Tuesday, June 7, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Nora Elena


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh TV3 dalam mesyuarat mingguan mereka, siri televisyen yang mendapat sambutan paling hangat ketika ini adalah siri Nora Elena yang ditayangkan di slot Akasia. Nora Elena merupakan adaptasi daripada novel Kasih Yang Suci hasil penulisan Meen Zulaikha terbitan Karangkraf. Sana sini di alam maya mahupun di alam realiti, semua orang sibuk memperkatakan tentang Nora Elena tak kiralah daripada golongan remaja baru akil baligh, makcik-makcik surirumah, mahupun jurutera awam yang bernama Fandi. Mereka bukan sekadar minat terhadap siri tersebut, mereka sebenarnya sudah masuk ke tahap obses. Di sini saya ingin berkongi tanda-tanda anda ketagihan siri Nora Elena. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda kini balik rumah daripada pejabat tepat pada masanya. Tidak akan berfoya-foya selepas kerja, tidak akan berlengah-lengah walaupun satu minit. By 6.30 mesti dah sampai rumah agar tidak terlepas lagu tema Nora Elena. Kawan-kawan sekerja ajak makan bersama pun kita sudah tidak hiraukan lagi. Kerja banyak tak siap pun usah haraplah hendak buat OT. Yang penting kita tak miss satu episod pun.

2) Sambil menonton Nora Elena, anda akan membuat ulasan secara langsung melalui Twitter, Fesbuk mahupun SMS CHAT kat Astro tu. Anda tidak boleh sekadar tengok diam-diam, anda mesti mahu berkongsi perasaan anda ketika menonton Nora Elena. Bagi mereka yang tidak menonton Nora Elena, jika anda nampak status-status di laman web sosial seperti "OMGGGGG SWEETTT GILA BARBIEEEEEEE" ataupun "OHHH PELUKLAH DAKU DI DALAM RANGKULAN HANGATMUUU", itu bermakna mereka sedang menonton Nora Elena.

3) Walaupun anda sudah tengok episod terbaru di slot Akasia di TV3, anda sanggup membazirkan bandwidth untuk memuat turun episod yang telah ditayangkan dari Mediafire untuk dijadikan koleksi. Nak lagi fanatik siap burn ke DVD dan guna aplikasi Nero untuk merekacipta cover DVD itu.

4) Anda menukar gambar profile anda di Fesbuk kepada gambar Aaron Aziz. Anda langsung tidak peduli rakan-rakan anda menggelar anda jantan dayus kerana anda merasakan Aaron Aziz merupakan jantan yang paling kool untuk dijadikan idola pada masa ini. Dahla hensem, badan ketak-ketak pula tu. Yang gadis-gadis pula of course akan tukar daripada gambar di tandas mereka kepada gambar Siti Saleha yang comel. Oh come on gambar Nur Amina is soooo last week.

5) Anda mula mengungkapkan bait-bait cinta diluar norma kehidupan yang diplagiat daripada Seth Tan untuk memikat gadis-gadis seperti "...pengorbanan ini akan membawa cinta yg indah seperti pelangi di langit" ataupun "Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..". Memang bajet romantis ah.

6) Anda lancar sahaja menyanyikan lagu Dan Bila Esok dendangan Sofaz, lebih lancar daripada membaca doa Qunut. Nada dering anda ditukar kepada lagu 'Terhenti Di Sini' dendangan Asfan. Mereka yang pakai Nokia 3310 pun taknak kalah siap beli buku ringtone lepas tu taip sendiri ringtone secara manual dengan tabah walaupun hanya monotone.

7) Anda buat-buat tak dengar bunyi azan Maghrib yang dilaungkan kerana tidak mahu miss satu part pun cerita itu. Selepas tamat sahaja lagu penutup anda terus buat-buat terkejut dan menyesal. EH DAH PUKUL 8? Astaghfirullahalazim aku belum solat Maghrib lagi ni.

8) Anda 'Like' semua page yang berkaitan dengan Nora Elena seperti 'Pencarian Lelaki Sweet Seperti Seth Tan', 'Aaron Aziz bukan adik Subadron Aziz', 'Kami mahu Erry Putra Pindah Ke Putrajaya' serta 'SETH TAN LAH BUKAN SETAN'.

9) Anda sudah merancang untuk menamakan anak perempuan anda sebagai Nora Elena. Fenomena menamakan anak berdasarkan nama watak di televisyen ini memang popular di kalangan masyarakat melayu. Contohnya Durrah (Ahmad Durrah), Dania (Awan Dania), Adam dan Dani (Adamaya) mahupun Syahdan jika mereka menonton drama persilatan popular Hati Waja.

10) Anda berasa marah jika ada orang mempermainkan keperibadian Seth apatah lagi jika mereka membuat entri parodi Nora Elena.

Jika anda memiliki salah satu daripada simptom di atas, anda memang merupakan peminat fanatik Nora Elena. Secara jujurnya, saya tidak pernah menonton satu episod Nora Elena pun di atas faktor waktu bekerja yang tidak menentu. Secara jujurnya juga, saya terasa ingin juga untuk menonton agar dapat kembali diterima masyarakat umum kerana apabila keluar pergi makan dengan kawan-kawan, semua orang dok cerita pasal Nora Elena tetapi saya hanya duduk di sudut-sudut yang gelap bermain telefon bimbit...damn you Seth Tan.



41 comments:

deqyalalink in-situ said...

laaaa....mediafire kan ade..donload je semua macam yg saye dah lakukan heeheeee

The Sharkox said...

Asal Nora Elena je mesti ada iklan Silkygirl BB Foundation Powder yang mempunyai lelaki lembut yang menjengkelkan..

Anonymous said...

Saye tengok kadang2 je. kenapa rasa bosan cerita tu? Itu pendapat saya je lah. Peminat Nora Elena jgn marah ek.... :)

Saya silent reader blog ni.
Zura :)

Mohamad Faizal said...

soleha: alaa tak cukup bernafsula nak muat turun dengan koneksyen 512kbps

sharkox: ahah! hanya peminat fanatik sahaja yang mengetahui fakta itu

zura: habislah kena serang dengan peminat seth lepas ni

Afuan Shah said...

wahahahhaha..kesian..part maghrib sampai ayah dh balik dr surau pon bole buat blurr aku dok tgk tb...huhu

chenta said...

iklan silkygirl bb tu mungkin sebab modelnye adalah siti soleha ^__^

uculer said...

Serius ke nama watak dia seth tan? Sumpah aku ingat kau buat lawak parodikan syaitan jadi seth tan.

wath said...

aku benci nora elena. aku benci seth tan. sume sbb aku benci aaron aziz!!!!!!!!!!!!!!!!

ni nk kategorikan obses ape plak ni?

Anonymous said...

paan: aku terase ijai! hahaha

shukrin farahdiba @ ceklala said...

aku memang peminat setia nora elena!!best sampai dok tercari2 novel tu yang dah memang sold out! hahah memang obses :)

mrhan3z said...

disebabkan nora elena lah, kita dh kehilangan rakan utk makan bersama kan ijai..stress aku! Haha

EZAN IDMA said...

tak tgok pon cite ni. isk. rugikan

najwa's said...

argh, stress. mana-mana orang pom sebuk berkesahkan nora elena. (-.-')

Mohamad Faizal said...

afuan: ish ish ish harus ditalipinggang kau ni

chenta: fakta itu saya tak tahu juga

uculer: tak elok kita menyaitankan manusia

wath: ini kategori obses setelah frust tak dapat memiliki aaron aziz

paan: no 1 tu memang ditujukan untuk kau paan. hehe

shukrin: novel itu ada dijual di kedai buku Popular

hanis: itulah harap dia sedar dan kembali ke Arena malam ini

ezan: RUGI. kot

najwa: itulah sebabnya kita kena menceburkan diri agar tidak dipulaukan masyarakat

cik tipikal said...

nama aku durrah. tapi masa mak aku lahirkan aku, cite ahmad durrah takde lagi kat tv.

by the way, aku mnyampah dengan seth tan.. crita penipu

Asmoham said...

aku benci seth tan sbb dia memberi harapan palsu kepada wanita2 malaya... arghhh

aku paling xpuas hati nora elena dulu dah elok2 kawin ngn ustaz amirul apa jadah main2 bab kawin skg dh jd isteri seth tan pulak...


aarrgghhhhhhh!

s a r said...

masing2 sibuk berangan tengok citer ni. tu yang maghrib pukul 8~eheh

Cik Kiah said...

statement y las skali tu tak leh time..tapi mungkin beno.. ang jadi katak bawah tempurung nnt..
- cik kiah pun tak tengok! huuu

k.e.r.i. said...

sebab entry kau ni lah aku tahu tajuk lagu dia Terhenti Disini - Asfan.
terus aku download. HAHA

Mummy AwwalHariz said...

hehe... kelakar baca.. can i share this entry.. :)

driedroses said...

gua terpacak depan pintu rumah jam 6.00 petang. set alarm kat tepon 5 minit sebelum jam 7 malam supaya orang yang pegang remote cepat-cepat tukar channel 103.

obses kah gua?

Anonymous said...

gila kau tak tengok lagi wajib tonton ok!! aku leh bagi sinopsis utk cerita2 sebelumnya dlm sesi boys talk kita nnt tihihi..=P

-fandi-

Cik Ungu Kamila said...
This comment has been removed by the author.
Cik Ungu Kamila said...

memang dah ketagih dengan Nora Elena. adeiii.

Shirowun said...

setan tu hensem sgt mne tak obses.. siap stalk fb dgn blog dia lg.. :p

piikachu said...

OH AMM JAYYYYY!!!!


...


aku tidak tengok pun cerita nora elina ni (-_-") suku episod pun tk pernah tengok. Bila tengok twitter terasa agak ketinggalan haha.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

hamaigad

aku pun tak tengok sebab aku selalu tgk ulangan HIMYM & Masterchef. persyaitonkan saja. kalau orang tanya jawab saja kau ke surau al-kauthar untuk azan dan sembahyg jemaah.

finaz said...

en. faizal.. anda bukanlah seorang diri tak pernah menonton cerita ni. i pun tak pernah ok even one episode pun. so mmg blur kalau org update status kat fb pasal nora elena ni.. kalau tanya pasal episodes HIMYM i taula.. heheh

orensangkuit said...

sgt true,
acik sanggop skip jogging semata nora elina ok.

hahahaha

ryani said...
This comment has been removed by the author.
ryani said...

owh HIMYM sgt la best....sukenye ramai org minat ^_^..faizal pasni hang tlg review series ni pulak...nak2 si barney yg sengal tu =P
p/s: sampai season 8 still x reveal sape la bini si ted tu =)

shida said...

hehehe..
best kot OST die...lagi2 lagu yg edy putra tu nyanyi duet ngn sapa ntah..:)

cikbunga said...

omg aku kalo bleh nk hubby mcm si seth tu haha.oke aku tipu :)
nk kate fanatik xde lah sgt tp disebabkan tv ada 1 maka youtube lah jadi nyer bile nk tgk drama best ni hehe ^_^

Anonymous said...

bg kaum2 isteri mesti frust sbb suami yg real kat rumah takde 1% pun same dgn Seth. :(
1- Seth bdn ketul2, suami ketul besar kat perut je :p
2- Seth romantic, suami romantic masa bercinta dulu2 je.:(
3- Seth siapkan driver tuk Elena, suami kat rumah suh isteri naik bus :p
4 - Seth masakkan tuk isteri dia sometimes, Suami kat rumah bising kalo isteri blom masak. (tu blom kira kalo masak x sedap! )
5- Seth beli bunga nak surprise kan Elena, Suami kat rumah buat2 pekak kalo isteri nak buanga jugak! :(

-Isteri-

Mohamad Faizal said...

durrah: wahhh memang cerita durrah tu yang tiru anda haha

asmoham: tampak seperti kau mengidamkan nora haha

sar: tu ah kalau solat time iklan pun nanti tak khusyuk pula solat dengan pantas

cik kiah: pergilah tengok cik kiah nanti kita dipulaukannnn

keri: haha jangan lupa beli album soundtrack sebagai tanda sokongan

mummy: sure tiada masalah

driedroses: serius obses. heh

fandi: kau sorang je kot tengok dalam team bangi

cik ungu: semoga ketagihan itu membawa kepada sesuatu yang positif

shirowun: haha stalker. apa blog dia. eh

piikachi: S I L A T E N G O K

human: orang kat surau pun dah kurang sebab nak tengok cerita ini

finaz: sertailah mereka kita tak boleh menjadi kera sumbang. hehe

oren: jangan begitu nanti bagaimana nanti hendak mendapat berat badan seperti nora

ryani: eh HIMYM pulak. saya baru tengok season 1 episod 4 (jujur)

shida: dengan reen rahim. kagum tak

cikbunga: youtube pun masih lagi kategori fanatik. hehe

isteri: bernas sekali poin poin anda itu

Anonymous said...

paling best part bagi nama anak tu..
dan saya mengilai ketawa kat opis bila baca nama syahdan hati waja..gila la ijai boleh ingat lagi!! nak bagi la anak nama syahdan... weee~~

~anis

..:: WiRdA ::.. said...

hahaha..patut lah semlm ko tweet dpt tgk nora...

Anonymous said...

hahahah klakar...mohon share =)

Azku said...

hahaha.. best sgt ke cite ni?

Aslina said...

aku baru hari ni berpeluang online... sepah2 jugak ah wall fb aku dengan status2 lama2 kawan2 aku pasal nora elena ni.

walaupun keje aku jenis balik awal... tapi aku lebih rela layan spongebob kat nickelodeon dari layan nora elena.

sampai aku dengar kat opis budak2 dok citer pasal seth tan yang romantik abes tu serupa setan bila sebut laju2.

mula2 aku blur la jugak depa dok cerita pasaipa...

takkan setan bleh jadi romantik kot.

hahaha

Anonymous said...

So so better than Adam dn Hawa tapi x boleh lawan SSID

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...