ubah masa depan nanti berlaku ketidakseimbangan di dalam time-space continuum susah kita nanti.

Kelajuan The Flash

Falsafah gadis-gadis, it's okay for you guys to wait on us but don't make us wait for you. Amboi amboi kalau nak pergi dating tu gadis-gadis mengambil masa 30 minit untuk mandi, 15 minit untuk decide baju apa nak pakai agar orang kat Pavilion tak tuduh kita asyik pakai baju yang sama dan 30 minit lagi untuk mekap. Kita tunggu sampai bulu hidung tumbuh pun kita tak komplen. Tadi kalau mereka menunggu kita, tak boleh lewat walaupun seminit. Kita kena tunggu 5 minit lebih awal. Mana sempat kami pun mahu 'me' time juga nak main bola, nak main game, nak tengok Basic Instinct, nak berboys talk di mapley. Namun begitu dengan kelajuan The Flash kami pasti sempat untuk memuaskan diri kami dengan melakukan segala-galanya dengan sepantas kilat di samping dapat berada di sisi gadis-gadis di saat mereka memerlukan. Shopping 3 jam tanpa membeli apa-apa pun tiada masalah kami boleh bawa anda round satu Midvalley tu dalam masa 10 minit.

Kuasa halimunan Invisible Man / Kuasa penglihatan x-ray Superman

Now perkara pertama yang anda fikirkan dengan kuasa halimunan dan x-ray ini adalah penyalahgunaan kuasa-kuasa tersebut untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti menyorok di dalam bilik persalinan di Forever 21 ataupun melihat jenama baju dalam yang dipakai oleh gadis-gadis. WRONG. Kami sebagai jejaka hero yang setia dan cintakan anda dengan sepenuh hati tidak akan membuat perkara-perkara keji sebegitu. Sebaliknya kami akan guna kuasa halimunan itu untuk melihat aktiviti seharian anda seperti makan tenghari dengan siapa, bercakap di telefon dengan siapa, ada flirting dengan rakan sepejabat ke tidak dan sebagainya. What? You call that stalking? Eh tak tak itu bukan stalking itu cuma menyiasat demi kebahagiaan. Dan kalau kami ada x-ray vision pun kami just nak check kandungan telefon bimbit anda je mana tahu ada SMS dari lelaki lain. Eh.

Kuasa berubah bentuk fizikal Mystique

Fine. Nak kami ada six pack macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berambut pendek macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berwajah licin tanpa jerawat seperti Aaron Aziz? Done. Nak kami ada organ reproduksi seperti Aaron Aziz? No need to change, we already have it.

Begitulah anda kuasa-kuasa yang kami ingin miliki untuk memudahkan tugas kami sebagai seorang lelaki. Alah konon-konon sahaja gadis-gadis usahlah sensitif. Ok fine, jika gadis-gadis ada superpower, superpower apakah yang kalian ingin miliki untuk menghadapi kami sang lelaki? Kuasa membeli-belah sehingga lupa diri? Hik hik hik KIDDING. Apapun, kami tetap akan menjadi diri sendiri, walaupun tidak sehebat mana, kami akan tetap cuba untuk menjadi superhero yang terbaik buat anda.



14 comments:

safwan said...

certain situation memang aku nak kelajuan the flash, tapi utk satu situasi spesifik ni aku taknak kelajuan the flash.

faham faham sendiri lah. hahahahha

..:: WiRdA ::.. said...

aku nk yg ni Kuasa halimunan Invisible Man / Kuasa penglihatan x-ray Superman! hahaha motif sama seperti kau jugak!

Mohamad Faizal said...

safwan: hahaha. tapi kalau kejap tapi kerap pun ok juga apa

wirda: hihi gadis2 tak perlukan kuasa sebegitu untuk membuat aksi sedemikian bukan? selalu je cek telefon bimbit

slay said...

haha! aku ingat aku je jejaka yang punya imaginasi untuk memiliki superpower di atas. tak silap lagi aku masih jejaka normal yang punya daya imaginasi yg separa tinggi. eh.

mungkin lebih baik aku tamak dengan punya kuasa sylar (heroes), so aku boleh ambil semua superpowers hero-hero lain.

tapi antara power yang diidam-idamkan aku yang berada di carta teratas adalah kuasa hiro nakamura. mungkin sebab aku seorang yang mementingkan masa; bagi aku masa tak pernah cukup untuk digunakan. maka aku nak berhentikan masa dan buat segala benda yang diidamkan seperti dirancang dalam kepala hotak. kau juga tak perlukan power untuk kelajuan seperti the flash atau superman, sebab kuasa hiro jauh lebih hebat dengan sekelip mata kau boleh teleport untuk berada di mana-mana jua. relevannya untuk manfaat gadis-gadis, memudahkan kita ber-honeymoon ke london, paris, new york, mahupun hutan amazon tanpa memerlukan sebarang modal mahupun pasport sah negara tersebut dan boleh pulang ke rumah sebelum drama nora elena bermula. eh.

lagi satu, ultimate power dari Matt Parkman (Heroes lagi) untuk pengaruh fikiran orang. aku kurang pasti adakah superpower beliau hampir sama dengan power Prof X. tapi dengan power ini anda boleh dapat segala-galanya, termasuklah kekayaan, kejayaan dan mana-mana gadis hangat yang anda mahukan.

dan aku rasa, mungkin kau tak perlukan kuasa hiro nakamura sebab mungkin kau akan ubah masa depan dan implikasi daripada ketidakseimbangan di dalam time-space continuum, maka tiada lagi wujud entri ini pada hari ini sebab kau sibuk men-teleport-kan diri sendiri ke dalam bilik mandi anak-anak dara mahupun anak teruna orang, dan berkemungkinan juga tiada lagi ijaicool akibat kewujudan spesis terbaru dipanggil ijaihot. dem!

Anonymous said...

tahniah atas semua super power yang dinyatakan.. tapi kalu aku lah.. aku paling nak skali kuasa pergerakan sejenak yang ada pada son goku! ultimate bro!!

Mohamad Faizal said...

haha nampak sangat kau peminat setia heroes semua contoh ambil dari siri itu. dan implikasi yang kau beri ternyata kompleks itulah aku dah kata jangan main2 dengan time space continuum

afrohead said...

kalau aku ada kuasa Kuasa halimunan Invisible Man / Kuasa penglihatan x-ray Superman..

aku nak jadi villain.. *senyum penuh nafsu*

hahaha :p

Anonymous said...

I just found ur blog, n I dh go through ur blog. sgt fun n interesting :)))) suke okey! emmmm....sorry, just nk tanye skit, tp ni mmg out of the topic...u mmg best friend ngan dr shuhud kn? :) dr shuhud tu mmg single lg ke??? hehe...i just ske tgk die dari jauh je...:) n u, please keep writing erk :)

Anoneemus™ said...

Saya rasa semua perempuan mahu kuasa mutan utk regulate perasaan sendiri supaya tidak mudah tercalar, dan utk mengubati penyakit pms.

bila dah kawen, mau kuasa mutan utk menghalang perasaan suami drp tercalar.

fatin itu saya said...

aku ppuan. aku nak laki tu ada kuasa prof x. takyah le penat nak emo kasi hint tapi tak paham2 gak.

yg lain2 tu boleh kawtim.

haha. tp kalau tny aku nak power ape, aku as ppuan nak kuasa mystique. bila2 masa boifren nak angelina jolie, aku tukar le jadi angelina jolie. pastu jgn nak gatal2 tengok ppuan lain. voleyh??

*peace*

Azku said...

Tepat skali.. hahaha

Mohamad Faizal said...

afrohead: hoi hoi superhero tidak boleh salahgunakan kuasa kena sentiasa jujur haha

anon: rahsia

anoneemus: mahu mengubati calar di hati kami senang sahaja masak sahaja makan malam Melayu tak mahu makan di luar. hehe

fatin: tidak perlu berubah menjadi angelina jolie kerana kami menyukai anda yang sebenar. eh

azku: high 5

Anonymous said...

hahaha...semua superpower ni aku suka atas motif yg sama :D

Tregoningjijq said...

afrohead: hoi hoi superhero tidak boleh salahgunakan kuasa kena sentiasa jujur haha anon: rahsia anoneemus: mahu mengubati calar di hati kami senang sahaja masak sahaja makan malam Melayu tak mahu makan di luar. hehe fatin: tidak perlu berubah menjadi angelina jolie kerana kami menyukai anda yang sebenar. eh azku: high 5

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...